Saturday, May 23, 2009

SYED ALI PULA DILANTIK SETIAUSAHA UMNO WP YANG BARU ; AZIM KEKAL ; SHAFIE JADI KETUA PENERANGAN !

KUALA LUMPUR --Tidak banyak kejutan dalam "line up " UMNO Wilayah Persekutuan yang diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang baru Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Wilayah Persekutuan yang pertama semalam. Seperti yang dijangka, Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dilantik senagai Setiausaha yang baru menggantikan Senator Datuk Ridhuan Hamid. Manakala Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju pula dilantik Ketua Penerangan UMNO WP yang baru menggantikan Datuk Suhaili Abdul Rahman. Inilah barisan kepimpinan Wilayah Persekutuan yang ditunggu - tunggu selepas, orang Wilayah tercicir dari jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan setelah Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan yang baru menggantikan Zulhasnan Rafique.Namun, Zulhasnan merupakan wakil WP yang tunggal yang berjaya menang bagi jawatan MT pada pemilihan UMNO yang diadakan pada bulan Mac lepas. Raja Nong Chik pula yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dilantik sebagai ahli MT oleh Presiden UMNO manakala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN.

7 comments:

Anonymous said...

x kisah lah sapa pun yg menerajui perhubungan wilayah....tapi, kekalkn lah staff2 yg dh lama bekerja....

mann labuan said...

saya ikut saja sapa-sapa saja yang dipilih!

signal yang jelas maknanya umno/barisan nasional mesti tawan kerusi parlimen lembah pantai (rnc), cheras (syed ali), bukit bintang (azim) dan wangsa maju (shafie). ini priorities utama sebab mereka ini pegang jawatan-jawatan utama dalam umno wilayah.

selamat berkhidmat.

Anonymous said...

Tahniah!
Dato' Shafei di atas perlantikan Ketua Penerangan Wilayah.

Puteri Wangsa maju

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

TAHNIAH DATO' SHAFEI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA PENERANGAN UMNO WILAYAH..

KAMI SENTIASA MENDOKONG USAHA DATO'

Anonymous said...

Inilah kepimpinan yang mantap!!!

Mrs. EryNz said...

Tahniah atas perlantikan Dato' Shafei atas perlantikan beliau...

Cyayok!
Pu3 Wangsa Maju

Anonymous said...

dato shafiee tidak layak Ketua Penerangan beliau layak Ketua Perhubungan Negeri