Monday, February 22, 2010

PENGUNDI TAK NAK CALON LUAR KAWASAN ?

" Pertama sekali, kita kena belajar daripada kesilapan - kesilapan yang telah kita lakukan. Pemilihan calon pada PRU 2008 adalah tidak baik. Para pengundi tidak boleh menerima calon - calon yang bukan berasal dari kawasan mereka sendiri", kata pemimpin vateran UMNO Datuk Shahrir Samad dalam satu temu bual khas di Malaysiakini. Sila klik, DISINI untuk baca wawancara penuh beliau. Sementara itu, di Wilayah Persekutuan Wilayahkini dengar sudah ada ura - ura ramai sangat dah bermimpi nak jadi YB pada PRU yang ke 1 3 nanti. Belum lagi cerita pasal menang ataupun kalah, tapi mereka dah pasang macam - macam strategi untuk jadi calon. Ada yang sanggup lompat sana sini untuk jadi calon. Sementara itu, UMNO WP di katakan mahu kawasan Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak yang kini di miliki oleh MCA. Berita lanjut akan menyusul.......

7 comments:

Anonymous said...

Tak menghairan kan langsung kalau dah ada yang nak jadi YB..memang itu lah cita cita dan tujuan mereka nak naik didalam kepimpinan UMNO pun. Bukan nak berkhidmat untuk rakyat..kalau dalam kempen atau ucapan tu memang lah hebat tapi itu hanya nak mengabui mata pengikut dan pemimpin atasan supaya mereka terpilih. Lihat lah Abas Batu dan Mus Seputeh..baru setahun jagung jadi Ketua Bahagian, dapat jadi Penasihat DBKL dan Datuk (PMW)..lepas ni nak jadi YB lah pulak...maklum semua ni "Geng Sahabat Golf" UMNO yang seangkatan dengan Zahid dan Hishamuddin, serta Shafei orang kuat Najib, jadi akan berhasil lah cita cita mereka ni nanti. Yang lain ??? Kerja lah kuat kuat dalam kursus ke, aktiviti ke, untuk hanya mendapat kan sisa yang mereka dah tak nak..UMNO aduhai UMNO !!!

Anonymous said...

Jangan sampai orang kampung dan orang tua-tua menyampah....org muda sudah beralih angin...UMNO wilayah semakin parah

merahberapi said...

salam. sila lawati merahberapi.blogspot.com. tq

pemantau said...

wangsa maju : ezam md nor
bandar tun razak : shahrizat jalil
lembah pantai : RNC
setiawangsa : Menteri Agama
titiwangsa : afendi zahari

sajer la try chai ni...

Anonymous said...

Salam Pemantau

Lu silap tuuuh. Tak kan pendekar seperti Syed Ali, Shafei, Ghani (Abas) dan Mus (Seputeh) tak masuk chai ??? Mana boleh beb, dia orang ni orang kuat RNC, Hisham dan Zahid...tak rock lah kalau pasukan sendiri tak masuk line-up

Anonymous said...

kenapa nak sibuk sibuk kacau tempat orang,kalau tempat sendiri dah kalut jangan cuba cuba nak curi tempat orang lain.sedarlah diri...
BTR dah ada calunnya sendiri... lupakanlah mereka mereka yang mimpi nak jadi calun kat BTR.

pemerhati.. said...

ezam kena tanding di w maju beb...kalau letak piee; jawabnya ke lautan sepi la umno/bn...

setuju dengan pemantau...ezam kena diberi peluang di w maju...