Wednesday, April 29, 2009

APABILA MASALAH SISTEM PENYAMPAIAN DI SENSASIKAN DI MEDIA MASSA........
OLEH : Wartawan Wilayahkini
KUALA LUMPUR April 29 --
BERITA 1 - Baru - baru ini,Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T . Murugiah dilaporkan berkata " Langkah turun padang yang diambil bukan bermaksud untuk melangkaui bidang tugas pihak berkuasa tempatan tetapi bagi memastikan nasib rakyat dibela tanpa mengira keturunan, agama dan bangsa".
Beliau berkata demikian ketika ketika meninjau masalah sampah yang menyebabkan bau busuk yang kuat serta masalah longkang yang tersumpat di sekitar kawasan Lebuh Ampang.
BERITA 2 - Sementara itu , Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan pula mencuri tumpuan dengan tindakanya "menangkap" dua doktor di Jabatan kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur kerana dikatakan membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi dan bukanya merawat para pesakit. Memang seronok untuk membacanya. Tapi, kedua - dua isu berkaitan dengan sistem penyampaian kepada rakyat. Apa yang rakyat mahukan ? Mereka hanya mahukan sistem penyampaian yang terbaik.
Ada pihak yang merasa cemburu dengan tindakan T.Murugiah yang begitu agresif turun padang dalam menangani masalah rakyat melalui perananya di Biro Pengaduan Awam ( BPA). Memang tidak dapat dinafikan, sejak Murugiah yang juga bekas Ketua Pemuda PPP dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri di JPM yang bertanggungjawab keatas Biro Pengaduan Awam - barulah rakyat mula nampak peranan BPA. Sebelum ini BPA agak begitu tenggelam. Ramai tidak tahu peranan dan juga aplikasi BPA.
Ada yang cemburu denganya, ada yang gembira dan yang sakit mata.Janganlah kita "bermain politik". Masing - masing ada tanggungjawab.Dan masing - masing melakukan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka termasuk Murugiah. Cuma, pendekatan mensasikan segala isu - isu berkaitan dengan sistem penyampaian perlu dirombak semula. Kita tidak perlu banyak menonjolkan gambar Menteri atau Timbalan Menteri memegang sampah, menunjuk parit yang tersumbat, mendokong anak anak dan sebagainya. Rakyat pun sudah muak dengan pendekatan tersebut. Tak perlu kita menuding jari antara satu sama lain. Gunakanlah platform yang yang terbaik untuk menyelesaikan masalah - masalah yang ditimbulkan. Turunlah ke padang bersama agensi - agensi kerajaan yang terlibat secara satu pasukan.
Tak perlu hanya turun padang dengan pihak media massa sahaja untuk tujuan membongkarkan sesuatu isu di akhbar dulu , dan tindakan susulan kemudian. Gunakanlah media massa untuk aktiviti yang lebih besar. Kalau boleh buatlah gerakan turun padang secara bersepadu bersama semua agensi yang terbabit dan juga media massa. Mungkin pihak media juga tak larat nak turun padang untuk semua isu kerana banyak lagi agenda lagi yang perlu di perhatikan.
Kita mesti ingat, segala isu yang dibangkitkan ataupun disensasikan melibatkan agensi kerajaan juga.
Kalau boleh, BPA buatlah rangkuman setiap bulan - berapa banyak laporan diterima dan berapa banyak kes yang diselesaikan.Sudah tiba masanya BPA di rombak semula dari segi penjenamaan semula. BPA perlu ditonjolkan sebagai sebuah badan yang lebih dinamik dan berpotensi.

5 comments:

Anonymous said...

ok la tu depa tunjuk yg depa tu buat keja....mana melayu kita ni....mana org kuat kita ni malulah kat depa....

abdul kadeer jalan cochrane said...

sutuju...adalah susuatu yang baik kipada BN dengan usaha Saravanan ini. is sekarang, dia kirrja juga bikin...lu melayu punya orang..apa kasi marah sama die....

saravanan banyak baik punyer timbalan minttri...hospital awam juga dia ada pigi...melayu punya mintrri...semua swasta punya hospital ada pigi..

kami, byk tirrma kasih sama saravanan...u orang juga tolong; bukan sindrri punya wang kasi pikir...

p/s: ini umno chiras bikin parti...dekat mandarin oriental...banyak ekk juga. kitua bahagian mahu tunjuk byk wang ka...

apa pasai sana jalan peel tak bleh bikin..rakyat kasi makan ramei...

Anonymous said...

Dia macam org mana maukalah.ini org kuat cakap tapi kerja ramai org punnya taranampak.Ini ari cakap ini org bagos tapi besok cakap ini org taraguna.Ini ketua dia politik mau wang saja.Dia tau poket dia punoh. Tapi minta tolong manyak kurang.tarapa bikin pun di ceras.

cctv said...

Salam..
Bagus gak Menteri turun kat bawah nengok orang bawah buat kerja. Satu nak tambah yang kat luar dah periksa yang bahagian dalam Pentadbiran buatlah 'spot chek' sekali jangan yang kerja buruh aje depa tu gaji pun kecik berpanas lak. Sampah ni kekadang dah sapu lepas je tak sampai 5minit org lain buang lak yang kena marah buruh am. mandor tidur.
Betullah menteri Bangsa India sudah turun, Menteri Wilayah pun dah turun menteri Cina Bila lagi.
Tapikan kalau sekadar tunjuk depan jurugambar buat ape cubalah sapu sekali dengan jentera bantuan dari parti masing-masing kan elok lagiii.. Kepimpinan menjadi tauladan kalau baiklerrrr.

mawar said...

Kita patut ucap tahniah pada saravanan,kerana nampak berkerja bersungguh.Jangan kita menuding jari kpdnya,sekurang-kurang dia buat kerja.Terlalu banyak masalah yang kita lihat dibandaraya kl ne, dah berapa banyak menteri wilayah bertukar ganti,tapi masalah tak juga dapat diselesaikan.Terutama isu penjaja dan peranan dbkl.