Monday, August 31, 2009

DI MANA KIBARAN JALUR GEMILANG DI KUALA LUMPUR ? APA DAH JADI ?

KUALA LUMPUR 31 Ogos,
Salam Merdeka dan Satu Malaysia kepada semua. Hari ini, negara menyambut sambutan Merdeka yang ke 52. Namun disebalik sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 52, kita tidak dapat merasakan semangat patriotik dikalangan warga kota.
"Apa dah jadi di Kuala Lumpur ? Mana Jalur Gemilang macam dulu ? Takkan setiap kali warga kota nakkan bendera percuma?", begitulah sms yang diterima oleh Wilayahkini sejak awal pagi tadi.
Kebetulan pulak Pengarang Utusan Malaysia Sdr Hassan Mohd Nor dalam ruangan mingguanya(gambar sebelah) hari ini turut melontarkan isu yang sama bertajuk Merdeka !... Di mana Jalur Gemilang ? Sila klik disini - Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri , untuk baca komen beliau.
Beginilah suasana di Kuala Lumpur kali ini. Bahkan, sebahagian besar daripada pemilik bangunan - bangunan besar di sekitar Kuala Lumpur juga kali ini tak kibarkan Jalur Gemilang.
Nak harapkan pengguna jalan raya ? Anda boleh kira gunakan jari anda berapa kenderaan yang kibarkan jalur gemilang tahun ini. Sampai bila kita nak tunggu bendera " free" ?
Wilayahkini juga difahamkan kali ini, Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga DBKL tidak memberikan bendera - bendera percuma kepada Persatuan - Persatuan Penduduk, NGO , parti - parti politik dan juga pemilik bangunan sekitar Kuala Lumpur kali ini sepertimana tahun - tahun sebelum ini ?
Apapun tahnniah kepada Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang menganjurkan kempen mengibarkan Jalur Gemilang di Uptown Danau Kota baru - baru ini. Tahnniah juga kepada Puteri Bahagian Setiawangsa( gambar atas) dan juga Puteri Bahagian Batu yang turut menganjurkan kempen kibarkan Jalur Gemilang baru - baru ini.
Sementara itu,Puteri Selangor ( gambar kecil) turut turun padang menganjurkan kempen kibarkan Jalur Gemilang baru - baru ini.

12 comments:

liza said...

Tahnniah Pu3 Setiawangsa dan juga Kak Wani.

Anonymous said...

Sekali air bah sekali kampung berubah. Begitulah pepatah yang sering kita dengar.

Pepatah tersebut, boleh menunjukkan suasana selepas sesuatu kejadian.Jika kampung yg tidak pernah mengambil kira kebersihan sampah sarap dan seumpanya,akan bersyukur dengan kedatangan Bah, kerana semua sampah dan sewaktu dengannya dibawah arus dan bersihlah kampung itu.

Tetapi bagaimana dengan suasana kampung yang sangat bersih,landskap yang begitu mengasyikkan,Tempat permainannya dihias rapi dan menyenangkan Tiba-tiba datangnya Bah?

Memang betul Laporan Utusan dan Wilayah Kini itulah Wilayah Persekutuan .

Wilayah persekutuan Menyambut kemerdekaan tahun ini cukup suram! Aktibiti luar dan padang menyambut kemerdekaan kerama menghormati mereka yg berpuasa telah dibataskan,dengan itu perbelanjaan yang terlalu membazir juga dapat dijimatkan,kenapa tidak boleh peruntukkan bunga api yang ratusan ribu yg menjadi tradisi tidak dibeli Bendera? atau peruntukkan aktibiti luar yg tidak diadakan sedikit peruntukkan dibeli Bendera?

Masyarakat PPR pun sudah membuka mata dan pandai berfikir.Orang UMNO jugalah yang sanggup mengibar bendera,Itulah UMNO sentiasa menghargai MAANA KEMERDEKAAN.

muda belia said...

merdeka penghayatan dalaman atau sekadar make-up luaran...

kemerdekaan bagi kami bukan sekadar mengimbau memoir silam n mengibarkan bendera bagi tempoh tertentu...ianya adalah usaha membentuk negara yg sejahtera n makmur dgn segala kekayaan dapat dinikmati bersama...
krn kami faham...

kami yg merdeka...akan mentaati raja n negara ini, xmengamalkan rasuah, mengelapkan kekayaan negara dr segala segi kedalam poket sendiri dan kami akan berterusan menentang segala macam anasir yg cuba menghancurkan negara MALAYSIA ini... kami xperlu glamor n publissiti pada majlis syok sendiri...
KAMI ANAK MERDEKA x kurang skit pun semangat patriotik tanpa kibaran bendera dalam memelihara keutuhan negara...

bungaraya said...

Jikalah suatu masa nanti, allah murka dan menunjukkan kemurkaannya dengan menaikkan air sungai klang sehingga melimpah dan menenggelamkan hingga 3 tingkat hotel dan sebarang bangtunan di KL, maka rakyat KL tidak harus marah kepada kerajaan. Ini menunjukkan rakyat KL terlalu banyak membuat dosa dan kesalahan. Sabar je lah itu dah kira nasib anda hasil perbuatan tidak mengenang jasa sebahagian besar dari anda. Di Malaysia ni, tempat yang paling membangun ialah KL. tetapi KL jugalah tempat ramai manusia menentang kerajaan yang membangunkan kawasan mereka.

Anonymous said...

ORG MUDA

itulah tandanya kerajaan BN tidak popular lagi dan hanya tunggu masa untuk digantikan sahaja seperti apa yang berlaku dalam pilihanraya di jepun sekarang.

Anonymous said...

UMNO Wilayah Persekutuan buat apa?

Ketua Penerangannya yang hebat berucap berapi-berapi..seperti berucap di UMNO Bahagian BATU takkan hanya berucap saja,mana kerjanya?

Setiausaha Kerjanya yang hebat sangat dengan berbagai kempen diCheras mana semangatnya ,mana kerjanya?

Menteri Wilayah Persekutuan bawalah bendera turun merata-merata diWilayah Persekutuan teruskan semangat seperti mula memgang jawatan....TURUN PADANG JUMPA RAKYAT mana realitynya?

Menteri semasa mula memegang jawatan ada menyebut

" Sekarang : Masa untuk berkerja ; Jangan asyik nak jadi pemimpin syok sendiri ; pastikan semua Ketua Bahagian jadi pengundi di bahagian masing - masing ; hentikan politik retorik ; Cuba cari pendekatan macam mana nak rampas kawasan dari pembangkang ; Jangan nak asyik buat kenyataan untuk syok sendiri - buatlah kenyataan berpaksikan idea - idea yang bernas.Jangan kita nak asyik ikut "tune " orang lain "


Alangkah malang sungguh, Semua bahagian UMNO tidak mengambil inisiatif menyemarakkan Kemerdekaan. Ini jelas menunjukkan betapa semakin lemah kepimpinan sekarang.

Puteri UMNO kalau nak buat program kemerdekaan buat bagi nampak serius sikit,bukan sekadar syok sendiri,jangan sekadar nak tunjuk Puteri boleh buat, WANITA buat apa?
PEMUDA buat apa?

Permintaan Dato Najib agar BERUBAH nampaknya di Wilayah Persekutuan telah Menyahut saranan itu dengan nama MAJLIS BERUBAH-BERUBAH.

Anonymous said...

Dalam mengisi perjuangan Komponen Luaran dan Dalaman adalah memainkan peranan yang tersangat sama penting.

Dalam perjuangan mereka yg mengaku dalamannya kuat,tidak perlu menunjuk kekuatan luaran adalah agak janggal.

kategorikan mereka ini mungkin sangat rapuh pengetahuan dalam mengisi perjuangan dan mungkin jauh kurang pengalaman kehidupan .

Perjuangan MENCARI kemerdekaan tidak sama perjuangan MENGISI kemedekaan,Maksudnya dari segi pendekatannya ,perjuangan mengisi kemerdekaan pun mereka berbelah bahagi,mereka kategori ini terlau luntur jika hidup dizaman mencari kemerdekaan.

Pergi berperang dengan semangat sahaja tidak cukup jika tiada senjata.

Apakah benar Make-up itu tidak penting?

Anonymous said...

Hakikat kena diakui bahawa BN tidak popular.

Untuk tumbang seperti diJEPUN atau INDIA ramalan agar meleset.

BN cukup berjasa, yang berjasa dan sentiasa berbuat baik pasti akan diterima. Tetapi yang pandai bermuka-muka dan retorik semata-mata tunggu ada harinya.Jangan Takbur.

Anonymous said...

ramai yg aku tanya sebab kenapa tak kibar bendera kat keta & rumah, katanya nak boikot/protes pada bn/umno. dorang meluat dengan pemimpin parti.

memang betul la, dorang tunggu pru akan datang utk tuka pemerintah.

Anonymous said...

Kesian aku baca coratan orang muda nii...BN bukan tak popular cuma korang yang tak reti bersyukur. Dan satu lagi knapa nak marahkan lambang & bendera Malaysia...Kalaulah jadi apa2 kat Malaysia nie..org melayu nak lari kat mana??? India balik India, Cina balik China...Melayu...layu ditanah sendiri. Bijaklah bila berkata jangan ikut nafsu tapi pada akal dan iman.

Anonymous said...

Tahniah kpd Puteri Wilayah dibawah Ketua Penerangan, Puteri Setiawangsa & Puteri Batu. Atleast...tunjukkan patriotik anak2 muda. siapa kata dia org buat program syok sendiri...lu tak pegi mana lu tahu.

Anonymous said...

Kesian tengok...bila skarang ni ramai dah macam tak sayangkan negara dan bangsa sendiri.Nak kibarkan bendera pun malu...dok kat Msia tak malu lak...