Saturday, February 16, 2008

PANAS ! EMPAT PENJURU DI BUKIT BINTANG!


TERKINI-Merujuk kepada laporan Wilayah Kini Ketua Pembangkang DAP Lim Kit Siang menyifatkan " Traditional DAP stronghold Bukit Bintang has become DANGER seat.
Ikuti laporanya , klik :
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/293411/1/
LAPORAN TERDAHULU WILAYAH KINI--
Kuala Lumpur -- Maklumat terkini mengesahkan pertandingan Empat Penjuru di Parlimen Bukit Bintang yang dianggap kawasan panas dan perhatian di WP.Sumber MCA juga mengesahkan Senator Datuk Dr.Lee Chong Meng hampir pasti akan bertanding kali kedua kali ini untuk BN selepas tidak terpilih bertanding pada pilihanraya umum yang lepas.


Lee yang lebih dikenali sebagai panggilan " Dr Haiwan" dikatakan cukup bersemangat untuk bertanding kali ini sehingga dikatakan sedia berundur dari arena politik sekiranya tidak terpilih kali ini.BN di wakili oleh seorang calon wanita pada pilihanraya umum 2004.


Lee dijangka akan berentap dengan penyandang wakil DAP Fong Kui Lun dan dua calon Bebas popular dengan nama Bukit Bintang, Billi Lim dan bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang dan seorang peguam terkemuka Wee Choo Keong.Wee berjaya memecahkan undi pembangkang pada pilihanraya umum 2004.DAP terselamat pada pilihanraya umum yang lepas dengan majoriti 304 dalam drama pengiraan semula yang diadakan selepas hari pengundian.


Seperti kata kawan - kawan Bukit Bintang Nampak Selamat Tapi Tak Selamat.Nampak Macam Fong Kui Lun tapi bukan dia!! Siapa lagi?Tunggulah kita tengok reaksi orang kuat DAP dan Wee !




No comments: