Sunday, February 17, 2008

TITIWANGSA - ZUHRI ATAU KAMARUDDIN?

Kuala Lumpur-- PERKEMBANGAN TERKINI DI TITIWANGSA.Penyandang Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz hampir pasti digugurkan.Beberapa nama yang dikaitkan bagi pengganti Astaman ialah, Ketua Pemuda Titiwangsa merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO WP, Zuhri Ahmad Idris, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Senator Datuk Kamaruddin Ambok dan Timbalan Ketua Bahagian Titiwangsa Datuk Johari Ghani.
UMNO Titiwangsa telah menetapkan resolusi bahawa mereka tidak mahu calon luar kawasan , calon lompatan ataupun calon yang tak berkredibiliti.Astaman gagal memenuhi harapan mereka kerana terlibat dengan politik wang sehingga menyebabkan kredibilitinya terjejas teruk.Astaman juga calon kawasan- Ketua UMNO Wangsa Maju yang kini digantung keahlianya kerana politik wang.
Ada juga ura - ura yang mengatakan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa yang telah menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa selama empat penggal tak puas lagi dan mahu kembali aktif dalam politik.Apapun peluang Zuhri dan Kamaruddin dikatakan terbuka.Di lihat atas kertas Zuhri dikatakan mempunyai kelebihan kerana calon tempatan Kampung Baru.

No comments: