Monday, October 12, 2009

UMNO WP MAHUKAN KERUSI BANDAR TUN RAZAK ? MAJLIS RAYA SYED ABDUL RAHMAN ALHABSHEE GEGARKAN PARLIMEN BTR !

" Semoga Bandar Tun Razak ini kalau ikutnya roh dan semangat Tun Razak itu, jangan lupa bila tiba masanya, kembalikanlah Bandar Tun Razak ini " kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Jamuan Hari Raya 1 Malaysia Bersama Perdana Menteri dan Isteri di perkarangan kawasan perumahan Seri Melaka , Parlimen Bandar Tun Razak Ahad lepas.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshee. Di fahamkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang juga merupakan Timbalan Pengerusi UMNO WP tidak hadir tetapi dihadiri oleh orang kuat Wilayah Persekutuan ketika ini iaitu Setiausahanya Datuk Syed Ali Alhabshee. Turut hadir Pemangku Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak.
Majlis tersebut dikatakan telah mengegarkan Parlimen Bandar Tun Razak kerana lebih daripada 10 ribu orang telah berpusu - pusu hadir menjayakan majlis tersebut sambil bersalaman dengan Perdana Menteri dan isterinya.
Ramai yang hadir dikatakan tergamam dengan pengaruh yang dimiliki oleh Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshee di Parlimen Bandar Tun Razak.
UMNO WP MAHU KERUSI BTR PADA PRU KE 13 ?
Sementara itu, sudah ada cakap - cakap politik bahawa UMNO Wilayah Persekutuan mahukan kerusi Bandar Tun Razak pada PRU yang ke 13 nanti. Parlimen Bandar Tun Razak kini dimiliki oleh MCA. Pada PRU yang ke 12 lepas, penyandang Datuk Seri Tan Chai Ho tewas ditangan Tan Sri Khalid Ibrahim. Di fahamkan, parlimen Bandar Tun Razak majorotinya pengundi melayu iaiatu seramai 55 %. UMNO juga dikatakan menuntut kerusi Parlimen Bandar Tun Razak kerana majoritinya pengundi melayu di sana. Cadangan tersebut dikatakan telah dikemukakan ke pucuk pimpinan tertinggi parti.
SIAPA CALON UMNO KALAU MENJADI ......
Sudah ada pelbagai ramalan dan desus - desus dimana Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshee akan dipilih sebagai calon sekiranya UMNO dapat bertanding di sana. Sebelum ini, ada cerita - cerita politik yang kuat mengatakan Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee akan dipilih sebagai calon UMNO di Bandar Tun Razak sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim letak jawatan sebagai Ahli Parlimen - ekoran dari kes mahkamah dulu. Apakah akan ada kes " lompat kawasan" di Parlimen WP pada PRU yang ke 13 nanti ?
Apapun, mesej PM kepada pengundi ialah - " KEMBALIKAN BANDAR TUN RAZAK ".
(Gambar file , Datuk Seri Najib bersama Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshee )

20 comments:

Anonymous said...

Tahniah Tan Sri Isa,Satu Malaysia sdg memuji bila Tan sri menang,dulu masa kena tindakan disiplin sapa pun tak nak berkawan.

Syed Ali siang-siang lagi tolak dan buat komen Tan Sri Isa tak layak..

Sekarang sudah ada jawapan Siapa yang tak layak?

Anonymous said...

Sedih juga bila kawan-kawan bercakap dikedai kopi bahawa pindaan perlembagaan kali ini,Ketua-ketua cawangan Yg bertugas sebagai Tukang Kebun dah tak sesuai lagi jadi ketua cawangan UMNO dalam zaman satu Malaysia.

Dulu zaman tok nenek,kerja penoreh,pesawah,tok imam,tok bilal dan tok siak ,cik gu-cik gu kelulusan darjah empat , jadi ketua tak siapa yg pertikai.

Bila zaman melambakkan duit sebagai senjata memilih ketua ,nampaknya mereka sudah dilihat kecil dan terpinggir.tetapi kumpulan marhain ini masih ramai yg pegang jawatan .

UMNO kena kembali ke pangkal jalan,jangan menghina,tanggallah tali leher bila masuk ke kebun getah, pakailah kereta yg sesuai bila berkawan dg orang yg hanya bermotosikal,yg lebih dari itu Institusi agama dalam UMNO perlu dimertabatkan.

akhir sekali carilah pemimpin yang tak ada skandal.

kelopaksalak said...

aku setuju benar kalau syed ali datang bertanding di parlimen BTR.

kena sokong dia kerana rukun perjuangan dia amat cantik.....WAHDATUL FULUUS!

Anonymous said...

Seronok juga duk lepak dengar pembahas di mesyuarat UMNO terutamanya Dato Ishak Negeri 9 berucap.

Satu yg disentuh perangai Setiausaha Politik,Seorg yg dipuji cemerlang ialah Dato Suhaimi Supol kpd Syarizat, Supol yg lain kata Dato Ishak berlagak ,besar kepala lebih drp Menteri.

Kepada yg Cemerlang teruskan,kepada yg lain berubah sebelum rebah.

Anonymous said...

Jk tjadi PRK d Perlimen BTR..d hrp akan d br kpd UMNO..Selama 30 tahun menetap d BTR belum ada seorg pn pemimpin UMNO yg membawa PM ke Kaw BTR TETAPI Dato' Syed Abdul Rahman yg hanya memegang jawatan sbagai Ketua UMNO Caw berjaya membawa PM yg Ke6 turun menjejakkan kaki berhari raya bsama rakyat d BTR..TAHNIAH kpd Dato'Syed dan AJK nye yg berjaya mengadakan Majlis Hari Raya 1 Msia dgn penuh gilang gemilang.

Anonymous said...

nak sambung sikit komen dato ishak.

Banyak supol yang berlagak tau tau kaya raya pulak.

en sazali kamilan supol raja nongchik pun dah makin berlagak.

kami pemuda lembah pantai pun mula di tinggalkan.

senyap senyap besok kaya raya kita ajk tak kemana.

semuga RNC tengok tengok sikit pemuda lembah pantai.

penggerak dan jentera untuk lembah pantai

sekian.. ajk yg di tinggalkan

Fansuri said...

Biarlah PM tentukan sapa calon yg layak. Jangan cepat sangat letak nama individu tertentu yg tak tahu agenda peribadinya. Pada fansuri yang penting mesti jadi kerusi UMNO. Perkara ini telah lama diperjuangkan oleh UMNO BTR. Apa pun PM kena tahu pergolakan yg berlaku di UMNO BTR. Permukaannya saja nampak tenang.. tapi di dasarnya bergelora. Hakikatnya mereka belum berubah. Masih lagi ada pe'el yg disebut TPM. Boikot memboikot akan berlaku jika diambil salah seorang pemimpin UMNO BTR sebagai calon. Baik dari peringkat Bahagian mahu pun peringkat cawangan. Jadi untuk selamat memang elok ambik calon luar. Dato Syed Ali ataupun Dato Sharizat...yg penting org WP.
p/s: khabarnya Dato Syed Rahman kalah teruk masa bertanding Tim KB jadi macam mana yg dikatakan popular. keduanya ingatlah kata-kata PM wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan wang. Al-maklum kalau di WP buatlah makan-makan dimana sekali pun berduyun orang akan datang. Tak perlu Najib de PM yg turun Nabil de Raja Lawak sekalipun org berebut nak salam.. fikirkan..
Lagi satu fansuri heranlah tak pernah fansuri tengok org anjurkan majlis untuk anugerah diri sendiri...hmmm fikirlah lagi..

Anonymous said...

Kepada saudara Fansuri, pada saya sesiapa pun diletakkan di kerusi BTR nanti tetap akan saya sokong asalkan beliau adalah seorang Melayu yang datang dari UMNO. Walau apa pun, saya rasa orang2 saperti saudara lah yang menghancurkan bangsa Melayu itu sendiri. Adakah Nabil raja lawak boleh di bandingkan dengan kehadiran Perdana Menteri? Janganlah cepat sangat berkata2 kerana nampaknya raja lawak sebenar disini ialah saudara Fansuri sendiri. Kita sepatutnya berbangga kerana masih ada lagi pengaruh yang datang dari BTR sendiri yg dapat menarik perhatian pada peringkat atas. FIKIRKAN LAH...

Anonymous said...

ha...ha.. betul tu fansuri... saya sokong 100%...

clear water jangan sangka no boya ya...!!!

Fansuri said...

Saudara anonymous diatas, saya bercakap berdasarkan pengamatan saya dlm pergolakan UMNO BTR. Mungkin saudara tak perasan saya ada tulis sebelum ini 'yg penting jd kerusi UMNO' saya penyokong kuat parti walau apa pun terjadi. perbandingan PM dgn Raja Lawak hanyalah simbolik utk beritahu program tu tetap gah. sebabnya kalau ada duit semua jadi. Tapi knapa ya skarang baru Dato Syed Rahman nak murah hati padahal dah tiga penggal jadi ketua cawangan. fikirkanlah. Saya harap saudara bukan antara ketua cawangan atau orang-orang yang ditaja oleh Dato Syed. Sebab orang-orang macam ni lah yang musnahkan parti. sapa bayar lebih orang tu dia ikut.

Anonymous said...

Janganlah saudara atau saudari fansuri cepat nak melenting,ada kah saudara/ri faham benar kemelut umno di btr,beria mencadangkan orang luar dtg ke btr.Apa kurang calon di BTR selain dato Syed Rahman ada calon lain Dato Rahim Baba,Rizalman Mokhtar dan ketua ketua cawangan lain yg telah berkhidmat dlm umno lama.Tetapi kebelakangan ini Dato Syed Rahman muncul kerana dia ada kemampuan dan hubungan baik dgn PM,kekalahan didlm pemilihan lalu bukan kerana kurang sokongan drp ahli umno tetapi masalah dlman umno lihat saja dua tokoh besar dlm umno btr yg digantung Dato Mokhtar Samad kerana politik wang dan Ketua Wanita Salmah Pin kerana SALAH GUNA KUASA dan politik wang.Jadi sebelum memberi apa-apa comment tolong cari bahan2 yg perlu ditulis,sebab ini isue sensitif diBTR.

KHAIRUL said...

Sungguh mudah untuk mencari salah orang.Renung diri sendiri dulu adalah lebih baik.Soal kena tingal tak perlu timbul andai korang mengikut arus.Cukuplah kita ada seorang ketua.Bila ada ketua lain berpuak-puaklah jadinya.Last2 merasa diri ditinggalkan.Sepatutnya beri sokongan dan terus bersama dalam satu pasukan,barulah pemuda lembah pantai kuat.Hakikatnya bukan ketua pemuda tinggalkan korang tapi korang yang buat diri tertinggal.Fikir-fikirlah bro..

Anonymous said...

SATU MALAYSIA MESTI TURUT, pm PILIH JANGAN NAK MELAWAN,ORANG UMNO SUDAH TIDAK BRKUASA,ZAMAN INI SEMUANYA DITENTUKAN OLH PM.

SPT IDRIS JALA SENANG2 DUK ATAS DAPAT JAWATAN BERTARAF MENTERI,TAPI PEJUANG LAMA UMNO APA YANG DAPAT? ZAMAN INI BARU PEGANG JAWATAN KETUA BAHAGIAN PUN MUDAH DAPAT JAWATAN.

tIMBALAN k BAHAGIAN APA KURANGNYA,MEREKA PUN BOLEH DIBERI JAWATAN.

PEMIMPIN KENA BERUBAH,TAK MAHU BRUBAH JUGA,BIARLAH RAKYAT YG UBAHKAN.

PAK JOE said...

Setuju dengan pendapat sdr Khairul ,Marilah sama sama berjuang setelah seluruh perwakilan telah memberi mandat kpd AJK.Kita kuatkan barisan supaya kita dapat merampas kembali kerusi yang telah hilang.Soal Rezeki kita serahkan kepada Allah SWT setelah kita berusaha.

tiryaaq said...

Rasa takut dan seram bila ana membaca blogger-blogger anonymous berceloteh, diserangnya seseorang itu tanpa memikirkan baik-buruknya. Sesak nafas bagi yang dituju.... Lapang dada bagi yang menghentam.....

'Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya' - al-Isra':36

Anonymous said...

Bro Khairul, anonymous Lembah Pantai ni apa yg dia nak? Gua rasa kita dah byk ok ape. Agak-agak sapa malaun ni, kita tau kut. Geng cerita projek nak kaya ni tak ramai. Kita bila Boss ajak minum, tanya khabar dan cerita apa benda Pemuda nak buat itupun dah syiok. Mula sembang pasai urban Melayu lah pulak...

Anonymous said...

Fansuri tu mungkin sakit hati agaknya tak dapat perhatian atau tajaan daripada sesiapa. Cari kerja yg berfaedah lebih baik fansuri. Awak berkokok kat sini mengata orang sini la, orang sana la apa pun tak dapat. Syed Rahman tu ada jugak jasa, ni bukan majlis pertama dia diBTR, dah banyak dan bertahun dah pun. Berckp biar berdasarkan fakta, bukan emosi yer.

ikut suka kau said...

vote for fansuri!!!! kalau ikhlas dalam perjuangan tak perlulah letak dekat banner "dengan tajaan tuuttttttttttt" kalau benar buat atas nama ngo.

entah. aku lemas dgn org yg x pnh tunduk ke bawah. org btr lagi kenal pemimpin mereka.

Anonymous said...

Ya Lah apa kau orang nak bising-bising biarlah keturunan syed-syed dan raja-raja yang memerintah.

lagi pun mereka itu kaya raya.

Anonymous said...

Apa yg dpt kata mengata ne,kita lihat dan tenguk je siapa yg di tunjuk Pm,BTR akan akur siapa saja yg akan jadi wakil rakyatnya nanti,tak payah lah kita nak melatahlatah.....ya......