Wednesday, March 19, 2008

TAHNNIAH - ZULHASNAN RAFIQUE


Tiada kejutan.Seperti yang dijangka penyelamat maruah BN di Kuala Lumpur Datuk Seri Zulhasnan Rafique dilantik semula sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.Perlantikan Zulhasnan Rafique dilihat paling sesuai kerana beliau telah banyak membawa pembaharuan dari segi imej dan pembangunan di WP. Zulhasnan seorang sahaja dapat mempertahankan kerusi parlimen Setiawangsa di Kuala Lumpur pada pilihanraya umum baru - baru ini dimana semua wakil BN yang lain di KL tersungkur.

Namun ada yang terkejut dengan perlantikan Datuk M.Sarawanan yang juga merupakan Ahli Parlimen Tapah dan Pengerusi MIC- Sebagai Timbalan Menteri WP kali ini.MIC WP, akhirnya dapat bertapak di KL , walaupun MIC tidak mempunyai sebarang kerusi Parlimen di WP, yang didominasi oleh UMNO, MCA dan Gerakan.Diharap , Zulhasnan dapat meneruskan kesinambunganya sebelum ini.

No comments: