Saturday, March 29, 2008

SAH - WEE CHOO KEONG MENANG DENGAN UNDI POS DAN BERGELAR SEBAGAI AHLI PARLIMEN UNDI POS !


Seperti dijanjikan Wilayah Kini , ingin membongkarkan satu kebenaran disebalik kemenagan calon Wangsa Maju , Wee Choo Keong.SAH -- Wee Choo Keong menang dengan majoriti 150 undi melalui bantuan undi pos.Sumber pejabat Suruhajaya Pilihanraya Wilayah Persekutuan hari ini mengesahkan bahawa Wee mendapat sebanyak 318 undi Pos manakala Yew Teong Look mendapat sejumlah 1383 undi Pos.

SAH - Wee Choo Keong layak bergelar AHLI PARLIMEN UNDI POS( UNDI POS MP).Sekiranya Wee yang bergelar kononya dirinya sebagai Yang Berkhidmat dan tidak mendapat undi pos , sudah tentu dia juga kalah dan kemenangan berpihak kepada BN.Sekiranya dia tidak berminat dengan undi pos atau suka memperlekehkan undi pos beliau boleh meminta SPR untuk membatalkan sejumlam 318 undi pos yang diterimanya ada apakah akan berlaku pada dirinya nanti ? Jangan suka menuduh orang sahaja.Cubalah ukur diri sendiri sebelum membuat tuduhan - tuduhan yang melulu.Kami juga amat sedih kerana , orang seperti Wee yang dilantik untuk bekhidmat bagi masyarakat Wangsa Maju sudah pandai main politik untuk kepentingan diri sendiri.Beliau lebih sibuk dengan teori undi posnya.Adakah Wee , tak iktiraf undi pos ? sedangkan undi poslah yang juga menentukan kemenaganya di Wangsa Maju.Pengundi pos yang terdiri daripada pasukan keselamatan negara juga mempunyai hak mengundi.Kami memberikan amaran yang tegas kepada beliau supaya jangan membuat tuduhan sensitif mengenai undi pos kerana ianya sesuatu yang bahaya.Pegawai - pegawai keselamatan negara terpaksa mengundi melalui pos kerana mereka mempunyai tanggungjawab lebih penting iaitu untuk menjaga negara.Mereka juga diberi hak untuk memilih wakil mereka tanpa sebarang gangguan dan bukanya orang lain yang undi untuk mereka.Undi tetap undi.Kenyataan Wee, satu tamparan hebat kepada semua 318 pengundi pos yang mengundinya kali ini.HARAP PENGUNDI POS DI WANGSA MAJU INSAF SELEPAS INI.

Kami juga berharap, Wee Choo Keong yang juga merupakan Ahli Parlimen Undi Pos Wangsa Maju turun padang ke Wangsa Maju untuk menyelesaikan masalah rakyat kerana rakyat sudah bosan dengan perangainya.

1 comment:

Anonymous said...

Kamisokong.Dia memang undi pos.