Saturday, May 23, 2009

PEMILIHAN SARINA SHARIF MERUPAKAN PILIHAN TERBAIK , KATA KETUA PENERANGAN PUTERI UMNO CHERAS !

KUALA LUMPUR - 23 Mei
Banyak ulasan, komen dan juga emel yang diterima oleh Wilayahkini ekoran daripada perlantikan Ketua Puteri UMNO Cheras Sarina Sharif sebagai Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang baru. Menurut Ketua Penerangan Puteri UMNO Cheras Nazatul Shima Shamsuddin di laman blog UMNO Cheras baru - baru ini, pemilihan Sarina merupakan penghormatan kepada ahli - ahli Puteri di peringkat akar umbi.
" Pemilihan itu amat tepat berasaskan kemampuan Sarina untuk mengemudi Puteri UMNO dengan sokongan padu daripada semua pihak" katanya.
Sila klik DISINI , untuk baca komen seterusnya.
Kini Sarina sebagai Ketua Puteri WP yang baru bersama Naib Ketuanya Fiona mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memperkukuhkan lagi Pergerakan Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan di peringkat bahagian dan cawangan.
Rapatkanlah barisan anda di Wilayah Persekutuan. Apakah nasihat anda kepada Sarina dan Fiona ?
(Nota : Wilayahkini akan cuba dapatkan wawancara bersama Sarina dalam masa terdekat ini )
( Terimakasih - gambar dari blog UMNO Cheras )

48 comments:

Anonymous said...

Nasihat aku senang jer.. pakai ler tudung.. pekara yang mudah dalam islam... pemimpin terbaik adalah pemimpin yang tahu apa yang boleh apa yang tak dalam agamanya.. anak buahnya akan mengikut contohnya yang baik juga...


HIDUP MUSLIMAH SEJATI

Che kedut said...

kita lihat dan tunggu je lah... aku dah naik bosan dah nih, tunggu meletop je...

Anonymous said...

boleh "pakai" ka ? hehehe....

melur batu said...

Tahniah kepada akak Sarina.

Minta nasihat dari senior2 akak2 pu3 dan orang2 lama dalam politik.

Jangan buat perangai macam tadbir pu3 cawangan taynton view sudah ler. tukar ler nama cawangan tu sebab ahli2 dah ramai pindah ke pprt pudu hulu.

Selamat, akak Sarina.

Anonymous said...

Betul.. Betul.. Betul.. Bak kata pepatah, jangan jadi seperti ketam yang nak mengajar anaknya berjalan lurus.. kan.. kan.. kan..

Anonymous said...

sekarang dah jadi pemimpin no 1 PU3,dulu ngata org itu tak betul ini tak betul,harap2 bersabarlah ye

Anonymous said...

Salam, kak sarina.
Semoga dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yg diberi dgn sebaik mungkin. Tumpukan perhatian pada usaha utk membantu UMNO memantapkan kembali dan menwan hati rakyat utk PRU 13.
Buat ler sebaik mungkin program2 dan aktiviti yg dpt memanfaatkan Pu3 itu sendiri.
Jgn peduli pada mereka yg hanya tahu 'menyalak2' kt blog ni atau di mana2 pun. Mereka sebenarnya tak layak jadi ahli UMNO, kerana mereka ni umpama parasit yg hanya menumpang dan inginkan sesuatu dlm UMNO, dlm masa yg sama mereka yg menjahanamkan dan mengacau bilaukan PU3.
Pandangan dan idea yg positif serta membina dari ahli2 pu3, amat dialu2kan pada kepimpinan baru yg ada, tetapi klu hanya sekadar nak 'menyalak2', nak menjadi salah seorang penyumbang utk mengkucar kacirkan lg 'rumah UMNO' kita, nasihat saya pada mereka, pergilah masuk pembangkang, terang2 kita tahu anda pembangkang, bukannya menjadi gunting dlm lipatan,"parasit dlm umno", atau musang berbulu ayam.

-hardlin-

Dik Yan said...

Sapa Sarina? Dulu jawatan apa di Bhg Cheras? Mcm-mcm kursus & pilihanraya kecil saya ikuti, tak pernah kenal Sarina dari Cheras?
Juz bcos dia Pegawai Kak Rosnah,dia terpilih? Nampak sangat Kak Ros tak tau apa2 dalam politik Wilayah.Macamana Kak Ros nak rapatkan saf...Kak Ros tak menang banyak.Itulah Pegawai,itulah KP dia pilih.Satu langkah politik yg tak bijak.Yang ni sudah tentu akan sokong Kak Ros.Pengaruh Kak Ros tak akan luas.
Dah tu ramai lagi pulak dah merungut2 dgn Sarina krn tak mesra dan suka komen orang.Kenapa tak selidik dulu sebelum buat pilihan?Naib pulak Fiona.Sorang tak ada ada pengalaman,sorang NATO (no action talk only).Dah tu gandingan ini tak boleh kerjasama.Dua-dua personaliti agak strong.Lagi problem ni...

Anonymous said...

Salam semua, terlebih dahulu Tahniah buat serina kerana keberaniannya membawa pembaharuan dalam pu3 wilayah, BERANI membuat keputusan bagi kepentingan parti Bukan Kepentingan peribadi. Tahniah jua buat Ketua puteri Bahagian Wangsa Maju yang dilantik sebagai Ketua penerangan pu3 Wilayah.dan semua G5 Wilayah yg baru dilantik. TAHNIAH DIUCAPAKAN..

Saya Nak ulas sedikit apa yang telah di isukan dalam blog ini oleh para cendiakiawan yg perasan dirinya adalh yg terbaik. Yg memakai tudung tak semestinya dipandang baik alim dan muslimah. kebayakannya mempunyai PHD so jgn perkecilkan MUKA baru MUKA lama dalam puteri kalau diri sendiri menunjukkan sifat yang tidak baik . Bagi memimpin tidak perlu hipokrit..tunjukkan diri yang sebenar walaupun ditahap mana berada insyaAllah....

Salam perjuangan....
Penerangan Pu3 Wangsa MAju

Anonymous said...

Senior tak semua betul.... kesian Dok lobi sana sini Lepas juga jawatan kpu3 wilayah......
Apa nak buat kesian..... Seputeh

Anonymous said...

salam...yang pasal tudung i nk mencelah gak...itu hukum Tuhan..pls dont pertikaikan apa yang telah di perintahkan olehNya..at least org yg pakai tudung klu buat jahat , dosa tang mempamirkan rambut yg nk gantung kat api neraka tu dia dah slamat....itu sbb org PAS senang nk pertikaikan kredibiliti org UMNO sbb suka menidakkan hukum Tuhan...klu x nk pakai jgn cakap apa2...dosa tanggung sendiri k....

Si Luncai said...

politic is about perception. Apa yang jadi hari ni kerana anggapan UMNO itu jahat. Jadi kalau ketua kita pakai tudung (at least selendang) nampaklah cantiknya di pandangan umum. Macam Datuk Noraini dan Datuk Rosnah sendiri. Nampak sopan bila kita approach masyarakat. Datuk Ijat pun pakai selendang.
Dulu kak sarina dan kak fiona adalah pengikut sekarang dah jadi pemimpin jadi molek jugak cadangan perubahan dalam penampilan.
Jangan awak pulak yg kena pimpin..

Anonymous said...

tahniah Sarina
buat "senior" jgn bersedih.. lain kali lobi lagi..(emm kat wanita pula)
buat yg baru dilantik..semoga dapat menunaikan tanggungjawab dengan adil dan rasa bertanggungjwab...

Anonymous said...

tok tok tok....
dari mana datang nye si sarina ni...aku rasa mcm pernah nengok jer kelibat dia sbb lepas habis pertandingan pun masih dok passing card kat majlis2...bussiness card gamaknyee...klu dpt jawatan utk besarkan bisnes tanpa memikirkan tanggungjawab..payah laaa

Anonymous said...

Assalammualaikum ....

Saya juga setuju .... sebagai ketua .... dan satu tauladan yang baik ... pakailah tudung

Anonymous said...

Salam,sal pakai tudung tu jgn pertikai yer, hukum Allah tetap hukum walau dimana kite berada.X yah lah nak kutuk2 org cam gitu gini, abis diri sendiri tu amacam..... perasan baguih sgt.

Kekadang kite ni lupe yg sebenornya hebat kite cume di kg kite aje ,dlm kandang sendiri..Cube tanye geng2 di luar WP sane nun. Ape dia orang kenal kite ker... Siiibuk ngan ngutuk sesama sendiri. Ni, matlamat kite didlm persada ni nak perjuangkan hak agama, bangsa ngan negara. Bukan nak pelekeh org itu ini.Mude2 nilah kite nak kene sedor diri . Kite jadi pelapis mude yg berwawasan dan bijaksana dlm politik dan agama.So, jgn kite buang masa, tenaga muda n jage tutur kate walau dlm blog.

Syabas buat Sarina n Fiona n slamat berkhidmat utk agama, bangsa n negara. Satukan agama dgn politik agar politik kite tidak tersasar. Insya Allah hidup bangsa kite slamat... kerna politik sebahagian hidup kite..

Anonymous said...

Kalau nak hipokrit pun agak2 le
pakai tudung ikut ajaran islam dan satu tauladan......
tapi kalau pakai hati busukkkkkk..
buat apa? kubur masing2 bebbbb..
janji tak gadai bansa agama dan negara. wahai serina ....
buatlah yang terbaik... demi maruah puteri UMNO dan Bangsa melayu....

Mantan said...

Salam... Tahniah kpd saf G5 yg baru dilantik & hrpn agar anda mampu memikul amanah yang dipertanggungjawabkan.

Scr PERIBADI saf G5 seharusnya ada gabungan junior (KPB baru) & senior (KPB lama). Junior, dgn idea & semangat baru jg apa yg senior terlepas pandang + senior, dgn pengalaman yg bkn shj melibatkan interaksi di pkt negeri & pkt pusat malah lbh memahami senario politik di peringkat lbh tinggi . Ini penting. Malah konsep itu jg diambil kira oleh pkt phubungan negeri. Malah dlm ms yg sama dpt merapatkan kembali silaturahim yg agak longgar stlh apa yg berlaku. Bagaimanapun spt yg dikatakan td, ini cm pdpt peribadi seorang mantan.

Apapun, kpd KPW & safnya, anggaplah ini cabaran baru & selesaikanlah ia dgn segera & sebaik mungkin.

Yg ptg, sbg lgkh pertama, adakan segera mesyuarat RASMI (x mesy KHAS) bg pengesahan perlantikan & penyusunan semula struktur pentadbiran sblm bermulanya mesyuarat pu3 bhgn2...

Jgn biarkan begitu lama ahli2 pu3 WP di pkt akar umbi khususnya tertanya2 apakah lgkah pertama yg akan diambil oleh kpimpinan baru...

Anonymous said...

apa salah kalau melobi pun.. korang ingat serina dapat pegawai khas dengan ketua pu3 negeri sebab duk diam kat rumah ke? hahahaha lu pikir lah sendiri!!

Anonymous said...

salam..lawa jugak..masih single ker?

Anonymous said...

Salam, dak serina ni agaknya buleh memimpin kite ker....

Nampak semacam jer .....

Anonymous said...

tk payahlah nk sibuk padal isu2 tudung nie.. dulu kak lin bertudung ker? elok jer org tk kata... yg penting keje jgn bagi org benci & bosan dgn pu3 wilayah nie... tk der apa2 program yg boleh membanggakan & meninggalkan kesan pun.. pemilihan dr ketua smplah ke pagawai2 semua tk der qualiti.. apa nk jadi dgn pu3 wilayah nie... semua org baru.. harapkan fiona jer terkontang kanting.. fiona pun bukanlah bagus sgt pun.. tgk puteri segambut dhlah.. brp kerat jer yg biasa tgk pun.. Knplah KP Msai tk fikir sebelum bertindak.. pu3 dh layu.. pasal azliza tk dilantik pun bagus jgk.. kalau dia dilantik salah sorang g5 wilayah org lain yg kenyang bukan bhg sendiri.. bhg sendiri terbiar.. tk habis2 kehulu kehilir dgn org lain... fikirlah liza untuk kebaikan seputeh sendiri.. dlm seputeh pun tk habis2 dgn org lain mana ajk2 yg lain??? asyik muka yg sama jer... perlu ada perubahan dlm diri dulu barulah pasang angan2 nk jawatan yg lebih tinggi...

Anonymous said...

Tingat cite Dumb & Dumber.Wakakaka..

Anonymous said...

Ntahlah...kita wait n see...! Ni dah nak dekat sebulan dah tak da khabar berita dari Wilayah pun. Apa2 pun Puan Serina pu3 tu penting jangan dok sibuk cari duit company sendiri dahle. Dia ni memang baguih dalam marketing diri...cakap macam baguih2 n baik2 aje. Akak ingatkan dia ni memang baik hati..tapi blakang hentam kengkawan gak. Padan ngan muka kawan baik dia sendiri pu now ni hentam gak dia. Dua2 hr tu dok jatuh menjatuhkan orang..akhirnya satu dah dapat jawatan satu lagi melopong. Tuhan Maha Kaya..jangan dok asyik pentingkan diri. Nah jaga PU3 baik2.

awek bintang palace said...

dulu lari,top-top,jadi ketua puteri.itu baru di namakan rezeki maka ramai lah yang gigit jari sebab yang dipilih bukan yang pandai berdikari,semua kerja menggunakan remote dijari...lu pikir la sendiri

Anonymous said...

BEBERAPA SOALAN YG PERLU DIJAWAB...
1.SIAPA SARINA NI..
2.DI MANA DIA MASA PILIHANRAYA DULU
3.BETUL KE DIA NI LAYAK...
4.APA SUMBANGAN DIA DLM PUTERI
5.BERAPA KERAP DIA DIPROGRAM PUTERI
6.SIAPA DI BELAKANG DIA...
7.SIAPA YG CADANGKAN DIA...
8.DIA MANDI DI KOLAM MANA...
9.MANA SENIOR PUTERI YG LAIN TAK LAYAK KAH MEREKA...
10.DIA NI BUKAN PILIHAN AKAR UMBI..

PUTERI HANYA INDAH PADA NAMANYA TETAPI HAKIKAT SEBENARNYA BUSUK DALAM HATI PEMIMPINNYA. PUTERI..PUTERI..KESIANNYA.

Tomoi said...

aku ni puteri, aku dah naik bosan dengan semua nih... separuh hati aku dah kata, letak jawatan dlm puteri aje... wasting my time and energy...byk sangat talam bermuka2..

Anonymous said...

Korang nie cakap..macam la korang nie MAKSUM sangat.. Cehhh!!! tak sedar diri betol.. Pembangkang dok baca pakat gelak je.. tengok korang tak abis2..macam Anjing Menyalak Bukit..asyik pertikaikan knp KPUM lantik si Sarina tu..Suka hati dia la.. dia punye kuasa & pilihan..
Yang dah mantan..dok tepi diam2.. masa berkuasa dulu pun..bukanlah Bagus sangat jasa dlm puteri pun.. gitu-gitu je la...
Yang masih ada UMO..Pk baik2..
ape hal korang dok dlm UMNO kalau takat nak jahanamkan parti/negara..
baik ko join PKR (Parti Kelentong Rakyat)

Sudah2 laa... org dah mula buat keje.. korang pukul canang lagi.. Ketok Tin Kosong keliling kampung..
Sebok tanya berpuluh soklan.. apa yg ko dah buat?? kurang2nya dia pun dah mula buat keje..
ko asyik buat dosa je.. hahahaha

Anonymous said...

huh... kenal sangat... kalut dan stress tak tentu pasai

Anonymous said...

anonymous...

keja apa yg Sarina dah mula buat????ko jawab sikit soalan aku ni.HAMPEHHH....

Keja melobi dapat projek utk perut sendiri yg tu aku tau la dah lama dr berkempen dah start buat.

alamatnya makin layu la pu3 wilayah ni.....SEDIHHHHHH...

Anonymous said...

kenapa pulak yg disalahkan kepada mantan2.sedangkan yg bersuara ni kami yang masih puteri.apa yang dia dah buat.....

Anonymous said...

hahaha,bagus..inilah pewaris2 kepimpinan dlm UMNO. penuh dgn PHD, giler jawatan, mulut bau longkang,hahaha,bagus. Tahniah.. ahli2 pu3 yg pandai dlm IT,gunakan kemahiran msg2 utk bg komen2 yg menjahanamkan org, komen keburukan org, pandai bg ulasan itu ini tentang citer2 yg x baik, burukkan 'ahli keluarga'sendiri, umpama 'meludah ke langit', inilah ahli2 dan pemimpin2 pu3 yg dilahirkan oleh pu3,yg mmg selaras dgn kemahuan PM kita utk melakukan transformasi dlm usaha membaik pulihkan parti kita.
Bagus, syabas,tahniah,gaduh lg,kutuk org sana sini,pembangkang baca senang hati depa. x pyh susah2 buat huru hara, kita sesama kita dah cukup utk menjahanamkan lagi parti keramat ini. Bagus yea, sejajar dgn usia pu3 yg hampir 8 tahun, dah meningkat dewasa, pandai bergaduh, 'bertarik2 rambut', berdengki berbusuk hati sesama keluarga sendiri. Tahniah!
Ini ke rupanya 'kekuatan' pu3? Hahaha.. Mari kita gelak ramai2 sama2 dgn muslimah PAS dan Angkatan muda keadilan,krn kita berjaya menunjukan contoh terbaik dlm parti.. Haa, sape lg yg nak jadi 'hantu' dlm pu3? cpt,tambah lg komen yg menghina, menjahanamkan nama org lain kat blog ni. msg2 sume rasa dia ler paling layak, paling byk jasa dlm umno ni, paling cantik dlm pu3, paling bergaya atr ketua2 pu3, sampai lupa akan ketentuan Ilahi ttg apa yg terjadi. bercakap dh mcm org xde pegangan,lupa kuasa Tuhan. X kira le sape pun, dia melobi k, tabur duit k, giler meroyan k, klu dah tertulis dlm takdir dia yg akan dpt jawatan tu, sudah ler. Yg x dpt jawatan tu, bawak2 le gi ambik air sembahyang, kasi cuci hati sikit. Klu korang x setuju, maknanya korang x setuju dgn Tuhan, dgn Allah, krn dgn izinNya lah kita dpt apa yg kita nak, usaha tu mmg arr ada, 90%,tapi klu xde rezeki yg 10% tu,x melengkapkan apa yg kita hajati. klu korang salahkan org itu ,org ini, maknanya korang salahkan Tuhan? sbb Dia yg bagi rezeki tu pd org lain? Wahhhh,blh terpesong dari akidah tu kwn2... Apapun kita buat dlm hidup ni, jgn sampai terlupa akan kuasaNya, Dia lbh berkuasa,lbh mengetahui di langit dan di bumi. Jg pertikaikan apa yg diberikan olehNya.
Ada ke patut?guna ler ruangan yg ada ni utk menyalurkan maklumat k, utk menyampaikan idea, pandangan, teguran, permasalahan kpd kepimpinan yg ada utk sama2 kita membaik pulih kembali parti kita,memperkasakan kembali sayap
pu3. PRU 13 tggl brp hari jerr. Pembangkang semakin merapatkan saf utk PRU 13, jiwa, hati dan perasaan mrk skrg penuh dgn tumpuan utk PRU 13. Kita? Hati dan perasaan kita x abis2 nak menyalahkan org, nak berdengki2, nak berbsuuk hati, nak TOLONG pembangkang menjahanamkan parti.

SALAM PERJUANGAN
-hardlin1978-

Pemerhati Politik said...

Salam hormat kepada Anonymous June 12 serta para bloggers sekalian,

UMNO kini sudah berusia 63 tahun dan boleh di ibaratkan sebagai warga emas yang sedang menghadapi pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan pelbagai virus penyakit.....

Sebagai Pemerhati Politik dan Ahli UMNO, aku rasa kita perlu fahami apa matlamat perjuangan kita sebagai Ahli UMNO pada hari ini.

Aku sekadar memberi pandangan kepada Pemimpin serta ahli - ahli UMNO yang aku sayangi... Untuk seketika dan sedetik masa... fahami serta selami bait - bait lirik lagu keramat UMNO iaitu BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT.

Ahli - ahli UMNO setiap kali mendendangkan lagu keramat UMNO pada persidangan mesyuarat mahupun dalam majlis rasmi UMNO... boleh di ibarat bagai peserta Akademi Fantasia (AF) yang hanya pandai menyanyi tetapi tidak pandai "gali" maksud lagu Keramat UMNO itu.

BERSATU - Adakah antara Pemimpin kita serta ahli - ahli UMNO hari ini BERSATU?
Atas pemerhatian aku, di kalangan Pemimpin dan ahli - ahli UMNO itu sendiri, ada yang segelintir masih lagi bertelagah, mempertikaikan kredibiliti, mengaibkan maruah dan mempersoalkan cara kepemimpinan para pemimpin yang telah di lantik... contohnya seperti yang tercatat dalam komen - komen di dalam blog Wilayahkini.....

Apakah disebabkan anda bukan yang terpilih atau dari golongan orang - orang yang terpilih....maka dengan rasa bangga diri dan senang hati meluahkan segala rasa tidak puas hati , kecewa dan iri hati dengan melontarkan segala kata - kata tanpa memikirkan perasaan pemimpin mahu pun individu itu sendiri.... Renung dan fikirkan lah sendiri...sekiranya individu yang di pertikai dan di kutuk itu adalah di kalangan pemimpin pilihan kamu sendiri.... apakah tindakbalas serta tanggapan kamu sebagai ahli UMNO ?
Melemparkan komen-komen negatif memang seronok kerana itulah budaya kita orang - orang Melayu dalam UMNO....kenapa tidak memberi komen positif yang dapat membantu UMNO yang sedang sakit hari ini..? masih lagi dengan sikap... aku tidak suka si polan itu kerana dia bukan orang - orang pemimpin aku....aku sokong si polan itu kerana dia orang yang menyokong Pemimpin aku....contohnya senang aku bagitau... korang tak suka Sarina sebab dia Orang YB Rosnah...korang pulak mungkin orang - orang yang tidak terpilih dan di kalangan orang - orang yang telah kalah dalam pertandingan....persoalannya disini...di mana dan siapa orang - orang UMNO yang selalu mendendangkan bait - bait lagu keramat "Bersatu kita bersatu...dengan setia berganding bahu"...... jika orang - orang UMNO itu masih berfikiran dan mempunyai perjuangan di sebabkan orang - orang....maka jadilah kita orang - orang UMNO itu... ibarat orang - orang di pacak di tengah sawah padi ...yang sekadar tegak berdiri dan tidak mampu melakukan apa - apa ...
Renung - renungkan lah.....PRU 13 akan datang boleh di ibaratkan penentu dan pemangkin perjuangan UMNO sebagai penjuang bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia.... sekiranya kita tidak berubah dari sekarang...maka segalanya akan berubah di masa akan datang....

Salam Hormat,

Wak Jawa
Pemerhati Politik UMNO

Anonymous said...

hmmm... anonymous 14th June dgn pemerhati politik kenapa emosi sangat... bunyi komen macam pegawai dak sarina jer. Setiausaha wp yang penuh emosi atau pun ketua penerangan yang tak der perasaan. gua rasa sapa pun yang ditegur atau dikomen didalam blog ni patut ambik iktibarnya. Pokok tak goyang kalau angin tak kencang. Mungkin jugak digoyangkan orang hua...hua...hua. Apapun kira ok lah tu bila orang komen.. tu maknanya kalian jadi perhatian. Harap cepatlah wilayahkini interview ketua pu3 baru kita. Nak juga dengar plan dak sarina untuk pu3 wp... mesti nak buat banyak program padang. hua..hua..hua.. apa pun kita pu3 kat bawah akan bagi sokongan pada ketua pu3 wp yang baru yang dengarnya pandai cari duit..

Anonymous said...

Salam.
Anonymous 17th June, terima kasih utk komen anda,sgt dihargai. Saya setuju dgn saudari,ttg teguran dan komen yg patut diterima oleh org yang berkenaan. Tapi, saudari ni agak2 sekolah smapai darjah berapa? (muka jgn nak ketat sgt yea baca komen seterusnya,hehe).
teguran,komen pun biarlah tau maknanya,biarlah kena pada tempatnya utk berbicara. Membuka aib, membuka pekong saudara sendiri klu benar pun, digalakkan ke dlm agama? Orang tu jahat k, penipu k, apa k, tak baik sebagai saudara sesama islam kita memberi aib dan menjatuhkan maruah saudara islam,tak baik kita memalukan saudara islam kita. bukan ke sekiranya kita menutup aib saudara kita maka aib kita juga Allah tutup.

secara bijaksananya perkara itu patut diselesaikan secara tertutup dan bukan dimediakan dan bkn dgn cara mengaibkan individu tersebut.. Kita seronok2 menyebarkan keburukan org lain, sekali Tuhan buka aib kita dlm dunia ni, mcm mana? Klu nak tegur pun, klu benar2 jujur,ikhlas, mulut bukan spesies bau longkang, pegi ler jumpa tuan empunya badan, tegur le sesangat apa yg x kena, apa yg x suka, apa yg x cukup. Bukannya mendedahkan kat blog ni, bukan saja kita keluarga UMNO membaca, pembangkang pok dok pakat gelak sama,ada paham ke niat saya?
Kena paham definisi tegur, komen, sindir, fitnah, ni sume berbeza. Allooo,sape biro pendidikan PU3 m'sia? Terpaksa arr buat kursus "kefahaman Bahasa MELAYU'. sbb ada ahli2 pu3 yg x pandai membezakan definisi perkataan2,hehehe. Citer keburukan org, membuka aib org lain, tu bkn komen syg oii, tu bukan teguran. Nak lebih jelas lg, sila berjumpa dgn saya. terpaksa arr saya 'sekolahkan' awak semula,ngengenge.. Bawak le selalu2 ambil air sembahyang,menyucikan diri, rajin2 arr mengaji, biar bersih sikit hati,klu x putih pun, dpt kelabu sikit hati tu, jadi arr, x ler hitam mcm skrg nih.
Dlm dunia ni, mmg ada manusia yg hatinya bila sudah hitam, dia mmg x suka pada kebaikan, pd perkataan yg baik2, pd nasihat, tetapi dia lbh gemar pada fitnah, caci maki, membuka aib org lain. Bila kita berckp tentang perpaduan, ttg kasih syg, dikatakannya kita ini berpihak pada org itu dan ini, dilabelkan kita ini sbg pengikut org itu dan ini. Klu kita sudah terpalit bau busuk, jgn heret org lain sekali. Terpaksa arr bukak cerita nampaknya. Utk pengetahuan saudari, saya ni bukan le pengikut sarina k, 'org' Rosnah k, atau sesape, tetapi saya hanyalah seorg ahli pu3 UMNO yg kesian tgk org2 mcm saudari ni, msh berada dlm UMNO, utk menambah lg kekusutan dan membuat onar di dalam UMNO. Saya mungkin x sehebat saudari, org lama, byk jasa pd UMNO (excuse me), byk pengaruh, byk pengikut, tapi sekurang2nya, hati saya x ler sebusuk longkang nak jadi penjahanam dlm sayap Pu3 ini sendiri. Utk pengetahuan semua, saya x berkempen utk YB Rosnah, terus terang saya ckp, sy berkempen utk kak BB, sbb saya suka cara dia bekerja, sgt professional dan mmg mendahulukan perjuangan parti (x pyh ler lps ni ada plak yg nak komen psl kak BB plak kat sini, x kena mengena pun,ini sekadar pemberitahuan). Bila kak BB x memenangi jawatan sbg Ketua Puteri, saya xde pun cpt 'melatah',x berhasrat pun nak jadi 'sampah' dlm UMNO ni. Merujuk kpd lagu keramat kita ‘BERSATU KITA BERSATU’, itulah yang saya lakukan walaupun calon pilihan saya tidak memenangi jawatan.

Anonymous said...

sambungan komen : Sbb tu saya ckp, kita kena percaya pada Qada' dan Qadar. Bila x dpt apa yg kita hajati, xdelah kita meroyan x tentu hala. Sape pun yg jadi ketua Pu3 M'sia, negeri atau bahagian, kita kena terima. Klu x setuju pun, diam je lah, jgn meroyan x tentu hala, malu 'keluarga' kita kat pembangkang sana. Hasrat saya cuma 1,agar kita semua bersatu,rapatkan saf menjelang PRU 13 ni,ada phm kerr. X kira lerr apa pahaman kita, sape 'tuan' kita, sape pengikut kita, sape pilihan kita, lupakanlah semua tu, lbh baik kita dok semeja, berdebat,berbincang, bergaduh tentang bagaimana nak tarik kembali hati pengundi kita terutama pengundi muda, bagaimana kita nak memantapkan kembali perjuangan Pu3, kemana halatuju pu3, apa peranan yg boleh kita sumbangkan utk memperkasakan semula UMNO? Kan lbh bagus. Saya percaya, 'anon 17th June', mesti byk idea menarik ttg kebaikan ini semua, sbb dia pandai berckp, pandai mengulas,complaint org mmg 1st class,hal dlm akin org sume dia tahu. Alangkah indahnya jika kebijaksanaan akal fikiran, kepetahan berbicara anugerah Tuhan itu disalurkan ke jalan yg berfaedah dan memberi manfaat utk kita semua.
Jgnlah melabel saya org itu org ini, saya bukannya hebat spt saudari, bijak bermain politik, meroyan sana sini, perjuangan saya hanya utk parti, bukan individu. disebabkan saudari ‘anon 17th june’ ini tersangatlah hebatnya dlm memberi komen dan nasihat, saudari dan kwn2 saudari blhlah check sape saya, apa kepentingan saya dlm umno ni, saya ni org sape kononnya, pengikut siapa,berkiblatkan pemimpin mana,ni meminjam pemikiran org2 spt 'anon' arr,kan. Saudari punya pemikiran ni, sebijik mcm pembangkang. Depa tuduh org2 UMNo ni rasuah, pandang dan nilai kita spt mereka terlalu maksum dan tidak pernah berdosa, sdgkan mrk lupa, klu betul pun arr org yg dikatakan rasuah tu membuat perkara spt itu, itu atr mrk dgn Tuhan. Knp kita sibuk2 nak menghitung dosa org lain, sdgkan dosa kita sendiri bertimbun2? mmg sama arr 'anon' ni mcm style pembangkang. Cuba nak mengadili kesalahan org lain,dan menghukum, sdgkan itu urusan atr mereka dan Tuhan yg maha Esa. Tegur tu boleh ler, tp klu dah sampai tahap melemparkan fitnah, membuka keaiban org lain, apa yg dibanggakan dgn org mcm ni.
Saya pasti, 1 hari nanti, 'sampah2' ini akan dibuang juga drpd UMNO, atau hilang diterbangkan angin. Dan saya x kisah pun,slps ini sekiranya saya menjadi medan serangan peribadi dari 'anon' dan konco2nya. ckplah apa pun, sindirlah apa pun, sikit pun saya x rasa apa, sbb xde maknanya saya melayan 'sampah2' dlm UMNO, tetapi klu 'anon' ni mmg seorg pejuang, sanggup berkata benar,baling batu tak sorok tangan punya, dan mempunyai pelbagai idea yg bernas dan strategi2 yg canggih utk dilaksanakn dlm pu3 bagi menghadapi pru13 nanti, barulah saya tabik spring bila jumpa si 'anon' ni. Selagi mereka2 hanya tau menyalak2 kt blog kita sendiri, xde apa nak dibanggakan. X menjadi kudis pun utk saya setakat kena kutuk dgn org2 mcm ni.
p/s :Biro Pendidikan dan latihan kena 'take note' benda2 ni, 'sekolahkan' ahli2 yg x brp nak phm bahasa kebangsaaan kita. hehe

Salam perjuangan
-hardlin-

Anonymous said...

"Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan orang Melayu tapi menjadi landasan untuk orang mendapat tempat dan gelaran. Sebab itu pada pilihan raya umum ke-12, orang Melayu tidak lagi mengundi Umno sebab mereka kecewa dengan keadaan sedemikian" -memetik kata2 Tun Mahathir.
Inilah kenyataanya,parti keramat ini,menjadi medan utk orang 'tikam-menikam, fitnah menfitnah', hanya semata2 merebutkan jawatan, kerana merasakan masing2 lebih layak dari yang telah dilantik,kerana merasakan merekalah yang terbaik daripada 3 juta ahli,dialah yang lebih layak dlm UMNO ni, orang lain tak pandai memimpin, rasuah, jahat, hina,segala-galanya yang buruk datang dari orang lain, tetapi segala kebaikan datang dari dirinya,kononnya lah.
Rebutlah jawatan sampai PRU 13 ni.

Anonymous said...

kesian dak hardlin... menyalak sakan..

Anonymous said...

anon 22 june,tima kasih. Mmg kalau hati sudah berkarat hitam, cakap psl agama pun dikatakan menyalak, Astagfirullah. Semoga Tuhan memberi petunjuk dan hidayah serta mengampuni dosa2 mereka yang menjadi 'sampah' dlm parti keramat ini,Amin. Biro Agama PU3 m'sia, ambil berat sikit, dah ramai ahli pu3 yg hampir2 jadi 'munafik'. Patut arr kita asyik kalah je dlm perjuangan. Maha Suci Allah...

Anonymous said...

, "Takutlah ghibah (mengumpat) kerana mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni orang-orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat itu memaafkannya." (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Anonymous said...

salam,
anon june 22.. saya pasti, anda bukanlah ahli UMNO apatah lg mewakili sayap pu3. Sbb setahu saya, UMNO ni hanya utk kaum Melayu, bila kita sebut melayu tu, dah tentu2 ler ISLAM agamanya. bila kita berbicara ttg hukum agama dikatakan 'menyalak', sudah pasti anda bukan ahli umno, bkn org melayu, dan bukan seagama saya. Jadi, nasihat saya, anda jagalah bangsa dan agama anda sendiri.
Apa yg 'anon june 22' tahu tentang hukum hakam agama kami? Tentang dosa pahala, syurga dan neraka? Alif ba ta pun tak reti baca, x pyhlah sibuk2 nak ambik tahu apa yang saya ulaskan di sini. Nanti lagi panjang pulak komen kat sini, nak cerita tentang Islam, hukum hakam, dosa pahal, jenuh tu nak terangkan pada org yg bukan seagama dgn saya. Ok?
Islam agama mulia. Allah tidak suka ORANG2 ISLAM membuka aib org lain. Itu yg diajar oleh agama kami, sebab saya tak tahu 'anon 22 june' ni agama apa, terpaksa saya terangkan. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Hujurat ayat 6:

Maksudnya : ” Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.”
Jadi, kpd yg bukan ahli umno,bkn beragama Islam, tak faham isi kandungan saya,terpaksa arr 'mengislamkan' diri dulu yea.
salam perjuangan
-hardlin

Anonymous said...

salam kepada adik-adik p3..knape harus berdebat sesama sendiri! bukan ke baik ilmu penulisan dan percakapan yg adik-adik digunakan dlm blog ini digunakan utk berdebat dengan pembangkan..lg byk faedah.bukan untuk menjatuhkan sesama sendiri.setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan diri..

buka lah minda..

Anonymous said...

Pesanan buat Sarina...banyaklah belajar tentang parti,asal usul pergerakan puteri,peraturan dan undang2, nama ketua bahagian,alamat pejabat dsb..u as ketua puteri bidan terjun harus melengkapkan diri dgn ilmu2 supaya tidak diketawakan oleh anak2 buah.

merendah diri sentiasa kerana anda bidan yg dipilih oleh Rosnah..Ketua seharusnya banyak ilmu supaya dpt memimpin anak buah,jgn malukan Rosnah kerana memilih anda sebagai mana dia memilih ketua puteri di negeri2 lain juga.

Anonymous said...

Cayalah dak hadlin, ini perjuang anak bangsa sebenar,
yang lain ni dok sebok guna kan media bukak pekong sendiri tuuuu kenapa bodoh sangat!!!

Korang pulak nak jadi PEMBANGKANG kalau giler sangat kuasa tunggu 3tahun lagi sekarang bukan untuk hentam menghentam....

Cubalah sumbang idea yang baik supaya dapat bantu pergerakkan puteri wilayah buat kerja, ni tak dok hentam macam nak mapuss tapi diri sendiri tak sedar... hati orang BUSUK .. mcm ni lah ]

Wahai teman seperjuangan ingat kan dah habisss episot PHD ni tapi nampak gaya nya makin menjadi2.. MAKIN LAMA MAKIN BODOH KOMEN KORANG BAGI.......

"BERUBAHLAH SEBELUM KITA DIUBAHKAN"

zz_pu3 W/M

Anonymous said...

kesian budak2 pu3 ni.. usia baru setahun jagung, dah 'berperang' berebut jawatan. Ini jelah yang UMNO dapat lahirkan sebagai pelapis? Hehehe.. Ini ke perjuangan ahli2 pu3? Kesian UMNO... Memang patut arr sayap pu3 ni dicadangkan agar dibubarkan.
Kalau inilah hasil didikan yang ada dalam UMNO ni, bubar le cepat-cepat, umpama barah yang semakin merebak.

mama bosan said...

naik muak aku baca.... entah apa2.. tunggu je lah macamana cara si sarina ni nak satukan kita kat wilayah ni. mungkin dia ada cara dia.

net522 said...

ish...korang semua ni cukup2 la tu tau sbb secara korang xsedar cara yg org putih ini buat dgn mewujudkn blog2, friendster, facebook sebenarnya ini tujuan dia. Dimana untuk melaga2kn antara satu sama lain dan membuka keaiban org. Face book ke friendster ke adalah pula utk meluaskan kemaksiatan. Jom kita fikirkan dan kita ubah.

jom kita ubah cara penggunaan kemudahan yg org putih ni dah buat utk kemudahan kita dan jgn kita masuk ke jalan yg mungkin mereka harapkn yaa...sy maksudkan kehancuran parti melayu cuba ingat betul2 nanti anak cucu kita yg menanggis sbb kita yg cipta kehancuran

Jom kita sama2 gunakan utk kemudahan ini dgn cara yg terbaik dan menegur perkara yg salah dgn cara yg betul k...

Ingat jgn biarkan org lain memperkotak ka katikkan kita tau nanti kita juga yg rugi

Anonymous said...

Perjuangan anak bangsa bukan setakat kita menuliskannya atau kita meluahkannya...buktikan dengan keikhlasan. Janagnkita suka mengat@. Tapi bg Puan Sarina perlu belajar dari org yang lalu...kita PU3 bukan buat bisnez. Kelamkabutnya tgk pu3 wilayah. Ikut "dan" dia aje. Mtg keman...tak bersistem langsung. Semuanya dia nak buat sendiri n semua dia nak kaut.