Wednesday, January 6, 2010

APA CABARAN PU3 UMNO WP UNTUK TAHUN INI ?

KUALA LUMPUR Jan 6 2010 ,
Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan memulakan tahun baru 2010 dengan mengadakan program bantuan persekolahan kepada pelajar istimewa dan susah sekitar Wilayah Persekutuan baru - baru ini.
Sila klik -Utusan Malaysia Online - Kota , untuk baca berita selanjutnya. Walaupun ada yang tuduhan yang mengatakan " Pu3 WP kurang menyengat" sepanjang tahun 2009, kita berharap akan ada lebih banyak program untuk memperkasakan lagi Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan untuk tahun ini nanti.
ANDA ADA CADANGAN NAK DI KONGSIKAN ? sila emel kepada wilayahkini@gmail.com !
Sementara itu, Wakil dari Pu3 Lembah Pantai Hasryza Jabar(gambar) memaklumkan kepada Wilayahkini "Semua Puteri dijemput hadir ke program UMNO Juara Rakyat yang akan diadakan pada 9hb Januari (Sabtu) di Hulu Selangor pada jam 8.30 pagi. Bas disediakan di Stesen LRT Bangsar bermula jam 8 pagi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Kak Uda @ 012-4202066"

15 comments:

Anonymous said...

Betul apa orang kata Puteri UMNO 2009 tak menyengat..! Saya pemerhati tetap sayap UMNO,melihat dengan jelas kekalutan dalam Puteri terutama peringkat WP.
Sebagai contoh di Bahagian BTR apakah sumbangan PU3.Langsung tak ada. dulu ada buat 'RETREAT' tapi apa hasilnya setakat ini.Dan yang pasti Zauyah gagal mendidik AJKnya sendiri supaya lebih aktif dan aktif.Tak habis habis dengan hasad dengkikhianat sesama sendiri,tikam menikam ,menabur fitnah dan banyak lagi perlakuan yang keji. bukan mengata tetapi ini adalah fakta sebenar di BTR.Zauyah bukan saja gagal mentadbir tetapi cuba tanya dia berapa Cawangan yang Puterinya masih ujud atau aktif. Dulu kalau mesyuarat sering menggunakan ahli hantu utk cukupkan korum.Tetapi pengacau yang SEBENARNYA dlm PU3 BTR adalah adik angkat kesayangan intan payung Zauyah sendiri walaupun telah berkali kali lakukan kesalahan,kecuaian,kecurian dan fitnah memfitnah,Zauyah tetap menyebelahinya. So sekarang cuba kita fikirkan kembali bagaimanakah PU3 hendak maju kalau orang orang macam ini ujud dlm Parti.Bagaimana nak memperkasakan PU3 sedangkan dalam PU3 itu sendiari ada pengacau atau parasit yang berduri.
Saya suka ketika zaman Dato'Seri Azalina dulu memang berkesan tetapi bila era Noraini jadi makin teruk dan kini semakin lemah di tangan Rosnah .
ROSNAH KENA BERTINDAK MENJELAJAH SELURUH BAHAGIAN DAN MINTA AUDITKAN BERAPA CAWANGAN PU3 YANG UJUD DI BAHAGIAN TERSEBUT.

PemudaSeputeh said...

Memorandum Terbuka Kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

http://pemudaseputeh.blogspot.com/2010/01/watikah-sokongan-kepada-duli-yang-maha.html

Anonymous said...

UMNO DAN JAWATAN SUBNYA.

Selamat Tahun baru buat semua Puteri W.Persekutuan.Didoakan semuanya sihat belaka.Dikesempatan ini tahniah juga buat ketua no 1 puteri Malaysia kerana dah ada baby yg cukup comel seperti ibunya kerana berkat sabar bapanya..

Setiap tahun angka baru akan berubah,dari 2009 ke 2010,ini bermaana umur juga semakin meningkat,harapan kita kepada puteri teruskan semangat perjuangan UMNO, orang-orang UMNO dulu mereka cukup rajin berkerja,sanggup turun menemui orang kampung,nelayan, petani dan pekebun.

Orang-orang UMNO dulu-dulu mereka cukup bertanggungjawab semasa memegang jawatan Tugasan kerja yang dipegangnya dibuat sendiri,Orang-orang UMNO sekarang jawatan sanggup dipegang namun kerja dan tugasan hakiki tak sanggup nak bersusah susahan,Sebagai contoh Setiausaha UMNO peringkat negeri mahupun bahagian ,Setiausaha itu menurunkan segala kerja kepada Setiausaha Kerja,Setiausaha Kerja telah dibayar gaji yang cukup lumayan.Setiausaha hanya mengambil nama bila minit siap dihidang ,kerja selesai diatur serta sebagainya.

Dilihat trend ini begitu menular hebat dikalangan pentadbiran UMNO,apakah dengan trend yg sedemikian rupa pemimpin-pemimpin UMNO boleh mendekati rakyat?

Begitu juga kepimpinan UMNO diperingkat Ketua Bahagian,Ketua Pemuda ,Ketua Wanita sekarang ini,berbagai aktibiti dapat dibuat,tetapi Pendedahan dan pengalaman memimpin tidak ada,sebabnya sangat mudah semuanya menggunakan konsep upah, upah saja kepada mana-mana konsultan,apa nak semuanya bisa disiapkan...yg perlu ada kepada kehebatan dan lagak pemimpin ialah DUIT.Ada duit semuanya boleh ...bila duit sudah bermaharalela org2 UMNO dan pengikutnya menjadi rajin,tetapi bila DUIT tak masyuk mungkin sebahagiannya akan menjadi tidak bersemangat mungkin sebahagiannya lagi langsung akan terus menghilang entah kemana.Yang kedengaran ialah kata nesta caci cela kerana Duitnya tak ada.

Sempena tahun baru kepimpinan dan ahli dan pengikut UMNO perlu berubah,mereka yg memegang jawatan buatlah sendiri tugasan yg dipikul tak payah nak subkan lagi kpd org lain,Kerja yg dibuat sendiri akan berbaloi drpd HANYA MENGHARAPKAN KEDERAT ORG seperti berpatah LEMBU PUNYA SUSU SAPI PUNYA NAMA.

Selamat berjuang kpd Puteri yg semakin meniti usia,Walaupun baru berusia jasa dan bakti sudah tidak terhitung banyaknya.

Puteri Bangsa said...

dah terlalu banyak tido puteri - puteri wilayah ni banyak mengarut dr buat kerja...dok sibuk nak melobi tak habis2 ,..oiii bangun dr lena ingatlah perjuangan yg masih belum selesai bukan dok buat program syok sendiri.... Kt2 puteri wilayah mantapkan dan perkukuhkan puteri demi bangsa dan negara.,.. jangan simpan pegawai-pegawai yang TIDOR...K/Penerangan TIDO .,, mulut lebih dari buat kerja.,, Biro pun tak bergerak..apa dah jadi!!!!

Anak Omak said...

Selamat Hari Jadi
Haram jadah betul si Khairy.
Dulu jual negeri
Terdedah sekongkol dgn Anwar BABI

Tak yah Setiakawan nak nafi
Utusan dah lapor maklumat SB
GAP bukti RPK dilindung Kali
Ajen Singapura dan pelindung Khairy

Sesiapa yang bersama dengan Khairy adalah pembelot agama, bangsa, dan tanahair!!!!!!

Anonymous said...

DAH HABIS PEMIIHAN PUN BETUL KE ADA LGI YG MASIH MELOBI....SIAPA??PROGRAM DALM SURAT KHABAR TURUN KE SEKOLAH2 NI BAGUS....TAPI ENTAH BERAPA KERAT JE PUTERI YANG SAMA-SAMA TURUN KE BAWAH AGAKNYA YE??YANG HANYA PANDAI MENGUTUK APA PULAK SUMBANGAN PADA PUTERI WILAYAH?SETAKAT PANDAI BERCAKAP N MENGUTUK JER?APA KATA KALAU ADA IDEA YANG BAGUS KITA KONGSI SAMA-SAMA DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

Anonymous said...

zauyah dan ajknya patut letak jawatan sahaja kerana langsung tak bawa apa apa kemajuan dlm PU3 BTR.
Saya dah bertahun dlm pu3 tapi tak pernah pun kp dan ajknya datang atau ambil tahu kemajuan pu3 cawangan. saya setuju dgn komen yg pertama di atas. memang mereka ini kaki sibuk hal orang lain dan buat program untuk syok sendiri sahaja.AJKnya sombong bodoh dan tak mesra rakyat. Kalau dah buat silap nak babitkan orang lain pula.Kepada pu3 btr bukalah mata, jangan jadi lembu di cucuk hidung,main ikut sahaja.
Satu lagi nasihat saya adalah;
Jagalah imej diri jangan sampai orang kata 'dahlah muka buruk,perangai pun buruk'.
Belajarlah menginsafi diri.

Anonymous said...

Di UMNO BAHAGIAN BTR memang banyak perkara yang berlaku.ada yang membina dan banyak juga perkara yang memualkan.
Puteri sbg sayap kpd Bahagian seharusnya memainkan peranan penting utk kemajuan UMNO itu sendiri tetapi apa yang saya lihat sejak dulu hingga kini tiada perubahan yg ketara, maksudnya tiada sumbangan yang boleh di banggakan.Kami di Cawangan umpama anak tiri,kalau KP sendiri tak ingin menjenguk atau ambil tahu hal kami maka tak hairanlah banyak cawangan yang dah berkubur.
KP dan ajknya lebih pentingkan jawatan daripada pu3 sendiri.
Dahlah tak pandai buat kerja tapi mulut masing masing berbau longkang.
Jadi,cabaran saya kpd mereka agar letak jawatan atau bangun dari khayalan.Langit tidak selalu cerah.
Maaf Puan Zauyah ,bukan mengata tetapi ini adalah realiti pu3 BTR.
Terimalah hakikat ini dengan hati yang terbuka.

Anonymous said...

Di UMNO BAHAGIAN BTR memang banyak perkara yang berlaku.ada yang membina dan banyak juga perkara yang memualkan.
Puteri sbg sayap kpd Bahagian seharusnya memainkan peranan penting utk kemajuan UMNO itu sendiri tetapi apa yang saya lihat sejak dulu hingga kini tiada perubahan yg ketara, maksudnya tiada sumbangan yang boleh di banggakan.Kami di Cawangan umpama anak tiri,kalau KP sendiri tak ingin menjenguk atau ambil tahu hal kami maka tak hairanlah banyak cawangan yang dah berkubur.
KP dan ajknya lebih pentingkan jawatan daripada pu3 sendiri.
Dahlah tak pandai buat kerja tapi mulut masing masing berbau longkang.
Jadi,cabaran saya kpd mereka agar letak jawatan atau bangun dari khayalan.Langit tidak selalu cerah.
Maaf Puan Zauyah ,bukan mengata tetapi ini adalah realiti pu3 BTR.
Terimalah hakikat ini dengan hati yang terbuka.

Anonymous said...

Frus dgn Pu3 WP - tak de substance! Ketua yg tidak menyatupadukan Pu3 Bhg. Berapa Ketua Pu3 Bhg jer org yg dapat berkerjasama ngan dia?
Tak pernah menunjukkan ciri2 kepimpinan masa di Bhg, tiba2 jadi Ketua yg mengutamakan kepentingan sendiri. Pu3 WP SUCKS! PU3 Mesia bawah YB ROSNAH SUCKS! Kalau dulu Noraini lemau, sekrang dah terus BERLAPUK!
Forget it lar, aku join Belia lagi bagus!

Anonymous said...

Tahniah atas kejayaan program ini. Tapi jgn berhenti setakat ini sahaja tau.Ya! Allah tak habis-habis ke nak mengutuk? Jom kita dok sama-sama bincang n buat satu keputusan yang JITU untuk bangkitkan Puteri Wilayah Persekutuan. Sarina berubahlah ke arah ynag lebih baik...jgn asyik nak mengimpit BOSS! Jaga wilayah...banyak aset boleh digunakan. Kenbanyakkan Ketua Puteri Bhgn adalah kpu3 lama cyth Batu, segambut, BTR, seputeh...mesti dia org ada idea yang bernas.Ketua puteri Bahagian boleh bantu if Awak ikhlas. Jangan terlalu sibuk sangat. Program mesti ada.

Anonymous said...

Salam..
Jgn bckp mgikut perasaan..
jgn kt nafikan setiap syp ada sumbngan pd stiap bah..

Nama PUTERI UMNO itu tidak brslh..lbh2 lg PUTERI UMNO BTR!!

Pd yg penulis di atas adakah anda benar2 fhm situasi sbnr dlm P3 BTR..mmg tdk d sangkal ada virus dlm P3 BTR..tp hnya 3 4 org shj yg bermaalah..yg ln2 sbnrnye msh tlalu mentah..hnya mgikut arahan ketua..ada yg berkerja secara jujur dan ikhlas dlm P3 tp ini jarang2 d perhatikan.

Pd P3 BTR dan jg P3 bah yg lain..
turun la ke akar umbi utk memcari masalah yg sbnr..bt atau cari pendekatan yg baru utk bgunkan p3 p3 caw yg dh tido dn ujudkan p3 caw yg msh tdk ujud d caw2..dan klu turun ke caw.

Anonymous said...

hidup ini umpama roda, bila kita di atas, kita lupa org2 dibwh.. kita ingat org pilih kita jd KP sbb kita cantik, kurus,wangi, jelita.. agak2 arr.. setuju dgn anon 'sunday 24 jan".. dulu zauyah ni jugak yg jd pengacau dlm PU3 wilayah, dgn geng2 gemok dia.. dok lanyak org sana,sini.. Tuhan tu maha adil, skrg ni, org lain yg bukak pekong dia sendiri..apa dh jadi? betul arr, dh ler muka x brp nk ada, perangai tu jaga2 arr.. klu dia x sedar2 lg, aku x tau arr nk ckp apa...

JAWARRIORS said...

Sekadar renungan Pembaca Wilayah Kini dan untuk renungan Cik / Puan Anonymous 28 January 2010...
Memang mudah untuk berbicara dan memperkata akan keburukan orang lain tanpa mahu menyelidiki apakah realiti sebenar yang sedang atau telah berlaku dalam senario Politik Melayu masa kini.....Cik/Puan Anonymous.. janganlah begitu emosi apabila berbicara.. jangan pula membuat tuduhan tanpa bukti yang nyata...fitnah jadinya. Di ruangan komen ini pemerhati politik sekadar memberi pandangan..Sekiranya UMNO mahu menang dalam pilihan raya yang ke 13 akan datang. Ianya perlu bermula dari peringkat Cawangan-cawangan , Bahagian- Bahagian bagi memenangi Pilihanraya DUN dan Parlimen. Ahli UMNO perlu bersatu dan jika mahu menang buat cara mahu menang dan jangan ada berpuak puak dalam UMNO. Nanah yang menjadi barah dalam UMNO kini... wujud ketika pertandingan UMNO dahulu dan ianya terus berlanjutan sehingga sekarang. Sekiranya di lihat pada apa yang berlaku sekarang didalam politik UMNO itu sendiri....luka Pemilihan UMNO yang lalu dan kekecewaan dalam pelantikan UMNO masih berdarah lagi. Dalam UMNO masih berpuak puak lagi. "Kiambang berlalu namun akar masih belum bertaut". Agak pahit untuk berterus terang dalam perkara ini , ramai yang tidak mahu bercakap mengenai isu ini dan jika ini tidak di bendung , ianya sama seperti membiarkan anai anai memakan lantai rumah.... namun perlu diluahkan juga kerana adakala yang pahit adalah penawar dan yang manis sebenarnya racun. Yang menang dan yang dilantik tidak dapat diterima lagi oleh penyokong masing -masing kerana masih ada tali barut yang cuba menghapus kan sebilangan puak yang mereka rasakan seharusnya meninggal kan UMNO dan yang sepatutnya mati tidak mati dan sepatutnya hidup mati bertikam dalam pemilihan yang lalu. Ada yang terlalu yakin akan kemenangan pemimpin yang disokong tiba-tiba kalah.Terus terang berani Pemerhati Politik nyatakan di sini , ada lagi pemimpin yang mahukan penyokong mereka terus membunuh lawan mereka dalam pertandingan UMNO yang lalu kerana kekecewaan yang mereka alami setelah bekerja kuat tetapi tewas dalam pertandingan berkenaan. Sehingga ini ada penyokong yang menganggap pemimpin yang mereka sokong sebagai musuh dan mahu membunuh pemimpin ini bagaikan pemimpin ini adalah seorang musuh UMNO. Sememangnya pemilihan UMNO yang lalu begitu kuat tamparan nya sehingga kan UMNO sekarang berpuak puak. Walaupun di luaran nya nampak baik dan ada yang nampak baik hanya kerana segan dengan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tetapi dihati mereka masih menyimpan perasaan dendam. Hakikat ini lah yang menjadi kerungsingan kepada Pemerhati Politik.Terus terang Pemerhati Politik nyatakan bukan sahaja penyokong bawahan yang menghidapi sindrom ini ,malahan ada pemimpin kanan juga yang merupakan Ikon kepada ahli UMNO masih tidak berpuas hati dan jelas membayangkan bahawa pemimpin Ikon ini mahukan ada pemimpin yang berada dalam kabinet dan yang menjadi pemimpin UMNO disingkir secara peribadi kerana perasaan benci masih meluap-luap dalam hati pemimpin ini. Setiap ahli UMNO perlu membersih kan diri mereka dahulu sekiranya mahu melihat UMNO terus menjadi parti yang unggul dan menjadi sebuah parti yang tertua memerintah di dunia ini. Sebenar nya fasa saringan dalam UMNO sudah berlalu. UMNO perlu kembali bersatu menguatkan setiap ruang yang ada...perlu membuang perasaan wasangka sesama sendiri. Terus terang Pemerhati Politik berani menyatakan di sini bahawa UMNO belum teguh dan ampuh atau kental perjuangan membela bangsa Melayu. Seharusnya dalam UMNO tidak perlu ada orang Najib , orang Muhyiddin, Orang KJ , Orang Mukhriz , Orang Rosnah , Orang Shahanim mahupun orang orang yang punyai tuan. Banyak kerja yang perlu dilakukan , banyak perkara yang perlu pemimpin UMNO lakukan. Fikirkan lah....Cari pengertian dari lagu keramat UMNO "BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT"

Anonymous said...

Lemau ke berlapok ke... sebab kita sendiri...(terang lagi nyata orang mcm2 hanglaa Anynomous 28 January)

Mamposla hang ngan ayat2 busuk hang tuh...x kemana pun..dok dlm ni jerrrrrrrrrr...HAAAKKK TUIIII

Nak bagi mati Islam & Melayu, lagi adalaa...