Sunday, August 9, 2009

CAKAP - CAKAP POLITIK @ WILAYAHKINI.............

KUALA LUMPUR 9 Ogos,
Wilayahkini menerima satu sms bertajuk " Sila baca artikel bertajuk Kenapa Zulhasnan Menyepi di Malaysian Insider". Betul ker ? saya reply balik. Sebab berita tu keluar di Malaysia Insider, sebuah portal yang paling popular di Malaysia ketika ini.
Selepas hampir lima bulan menyepikan diri, akhirnya Datuk Seri Zulhasnan Rafique muncul di khalayak ahli UMNO apabila beliau merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Setiawangsa pada penghujung minggu lalu di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota - Begitulah bunyinya mukadimah rencana yang ditulis oleh penulis Malaysian Insider.
" Zulhasnan turut hadir merasmikan mesyuarat pergerakan Puteri , Pemuda dan Wanita dengan imej baru. Ke-esokanya beliau hadir merasmikan mesyuarat bahagian", kata seorang rakan kepada Wilayahkini. ( Gambar ATAS- Zulhasnan Rafique ketika hadir merasmikan mesyuarat Puteri , Pemuda dan Wanita di Hotel Nikko )
Zulhasnan merupakan satu - satunya wakil dari Wilayah Persekutuan yang menang kerusi Majlis Tertinggi pada pemilihan UMNO lepas, dikatakan kini lebih menumpukan masanya di kawasan parlimenya , Setiawangsa.
Sila klik -Kenapa Zulhasnan menyepi? untuk baca rencana penuh dari Malaysian Insider.
Zulhasnan juga merupakan wakil tunggal BN yang menang di Kuala Lumpur pada PRU yang ke 12. Manakala Tengku Adnan menang di Putrajaya manakala Yusuf Mahal pula menang di Labuan.
Selain memperkukuhkan dan memperkasakan lagi UMNO Bahagian Setiawangsa , Zulhasnan meminta ahli - ahli UMNO terus dan sentiasa memberi kepercayaan kepada kepimpinan Najib untuk membawa perpaduan rakyat dan kegemilangan negara ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Setiawangsa baru - baru ini.
Selain sibuk dengan UMNO bahagian Setiawangsa dan Parlimen Setiawangsa, baru - baru ini Zulhasnan dikatakan melawat Festival Floria di Putrajaya yang di ilhamkanya sendiri dua tahun lalu. Beliau dikatakan disambut oleh Pengerusi Perbadanan Putrajaya Tan Sri Shamsuddin.
Zulhasnan kali terakhir muncul dikhalayak ramai bersama Perdana Menteri pada hari kedua Najib dilantik sebagai Perdana Menteri dimana beliau membuat lawatan mengejut ke sekitar Kuala Lumpur. Ketika itu Zulhasnan masih menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Lawatan tersebut merupakan program pertama Najib bersama rakyat setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.(gambar sebelah)
Zulhasnan digugurkan sebagai Menteri WP dalam kabinet Najib . Ketua UMNO Lembah Pantai Raja Nong Chik dilantik sebagai Senator untuk menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP menggantikan Zulhasnan Rafique.

31 comments:

TAAVEEKUN PERAK said...

salam ziarah,
umno perlu berubah jika tidak maka umno akan rebah.melayu dan islam perlu bersatu dan melawan DAP laknatullah.buat masa sekarang misi itu yg paling penting demi agama bangsa dan negara.tq

Anonymous said...

Zulhasnan,main politik kena pandai,U buat kerja sikit U gemburkan sebesar2nya, itu ciri dan perlu U buat dalam politik.

Dato Najib pun tahu U kerja kuat,banyak pembaharuan U dah buat dekat Wilayah...i nak nasihatkan U kalau mahu jadi orang politik yang bagus U tak boleh sekali-sekali sahaja lepak kedai mamak,U kena setiap minggu buka meja panjang pilih mana-mana kedai mamak..itu ciri terbaik orang politik...

Harap U tak menyepi lagi..main politik seperti rumah ditepi pantai...

Belajarlah politik cara Tengku Nan, walaupun nampak menyepi tapi berisi.

locengwangsa.blogspot.com said...

Sila baca blog locengwangsa, ada mengupas mengenai politik setiawangsa yang membabitgkan Zulhasnan Rafique.

Anonymous said...

Pengerusi perhubungan Wilayah!

mana ketua2 bahagian Wilayah Persekutuan yang sepatut bersama Tan Sri diperhimpunan kutuk Anwar Ibrahim? mana Setiausaha Perhubungan WP? mana ketua penerangan WP?..

Di W.Persekutuan cakap senang......

Anonymous said...

DAP cari pasal lagi. UMNO tumpang sekaki. DAP kerana perkauman UMNO Kerana hasad Dengki....

Bazar Larut Malam Wangsa maju diasaskan oleh Seorang Pemuda Bersemangat MELAYU.
Bazar ini diganggu...oleh UMNO Wangsa maju dan CINA DAP.

Pasar Malam Setapak diasaskan oleh seorang CINA berkonsepkan keuntungan...siapa pun tidak mengganggu dan disokong oleh DAP.

Bila sebut CINA berniaga..tak Apa..Bila lihat MELAYU berniaga TAK BOLEH.

Di Setapak CINA berniaga Daging Babi Tak Apa, MELAYU brniaga buah Jering tak boleh.

Di Jalan Hj eusof belakang Hotel Grand Season , CINA berniaga repair kereta,mereka letak kereta rosak dan bangkai kereta dalam petak-petak kereta yang di cat rasmi dah bertahun-tahun dalam tapak parking kereta, tidak kena saman dan boleh.

Dijalan yang sama MELAYU parking kereta kerana nak minum teh tarik kena saman DBKL dan Polis.Melayu buat tak boleh CINA buat BOLEH.

semua itu adalah kisah benar nak tambah sikit lagi Di Jalan Klang Lama di PUDU di PETALING STREET lebih hebat CINA berniaga sampai atas jalan semua boleh..

Beruntung jadi CINA semuanya BOLEH.

Anonymous said...

Kau ni Koi Budak Kuala Lumpur,asyik salahkan DRNC saje..Wilayah persekutaun tanggungjawab Tan Sri Mahyuddin.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Sepatut Berilah jawatan pengerusi perhubungan kepada DRNC dengan kuasa sepenuhnya, barulah boleh DRNC laksanakan seluruh Bahagian Wilayah Persekutuan.

Budak Kuala Lumpur kau ulaslah Wilayah Persekutuan perlu ditadbir oleh orang Wilayah, kerana Wilayah Persekutaun masih ramai pemimpin.

Apa kurang Dato Shafie Abdullah Ketua UMNO bahagian Wangsa Maju,Setiausaha Politik Perdana Menteri..Pegawai Penerangan Wilayah Persekutuan ,Pemimpin yang berbakat..sepatutnya inilah muka baru yang ada potensi tahta Menteri Wilayah Persekutuan..walaupun dia anak Pahang, dia juga orang yang Berada..dia tak akan makan duit rakyat.pemimpin ini beramanah, selalu menyeru dan mengajak orang ramai ke Masjid,Tapi orang UMNO buat dek..malah seluruh dalam dewan PWTC semasa persidangan UMNO Malaysia yang lepas Booo Dato Shafie kerana Dato Shafie ajak orang UMNO pergi Masjid.

Yang BOOoo dato Shafiee org UMNO dari Peringkat Ketua Bahagian hingga ke perwakilan tujuh..mereka itu kan org yg berjawatan,terpelajar, terpilih dari kalangan terbaik dari Bahagian-bahagian UMNO,kenapa bodoh sangat nak BOOooo Dato Shafiee yang sangat dikenali dan wara' itu...tak kanlah mereka tak kenal sangat Dato Shafiee tu..Setiausaha Politik PM mana boleh di BOOOooo.Malulah PM..

Kau tulis kelemahan DRNC,memang dia pemimpin ada lemah,bukan semuanya lemah,Menang Ketua bahagian Lembah pantai semuanya kena bertanding ( itu tanda bukti pemimpin kuat )...walaupun lawannya hanya seorang bekas Pegawai JASA yang hanya ada KERAJINAN ,KEIKHLASAN,SIANG MALAM BERSAMA RAKYAT DI L.PANTAI ,PANDAI BERCAMPUR, BIJAK BERPIDATO,DISENANGI AHLI UMNO,BUKAN ORG KAYA. ajak orang UMNO sokongnya hanya pakai air liur itu jauh lebih lemahnya dari DRNC, tetapi kelemahan tertentu DRNC itulah kita perlu bantu DRNC supaya menjadi kuat...kalau pun dia bantu kawan2 terdekat kononnya kau kata beri projek di Lembah pantai , DRNC pun berusaha utk jadi kuat di Lembah Pantai..

Orang Wilayah semua tahu Isteri DRNC adalah berketurunan Cina, soal isteri dia bantu Cina tidak perlu diUngkit...harta dapat pada Cina pun bukan boleh dibawa mati..Kalau Cina jadi kaya, pekerjaan akan diberi juga kepada Melayu..setidak-tidaknya jadi driver dan jaga rumah mereka..

KOI, aku pun kaki duduk kedai kopi juga,Kengkadang aku juga bersetuju bila berkali-kali duk sebut DRNC sangat lemah aku punjadi terpengaruh,tapi jangan bimbang Lemah DRNC hanya bersifat sementara Dato kamaruddin Ambok bekas Tim Ketua Perhubungan sudah sanggup berkorban apa saja demi harta dan negara.

Bagi AKU aku suka DRNC kerana dia pemimpin TERPILIH. jangan bantah PM yang pilih. semasa kempen tanding Ketua bahagian dulu pun DRNC ada sebut..PM suruh pilih....
SLOGAN BANK RAKYAT; Saya mesti pilih, .....pilihan saya..

KOI kau perlu sedar...
TAPI Aku tersedar kerana kau KOI.

Anonymous said...

memetik dari kata-kata Hj Hamzah..

Hj Hamzah Juani said...
Salam..

Syed Ali dalam ucapan berdekaq-dekaq suh pupuk perpaduan .. dalam blog pun berdentum-dentum bakar api perpaduan .. TAPI... malangnya Persidangan UMNO Bahagian Cheras setiap tahun memaki hamun ahli..
satu persatu ahli kena maki hamun..

Yang nyata dia lah master plan/perencana dalam perpecahan di UMNO bahagian Cheras nun.. kaki bodek kaki kipas keliling pun taram la..

Presiden dan Timbalan Presiden UMNO kena peka dengan pemimpin sebegini.. inilah punca ramai ahli di peringkat akar umbi hilang semangat untuk meneruskan perjuangan .. dek kerana pemimpin yang seperti Syed Ali suka memecahbelahkan ahli..

Dalam persidangan UMNO bahagian Cheras yang lepas... SUB Baharuddin Mustafa yang penah kena londeh samping satu ketika dulu (aku baca dalam Agenda Daily la) tanpa segan silu... dalam ucapan nya.... menggunakan perkataan lucah dgn kurang ajar nya... KEPALA HOTAK... ditujukan kepada ahli...

Tu dia... SUB yang dilantik oleh Ketua Bahagian .. tu lah tahap keperibadian dan tingkah laku yang melambangkan taraf kepimpinan Syed Ali.

Ngeri .. kiranya inilah drama di sepanjang tahun Persidangan UMNO Bahagian Cheras, alamat hancurlah parti keramat ini. Kami semua masih sayangkan UMNO tapi jika beginilah gayanya barisan kepimpinan UMNO Bahagian Cheras.. Wallahualam ..

Bawa lah muhasabah diri.. ahli dah menyampah dah wei... baling kasut je belum!

Anonymous said...

Salam.

Datin Rosmah selamat datang ke kg Buah Pala yang sedap.

BUDAK KEDAH said...

Menarik tiba - tiba terbaca pasal Datuk Zulhasnan Rafique. Lama tak dengar pasal dia. Kita pun tak tahu kenapa dia digugurkan selepas Najib dok bawak dia ke hulu ke hilir lepas jadi Menteri. Kalau tak suka dia, kerana dia orang Pak Lah, lantiklah Ku Nan.
Depa lantik Raja Nong yang memang terlalu KECIL di arena politik. Macam mana Malaysia nak maju cam ni ?

pro UMNO Cheras said...

Kenapa Zulhasnan Rafique tak diberi tanggngjawab lain ? Dia kan seorang jer Ahli MT yang menang dari WP lagipun dia ada jawatan Ahli Parlimen lagi. Najib kena pandai atur perancangan. Dahlah WP banyak sangat "pemimpin yang bercakap besar " tapi tak ada kesan. Zulhasnan walaupun nampak orangnya tegas dan sombong sikit tapi dia boleh buat kerja.
Yang Cheras tu , pandai beteriak aja tapi habuk pun tak ada. Kat Cheras pun dia tak boleh control.
Bila Raja Nong Chik , keretanya di sepak mana dia pergi ? Kenapa dia diam ?
Pergilah turun padang dan lawat semua kawasan di WP. Saya boleh bertaruh , memang tak laku punya.
UMNO kena pilih orang yang boleh buat kerja bukanya pandai buat statement dalam blog dan media pasal isu nasional. Itu syok sendiri namanya.
Isu nasional , ramai menteri lagi ada. U jagalah WP dan Cheras betul - betul.
Kalau nak ikut rekod Cheras memang bahagian paling terbaik dan patut dapat hadiah kerana buat majlis besar - besar di hotel lima bintang walaupun Cheras dah 15 tahun dibawah pembangkang.
Tak guna PM dan TPM ataupun Menteri 2 lain turun ke Cheras sedangkan, Cheras masih dibawah DAP.
Kenapa pemimpin - pemimpin atasan tak berani nak tegur BN ataupun UMNO Cheras pasal tersebut.Berani kerana benar.
Tak guna buat berdabik dada.
Insaflah UMNO dan BN.

Anonymous said...

Tidak dilantik meneruskan tugas sebagai menteri tentu ada hikmahnya, yang penting perjuangan wajib diteruskan. Buktikan Kesetiaan kepada perdana Menteri sangat penting.Perdana Menteri Dato Sri Najib Wajib dibantu dengan sokongan padu,Gagasan murni 1Malaysia wajib disokong baik moral dan tenaga.

sebagai warga Wilayah Persekutuan kami menumpang bangga,Wilayah Persekutuan sudah ada Lagu Negeri,Bendera Negeri,Sekolah Agama,Sekolah Tahfiz Sains.Bintang Kebesaran Negeri,banyak kawasan sudah dibina kedai makan yang canggih,padang-padang permainan bolasepak futsal dan padang permainan kanak2 dibina sebaik-baik prasarana,persatuan NGO telah banyak dapat faedah dan bantuan,orang-orang sukan diWilayah Persekutuan telah dapat bergerak dengan selesa bila Dato Seri wujudkan Majlis Sukan Negeri .Komuniti Bestari bergerak dengan begitu bersemangat diWilayah persekutuan .Dato Sri cetuskan idea dan perjuangkan PPR di Wilayah Persekutuan dijual kepada rakyat miskin telah menjadi kenyataan.

Banyak lagi idea dan kemajuan yg dibawa oleh Dato Sri yg kami ikuti tidak tersebut disini.

Dato Sri Najib membawa dan memikul visi negara yang tersangat besar malah cukup mencabar,Kepimpinan semua MANTANnya harus diteruskan,Dato Najib tidak boleh kebelakang satu tangga kebawah.Meneruskan perjuangan Mantan-mantan adalah satu kesetiaan.

Walaupun Dato Zulhasnan telah melangkah setelah beberapa pemimpin sebelumnya di Wilayah persekutuan memulakan langkah yang pertama,sekarang diikuti Dato Raja Nong adalah penerus langkah seterusnya,dengan harapan
Pemilihan Dato Raja Nong Chik warga Wilayah menerima dengan penoh kesetiaan , dengan doa dan harapan banyak lagi kemajuan dan kesejahteraan akan dapat diwujudkan.

Salam Wilayah Persekutuan Maju Dan Sejahtera.

Anonymous said...

boleh tak jangan tulis lagi pasal Syed Ali Al Habsyi.

aku sangat menyampah dengan perasit berwajah manusia ini.

sebelum Dato Najib melantik anggota kabinet,tiap-tiap hari komen perasit ini keluar dekat surat khabar, dengan berbagai wajah,malah sanggup keluar tengah-tengah panas buat demontrasi sokong Sultan..cari publisiti murah.

sekarang baru aku tahu Ramai AJK Cheras yang berpengajian tinggi dan kepala hotak bagus( pinjam kata-kata Setiusaha Bahagian Cheras hanya sebut Kepala Hotak ) lari dari bahagian Cheras.

Suka le Syed Ali yang sanggup bersama..hanya AJK burung tiong yang pandai berkata...Best Bos,Baguih Bos,Bos Berani ,Hebat Bos,YPC Bos,Bos YPC,lapar Bos,jatuhkan dia bos,pecat bos,belum masyuuk bos.

piraaaaaah.hati busuk, yg dia sebut hati mau baik beb rupanya perasit berwajah manusia.

Veteran UMNO said...

Assalamualaikum WBK;

Rasa terpanggil untuk mengulas satu sejarah di suatu ketika saya terbaca di dada akhbar 'Pecah sejarah UMNO Bahagian Cheras mengadakan persidangan tahunan marathon selama 15 jam'.

Dalam hati saya alangkah hebatnya UMNO Cheras.. rupanya bila diselidik satu persatu .. intipati yang diketengahkan adalah menghentam Ketua Wanita yang diserang habis-habisan oleh Pegawai, AJK dan ahli-ahli yang diupah oleh Syed Ali alhabsi.

Ingat mesy 15 jam tu bangkit isu-isu dan idea demi memertabatkan Agama, Bangsa dan Negara .. rupanya bergaduh sama sendiri.. Astagafirullah.. apa sudah jadi dengan UMNO dewasa ini.. pemimpin menyalahgunakan kuasa dalam persidangan hentam menghentam hina menghina kutuk mengutuk saja agenda nya.. Kasian sungguh pada ahli-ahli terpaksa menunggu dan mendengar caci maki Ketua bahagian dan kuncu-kuncunya.

Dimanakah letak nya sifat persaudaraan kita jika hanya kerana pergaduhan kecil anak beranak di bawa sehingga ke persidangan tahunan bahagian dan di dada akhbar... sungguh MEMALUKAN! Insaflah wahai pemimpin... bangun lah wahai ahli-ahli UMNO sekelian..

Demi untuk bangsaku... SADAR LAH wahai pemimpin rakus yang bertopengkan manusia!

Anonymous said...

Saya lama perhati komen-komen yang dilepaskan oleh kumpulan Wilayahkini. Ada yang menarik dan ada yang tidak menariknya. Tetapi saya nampak, maaflah kalau silap, kebelakangan ini banayk sangat komen yang tidak sedap dibaca untuk Syed Ali. nampak yang membrikan komen macam hilang akal, macam ada orang yang menaja untuk menyerang kepimpinan Syed Ali baik di Ceras ataupun sebagai Setiausaha Badan Perhubungan. Tali barut kepada manusia yang kecewa ini adalah portal Wilayahkini ini. Bersama dengan kumpulan penentang kepimpinan UMNO, mereka ini membawa lidah bercabang manusia yang didepan syed ali baik tetapi di belakang, komen terhadap syed ali saksinya.
Mereka ini menyerang tanpa bukti dan melabelkan Syed ali sebagai parasit adalah lahir dari lidah orang-orang yang munafik. Semudah itu kita melabelkan orang lain tanpa mencerminkan diri sendiri. Satu jari kita tunjuk kepada syed Ali tetapi kita lupa empat jari lagi sedang menuding ke diri kita sendiri.
Saya setuju, Syed Ali juga pemimpin baiasa yang tentu ada salahnya tetapi menjadikan syed ali sebagai sasaran kerana kebencian terhadap keputusan pimpinan tertinggi dengan menggugurkan tokoh-tokoh pujaan, kita kena reda kalau kita bukan dari jenis manusia bersifat biawak bahawa segalanya Tuhan tentukan.
Wilayahkini kalau benar portal yang sayangkan UMNO walaupun mendodkong kebebasan bersuara dan menulis perlu ada garis panduan supaya komen-komen tertentu tidak dilepaskan begitu sahaja kerana UMNO WP hari ini sudah tidak ada masa untuk bertelingkah peribadi, sasaran adalah menangkan UMNO dan semua pihak bertanggungjawab.
Kepada yang melebelkan orang-orang tertentu dengan kata-kata atau ungkapan tertentu, marilah kita tarbiyahkan diri kita dan jadilah maamun yang baik.
Saya percaya Wilayahkini akan siarkan komen ini..

Anonymous said...

Tak payah sangat lah nak bersoal jawab pasal ISA.

Yang penting Akta ini baik atau tidak?

Haram Zadah penghianat negara,toke dadah,toke along,toke betina,toke sorok,macam-macam lagi yang keparat...jadi toke..ada bukti mereka salah Tahan mereka.

ini zaman pelakun, kaki rogol,penyamun,kaki pecah bank dan macam-macam kaki bila kena tangkap..depa jadi hero.Polis yang berkerja 24 jam tinggal anak bini nak jaga keamanan kata tak betul, itu salah ini salah.

sudahlah jangan layan..pi cari makan, ada duit bagi anak bini makan sedap-sedap. kalau anak bini lapar dia marah gomen,bapak depa duk melahu depa tak marah...

menyampah....

Anonymous said...

Cara menggugurkan Zulhasnan..nampak macam bercelaru ,Tapi pembaca mesti ingat PM sekarang Dato Najib,dia cukup pandai dan bijak mengamankan keadaan.seorang yang mudah bertolak ansur masakan Tuan Guru Nik Aziz sangat menghormati karisma Dato Najib yg dilihat pemimpin berhemah dan menghormati orang-orang tua.

Masyarakat akan truja dg tindakan kepada negara masa mendatang ini.
Semua MT pasti akan diberi tugas,Bukti terbaru JJ telah diberi tempat sebagai Duta ke USA bertaraf Menteri,Dato Najib tidak terburu-buru,Dato Najib tidak mencari-cari...seperti Pak Lah mencari-cari mereka yang sudah beratus tahun telah pergi tiada harapan akan kembali...Kenapa Pak Lah tidak berusaha mencari Junjungan Nabi Muhammad..jika berusaha mencari junjungan ini, keizinan Allah banyak ulama' telah bersua secara bermimpi,

Dato Najib seorang yang praktikal,akan mencari sesuatu yang pasti dan reality..
Kepimpinan tidak menjatuhkan air muka,menghargai jasa,sayang kepada rakyat,mengutamakan rakyat adalah warisan kepimpinan Ayahandanya.

sesaorang yang meletakkan ayah atau ibunya sebagai Idola pasti tidak sesat. tetapi perlu juga diambil ingatan meletakkan Isteri sebagai Idola adalah dilarang. Tetapi isteri sebagai pengkongsian semangat dan membangkitkan rasa muda untuk berjuang adalah dituntut sama sekali tidak dilarang.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

Anonymous said...

Salam kepada Saudara Anon,
Tahniah kepada Wilayahkini yang telah
Menyiarkan komen tersebut, walaupun Wilayahkini
Telah dikritik.
Saya ingin memberikan amaran kepada Saudara Anon
Kerana menuduh kami diberikan upah untuk kritik
Syed Ali di Wilayahkini.
Saya tergelak. Sampai begitu ramalan mereka sampai dah
Mati dan hilang akal.
Saya biasa hantar komen di Wilayahkini dalam
Banyak isu termasuk UMNO.
Siapalah Syed Ali ini? Dia hanya merupakan seorang
Ketua Bhagian biasa tapi cara dia berlagak macam
Menteri dan Pengerusi Perhubungan.Dia memang bercita - cita besar
Tapi sungguh malang kerana tuhan sedang memerhatikan. Ukurlah sendiri
Siapa diri kita.
Apabila orang lain dalam jawatan , mereka hentam, maki, tikam macam - macam
Setipa hari tetapi hari ini bila dah terkena , nak tuduh orang macam - macam.
Kita sebagai manusia , kena insaf apa yang telah kita buat dulu pada orang lain.
Kenapa mereka tak berganding tangan dulu?
Janganlah campak kelemahan diri kita pada orang lain.
Pemimpin UMNO WP kena pandai belajar berhemah dulu.

Anonymous said...

T.kasih kepada pembela Syed Ali, tuduhan orang ini orang itu ditaja untuk kepentingan sesaorang juga dilihat CIRINYA bersifat munafik, sebagai pembela kepada perjuangan Syed Ali tugas dan tanggungjawab tuan Yang Alim ialah beri tahu apakah tuduhan yang dikatakan itu tidak berasas hanya satu pembohongan.

Kebanyakan komen yg dibaca melalui WILAYAH KINI semuanya ditujukan kepada Syed Ali bersifat kepada kepimpinannya.Apabila kita bercakap berkait dengan kepimpinan mahu atau tidak ianya akan terpalit juga dengan sifat peribadi, Peribadi adalah cermin utama yang akan dilihat kepada diri mereka yang dinamakan Pemimpin.Pemimpin perlu ada Karisma dan Karismatik.

Pemimpin yang berciri baik ini,Tidak akan melaga-laga orang,orang bergaduh dia akan jadi pendamai,cakapnya sangat sederhana tidak meninggi diri,Dia cakap dia buat,orang yang bernaung dibawahnya akan merasa aman,Bergaduh dalam rumah tangga jiran pun tak tahu,tidak mengungkit-ungkit kebaikan yang dia buat,Sifat beraninya diterjemah dengan Ilmu,Duit Rakyat dia tak makan atau membedak kepada suku sakat,Tidak menjadikan maki hamun sebagai amalan dan banyak lagi cirinya yang tidak tersebut disini.

Syed Ali Sanggup memaparkan kepada orang ramai seluruh negara melalui surat khabar sesuatu perkara yang belum mendapat persetujuan sesaorang ,demi kepentingan peribadi dan UMNO Bahagian Cheras.

Contoh :Semasa Dato Azalina menerima jemputan Syed Ali turun padang ke bahagian Cheras,Syed Ali lagakan Dato Azalina denga wanita malaysia bahawa UMNO Cheras akan mencalunkan Dato Azalina sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia..selepas itu apa terjadi..INSAN BERNAMA DATO AZALINA yang kuat berkerja atas sifat tugas dan amanah,rajin turun padang,menjelajah keseluruh negara untuk bertemu semua peringkat pemimpin Belia dan Ngo's untuk membangun sukan sudah menjadi terencat, Wanita UMNO mula mengumpat,melarikan diri dari Azalina,Adik-adik Puteri UMNO yg bertungkus lumus dalam semua kerja UMNO telah disalah ertikan ketika itu,porak peranda Wanita dan Puteri ketika itu, itu ADALAH gara-gara kerana Syed Ali ..sifat apa manusia bernama syed Ali ini? baiklah jangan samakan Syed Ali dengan sifat PERASIT.Jadi nak disuruh sebut Ahli Jahannam? tidak boleh, Ahli Jahannam Allah yang tentu dengan Sifat Rahman dan RahimNya.Itu kerja Akhirat Allah sahaja yang tahu tetapi wajib percaya.Kerja PERASIT jelas didunia semua orang boleh melihat sendiri dengan mata dan akal yang waras,tetapi bukan manusia yang memakan habuan.

Jangan melibatkan mereka yang bersantai bersama Wilayah Kini dituduh hilang akal.Syed Ali yang menggunakan media londeh segala benda yang terlarang kerana bergaduh dengan Ketua Wanita Cherasnya sendiri memalukan Pemimpin UMNO seluruh negara boleh masuk akal?

he! aku orang UMNOlah muka jadi tebal macam tempek kulit babi kerana Syed Ali buat kerja Hilang Akal.Malu kami orang Wilayah, nak letak jawatan Setiausaha pun guna surat khabar. Macam Menteri! Dato Shahrir samad yang amat berjasa pun tak buat begitu..

Zaman ini orang UMNO tidak boleh diperbodohkan manusia spt Syed Ali. UMNO akan menjadi kuat,rakyat akan terus yakin kepada UMNO,UMNO parti berjasa,UMNO telah mengumpulkan duit ringgit untuk menaja kemerdekaan.UMNO telah tegak dengan megah dan gah kerana pada ketika itu kerana tiada ada spesis seperti Syed Ali.

Saya berani bertaruh,Wilayah akan jadi ceria kembali jika tiada lagi perasit seperti Syed Ali...percayalah

Veteran said...

Sdra/Sdri Anonymous Aug 11,

Terima kasih atas komen sdra/sdri.

dalam hal syed ali ni, itu lah jangan suka hina orang, tindas orang, didunia jugak dibalasNYA. bila dah berkuasa disalahgunakan kuasa maka itulah natijahnya.

hidup didunia ini jangan kerna kuasa yang dipinjamkan sementara olehNYA dijadikan senjata untuk menikam kawan dari belakang, caci maki, hina menghina, terjah sana sini..kelak buruk padahnya.

itu saja nasihat saya kepada pemimpin UMNO di Cheras yang bernama syed ali itu.

jangan disalahkan Wilayakini.. mereka sekedar flatform untuk ahli meluahkan rasa hati.. saya yakin setiap yang diluahkan berpaksikan kebenaran kerana tidak ada ahli yang sanggup menggadaikan masa menulis sedemekian rupa jika tidak kerna isi hati yang terbuku.

sekian terima kasih dari saya ahli Veteran.

BIRO PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT said...

Layari Blog Pemuda Setiawangsa @ pemuda118.blogspot.com

Anonymous said...

Syed Ali pernah berkata" kalau ada dua Syed dalam satu Bahagian boleh menggoncang negeri"

Tanya Syed Ali benar atau tidak kata-kata itu keluar dari mulutnya!

Anonymous said...

Syed Ali pernah berkata" kalau ada dua Syed dalam satu Bahagian boleh menggoncang negeri"

Tanya Syed Ali benar atau tidak kata-kata itu keluar dari mulutnya!

Anonymous said...

Bukan Syed Ali berkata kalau ada dua Syed Ali akan bergoncang dunia tapi Perdana Menteri yang kata kalau ramai macam Syed Ali akan bergoncang dunia semasa Majlis 15 tahun UBC la...

Anonymous said...

Apa susah nak kutuk kutuk pada Syed Ali kalau rasa tak puas hati jumpa berdepan denganya rasanya dia tak pernah pun tak angkat telefon atau sms ..... pasal apa yang saya tahu Syed Ali jenis orang cakap depan depan ...

Anonymous said...

satu syed ali pun sudah memporak perandakan UMNO dan Wilayah Persekutuan... Nauzubillah!

Anonymous said...

syed ali jenis yang cakap depan depan???

mimpi ke ape????

seingat dan setahu saya - syed ali 2 jenis manusia @ makhluk yang terlalu suka mendengar hasutan orang tanpa usul periksa dan jenis yang terlalu suka baling batu sembunyi tangan!!!!!

jenis pemimpin cam nie yang ditaksubkan????

Anonymous said...

Dah lah tak baik bertelagah bulan
Ramadhan yang mulia dah dekat Dosa yang lepas banyak tak masih tak bertaubat ....mengapa begini sikap orang-orang Umno ..... saya pun dah naik muak....... Sebagai manusia kita bukannya 100% terbaik tetapi cuba perbaiki dan buat yang terbaik untuk Agama, Bangsa dan Negara. Salam Selamat Menyambut amadhan Al Mubarak ...

Anonymous said...

Jangan maim-main dengan Syed Ali dan orang-orangnya.

Saya mendengar sendiri:

Syed Ali pernah berkata" kalau ada dua Syed dalam satu Bahagian boleh menggoncang negeri"

Tanya Syed Ali benar atau tidak kata-kata itu keluar dari mulutnya!

Saturday, August 15, 2009

Kalau silap gaya inilah kena pusingnya:Tu Dia..depa rujuk komen daripada Perdana Menteri ,tak mainlah yang lekeh-lekeh

catitan dari Anon 16 ogos berbunyi.....

"Bukan Syed Ali berkata kalau ada dua Syed Ali akan bergoncang dunia tapi Perdana Menteri yang kata kalau ramai macam Syed Ali akan bergoncang dunia semasa Majlis 15 tahun UBC la..."

GONCANG DUNIA.....?

Anonymous said...

Ada yang sokong, ada yang tidak menyokong, dan ada yang berkecuali tentang kepimpinan Syed Ali.

Apa yang saya nampak di WP, majoriti Ahli UMNO memang sangat tidak suka kepada beliau.

Mesti ada sebabnya.

Ini tidak bagus utk parti & memberi imej yang tidak elok.

Pemimpin peringkat tertinggi harus sedar situasi ini walaupun sudah agak terlambat untuk memperbetulkan parti.

Kuasa rakyatlah yang akan mengoncang dunia sebenarnya.

Anonymous said...

Memang syed Ali ni pengampu besar. Orang dia suka dia jaga orang yang tak bawa apa2 erti utk dia, dia campak macam kucing kurap.

Anonymous said...

Salam Perjuangan...jangan nak kata yang dok kutuk dibayar. Tak punn. Saya memang lihat dimata kepala sendiri. Contohnya masa dia nak bertanding MT dulu..dah lah panggil semua pastu dok kutuuk Ketua bahagian ni tak betul..ketua bahagian tak baguih..ketua bahagian tak boleh buat kerja...macam dia sorang aje baguih.dah lah tak tunjuk teladan yang bagus kat org muda. Masa ada jawatan bukan main lagi tapi bila tak de jawatan dulu langsung tak nampak muka. Ini kah pemimpin yang patut dicontohi. Tak datang program Wilayah sampai nak kena buat surat tunjuk sebab dan kena bagi reason..lepas tu orang tanya kenapa dia dok Salahkan TPM lak. Better tukarlah dia dari jd SU...kucar kacir aje. Pas tu dialah bendahari, dialah SU dialah segala2nye. Besar betul kuasa dia kat Wilayah. TPM klu tak tgk betui2 silap2 dengan tpm org cop macam dia.