Monday, August 3, 2009

UP TOWN DANAU KOTA - PENDUDUK HANTAR PETISYEN SUPAYA DI PINDAH KE LOKASI LAIN ; PERLU ATAU TIDAK ?

KUALA LUMPUR 3 Ogos,
" Kami , yang bertandatangan dibawah, adalah penduduk - penduduk di di kawasan perumahan berhampiran UP TOWN DANAU KOTA. Kami membantah bahawa penjaja - penjaja telah menjaja dihadapan tepi 3A/6 dan masa berniaga tamat pada 4 pagi tiap - tiap hari adalah menganggu kacau kami. Aktiviti - aktiviti pasar malam ini adalah tidak sesuai persekitaran kediamaan. Dalam keadaan demikian, DBKL harus memindah pasar malam ke lokasi yang lebih jauh daripada kawasan kediamaan. Terimakasih" - Begitulah bunyinya luahan hati lebih 500 penduduk di Danau Kota , Wangsa Maju dalam "petisyen" yang disampaikan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur baru - baru ini melalui Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong. (Gambar dibawah) Seramai 500 penduduk telah menandatangani petisyen tersebut - mendesak UP TOWN DANAU KOTA dipindahkan tempat lain.
Malah lawatan crew Wilayahkini ke lokasi UPTOWN DANAU KOTA malam Sabtu lepas , mendapati keadaan disana begitu sesak. Bukan sahaja masalah kesesakan jalan raya tetapi kereta - kereta di "parking" dihalaman rumah - rumah kediamaan, bunyi bising dan memang boleh menganggu kenteraman para penduduk yang tinggal di sekitar Taman Danau Kota, Setapak Indah , Setapak Garden dan Taman - Taman lain yang berdekatan.
Namun pada sudut yang lain, bazar tersebut juga banyak memberi peluang kepada peniaga kecil untuk "cari makan" dan menyara hidup. Inilah satu - satunya hasil pencarian mereka. Mungkin pendekatanya perlu dirombak semula ?
Isu ini bukanya sesuatu yang baru. Telah banyak kali di suarakan. Baru - baru ini Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusuf dipetik berkata , DBKL tidak bercadang memindahkan bazar larut malam tersebut ke lokasi lain. Beliau berkata, bazar tersebut telah beroperasi selama tiga tahun disana dan telah dikenali ramai dan menguntungkan peniaga kecil.
Segala - galanya ada di UPTOWN DANAU KOTA. Ada penduduk pula mengharapkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik "turun padang" dan memantau keadaan disana dengan sendiri.
Apakah pandangan anda ?

8 comments:

GPMS Cawangan Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju amat teruja dengan info2 dan isu2 yang diketengahkan pihak Wilayahkini.

Kami berharap agar kita dapat berkongsi info dan idea dalam pengendalian blog kerana kami baru sahaja membuka blog ini.

Kami juga berharap agar pihak Wilayahkini dapat mempromosi blog kami buat tatapan masyarakat terutamanya di peringkat remaja dan belia.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat crew Wilayahkini..

Sekian, Salam Ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABDUL RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS CAWANGAN WANGSA MAJU, WP.

ps : Kami telah senaraikan blog Wilayahkini dalam senarai akhbar pilihan di blog kami.

Anonymous said...

UMNO Wangsa Maju telah berubah kepimpinan,dari beberapa orang yang berkepimpinan sederhana telah berubah kepada Pemimpin yang agak keras.

Dulu masa baru buka Bazar ini,30 orang yang memulakan perniagaan 25 telah lari. mahu tidak mahu yang berbaki 5 orang ini terpaksa mengajak sedara mara untuk tolong buka lot-lot yang tidak mahu dimasuki penjaja,demi nak elak malu kpd DBKL. Kerana janji penganjur biarlah para belia dapat menjadikan tapak bazar ini sebagai permulaan alam perniagaan dan mengelak juga dari merempit.itu janji mereka kepada DBKL.

Dengan itu ramailah peniaga Melayu berniaga.

Datuk KP DBKL patut diberi sekalung Tahniah,beliau sangat terhidu dengan harapan kepada pembangunan Ekonomi para belia dan peniaga.

UMNO Wangsa maju,telah mengambil pendekatan yang agak keras. ingin mengambil alih Bazar ini,tetapi tidak berjaya. Orang2 cina yang berniaga restoran berdekatan buat komplain tidak putus-putus kerana kononnya telah mengganggu kedamaian mereka.Bekas Wakil Rakyat BN Yeoh Teong Look difahamkan selalu turun padang memantau menasihat agar bazar ini menjadi terkenal,kerana Bazar malam Wangsa Maju cukup menjadi terkenal.

Akhirnya terpapar kisah Bazar Larut Malam yang telah bergelut dengan berbagai masalah memajukan dipermulaan dan diambang sedang memuncak diganggu dengan memorundum DAP yang suka ambil kesempatan,ditambah dengan pemimpin UMNO Wangsa Maju yang tidak tahu kemana perjuangan.

Jangan tutup Bazar ini kerana hanya kepada bersifat perkauman dan suku sakat UMNO.

Saya sangat bersimpati kepada Pengasas Bazar ini harapan jangan berundur setelah sumbangan terbukti baik.

Anonymous said...

Bazar Larut Malam Wangsa maju diasaskan oleh Seorang Pemuda Bersemangat MELAYU.
Bazar ini diganggu...oleh UMNO Wangsa maju dan CINA DAP.

Pasar Malam Setapak diasaskan oleh seorang CINA berkonsepkan keuntungan...siapa pun tidak mengganggu dan disokong oleh DAP.

Bila sebut CINA berniaga..tak Apa..Bila lihat MELAYU berniaga TAK BOLEH.

Di Setapak CINA berniaga Daging Babi Tak Apa, MELAYU brniaga buah Jering tak boleh.

Di Jalan Hj eusof belakang Hotel Grand Season , CINA berniaga repair kereta,mereka letak kereta rosak dan bangkai kereta dah bertahun-tahun dalam tapak parking kereta, tidak kena saman dan boleh.

Dijalan yang sama MELAYU parking kereta kerana nak minum teh tarik kena saman DBKL dan Polis.Melayu buat tak boleh CINA buat BOLEH.

semua itu adalah kisah benar nak tambah sikit lagi Di Jalan Klang Lama di PUDU di PETALING STREET lebih hebat CINA buat semua boleh..

Beruntung jadi CINA semuanya BOLEH.

mancho said...

jangan risau.. up town bnyak kalu up town ni tutup dtg la ke up town sri gombak,,, kt sana pn apa kurangnya,,,, best jgk,,,,

mancho said...

jangan risau.. up town bnyak kalu up town ni tutup dtg la ke up town sri gombak,,, kt sana pn apa kurangnya,,,, best jgk,,,,

DaDDy slinkkk said...

Itulah lah jelas terbukti orang kita orang meelaaayuuu... kelabu mata (mata duitan)

Kalau ada kepentinggan contohnya soal kotak parking yg di Jalan Hj Eusof belakang Hotel Grand Season, cina benkel letak buruk boleh... melayu boleh! Sebab apa... sebab mereka yg berwajib "MASHUK" di sogok di gelapkan mata dengan "Wang Ringgit"

Itulah kelemahannya baik siapapun sekali yg memerintah kerajaan.

Dipendekkan kata, orang yg benar2 diharapkan "Kelabu Mata Mata Duitan"

Anonymous said...

Kenapa Singapura boleh laksanakan undang-undang dengan berkesan.

Pelik sungguh negara kita ada Islam Hadhari,tapi masih lintang pukang.

Anonymous said...

askum.. sy ameer hanya pembantu jualan di tapak danau kota.. tp sy juga adalah bakal seorang peniaga di tapak danau kota.. di situ lah tempat sy mncari rezeki selama 3 tahun.. tolong adik2 dan keluarga dlm ksusahan.. hingga skang usia sy 23 tahun.. hanya manusia yg dh mrasa idup ssah saja yg paham keadaan peniaga di danau kota.. manusia yg bongkak dgn kekayaan tk tahu apa pn.. senang2 nk suruh pindahkan uptown danau kota.. selama 3 tahun sy hanya bjalan kaki ke tmpat niaga dari flat ppr air panas.. semata mata hanya bkerja mngumpul wang.. dan hanya di situ jugalah tempat sycari makan dan mneruskan idup utk masa depan.. penduduk2 di danau kota pernah tk pkir ttg kssusahan sy?? sy jamin! bkan haya sy.. tetapi ramai lg peniaga di uptown susah.. sy amat bantah keras atas cadangan pindahan itu..

sy amat2 mrayu pd penghulu atau manusia yg mnubuhkan uptown danau kota swkian 3 tahun lebih.. supaya bantahan sy dan kami para peniaga miskin ini.. sekian terima kasih..