Sunday, October 4, 2009

" SURAT PALSU " KATA TENGKU ADNAN !

KUALA LUMPUR 4 Okt,
Tiba - tiba kempen pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang menjadi panas pula dengan gara - gara kandungan surat palsu yang dikatakan mengunakkan kepala surat rasmi Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kononya ditandatangani oleh beliau. Namun Tengku Adnan telah menafikanya dan berkata ia telah dipalsukan oleh pihak pembangkang.
Antara kandungan surat tersebut ialah " Pihak Majlis Tertinggi UMNO amat dukacita memaklumkan bahawa calon yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan terpaksa di tolak oleh kerana Presiden parti mahukan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon PRK N31 Bagan Pinang"
Tengku Adnan memberitahu kepada Bernama bahawa surat berunsur fitnah itu kini sudah diedarkan secara meluas disekitar kawasan Bagan Pinang dalam usaha untuk memecah belahkan UMNO yang dilihat begitu utuh di Bagan Pinang. Baca komen penuh Tengku Adnan -BERNAMA - Tengku Adnan Dedah Pengedaran Surat Palsu Guna Nama Beliau .
Sementara itu, Tengku Adnan juga berkata UMNO akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang - undang terhadap pihak yang mengedarkan surat palsu yang bertujuan memecahbelahkan hubungan antara ibu pejabat UMNO, Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan UMNO Bahagian Teluk Kemang khususnya.
" Jangan gunakan cara kotor untuk berkempen... saya ingin menasihatkan mereka supaya kalau nak berkempen, gunakan kaedah yang lebih sihat. Jangan suka memfitnah semata - mata mahu meraih undi untuk sokongan", katanya kepada Mstar hari ini. Sila klik DISINI, untuk baca komenya di Mstar.

5 comments:

Anonymous said...

Tengku nan selalu begitu, dia tidak akan betanggung jawab jika berita mengenai dirinya keluar dan orang tahu.

Tengku nan suka buat kerja lempar batu sembunyi tangan.

Banyak angkara yang dicetuskan dlam organisasi UMNO telah menyusahkan ahli UMNO,Namun pun begitu sifatnya yg tersangat pandai dan berlakon ramai orang tidak akan terasa benda yg diperkotak katik dalam waktu yang terdekat.

Jika ahli UMNO masih ingat mengenai betapa celarunya persidangan UMNO cawangan bila Tengku nan buat arahan yang tidak konsisten?

Jika Ahli UMNO masih ingat Peristiwa Borang 9 di Putrajaya?

Tengku nan suka bermain tipu untuk kemenangan dirinya.

Anonymous said...

Dari awal lagi Tg nan Dan S.Ali sangat tidak menyokong Tan Seri Isa samad sebagai calon, mentahanlagi Pengerusi perhubungan Negeri Sembilan.

Bagi mereka jika Tan Seri ada tempat mereka ini tak boleh duduk senang,kerana Tan Seri Isa mulutnya boleh tahan,dia akan tegur membetulkan perkara yg tak senonoh.Anwar Ibrahim pun tak tahan dengan teguran Tan Seri Isa..( Tanyalah org2 veteren UMNO yg sejati )

Melalui forum ini saya berani meyakinkan pembaca bahawa Tan Seri Isa cukup baik orangnya. Yang tidak baik kepada Tan Seri Isa ini mudah sangat percaya dengan orang..dia selalu menganggap orang lain adalah sepertinya. Dengan sebab itulah dia mudah DIPEKENAkan.

Mula dulu saya juga beranggapan buat apa lagi ORG TUA UMNO ini beriya sangat nak wakili kawasannya.Tetapi bila difikirkan baik2 ada baiknya.untuk Negeri Sembilan .

Kesimpulannya perlulah ada orang TUA yg berfikiran rasional masih tidak nyanyuk untuk membantu negerinya dari tunggang langgang yg ditadbir dari kalangan suku sakat sedara mara.

Didoakan Tan Seri Isa menang dengan majoriti besar..walaupun surat yang diedarkan itu adalah dari pihak yg menafikan...Tan Seri tahu siapa mereka...mereka jugalah yang memPEKENAKAN Tan Seri semasa bertanding Naib Presiden.

Tan Seri orang yang bersabar InsyaAllah Allah akan membantu..

Anonymous said...

D.S.Ali memang terkenal dengan putar alam 360 darjah = goyang gerudi inul!!!!
kesian ahli-ahli umno cheras yang buta mata hati dan buta kayu!!!!
kerana wang ringgit yang S.Ali tabuq sejak jadi ketua bahagian, maruah sanggup digadaikan terutama skali AMRAN MAMAT!!!

Anonymous said...

Budak Amran kaki cucuk yg pandai curi kesempatan tu ka?

Anonymous said...

PM da patut lama sedar yg org mcm kunan ini lah yg mmecah belahkan umno tu sendiri.. n lately ni mcm2 nak cover balik apa yg dia da buat slama ni.Jgn terlalu mmandang punca dr org bwh aje sbaliknyer diri sendiri yg myalah gunakan kuasa.... aku xputus asa utk mlihat kejatuhan kunan yg selama ini sentiasa mnjatuhkan org lain yg bnar2 setia dgn parti keramat(UMNO)