Salam Perjuangan,
Saya merupakan salah seorang pengikut RPK yang ada ketikanya mempertahankan beberapa fakta yang diutarakan dalam penulisanya walaupun pada ketikanya ada bantahan daripada pelbagai pihak.
Sebagai seorang bekas wartawan dan editor yang tidak mempunyai kuasa saya, selalu tekankan kepada fakta yang benar, telus dan berwibawa kerana kita tidak mahu rakyat terkeliru atau dikelirukan.Kita juga tidak mahu rakyat hilang kepercayaan terhadap penulis - penulis blog.
Apabila RPK, ditahan polis untuk siasatan , saya dan rakan - rakan saya begitu tersentuh dengan insiden tersebut sehingga berdiri tegug dibelakang RPK.
Saya dan rakan- rakan saya berjuang untuk kebenaran dan kami langsung tidak mahu dikongkong oleh BN ataupun pembangkang.Mana - mana pihak buat salah kami tegur tetapi segala teguran dan kritikan perlu ada asas yang serta bukti yang kukuh.Kita tak boleh ikut syok orang - orang lain kerana mereka mungkin mempunyai agenda yang tersirat dan tersurat.
RPK, Berbalik kepada komen mengenai rencana " Sultan Zulhasnan" yang kami rasakan langsung tidak ada asas serta kaitan dengan Datuk Seri Zulhasnan.Kami juga telah memberikan alasan - alasan yang kukuh untuk mempertahankan hujah - hujah kami tersebut.Kami tidak mahu seorang pemimpin melayu yang benar - benar ikhlas yang berjuang demi kebenaran seperti Zulhasna Rafique dijadikan bahan berita yang tidak berasas langsung oleh segelintir kumpulan serpihan.Di harap RPK dapat memahaminya.
Kami juga telah mendapati bahawa Zulhasnan Rafique tidak menjadi Menteri Wilayah Persekutuan ketika proses tender tersebut.Yang penting sekali hanya Datuk Bandar mempunyai kuasa untuk memberikan kontrak di DBKL sebagai Pengerusi Tender Board dan di Kementerian pula ianya dibawah tanggungjawab KSU.Tetapi yang paling memeranjantkan siasatan kami dengan DBKL dan Kementerian WP, ketika itu Zulhasnan tidak menjadi Menteri WP.
Satu lagi perkara ialah, kesemua empat Ketua Bahagian yang dinamakan RPK - Bukit Bintang, Kepong, Seputeh dan Segambut juga menafikan menerima tender tersebut.Mereka juga terkejut dengan dakwaan RPK tersebut.Siasatan Wilayah Kini dengan sembilan syarikat yang menerima tender tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan empat ketua bahagian tersebut.
Satu lagi perkara yang menjadi perhatian ialah, kesemua sembilan projek yang dinamakan oleh RPk telah dibuat dengan proses tender mengikut undang - undang yang sedia ada.Yang dapat pun orang melayu kita.Mereka dapatpun dengan saluran yang betul.Kenapa kita sukar untmemahaminya? Lebih baik RPK check dengan DBKL atau Kementerian WP untuk mengetahui kebenaranya kerana saya pun penat untuk hujahkanya lagi.
Lagi satu perkara RPK, jumlah keseluruhan nilai projek kalau dikira mengikut posting ialah RM 500 million bukanya RM 700 million.
Kenapa kita nak buat tuduhan melulu?Apa pula kaitan penipuan Datuk Azim dengan Zulhasnan?Sekiranya SEMUA ORANG UMNO ATAU PEMIMPIN UMNO DI WP BUAT SALAH ATAU PENYELEWANGAN , SEMUA TANGGUNGJAWAB MEREKA DAN KESALAHAN MEREKA PERLU DI PIKUL ZULHASNAN RAFIQUE? tak masuk akal lah, RPK.
Jangan kaitkan masalah personal seseorang dengan orang lain pulak.Salah.Salah sama sekali.Tuhan tidak akan memaafkan kita.Azim juga merupakan Bendahari Agung UMNO malaysia, jawatan yang lebih tinggi daripada Zulhasnan di Heiraki Kabinet UMNO Malaysia.Kenapa tak kaitkan Azim kroni Pak Lah atau TPM ? Come onlah bro, Kita perlu realistik sikit dalam menangani hal seperti ini.
Dalam rencana Sultan Zulhasnan -- tiada isu yang kukuh.Jangan tuduh sebarangan.Kenapa tak tanya dengan kesemua ketua - ketua bahagian ataupun rakan - rakan lain sebelum release tat " Untrue" story?
Harap kita sama - sama perbetulkan berita tersebut demi masa depan para bloggers .Kami tidak mahu bloggers ini dicap sebagai penipu.Kita buat kritikan sekiranya ada asas yang kukuh , tidak kira siapa pun.
Saya tidak mahu kita di label sebagai 70% salah 30% betul.
Kami berharap kita sama- sama perjuangkan keadilan dengan cara yang betul dan benar.
Pls clear the issue, bro.
Terimakasih,
Salam Perjuangan - Wilayah Kini

1 comment:
Menyanggah tulisan Raja Petra
Friday, 08 February 2008
KUALA LUMPUR: MEMBACA artikel terbaru Raja Petra melalui tulisannya yang bertajuk “Sultan Zulhasnan- RM700 Millions Man” , saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam tulisan tersebut dan melihat tulisan itu bukanlah satu pandangan menyeluruh Raja Petra, mahupun satu analisa yang jujur serta bertanggungjawab terhadap isu-isu yang ditimbulkan dalam tulisan itu.
Hakikatnya, sumber yang diperolehi oleh Raja Petra bukanlah satu sumber yang jelas, terperinci ataupun mempunyai asas tuduhan yang konkrit. Sumber tersebut datang daripada segelintir golongan yang kecewa dan memperalatkan Raja Petra serta Malaysia Today untuk melengkapkan agenda peribadi mereka. Sekiranya ini benar, Raja Petra nampaknya sudah berjaya diperalatkan. Ini amat mengecewakan kerana sedang pembaca mula mempersoalkan kredibilitinya melalui beberapa tulisan beliau yang sebelum ini, Raja Petra sekali lagi membuka peluang untuk pembaca mempertikaikan kredibiliti serta kejujuran beliau sebagai pengendali laman web ataupun penulis politik.
Saya berani mengatakan sedemikian kerana saya terlibat secara langsung merungkai beberapa salah laku dan penyelewengan dalam pentadbiran DBKL sewaktu saya menulis buku ` Skandal Seks Dan Rasuah Ruslin Hassan – Imej Datuk Bandar Tercemar’ dan saya ada menyimpan beberapa lagi dokumen yang tidak sempat saya dedahkan dalam buku tersebut
Saya tidak berniat dan jauh sekali mahu mempertahankan Menteri Wilayah Persekutuan ini tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan yang benar itu tetap benar dan menentang sebarang bentuk fitnah bersifat peribadi. Malah saya boleh menyifatkan tulisan tersebut bukan satu pendedahan fakta yang benar tetapi lebih berunsurkan fitnah ataupun cubaan membunuh karakter Menteri Wilayah Persekutuan semata-mata dan Raja Petra terperangkap oleh individu yang mempunyai agenda peribadi. Hanya Raja Petra yang tahu siapakah yang terlibat dan siapkah yang menyerahkan laporan projek DBKL yang dijilidkan itu
Saya mengenali Zulhasnan pada tahun 1991 yang ketika itu beliau adalah Ahli Parlimen Wangsa Maju menewaskan Marina Yusuf (KeADILan) serta dalam masa yang sama, saya adalah Ketua Penerangan KeADILan Wangsa Maju dimana pertembungan kedua pemimpin ini begtiu sengit. Dan sebagai ahli parti ketika itu, kita menyerang ketokohan Zukhasnan sebagai calon BN untuk memenangkan Marina
Secara tidak langsung, saya mempunyai segala data peribadi beliau. Meninggalkan perkhidmatan tentera pada tahun 1985. Aktif sebagai ahli perniagaan melalui syarikatnya Seri Meraga. Dalam tahun 1991 menjadi Ahli UMNO Bukit Bintang tetapi dalam tahun 1997 bertukar kawasan dengan menjadi ahli serta Timbalan Ketua Cawangan Setiawangsa Fasa 1 ( Ketika itu Datuk Kamal Salih Ketua Cawangan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju) dan menang AJK Bahagian Wangsa Maju pada tahun yang sama.
Persempadanan semula berlaku dan Zulhasnan diletakkan sebagai Ketua Penaja Bahagian Setiawangsa ( berpecah dari Wangsa Maju) dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, (ketika itu Tan Sri Mohd Isa Samad) dan dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 2006 apabila berlaku kekosongan setelah Tan Sri Mohd Isa digantung keahlian UMNO.
Kenapa saya menyenaraikan semua ini? Sebab ianya ada hubungkait dengan tulisan yang didedahkan oleh Raja Petra apabila mendakwa Zulhasnan terlibat secara langsung membolot kontrak DBKL bersama dengan empat Ketua Bahagian iaitu Segambut, Bukit Bintang, Seputeh dan juga Kepong dan fakta penyenaraian ini penting bagi menyanggah tulisan Raja Petra ini.
Perlu kita terima secara rasional, sembilan (9) projek yang Raja Petra perolehi secara jelas itu tidak melibatkan kedudukan Zulhasnan sebagai Menteri Wilayah. Lihat tahun bila projek itu dilaksanakan dan pada tahun bila pula Zulhasnan dilantik sebagai Menteri Wilayah? Inilah dimaksudkan penyelewengan fakta daripada sumber yang Raja Petra perolehi dan ini juga fitnah yang dirancang. Siapa merancang, hanya Raja Petra yang tahu maksud dan tujuan rancangan itu. Sedangkan dalam tulisan tersebut, Raja Petra juga mengakui bahawa sebagai MenteriWilayah, Zulhasnan begitu pro aktif menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri.
Sebagai contoh, pembinaan Pasar Keramat bermula dizaman Ruslin sebagai Datuk Bandar dan ketika itu Zulhasnan hanya Ahli Parlimen biasa di Wangsa Maju dan peningkatan kos berlaku kerana DBKL membayar mengikut fasa-fasa yang dipersetujui bersama. Secara mudahnya, 9 projek yang dimaksudkan itu tidak ada KENA MENGENA dengan Menteri Wilayah hari ini dan juga Datuk Bandar ketika ini. Jadi kenapa Raja Petra sanggup menggunakan perkataan ataupun menjenamakan Zulhasnan sebagai Sultan? Perkataan siapa ini? Murah sangat ke perkataan ini hinggakan orang biasa pun boleh pakai?
Pada saya, kita kena berlaku adil supaya rakyat ataupun pembaca tidak terpesong pemikiran mereka dan menerima tulisan kita secara bulat-bulat walaupun tulisan kita sarat dengan fakta yang songsang.
Sembilan (9) syarikat yang memperolehi kontrak daripada DBKL itu langsung tiada kena mengena dengan empat Ketua Bahagian seperti tertulis dalam tulisan itu dan saya ada senarai siapakah pemegang saham dan juga pemilik syarikat-syarikat itu. Siapa sebenarnya yang ingin Raja Petra dedahkan? Beterus terang sahaja dan tidak perlu menimbulkan provokasi hinggakan bukan sahaja rakyat atau pembaca keliru, kita juga keliru kemana sebenarnya arah pendedahan tersebut.
Disini, saya ingin bertanya adakah kerana Ketua UMNO Segambut dan juga Bukit Bintang dilihat berpotensi untuk jadi calon pilihanraya, maka ada pihak yang cuba mengaitkan syarikat ini dengan mereka? Memberikan gambaran bahawa mereka membolot kontrak DBKL dengan bersekongkol bersama Menteri Wilayah? Seputeh dan Kepong hanya sekadar mahu melengkapkan supaya nama satu kumpulan besar wujud dalam perancangan konspirator yang mengambil kesempatan untuk memburukan seorang individu. Pada saya pendekatan sumber sebegini begitu konvensional dan tidak sesuai lagi untuk perubahan pemikiran politik hari ini.
Paling penting, kita semua perlu sedar bahawa projek yang melibatkan secara runding terus adalah antara pemaju atau syarikat dengan Kementerian Kewangan dan langsung tidak melibatkan Kementerian Wilayah serta tidak ada dalam sejarah Kerajaan Malaysia bahawa Menteri mempengerusikan Jawatankuasa Tender Dan Perolehan kerana kalau melibatkan Kementerian Wilayah, pengurusan untuk sebarang kelulusan tender akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha dan juga Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama dengan jawatankuasanya.
Saya tidak menafikan dan mengakui bahawa saya setiap hari melayari Malaysia Today, tertarik dengan tulisan Raja Petra, bangga dengan keberaniannya, hormat kerana berdarah bangsawan tetapi saya adalah peminat beliau yang paling kecewa seandainya benar Raja Petra diperalatkan untuk memfitnah orang lain. Dan turut berdukcaita apabila sudah ada yang menuduh bahawa Raja Petra menerima bayaran lumayan kerana berusaha mengaibkan Zulhasnan tapi saya yakin bahawa Raja Petra bukan barang dagangan.
Saya pernah merasai betapa peritnya apabila dituduh sebagai penulis upahan dan saya tidak mahu keperitan ini dirasai oleh Raja Petra kerana kita pernah minum semeja dan saya menghormati pendirian serta pandangan beliau menganalisa perkembangan politik tanahair.
Sebagai kesimpulan dan saya yakin bahawa ada pihak yang mempunyai dendam peribadi dan menggunakan pengaruh (kalau ada) Raja Petra untuk melangsaikan kesumat mereka. Dan kepada Raja Petra, berwaspada dalam musim pilihanraya ini kerana akan ada lagi golongan opurtunis yang akan memperalatkan kita untuk kepentingan mereka dan saya akan menghormati serta menjadikan tulisan Raja Petra sebagai bahan rujukan sekiranya fakta itu benar dan tidak memfitnah.
Dan Zulhasnan membuktikan bahawa beliau ahli politik yang matang dengan mengambil sikap berdiam diri dengan tidak melayan tulisan yang diragui kebenaran yang datang dari seorang penulis yang dipertikaikan kredibilitinya serta sumber yang sengaja mahu mewujudkan pergolakan dalam politik Wilayah Persekutuan.
Mari Raja Petra, kita bersama-sama mempertahankan yang benar.
Post a Comment