Wednesday, March 19, 2008

WATAK UTAMA KLIP VIDEO V.K.LINGAM TERAJUI SETIAUSAHA AGUNG UMNO!


JANGAN TERKEJUT ! Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka akan melantik pelakon watak utama rakaman Video Klip V.K.Lingam Tengku Adnan Tengku Mansor yang digugurkan sebagai Menteri Pelancongan dalam senarai kabinet semalam sbg Setiausaha Agung UMNO dan BN yang baru bagi menggantikan Datuk Radzi Sheikh Ahmad, bagi memperkukuhkan lagi jentera UMNO dan parti selepas kekalahan teruk UMNO dan BN pada pilhanraya umum baru - baru ini.

Perlantikan Tengku Adnan disusuli dgn perletakan jawatan Radzi hari ini yang begitu kecewa kerana tidak dilantik sebagai Menteri.Kononya beliau tak dapat bertugas dengan efektif.Itulah alasan yang diberikan oleh Radzi kepada media hari ini.Perlantikan Tengku Adnan - memang dinanti - nantikan oleh rakyat Malaysia kerana beliau merupakan tokoh yang penting yang dinanti - nantikan oleh parti pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.

No comments: