Sunday, August 30, 2009

BARISAN NASIONAL ATAUPUN TAK LAGI NASIONAL ? SELAMATKAN MCA ATAUPUN BN ?

BERSAMA SAYA
Salam Ramadhan.
Sejak seminggu lepas , memang sibuk dengan pelbagai urusan dan juga kerja. Sibuk juga nak tengok dan uruskan layout baru Wilayahkini. Dalam beberapa hari ini banyak kejutan telah berlaku dalam arena politik negara. Malaysia ni bagaikan sudah penuh dengan "kejutan" sampai macam - macam yang berlaku.
Selepas kekalahan di Pertamang Pasir, negara dikejutkan dengan isu pemecatan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek. Semalam juga, PM turut umumkan perlantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri Di JPM tanpa Portfolio. Sesuatu yang "luar biasa" jugak apabila PM kata Idris akan lapor pada Tan Sri Koh Tsu Koon. Memang jarang, seorang Menteri melaporkan diri kepada seorang Menteri lain.
Apapun, Tahnniah kepada Idris Jala yang kini sudah bergelar sebagai seorang Menteri Kabinet dalam Kabinet Satu Malaysia - bantu uruskan KPI.
Kekalahan BN di Pertamang Pasir memang telah diramalkan awal - awal lagi apabila BN memilih calon yang salah. Malah BN terpaksa berhempas pulas berkempen, bukanya untuk menang ataupun kurangkan undi Pas tetapi BN terpaksa kerja keras untuk " membetulkan nama baik calon BN" yang diserang habis- habisan. Malah dikatakan ada usaha untuk tukar calon BN sebelum majlis penamaan calon, tetapi tidak menjadi. Mungkin Pengerusi UMNO Pulau Pinang yang baru Datuk Seri Zahid Hamidi perlu ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku di Permatang Pasir. Sebagai orang luar yang memimpin UMNO negeri , kita kena faham apa yang betul dan apa yang tak betul.
Isu MCA pula sudah sampai suhu yang begitu panas. Datuk Chua Soi Lek yang telah menang jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun lepas di jatuhkan atas isu DVD sex sekali lagi. Pada hal , Soi Lek telah meletakkan semua jawatanya termasuk jawatan Menteri Kesihatan dulu. Kenapa isu ini ditimbulkan kembali selepas beliau menang jawatan Timbalan Presiden?Sudah ada usaha dari puak Soi Lek untuk memanggil EGM. Dikatakan beliau mendapat sokongan yang yang kuat dari dalam dan luar MCA. Apa yang berlaku pada Soi Lek merupakan satu tamparan yang hebat kepada BN.
Barisan Nasional sudah nampak macam Tak Nasional ketika ini. Bukan sahaja kita perlu selamatkan MCA sahaja tetapi apa yang penting yang perlu dilaksanakan segera ialah Selamatkan BN.
MIC pula hanya tunggu masa untuk meletup. Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu sudah menjadi liabiliti kepada BN, MIC dan juga negara. Beliau masih bercakap besar seolah - olah beliau seorang sahaja yang betul.
Kini isu kasta telah menjadi bahan hangat. Tetapi siapa yang memulakan isu kasta dalam MIC? Tepuk dada tanya selera. Samy Vellu yang kalah di Parlimen Sungai Siput pada PRU yang ke 12 masih degil untuk melepaskan jawatan Presidenya. Sampai bila ? Pucuk pimpinan tertinggi BN kena bertindak. Tidak salah masuk campur sekiranya ianya membawa kebaikan kepada banyak pihak khusunya masa depan BN.
Pemimpin - Pemimpin parti kompenen BN bagaikan tidak sehaluan.Mereka ketandusan dalam hubungan dua hala. Mereka hanya lantang bersuara tetapi mereka lupa akan implikasinya kepada parti yang mereka wakili dan juga BN.Malah pertembungan sesama pemimpin BN semakin berleluasa di media massa. Kenapa begini ? Isu PKFZ melibatkan siapa ? BN atau pembangkang? Masa depan BN semakin tercabar.
Selamatkan masa depan BN, sebelum ianya jadi - Tak Nasional.

5 comments:

Anonymous said...

Perkembangan politik negara yg sepatutnya setelah berusia semakin menjadi matang dan rasional telah dilihat seperti kearah semakin nyayuk dan kerepot.

Bukan sahaja Barisan Nasioanal yang memperlihatkan Tidak Nasional malah parti politik pembangkang lebih kepada Tidak Rasional.

Apa pun sebagai rakyat yang tidak berparti mereka akan keliru dengan suasana Nyanyuk dan tak Rasional dewasa ini.

Yang menjadi kebimbangan, rakyat akan menyampah dengan slogan parti dengan berbagai menefesto yang berasap-asap hebatnya sedangkan rakyat telah dapat membaca semua itu adalah Tak Nasional lagi, Tak Rasional lagi kerana semua parti telah Nyayuk bukan pada usia.

Akhirannya peratusan keluar mengundi menjadi isu besar akan datang.

Anonymous said...

Dato Samy Velu ada baiknya,Dato jadi penasihat saja,jadi penasihat tidak apa rugi,kalau dato masih mahu bertahan jadi presiden, MIC Party semua akan rosak, walaupun Dato yg bukan bikin rosak,bila Dato lama-lama duduk saya fikir semua akan rosak.

Tapi..bila baru punya orang ambil alih,saya fikir MIC party rosak jugalah .

Sebab MIC sudah rosak.

Anonymous said...

Samy Vellu bukan lagi pilihan dan tokoh pendamai bangsa, Percakapan dan tingkah laku jauh tersasar dari mula menjadi pemimpin bangsa seperti awal kepimpinannya.

Melihat kepada percakapannya kepada awam sudah tidak lagi menjadi rujukkan malah sentiasa dicemuh adalah baik dengan segala hormatnya Sammy bertafakkur sekejap dan cerminkan diri.

Anonymous said...

EGM Khas seperti yang akan diadakan oleh MCA adalah juga perlu di adakan oleh UMNO.

Harapkan Jawatankuasa Disiplin pun mereka ini hampeh juga.....

Dalam UMNO ada MT. apa maana MT. adakah jawatankuasa Disiplin MT?

Anonymous said...

Orang selalu bergurau jumpa Ular sama India,kasi buang itu India dulu lepas itu baru buang itu ular.

Bila melihat Samy punya perangai, sangat sesuai dg gurauan orang ramai,bahawa pepatah itu ada kebenarannya.

Tindak tanduknya berbelit-belit,satu ketika dia buang Subra,dalam masa yang lain dia mahu Subra.Mahu Subra menerajui MIC sesuatu keputusan yg sangat betul dan tepat masanya.

Adalah perlu diingat dan diperakukan oleh semua mereka yg mengenali dan masak perjalanan politik,Subra dalam karier politik telah dilihat begitu konsisten. Pemimpin ini tidak pandai melagakan orang jauh sekali memaki hamun orang, Subra yang memiliki air muka yang jernih cukup disenangi sesiapa yang bersamanya.

Jika dilihat semangat dalam perjuangan parti, berani disebutkan bahawa Subra adalah Insan yang sanggup menghadapi apa sahaja kerana MIC.

Harapan kepada Perwakilan pada kali ini akan melihat dengan mata dan hati, bahawa Subramaniam adalah tokoh yang cukup hebat,bukan sahaja namanya yang berkat tetapi tingkah lakunya seiring namanya yang hebat jua.