Sudah hampir sampai dua minggu Wilayahkini tidak "Update" lamanya. Bukanya tidak mahu kemaskinikan , selain sibuk dengan kerja untuk melancarkan versi baru lama Wilayahkini dalam masa terdekat ini , kami juga ingin memberi ruang dan peluang yang sekecupnya lebih kepada para pembaca untuk menilai dan meluahkan pandangan masing - masing mengenai berita 100 hari Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Kekadang kita kena ubah pendekatan. Kami menerima banyak respons dan juga emel. Ada yang mengkritik, ada yang menyokong , ada yang bersikap lebih neutral dan yang bertanya apalah hebat sangat dengan 100 hari?
Malah ada sebuah laman blog pula yang dengan berani mengkritik beliau dengan beberapa tuduhan mengenai projek - projek DBKL selepas 100 hari menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Kita tidak tahu sejauh manakah kebenaranya. Di mana justifikasinya ? Itu adalah pandangan blog tersebut.
Wilayahkini juga terpaksa mencantas beberapa komen yang terlalu lantang yang bersikap "peribadi". Sempena 100 hari menjadi Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik turut mengilhamkan visi 7P yang menekankan aspek PEMBANGUNAN, PERUMAHAN,PENJAJA DAN PENIAGA KECIL, PENGANGKUTAN, PENYELENGARAAN, PERKHIDMATAN DAN PRIHATIN -Ke Arah Kuala Lumpur Kota Raya Moden dan Selamat !
Kini bola dikaki Raja Nong Chik ! Bukan sahaja selaku Menteri Wilayah Persekutuan tetapi sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Beliau sendiri telah akui, KPI nya adalah menang semula Wilayah Persekutuan pada PRU yang ke 13.
Semalam beliau hadir bersama Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk merasmikan pesta bunga " Floria " di Putrajaya - sebuah program yang telah diilhamkan oleh Mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dua tahun lalu. Nampaknya Raja Nong Chik juga turut meneruskan beberapa program yang telah dicetuskan oleh Mantanya diperingkat Kementerianya.
Bagaimana pula di DBKL ? Ramai mahu melihat perubahan drastik di peringkat DBKL , walaupun kami dengar ada pihak di DBKL yang "kurang senang dan tidak selesa " dengan Raja Nong Chik? Ada pula suara - suara yang kedengaran supaya " Kuasa Datuk Bandar Kuala Lumpur di Kurangkan ? " Supaya tidak ada pertindihan tugas dan tanggungjawab antara Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Selepas 100 hari telah berlalu.....
Apa pula seterusnya.........?
3 comments:
Ya, bola sekarang ada di kaki DRNC. Memang tidak bosan saya ikuti perkembangan politik di kawasan wilayah. Tidak seperti di kawasan lain. Seperti ternanti2 pula mana2 pihak mengemukakan isu2 untuk meraih perhatian.
bersetuju tidak bosan mengikuti perkembangan diWilayah Persekutuan...kerana ada Wilayah Kini.
Saya dari Penang, Kalu ada Penang Kini ada bagus juga...boleh cite buah pala..
Bercakap pasal turun padang,
Menteri-menteri lain lebih hebat lagi..nak diukur kerja dengan cara Ali Rustam pun terkial-kial kena tinggal..tak payah nak berlebih sangat.
Post a Comment