Tiga wakil daripada UMNO di Kuala Lumpur telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL kali ini - dimana dua Ketua Bahagian baru telah mendapat mandat tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Seputeh Mustapha Kamal dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL hari ini. Beliau menerima surat perlantikanya dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik pagi tadi. Mustapha menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Seputeh setelah menewaskan penyandangnya Datuk Hisham pada pemilihan yang lepas.
Perlantikan beliau sebagai , Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang baru difahamkan melalui kuota yang diperuntukkan kepada UMNO. Beliau yang dikatakan begitu akrab dengan Raja Nong Chik kini dilihat akan memainkan peranan yang penting untuk warga UMNO di Kuala Lumpur dalam menangani permasalahan yang timbul khususnya melibatkan DBKL. Kita tunggu dan lihat .....! Sementara itu, Pemuda UMNO Seputeh mengucapkan tahnniah diatas perlantikan bos mereka- Klik DISINI
Ketua UMNO Batu Yahya Mat Ghani @ Abas turut dilantik sebagai Penasihat DBKL. Abas yang turut menewaskan penyandang Ketua Bahagian Batu Datuk Yusuff Hamid dalam saingan yang penuh dengan pelbagai kontroversi.
Perlantikan beliau sebagai , Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang baru difahamkan melalui kuota yang diperuntukkan kepada UMNO. Beliau yang dikatakan begitu akrab dengan Raja Nong Chik kini dilihat akan memainkan peranan yang penting untuk warga UMNO di Kuala Lumpur dalam menangani permasalahan yang timbul khususnya melibatkan DBKL. Kita tunggu dan lihat .....! Sementara itu, Pemuda UMNO Seputeh mengucapkan tahnniah diatas perlantikan bos mereka- Klik DISINI
Ketua UMNO Batu Yahya Mat Ghani @ Abas turut dilantik sebagai Penasihat DBKL. Abas yang turut menewaskan penyandang Ketua Bahagian Batu Datuk Yusuff Hamid dalam saingan yang penuh dengan pelbagai kontroversi.
Turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL ialah , Ketua Wanita UMNO Lembah Pantai Datuk Sharifah Aminah.
Perlantikan Abas dan Mustapha dilihat sebagai satu episod menarik dalam perkembangan UMNO Wilayah Persekutuan.
Selain Abas, dua lagi Ketua Bahagian dari Batu iaitu - Ketua MIC Bahagian Batu Ramanathan dan Ketua Bahagian Gerakan Batu - Lim Si Pin yang tewas pada PRU yang ke 12 lalu turut dilantik ke jawatan tersebut. Ini bermakna, Batu bakal diwakili tiga orang kuat dari komponen BN.
27 comments:
REKOD MESYUARAT BHG PALING PANJANG
DAN
REKOD TIDAK HADIR MESYUARAT PALING PANJANG
Dengan ini ingin diumumkan Ketua bahagian UMNO yang paling lama telah Mengadakan mesyuarat peringkat Bahagian mengambil masa selama 18 Jam DAN memegang rekod tidak hadir dalan mesyuarat perhubungan negeri, Telah jatuh kepada Wilayah Persekutuan Pemenangnya ialah YB Dato' Syed AlHabsyi Hadramaut memegang rekod tidak hadir 2 Tahun 11 Bulan.
Tahniah kepimpinan melalui teladan....
Kenapa tak lantik wakil dari Pemuda UMNO WP ? Kami amat kecewa .
Perlantikan ini macam tak ada umphh aja. Ini macam nak kukuhkan kedudukan RNC aja.
Kenapa tidak lantik orang lain atau Ketua Bahagian lain yang senior ataupun pemimpin tanpa status Ketua Bahagian?
Raja Nong Chik macam dah hilang kawalan. Kawasan Seputeh sepatutnya diberi peluang kepada MCA. Batu pulak ada tiga orang. Apa nak jadi ni ?
Perlantikan kartun.
Kenapa hanya ada satu india aja ? PPP apa jadi ?
Ada juga yang kecewa ye. Agak2 siapa yang lebih layak? Kalau batu 3 org. Kenapa? Seputeh kasi kat UMNO kenapa. Itu lah..Menteri dah semakin dekat dengan rakyat.Penyokong bn masih dok bergaduh lagi.
Bercelaru ,Perlantikkan ALP DBKL buat macam harta mak bapak,pakat berbedak adik beradik.
dah lah pasar borong depa pulon utk kawan-kawan, Bazar malam utk suku sakat..apa dah nak jadi.
Ketua Pemuda UMNO Wilayah langsung tak dapat tempat...nampak sangat DRNC berfikiran kelabu dan suka menimbulkan ketegangan.
ujian utk Datuk Bandar. sekamat bersilat.
Memang susah nak buat lantikan yang jumlahnya terhad begini. Lantik A dan B, org tanya kenapa tak lantik C dan D. Lantik Wanita, org tanya kenapa tak lantik Pemuda atau Puteri pulak. Kalau lah dia lantik pemuda pulak, org komplen lah Datuk RNC dahlah setpol guna Pemuda ni nak bagi Pemuda lagi, belakangkan Wanita. Ada pulak yg komen kenapa satu India. Habis kalau lantik 2 india org marah pulak kenapa sampai 2 india? Macam mana nak buat kerja macam ni?
Kita bagi la peluang pada mereka untuk berkhitmat pula.Soal RNC nak pilih siapa pun memang beliau berhak.Beliau lebih tahu siapa yang layak..Bagi yang lama biar mereka berehat.Bagi yang baru pula tunjukkan kemampuan.Pelantikan Bro Mus aku setuju.Kenapa perlu bagi MCA.Sekurang-kurangnya nasib ahli-ahli Umno kat Seputih terbela.
Sharifah Aminah pula beliau senior dalam wanita di Wilayah jadi tak salah untuk letak beliau disitu.
Pemuda tak perlu kecewa.Kan kita dah ada wakil di Kementerian Wilayah iaitu Sdr M Sazali Kamilan sebagai SU Politik Menteri.Walau pun beliau KP Lembah Pantai tp beliau juga adalah Pen Bendahari Pemuda Wilayah.Jd secara automatiknya beliau mewakili Pemuda Wilayah.
dolu2 syed ali dok pukul ketua wanita- datuk faridah soh letak jawatan....
habis 1 malaya kecoh dan huru-hara dibueknyo!!!! pastu maafkan dtk faridah n bagi final chance...
agak2 klu dtk faridah x lepas jawatan, syed ali alk***l nak serang lg x?
wat malu jawatan setiausaha umno negeri jer!!!!!
Tajuk ini tak ada kena mengena dengan Syed Ali ini pasal perlantikan ALP DBKL tak faham ke
kenapa sakit hati dengan Syed Ali
Tak baik dia tu manusia biasa bukannya malaikat mesti ada salah dan silap....hari ini mungin dia silap dan mungkin dia akan berubah
diatas kesilapannya....Tanyalah pada diri anda apa yang terbaik yang anda lakukan untuk Islam dan Orang Melayu..jika tidak berdiam diri lebih baik dari menambahkan dosa dunia hampir kiamat..
Sazali kamilan jaga Nong Chik.kami nak Wakil pemuda yang jaga orang Wilayah..ada faham?
Jangan nak pertikaikan perlantikakan ini,Ini adalah hak Menteri,Jika asyik nak pertikai saja bila nak buat kerja.
DRNC cukup pakar dalam urusan Wilayah,Beliau tidak boleh buat keputusan yang silap,Perlantikkan ini adalah tepat pada telitian Menteri Wilayah,Perlantikkan ini juga adalah urusan dan strategi untuk memenangkan pilihanraya 13 untuk menawan kembali Wilayah Persekutuan.
Rakyat jangan pertikai hasrat dan trend pentadbiran zaman satu malaysia.Kita mesti terima mereka kerana Menteri Wilayah suka mereka,
Jika kita asyik tidak suka dg apa yg pemimpin suka, ini bermaana kita tidak satu Malaysia.Satu Malaysia mesti akur dg apa kemahuan pemimpin.
komen komen.... tak habis habis
buat pemuda tu jgn tamak.. bro sazali dah jadi setpol banyak dah pemuda dpt projek. apa lagi korang nak?????.. bagi bagi kat wanita la pulak.. kau satu aku satu la kata p ramlee.
senior senior yang tak dpt jawatan
n tu anggap boleh pencen dan tolong la umno wilayah.. betul tak?
ORANG YANGA KATA DIA TAHU APA YANG DIA KATA
Banyak benda Koi jumpa. Penyelwengan, pilih kasih, kroni, nepotisme dalam pentadbiran Raja Nong Chik ketika ini.
Kepada penjenguk blog ini. Harap bersabar.Setakat ni, Koi labelkan Raja Nong Chik tidak layak jadi pemimpin besar dlm WP. Raja Nong Chik layak jadi tukang bancuh teh dan gosok baju kepada Rosmah dan Najib shj.Kenapa Koi cakap macam ni..tunggu episod ni..Rakyat WP dah semakin menyampah dan bosan dgn karenah pemimpin WP, Wallah hualam
Salam,
Seronok membaca komen2 disini, ada yang menghentam, ada yang menyokong malah ada yang terasa hati.
Tetapi tidak ada yang memberikan cadangan bagaimana ALP Dbkl ini boleh membantu WP didalam membangunkan WP ke taraf Dunia, Seperti objektif DBKL.
Soal siapa dilantik atau tidak, seharusnya tidak timbul kerana kita tidak boleh memuaskan semua hati, yang penting kita boleh bergerak kearah penyatuan UMNO/BN di WP dan juga pastikan semua isu DBKL diselesaikan dengan hemah dan Warga Kota hidup selesa, dan ini akan terjemahkan undi untuk merampas beberapa parlimen di WP.
Suka saya membaca tulisan kadir jasin yang menyentuh cerita keselesaan rakyat.
http://kadirjasin.blogspot.com/2009/10/cara-mudah-kpikan-pembesar-kita.html
Selamat memberi komen.
** Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Izinkan saya tumpang sekaki,
Suka baca tulisan penulis-penulis ternama,silakan..ini bukan pasal pendapat atau pandangan, ini soal kita tahu.
Zaman Satu Malaysia difahamkan nak cari yg terbagus dari yg bagus.Tujuannya nak elak dari Rebah dan bala,Kalaulah nak dilondeh Soal peribadi Dato Abbas dan Mus tak tertulis diruang ini.
Yang nak dikongsi disini ialah Pemimpin DRNC mesti cermat memilih mereka yang benar2 bersih,dan rakyat boleh percaya. Kita bercakap disini kerana tidak mahu dibelakang hari orang berkata dulu kenapa tak bagi tahu!
lagi pun DRNC sempena 100 hari berkata "I like dealing with the rakyat but not the politcs". maka sebagai rakyatlah kesempatan saya tumpang sekaki diforum ini.
Oleh kerana di Malaysia belum lagi ada kempen membersih diri secara berdebat sebelum menjadi pemimpin seperti Ala di Amerika. Maka proses rakyat menegur kemungkaran kepada mereka yg mempunyai rekod yg tidak baik SETELAH tiba-tiba nama naik menjadi pemimpin , dilihat sebeginilah forumnya.
Amalan dinegara kita menegur setelah berlaku.Pembaca jangan marah kpd saya ini adalah amalan negara kita.
Mereka ini mempunyai Syarikat Kontraktor dan berbagai lagi yang sewaktunya dengannya..HATI-HATI mereka ini selalu berkata PELUANG HANYA SEKALI.
Mereka ini jangan ditegur depan-depan,Pemikiran mereka sangat singkat,silap-silap tangan naiknya,mereka ini mempunyai hubungan yg cukup rapat sehingga TOKE SATU MALAYSIA.
nak tanya sikit perlantikkan ahli lembaga pengarah DBKL wajibkah dari Bahagian Batu...Sejak Yusuf Hamid sampai sekarang.........
lim si pin darpd Gerakan Bahagian Batu telh ditolak oleh rakyat parlimen Batu....
HHHMMMMMM!!!!!! tak nmpak lagi ke signal tu???
kata "RAKYAT DIDAHULUKAN... RUPANYE POKET KRONI DIUTAMAKAN"....
payah ckp ngan org tak paham dan waras. komplen no 1 tp apa yg hang dah buat...
pemuda kena sedaq diri yg hangpa tu sayap bukan bahagian. blajaq2 la bejasa dulu.
ketua pemuda wilayah ada... dia la kena jaga pemuda. malu sgt nie, structur organisasi pun taktau....blajar sikit bro.
sedara KOI bawa beristiqfar dan mengucap. tindakan macam org tak beriman je.
Salam untuk KOI. kalau berani bukak la ruang untuk bagi komen kat blog koi.
TERNYATA MACAM TAKDAK TELOQ jeeeee.
Salam untuk KOI. kalau berani bukak la ruang untuk bagi komen kat blog koi.
TERNYATA MACAM TAKDAK TELOQ jeeeee.
Bro KOI, very curious... Whuzz make u damm mad with Dato Raja?
udah-udahlah KOI, cuba-cubalah belajar utk sayang pemimpin.
berilah ruang pada pak menteri ini. takanlah pak najib memilih org yg tak berakal utk diletak di situ.
jgn terlalu bernostalgia, kemungkinan inilah yg merangsangkan kejumudan minda kita.
merdekakan fikiran kita ............
Post a Comment