Friday, August 7, 2009

SUSULAN DEMO ANTI ISA : PEMUDA UMNO WP TURUN PADANG BANTU PENIAGA ; LAPORAN POLIS DI BUAT ; PENIAGA AKAN DAPAT "PERUNTUKAN" KECIL DARI KWP KER ?

KUALA LUMPUR 7 Ogos,
Isu mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh GMI masih panas lagi. Terus menjadi bahan perbualan yang hangat. Sejak beberapa hari yang lepas Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan begitu sibuk dengan gerakan turun padangnya untuk membantu para peniaga terjejas ekoran daripada insiden perhimpunan haram memansuhkan ISA yang dianjurkan oleh Gabungan Memansuhkan ISA di ibu negara Sabtu lepas sehingga menyebabkan kerugian kepada peniaga.
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Rizalman Datuk Mokhtar Samad di iringi oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian daripada Wilayah Persekutuan turut melawat para peniaga dan penjaja di sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman.
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan juga turut membantu tiga persatuan peniaga membuat laporan polis terhadap GMI.
Ketiga- tiga Persatuan Penjaja ialah Persatuan Penjaja Lorong Masjid India, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan.
Rizalman berkata, peniaga terbabit menuntut ganti rugi berjumlah RM 10 juta terhadap GMI yang menganjurkan perhimpunan haram tersebut.
Beliau berkata, UMNO negeri telah berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan(KWP) untuk memperuntukan sejumlah wang kepada para peniaga yang terlibat selain memfailkan saman yang terperinci terhadap penganjur.
RAJA NONG CHIK PULA DI TEGUR GARA - GARA "ANGKA KERUGIAN"
Sementara itu beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Pembangkang membidas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang membuat anggaran kerugian sebanyak RM 100 juta hingga RM 200 juta. Sila klik, - 'You must be kidding' say Opposition MPs Malay Mail Online , untuk berita selanjutnya termasuk penjelasan Raja Nong Chik mengenai kritikan tersebut. Mereka berkata anggaran tersebut sebagai satu komen yang melucukan, tak bertanggungjawab dan imiginasi sahaja. Apakah tindakan selanjutnya ???

7 comments:

ntah laaa..... said...

salam...
aikk! peniagaje yg kena bantu ya pembeli yg nak shopping2 yg masuk wad dek krn air fru tu camner???hehehe...gua nak jln2 jer cr bhn

otai said...

saman jer those yg buat demo tu. baru padan muka. dorang tau syok jer... sakit orang lainmana nak ingat

Anonymous said...

mana syed mehdar tak nampak muka pun dalam program pemuda wilayah persekutuan.

ahli kg sg kerayong said...

syed mehdar tengah sibuk dengan saranan nya supaya kerajaan bagi rumah free pada pengantin baru hihihi sian aku tengok ketua pemuda cheras tuh.. badan je besar sempit pemikiran rupanya.

Anonymous said...

wilayah kini harap jangan abaikan pandangan Syed Mehdar harap wilayah kini dapat beri keutamaan yang paling terbaik.

kami pemuda sedang merindui pandangan Naib Ketua Wilayah itu,harap dapatkan buah fikiran dan perancangan Syed Mehdar.

Kalau boleh dapat pandangan Syed Mehdar..Apa lagi Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan perlu buat! dan cara-cara meningkatkan keberanian Pemuda UMNO Malaysia.

pemuda cheras said...

Itu le akibatnya kalau terikut sangat acuan ketua bahagian cheras bukan orang luar saja tak suka malah ahli sendiri pun dah benci.

Ambil cermin tengok mana patut baiki sila baiki usah dok melalak sana sini tapi pengisian tadak.

geng temerloh said...

we love syed mehdhar ..... spesis bodek, ampu, kipas yg dah kurang dalam umno...

aku tahu, syed mehdhar sibuk menemankan mantan ketua pemuda wp yg kesepian ker?