Saturday, February 9, 2008

NORZA LARI KE MELAKA ? BERTANDING DI BUKIT KATIL?


Gambar " Mingguan Malaysia" Hari Ini bertarikh 10 Februari, ketika Datuk Norza Zakaria merasmikan Jentera BN Bukit Katil( Melaka) semalam.Gambar tersebut mempunyai pelbagi reaksi dan persepsi.
Tiba - tiba dari WP sebagai Ketua Pemuda WP , Norza lari Melaka?Ikuti berita hangat mengenainya daripada pasukan siasatan pakar dalaman Wilayah Kini dalam waktu terdekat ini.
LATEST--Datuk Norza Zakaria yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO WP merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia ,Datuk Seri Hishamuddin, telah mula mengatur langkah yang drastik untuk bertanding di luar kawasan KL selepas banyak dilema yang dihadapinya di WP sendiri termasuk bahagian sendiri dibawah pimpinannya, Wangsa Maju telah membuat resolusi undi tidak percaya terhadapnya.Selepas itu beliau terpaksa berhempas pulas untuk menangkis segala episod politik tersebut sehingga Pemuda UMNO WP dibawah Naib Ketua Pemudanya Ahmad Zuhri Idris membuat resolusi menyokong kepimpinan Norza Zakaria, yang kini dilihat sebagai Ahli Politik UMNO yang cukup mewah dengan hanya menjadi Set Pol kpd Menteri Kewangan Kedua.
Setelah imejnya tercalar di WP, Norza yang sebelum ini dikaikan sedang melobi Parlimen Titiwangsa terpaksa melupakan WP, dan mencari kawasan baru sehingga ke Melaka.Dikhabarkan beliau telah mendapat restu daripada Datuk Seri Ali Rustam( Ketua Menteri Melaka Merangkap Naib Presiden UMNO Malaysia).Apapun apa pula pandangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam hal ini? Kita ikuti perkembangan menarik dari masa ke semasa di Wilayah Kini!

1 comment:

Kele said...

For a more complete comments, I would advise you to be more detailed information, for example
here