Saturday, February 16, 2008

DATO S.VIJAYARATNAM DI SEGAMBUT , DR TAN DI HANTAR KE KEPONG!


Kuala Lumpur - Satu lagi kejutan di WP.Naib Presiden Parti Gerakan Datuk S.Vijayaratnam yang juga merupakan bekas Senator dan Setiausaha Parlimen akan bertanding di kawasan Parlimen Segambut menggantikan Pengerusi Gerakan WP Datuk Dr.Tan Kee Kwong yang juga penyandang di Segambut.Sebelum ini Dr.Tan yang dikatakan hampir pasti digugurkan kerana menyokong team bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Kerk Choo Ting pada pemilihan parti dua tahun lepas, diberikan peluang terakhir untuk menyelamatkan karier politiknya di kawasan maut - Kepong.

Pemilihan Dato Vijayaratnam dianggap satu kejutan kerana pertama kali seorang calon dari keturunan kaum india akan bertanding di Wilayah Persekutuan dan juga di Gerakan selepas Datuk Dominic Puthuchery yang kali terakhir mewakili Gerakan di Parlimen.Apakah nasib Dr.Tan selepas ini ? Apakah berjaya beliau menewaskan orang kuat DAP, Dr.Tan Seng Giaw di Kepong? Apakah akan berlaku kejutan di Kepong kali ini?

Seorang lagi calon Gerakan di WP, Ng Lip Yong dijangka akan mengekalkan kerusinya di Batu.

SEGAMBUT - DATO DR S. VIJAYARATNAM

KEPONG- DATO DR.TAN KEE KWONG

BATU-DATO NG LIP YONG

No comments: