Tuesday, March 4, 2008

CAKAP SENANGLAH - M.SARAVANAN !


CAKAP SENANG, itulah reaksi segera Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan berhubung cakap - cakap daripada parti pembangkang yang mungkin akan meminta pertimbangan Kementerian Wilayah Persekutuan supaya memberikan air percuma kepada warga kota Kuala Lumpur semasa perjumpaan khas dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 4hb April ini.

Beliau berkata, cakap senang tapi bukan senang untuk melaksanakanya kerana Kuala Lumpur bukan sama dengan negeri - negeri lain dan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur juga tinggi berbanding dengan negeri - negeri lain.Katanya " pemberian air percuma juga bukanya bidang kuasa Kementerian Wilayah ataupun DBKL".Kami sedia mendengar cadangan - cadangan yang bernas untuk menjadikan KL sebagai bandaraya kelas pertama dan juga dapat memberi kebaikan kepada warga kota Kuala Lumpur.Jangan pulak nak cadang nak hapuskan saman di Kuala Lumpur - itupun satu perkara yang luar biasa dan cuba fikirkan apa yang akan berlaku di Kuala Lumpur sekiranya tiada saman.KL akan menjadi bandaraya parking , nanti , katanya yang juga merupakan Pengerusi MIC WP.

No comments: