Setiausaha Politik kepada Menteri Datuk Raja Nong Chik ( Menteri Wilayah Persekutuan) Sazali Kamilan mengakui tersilap menggunakan kepala surat Kementerian Wilayah Persekutuan yang dihantar kepada Ketua Bahagian UMNO negeri tersebut berhubung perlantikan ahli jawatankuasa masjid di kariah masing - masing.
" Saya mengakui kesilapan itu. Tidak sepatutnya menggunakan kepala surat Kementerian berkenaan ( Untuk tujuan tersebut )" , katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini hari ini.
Sila klik DISINI , untuk baca laporan penuh Malaysiakini.
Sazali yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai berkata demikian kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo Ghazali yang membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam Wilayah Persekutuan.
Dr Lo ' Lo mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Politik Menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada JAWI berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan surau.Sila klik DISINI, untuk baca komen penuh Dr Lo 'Lo.
Sementara itu, pemerhati politik di Wilayah Persekutuan berharap supaya Setiausaha politik kena lebih berhati - hati kerana sebarang "kesilapan" yang kena ialah Menteri.
Pada masa yang sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee pernah berkata " TUDUHAN UMNO KUASAI MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN BERNIAT JAHAT". Sila klik DISINI, untuk berita penuh.
28 comments:
Syed Ali tak payah nak komenlah pasal Masjid,Jabatan yang bertanggungjawab masih ujud. jangan mencampuri urusan yang sendiri tidak tahu tapi buat-buat terlebih tahu.
Bila membaca komen Syed Ali jurusnya banyak kepada mengundang perpecahan,Syed Ali hanya ada maklumat tetapi tiada Ilmu.
Orang yang hanya ada maklumat tiada Ilmu selalu akan bergaduh,dalam apa jua perkara,baik dalam mesyuarat,berdialog,berdiskusi,kerana orang seperti Syed Ali ini akan menegakkan maklumat yg dia dapat secara bulat-bulat (total).
Datuk Raja Nong Chik,kesilapan ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku ini adalah cermin kelemahan,walaupun ianya bukanlah kebodohan tetapi samalah dengan maana tak tahu kerja.
Kepada Dr Lo'Lo' ingat Akhirat,cakap jangan terlalu suka mengkeji,cakap suka terlepas cakap,saya secara peribadi sangat menghargai Dr Lo'Lo' ini kerana dia tidak ada sifat malu orang punya majlis pun disondolnya.
Lo'Lo' suka ambil kesempatan diatas sesuatu kelemahan, jarang mencadangkan kearah kebaikan dan jauh sekali membuat pembangunan, yang ada di Titiwangsa yang dipimpin oleh Lo'Lo'ini hanyalah mencari kesalahan.
Buatlah SATU mercu tanda lambang kehebatan pentadbiran PAs di Titiwangsa , lepas itu baruLAH BERCAKAP LEBIH-LEBIH.
Masjid Kepunyaan sesiapa yang mengakui ISLAM ITU BERSAUDARA.
oh en sazali,
kalau tak tahu, bertanya. jangan jadi sombong bodoh. ini semua jalan nak merosakkan parti la ni. jgn campur adukkan urusan masjid/surau dengan politik.
kecewa sungguh kawan dengan kebodohan supol ni. kenapa semua supol dari wilayah - tidak berapa bijak?
dah den kabarkan dulu...pilih orang lain. jangan ambil si sangap sazali ni. dogel. nak jugak. kalau ambik si timb ketua bahagian lembah pantai kan ke bagus. ini sazali kamilan...apa lah dia tahu.
skrg ni, zali kena hati-hati; maklumat orang dalam DBKL dah ready sebakul laporan sprm kepada dirinya sebagai supol. RNC boleh lepas tangan. dia boleh kata tak tahu. yg jalankan...zali.
hati-hati bro....DBKL tu pun ramai penyamun....
Saya tak faham kenapa kita perlu turut serta dengan Dr LoLo membantai Sazali. Bukankan apa yg beliau buat hanyalah untuk mengelakkan masjid disalahgunakan sebagai platform politik kepartian Pakatan Rakyat. Sebagai orang Islam, kita harus sokong. Lagipun, eloklah masjid menjadi neutral. Kalau jadi platform Pakatan Rakyat, ia akan terus melemahkan UMNO, sbb org masih ramai yg percaya bulat2 dgn penceramah masjid walaupun mereka terang2 orang politik. Apa yg Sazali buat elok utk UMNO. Kenapa org UMNO turut pertikaikan?
Nik Aziz semakin bercelaru,Apa kesudahannya dengan pemimpin ini.
Nik Aziz tidak boleh dibiarkan dengan sesuka hatinya dengan menganggap bahawa urusan Allah dan urusan dunia hanya beliau sahaja yang berhak sedangkan kepimpinan Nik Aziz di Kelantan juga penuh dengan penyelewengan. Nik Aziz sudah mula meraban dan kesan daripada sikap bangsatnya terhadap penyokong lain menjadikan Islam dipandang hina dan jijik oleg agama lain dan punca kepada permasalahan melayu dan Islam, selain Anwar Ibrahim, Nik Azxiz juga turut bertanggungjawab.
Nik Aziz lebih meletak atau mementingkan kuasa politik semata-mata daripada berusaha untuk mempertahankan maruah Islam di mata masyarakat yang beragama lain dan peluang menyertai PRK Permatang Pasir, Nik Aziz sekali lagi mencari popularity dengan menjual agamanya, itupun kalau beliau beragama.
salam.
kadang2 kita berckp mcm kita ni sgt sempurna. samalah dlm semua benda. samada politik, agama, ekonomi ke kebajikan rakyat ke.
pong pang pong pang kita berckp. tapi mana buktinya. bila bukti ada, kadang2 kita tgk bukti tu guna sebelah mata. sbb kita dah ada pemikiran kita sendiri. sbb benci umno, semua yg umno buat, semua berunsur politik kotor. sbb benci pas, semua yg pas buat semua sbb nk amik alih pemerintahan bn. nak buat mcm mana, dah itu sifat manusia.
tapi tolong la. main tuduh menuduh ni baik tolak jauh2.
kalau niat baik nk sama2 perbetulkan keadaan dan nak tegakkan yang benar, apa kata hantar surat rasmi kepada yang berkenaan, tegur dengan baik. berhemah la. kalau la semua guna cara, ada isu sikit, panggil media lepas tu war-warkan. orang yang baca dan dengar, akan buat prasangka dan bercakap belakang. kalau baik, tak apa. Tapi kalau buruk, macam mana? Kalau betul, ada caranya. tapi the worst case, kalau buruk dan salah. Dosa atas sapa? haa. fikir-fikir la.
HUK rasa dalam hal ni salah tetap salah, tapi dah mohon maaf, udahlah.
Huk rasa Kita patut tengok punca sebenar. JAWI didalamnya ramai bukan penyokong kerjaan, ramai yang orang PAS.
Bukan JAWI je, IKIM dan lain-lain agensi agama islam di bawah kerajaan stafnya ramai yang tidak meyokong kerajaan.
Huk rasa orang yang beri komen ni kecewa pasal rakan dia tak dilantik, tapi jangan lah sampai kita hemtam dan maki orang sebegitu sekali, kalau nak tunjuk hero, pegi maki orang cina yang hina islam tu.
HUK ucap tahniah kepada MWP yang megambil langkah pertama untuk membolehkan kita mengenalpasti pembangkang yang berkerja dengan kerajaan, niat yang iklhas adalah kerana untuk membolehkan dasar kerajaan BN disampaikan dengan cara yang betul dan telus.
HUK nak ingatkan zali, tak payah takut dengan DBKL, dorang yang makan rasuah.
Tak percaya, masa dah dekat nak raya, pegi la round dekat parking tu, semua tukar tayar baru, tinted baru, kereta baru pun banyak(tak dapat bonus pun boleh tukar macam-macam)
HUK dengar, Tender sungai hari tu pun banyak yang proxy staff DBKL dapat, la ni ada kat market boleh jual tender tu kat orang CINA, dorang tengah negotiate harga.
timbalan lagi bingai
apa yg pasti sdr sazali berani mengaku kekhilafan yg berlaku demi menjlnkan tanggungjawab dan amanah yg telah dipertanggungjawabkan. Khalayak tidak perlu gusar kerana beliau menjalankan tugas menangani anasir jahat yg cuba dan sedang mencemarkan agama Islam. Dr lolo' dan khasnya pembangkang telah tersentak dan tenggelam punca apabila mendengar khabar UMNO masuk masjid yg selama ini digemburkan UMNO tidak ke masjid. Langkah awal UMNO untuk menyelamatkan ummah.
apa yg pasti sdr sazali berani mengaku kekhilafan yg berlaku demi menjlnkan tanggungjawab dan amanah yg telah dipertanggungjawabkan. Khalayak tidak perlu gusar kerana beliau menjalankan tugas menangani anasir jahat yg cuba dan sedang mencemarkan agama Islam. Dr lolo' dan khasnya pembangkang telah tersentak dan tenggelam punca apabila mendengar khabar UMNO masuk masjid yg selama ini digemburkan UMNO tidak ke masjid. Langkah awal UMNO untuk menyelamatkan ummah.
Masjid merupakan satu tempat ibadah yang mana aktiviti-aktiviti bukan ibadah tidak boleh dijalankan sama sekali. Usah difikirkan politik, tidur, borak-borak kosong, dan juga pengemis-pengemis yang minta sedekah tidak patut wujud di dalam kawasan masjid. Adakah kita melihat usaha atau teguran dilakukan demi membanteras gejala tersebut? Mengapa ada pihak tertentu yang cepat untuk membidas isu ini? Mengapa teguran-teguran tidak dibuat diataskan gejala-gejala lain di masjid? Lemparan ini adalah satu agenda untuk mempolitikkan isu demi menegakkan kepentingan cetek masing-masing.
Ya, kesilapan itu ada yang mana surat dikeluarkan menggunakan kepala surat kementrian. Pengakuan juga telah diakui, oleh itu usah mengetengahkan lagi isu ini. Kita perlu ingat dalam satu-satu arahan, niat merupakan tunjang yang akan membawa perlaksanaan satu-satu aktiviti. Sebagai pihak yang berkuasa, kita punyai tugas dan tanggungjawab untuk mempastikan masjid itu tidak dijadikan tempat-tempat untuk mengembangkan agenda parti-parti politik. UMNO tidak pernah sama sekali menggunakan masjid untuk mengutarakan agenda-agenda tertentu. Adakah bukti yang mana ajk masjid cuba menyebarkan agenda-agenda UMNO? Tidak. Tapi, kita lihat banyak masjid-masjid di tempat-tempat pembangkang yang digunakan untuk mengembangkan agenda politik mereka dan melemparkan dakyah-dakyah terhadap UMNO.
Lemparan ini hanyalah satu gangguan pihak tertentu untuk mengelirukan rakyat. Bak kata Obama, ianya satu "politics of distraction". Usah difikirkan isu remeh ini. Niat kerajaan hanya untuk melindungi masjid-masjid daripada dijadikan tempat-tempat bukan ibadah .
Steady Bro,
Dr Lo' Lo bagilah sokongan bila UMNO sudah mulai berjinak dengan masjid/surau. Inikan tuntutan. Awat nak meracau yang bukan-bukan.
Lets look at the bigger picture here, we have a leader who is quick to admit his mistake. Is that not the underlying aspect of a respectable person? One has to remember that the most important behavior of any given leader is honesty. It is through the honesty of a leader, he could invite people to correct and advise him. Honesty should never be mistaken as a weakness, it is in fact a strength that few possess, and we have that in Sazali. I am glad we have a few responses that laud this honorable action. Good thinking people!
We have to build on this strength to make us stronger. Those who disagree with this issue, let me entreat you to assist and advise constructively.
SELAMAT MENJALANI IBDAH PUASA..... MARILAH KITA X KIRA PEMIMPIN BESAR @ KECIK DLM UMNO BERSAMA - SAMA MENG'IMARAH'KAN MASJID & SURAU DI TEMPAT KITA.... JGN TUNGGU FUNCTION JERK.... BYK KAN BERSEDEKAH, TNGKATKAN AMAL TAMBAHKAN PAHALA.... MOGA MENJADI UMAT YG TERBAIK...
JIKA KITA IKHLAS MELAKUKAN AMAL INSYAALLAH KEJAYAAN PASTI BERSAMA KITA....
ANAK JATI WANGSA MAJU
utk m sazali kamilan
nak kerja tu kerja la dgn baik.
jangan dok broker projek saja.....
sana komisyen sini komisyen...
kerja set pol ni bawa diri menteri... tak tau la kot u ni nak hancurkan umno lembah pantai...
silap yang u buat menteri yang terima padah....
hati hati di jalan raya...
silap hari piliharaya depan pkr menang lagi..
sekian
ahli umno yang tak minat orang umno
dato raja nong chik bukan lah bagus sangat.
baru jadi menteri 100 hari tah apa2 yang berlaku.
supol ni lagi teruk.
gaya mengalahkan semua orang.
buat kerja tak pandai langsung.
kat lembah pantai tu nampak gaya en azuz razak bagus!!!!!
kuat kerja dan tak banyak politiking!!!!!
Kenapa azuz tak jadi pegawai RNC???
UMNO sabuah parti Keramat, memang parti Keramat...Dimana saja jajahan yang ditadbir tanpa ada gangguan dari parti bertopeng ISLAM, jajahan itu akan menjadi aman selesa penduduk akan menjadi bahagia.Perebutan AJK Masjid dan surau tidak berlaku.
Tidak ujud pun dakwaan penyelewengan,Gila kuasa, mabuk kuasa dan sebagainya.Aktibiti masyarakat dan anak jemaah sentiasa bermuafakat dan bersatu.
Orang UMNO dan penyokong UMNO yg menjadi pentadbir Masjid dan Surau tidak mengungkit-ungkit setiap pengorbanan yang mereka lakukan,baik sumbangan tenaga ,wang ringgit langsung tidak berkira, itulah buktinya yang orang UMNO sangat baik,ikhlas, mereka berjuang kerana Allah untuk Agama ISLAM yang sebenar.
Setiap pendapatan dan perbelanjaan masjid dan surau dipapar dibentang dipapan kenyataan untuk dibaca dan disemak oleh anak jemaah,Aktibiti pengajian mendapat sambutan tanpa ada curiga mencurigai,Guru-guru agama yang mengajar memberi Ilmu cukup bersih tidak bercelaru. Hukum hakam yang disampaikan betul-betul dirujuk kepada AlQuran dan AlHadith.Nasihat yang diberikan kepada Anak Jemaah tidak berubah-berubah konsisten dan Soheh.
Penceramah-penceramah JAWI/Jakim tidak seorang pun menyampaikan ceramah berbentuk kesukuan dan berparti.tiada ada Tuduhan kepada pegawai JAWI/Jakim memihak kepada pembangkang secara semberono dan dan jauh sekali menyakitkan hati.
Itulah sesiapa yang berteduh dan bernaung dibawah Pentadbiran UMNO warganya akan merasa cukup selesa dan cukup aman. DiWilayah Persekutuan PUTRA JAYA adalah bukti segalanya.
Didoakan semoga Allah jauhi gangguan Parti Bertopeng Agama kerana kami ingin hidup aman seribu tahun lagi.Amin.
HIDUP SAZALI KAMILAN!PENDUDUK LEMBAH PANTAI AKAN TETAP BERSAMAMU!!!!
ini lagi baik dari dato zulhasnan punya time. lansung tak buat apa untuk umno.tahniah setiausaha politik.mekarlah umno.
Dr Lo' Lo
Adalah tidak wajar bagi anda untuk menyatakan bahawa campurtangan politik UMNO akan menghancurkan institusi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.
Seharusnya tindakan berani dan terbuka pemerintah dalam mendekatkan UMNO dengan agama adalah sesuatu yang mesti diberi sokongan. Bukankah dari dahulu hingga sekarang UMNO itu telah ditohmahkan dengan kepelbagaian yang tidak elok berkaitan agama.
Janganlah minda rakyat itu dijumudkan. Sebaiknya sebagai pemimpin, rangsangkan bagi memerdekakan dan meliberal minda rakyat.
'Seseorang yang melihat secara jelas kesalahan pemerintah dalam sesuatu masalah, MESTILAH MENASIHATINYA dan tidak boleh mengejinya di hadapan orang ramai.' -Al-Syaukani dalam Al-Sail al-Jarrar
sdr sazali
satu kesilapan dengan niat yang baik. teruskan usaha dalam mengagungkan Allah.
selamat berpuasa.
Bagaimana Dr Lo' Lo' boleh dpt surat ini? Terfikir juga nak menyiasat krn teman memang suka dgn cerita-cerita detektif dan skrg dah jadi profesion. Kalau sbb politik, teman kurang minat ttp selongkar hal lain, ok sj.
Menteri kata nak tolong peniaga kecil, teman baru mula, ofis di KL. Bila blh start kerja siasat?
TOK NYANG NIK AZIZ MAHU SAMAN FITNAH? SIAPA SEMAKIN BANGSAT.
Nik Aziz nyanyuk, Nik Aziz perlu bertaubat dan singkirkan Nik Aziz daripada kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS semakin hari semakin kuat kedengarannya dan apabila Nik Aziz mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, ramai pihak telah menganggap Nik Aziz semakin riak dan takbur hanya kerana dia merasakan bahawa dia sahaja yang tahu hukum hakam agama Islam dan segala kenyataannya tidak boleh disanggah oleh sesiapapun.
Nik Aziz mungkin menyedari keceluparannya hingga mengguris hati dan perasaan ramai pihak dan sebagai menepati sepertimana yang dilabelkan, Nik Aziz keras kepala, mana mungkin untuk beliau mengaku kesilapannya dan jalan terbaik adalah mengambil tindakan menyaman pihak-pihak ataupun akhbar yang telah memetik kenyataannya itu.
Untuk apa lagi Nik Aziz mahu berbohong, transkrip kenyataannya yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu jelas memperlihatkan betapa kesombongan dan keceluparan Nik Aziz menyerang UMNO sebagai sebuah parti yang ahlinya tidak masuk syurga. Bukti daripada transkrip itu jelas dan Nik Aziz tidak boleh lari daripada tanggungjawab untuk mengakui bahawa lidahnyalah yang menuturkan perkataan demi perkataan itu.
Nik Aziz kena mengaku bahawa falsafah politiknya bukan falsafah politik Islam tetapi beliau dan sebahagian lagi pemimpin PAS telah menjunjung prinsip politik Machivelli yang turut didokong olh Anwar Ibrahim dan Malaysia Malaysian, dukungan DAP. Nik Aziz telah berada dalam jalur kesesatan politik dan sedang memperalatkan Islam untuk kepentingan politik peribadinya dan membenarkan Islam dipersendakan oleh rakan sekutunya dalam pembangkang.
Nik Aziz sudah dilihat semakin tidak relevan untuk pembangunan umat islam Negara ini. Kenyataan demi kenyataan sejak akhir-akhir ini sudah tidak membantu untuk mengangkat darjat dan martabat agama Islam apatah lagi Nik Aziz sendiri telah memberikan lampu hijau kepada DAP untuk menghina agama Islam.
Harap-harap Raya Tahun ini Peniaga Jalan Tunku Rahman akan terus menjana keuntungan,
Bertuah tahun ini dapat lagi Rm200 juta agihan dari Menteri Wilayah Persekutuan.
Hidup Dato Raja..
Kerana PAS kami adik beradik berpecah belah.
Abang dan kakak saya sangat Taksub marah dengan UMNO kerana UMNO bercampur dan berkawan dengan CINA dan INDIA.
Pemimpin PAS mengAPIkan bercampur dg orang kafir HARAM.Org UMNO Sembelih HARAM, IMAM UMNO tak Sah,nak buat Tahlil Arwah wajib ambil org PAS baca baru pahala sampai kpd Arwah,Kawin dg org UMNO kena ceraikan,pergi Haji tak boleh menerusi TABUNG HAJI Haram melalui SIAM halal,Nak masuk Syurga sertailah PAS...macam-macam lagi yg mereka buat fatwa.
Saya juga Taksub dg PAS sehingga ke Tingkatan 3,Dalam kelas saya selalu maki hamun kawan-kawan saya,saya katakan mereka kafir,kerana termakan dg idealogi yg ditanam Abang dan Kakak saya lagipun Abang dan kakak saya yg memelihara saya dari kecil.
Bila saya dapat berfikir dg sendiri,saya telah memilih UMNO,Abang dan kakak saya telah menghalau saya,kerana saya sudah menjadi kafir,saya menumpang di rumah Ngah saya hingalah saya berdikari.
Sekarang PAS sudah berkawan dg DAP,CINA,INDIA.Abang dan kakak saya masih tidak dapat menerima saya walaupun saya balik menjenguh mereka di Bulan Ramadhan dan Hari Raya.
Abang dan kakak memberi alasan kepada saya,Mereka penyokong PAS yang SEBENAR,PAs yg sebenar tidak bercampur dengan CINA dan INDIA.
Saya terus berdoa kpd Allah,agar abang dan kakak saya dapat kembali bertaut sesama kami sedara dari seIBU dan Bapa yang sama, biarlah Abang dan Kakak saya dg pendirian mereka.
Coretan ini dibuat saya dalam keadaan yg sedih,Sekarang dalam Bulan Ramadhan jika panjang umur nak jumpa Hari Raya, Mereka tetap Abang dan Kakak suka atau tak suka saya tetap akan jenguh mereka.
Kenapa PAS dan pemimpin mereka sanggup membuat FATWA,kami adik beradik menderita.
Kpd ahli UMNO yg tak minat org UMNO.
Sempena bln puasa alangkah baik nya kalau kita sesama UMNO saling mulai sayang-menyayangi di antara kita.
Fikiran klasik UMNO yg tak elok tu kita 'klorok' sikit demi sikit, antuk-mengantuk kita kurangkan, org kata improve la.... apa yg patut.
Kalau dibuang semua pun tak meriah dan tak colourful bg parti tapi org jenis sdr ini kena kurang byk... duri dlm daging, org serupa inilah yg membantutkan niat yg baik dan ikhlas.
Maaf terlepas pandangan. Bila kita start nampak benda yg baik sdg bermula pd UMNO jgnlah dikelam-kabut... Slmt berpuasa....
Kalau DRNC menteri tak bagus, supol blah !!! blah !!!!! blah !!!!!!!
Tunggu Bro Anonymous jadi menteri dan lantik azuz razak jadi pegawai.
kebanyakan yang komen kat dalam nie semua yang x taw ape2.taw nak bantai 2.pantang nampak salah org.yg korang suka semua korang kate bagus.tapi yang x bersama korang habis korang bantai.tp bile dapat ape2 korang senyap je.x nak plak korang puji satu dunia.bole listkan ape yng bagusnya Timbalan Ketua Bahagian Lembah Pantai.Org LP nak taw sgt nie.kasi cerita la.pada bro zali teruskan perjuangan bro.ramai d belakang bro.cuma kami x menyalak mcm dorg yang mcm cacing kepanasan 2.
Apalah bagus sangat sazali tu di lembah pantai. Org dlm lembah pantai tau sangat la ttg setpol ni. Bukan ada karisma pun. Nasib la DRNC. Sebab pegawai2 mcm ni, DRNC kalah dlm pilihanraya depan. Sorry for u la DRNC.
Post a Comment