Thursday, October 8, 2009

" KENAPA SAMPAI TIGA WAKIL DARI PARLIMEN BATU ? "

Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat DBKL dipertikaikan ! Kenapa sampai tiga orang dari Parlimen yang sama perlu di lantik ? Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang baru menyaksikan tiga Ketua Bahagian dari Parlimen Batu di lantik ke jawatan tersebut iaitu Ketua UMNO Bahagian Batu Yahya Mat Ghani, Ketua MIC Batu Ramanathan dan Ketua Parti Gerakan Bahagian Batu Lim Si Pin.
Sepatutnya perlu ada wakil - wakil daripada 11 parlimen di Kuala Lumpur. Nampak sangat perlantikan kali ini dipengaruhi unsur - unsur politik.
Ada yang cadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan sepatutnya melantik wakil - wakil di kalangan profesional, wakil persatuan pengguna dan juga wakil - wakil dari NGO supaya nasib rakyat lebih terjamin.
Perlantikan tiga pemimpin dari Parlimen Batu sesuatu yang " luar biasa".
PPP WP Wilayah Persekutuan kecewa kerana masih tidak diberikan peluang walaupun sudah 15 tahun berjuang - melobi untuk jawatan tersebut. Sila klik DISINI, untuk baca reaksi PPP WP.
Sila klik -Mixed reactions to list , untuk baca komen - komen yang diberikan oleh pemimpin masyarakat mengenai perlantikan tersebut di Akhbar Star hari ini.
Sementara itu, ada cakap - cakap di kalangan ahli - ahli UMNO kenapa wakil Pemuda dipinggirkan sedangkan ada ramai pemimpin Pemuda UMNO yang berwibawa di Wilayah Persekutuan ? Sepatutnya Pemuda WP diberikan peluang kali ini kata mereka.
Perlantikan Ketua Wanita Lembah Pantai Datuk Sharifah Aminah dikatakan menggantikan tempat Ketua Wanita Bukit Bintang Marriany Mohammad Yit.
" Kenapa pula wakil dari Lembah Pantai yang perlu diutamakan sedangkan kita ada Menteri dari Lembah Pantai dan Setpolnya juga dari Lembah Pantai " , kata seorang pembaca dalam emelnya ke Wilayahkini. Namun ada yang kata, ia adalah hak mutlak Menteri Wilayah Persekutuan untuk melantik sesiapa sahaja yang difikirkanya.
Sementara itu , DAP dan PKR dijangka akan melantik dua wakilnya melalui dua kouta yang diperuntukkan kepada negeri Selangor kata Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai. Sila klik DISINI , untuk baca berita tersebut.
( Gambar : Yahya dan Lim Si Pin, Chandrakumanan dan graf dari Akhbar Star )

14 comments:

Anonymous said...

PPP Wilayah jangan ambil kesempatan,Buktikan kerja yang cemerlang.

Tak payah cerita banyak-banyak orang tahu siapa kita!

kasih UMNO said...

MENTERI LEMBAH PANTAI BERKUASA KATA KANN....BEKERJA UNTUK RAKYAT BUKAN BEKERJA UNTUK KRONI...
NILAH UMNO PERJUANG UNTUK KRONI ...
MCM MANA NAK MENANGI HATI RAKYAT KALAU MENTERI PUN TAK TAU BERFIKIR.... BUKAN UMNO YG PERLU BERBAH.. TAPI PEMIMPIN YANG PERLU DIUBAH..BARULAH UMNO BERSATU TEGUH...

Anonymous said...

Menteri Wilayah persekutuan,cakap tak serupa bikin,seperti junjung mendapat kadok.

Ucapan masa majlis jual rumah dekat Kerinci sungguh menyakitkan hati,Jangan ingat kami penduduk PPR boleh di bodoh,Kami di Panggil Dewan Bandaraya dah dekat 2 Tahun, berbincang urusan jual rumah PPR. Masa itu YB Dato Zulhasnan jadi Menteri Wilayah.Boleh kata setiap kali ada mesyuarat Dato Zulhasnan jemput kami untuk mendapatkan pandangan kami.Ini bermaana seluruh NGO Di Wilayah DBKL Tak lupa kami.

Menteri Wilayah yang baru kata dalam masa 6 bulan bertungkus lumus ushanya selesai? Munasabahkah Menteri ini,hilang akalkah menteri ini?

Datuk Raja renung-renunglah diri,Dulu kereta kena sepak,Ahli Lembaga DBKL kau lantik suku sakat,ahli masjid kau lantik main sedap sampai kami bermasam muka sesama sendiri,kami bagi pandangan Kau sorang saja yg betul langsung tak mahu dengar.

Kami ketua-ketua cawangan yg kau tak suka ,pandang sebelah mata pun kau tak nak, apa nak jadi.

Inikah Pemimpin yang cakap nak menyatukan orang di Wilayah? Kaulah pemimpin yg bertanggungjawab pecah belahkan masyarakat Wilayah.

kau kena bertanggungjawab diatas semua ini..

aboudiabydoo said...

Kenapa semua dlm BN terutama UMNO sibuk sangat dgn jawatan? Kerja sajalah, semua tu bukankah geng sendiri? Bukannya apa pun dpt jadi penasihat DBKL ni, tak ada kuasa apapun. Apa bezanya Batu ke, Kepong ke, Segambut ke, Wangsa Maju ke, hapa ke? Semua ni org KL jugak, dan bukannya masing-masing tak tahu masalah di semua kawasan. Apa yg kecoh sangat ni, saja nak menyusahkan UMNO Wilayah la ni.

Anonymous said...

Semua mengaku pejuang bangsa dan agama,tetapi sebenarnya pejuang perut sendiri.Keutamaan kepada kroni yang kaki bodek.Nampak terang lagi bersuluh kenapa tidak dilantik daripada bahagian lain terutama BTR.tidak ada satu jawatan pun drp BTR,kenapa ada tak layak ke,Lihat semalam PM sanggup turun Ke BTR atas jemputan dan keperihatian seorang ketua cawangan yg tidak ada jawatan dlm bahagian.Jadi benar UMNO memang tidak revelvan lagi kerana PEMIMPINNYA.

Anonymous said...

Soal jawatan jangan nak pertikai,Jawatan semua orang nak ,UMNO , PAS ,DAP ke semua nak, Persoalannya Wilayah Persekutuan ada 13 Bahagian? tak kanlah bahagian lain tak ada yang boleh dan layak dilantik.Oleh kerana atas nama UMNO atas kuasa Menteri Wilayah Persekutuan longgok /lantik tiga empat orang dalam satu bahagian tak perlu pertikai? Dalam sejarah UMNO WP zaman Menteri Nong Chik saja yg tak heran perasaan kawan-kawan di bahagian lain dlm wilayah persekutuan.

Bila perlantikkan menjadi celaru Apa pulak nak bangkitkan soal orang UMNO/BN nak jawatan ,gila jawatan? tidak dinafikan org yg sebahagian ini dlm UMNO memang gila jawatan.Menghalalkan semua cara,asalkan menawan bahagian utk dapatkan jawatan.

Yang celarukan disini Menteri Wilayah Persekutuan! Dengan orang Parti Pembangkang dia nak bergaduh sampai ajak masuk jamban! Bini dia pun sama asyik org bawah buat silap sikit mudah marah-marah, jenis benggeng kata org.

Nong Chik ini Dengan orang UMNO dia ujudkan ketegangan,org2nya dari Lembah Pantai beratus gerai bazar ramadan di perbedakkan,Bahagian lain bagaimana?bila org ramai tahu bedakkan ini DBKL disalahkannya...tak salah bila sdg berkuasa masa inilah nak bantu kawasan sendiri, tetapi berpadalah..

Apa haprak sangat kami di Cheras/BTR, macamana kami nak tawan Cheras/BTR wakil pun tak ada dalam ALP.Jangan pertikai apa kuasa ALP DBKL? pernah satu ketika dulu Pegawai DBKL kena tukar serta merta kerana komplen dari ALP.itu satu drpd contoh..kuasa mereka,jangan main-main.!

Wakil ttwangsa,Setiawangsa,Bandar Tun Razak, Segambut tak layak kah?Menteri Wilayah Persekutuan selalu berpikir cara kampung,Tak kanlah Lembah Pantai saje yg layak dilantik,apa hebatnya Bahagian Batu,Apa sumbangan terbaik mereka kepada Wilayah Persekutuan sebelum ini?Zaman Dato Leman,Tengku Nan ,Dato Zulhasnan tak timbul pun masalah..mereka melantik yg benar2 layak dan bersih !

Satu Malaysia rakyat yg benar2 bersih diutamakan,Abas macamana dia boleh menang jadi Ketua Bahagian?Bukan macam MCA semua ahli yg menyokong atau menentang datang dan berbahas,Inilah dia cara Pertubuhan dan Gerakan berparti semua orang boleh selesaikan satu isu besar dalam satu masa dan dalam satu tempat,demi pertubuhannya.

Abas dia dengan kumpulannya saja yg datang mesyuarat,lepas tu guna tektik ,lawan tak datang dan Abas diistihar menang percuma, yg istihar dia menang penyokong dia sendiri,bukannya wakil yg bebas dari kumpulannya .orang Di BAtu pun selalu mengeluh dengan perangai org UMNO seperti Abas.

Mustapha Seputih lain pulak perangainya ,fulus utk pancing undi jangan kiralah dia ni tak akan kedekut buat pelaburan, dilaburnya dari sebelum hingga sampai ke Msyuarat Bahagian, berpuluh kali rombongan kesana kemari,Tapi Mus ni agak profesioanal dia guna nama Jab Penerangan buat aktibiti bagi menghalal cara.

Mereka berdua sudah melabur begitu banyak,rekod mereka sungguh tak bersih. ini bukan fitnah.Beware!!!

Anonymous said...

Assalamulaikum...kenapalah selalu sangat menyalahkan orang..bila menteri buat sesuatu untuk kebaikan pun tak betul..cubalah beri sokongan.. berfikir cara positif...takan DRNC nak cakap diluar masa menjawat jawatan..kalau usaha ini tidak diterus atau tidak dilaksanakan takan boleh jadi..patut-patut bersyukurlah...walaubagaimanapun saya nak ucapkan jutaan terima kasih la kp zulhasnan yg telah memulakan usaha ini...mungkin ungkapan ini memuaskan hati anda..sama-sama lah kita bersyukur kerana pak menteri kita tahu akan tanggungjawabnya..terima kasih..teruskan usaha murni mu DRNC.

Anonymous said...

Kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

nak tumpang tanya? Peruntukkan 20 juta naik taraf Pudu Raya untuk apa, yang kami terseksa ialah diatas jalan raya.keadaan jam tidak berubah malah bertambah teruk, apa dah jadi?

Yang jem jalan raya,yang indah pudu raya,yang kroni kaya raya...tunggu pilihanraya,itu saja kuasa yg aku ada..

Anonymous said...

Satu lagi episod Drpd Orang Nong Chik yang selalu celaru dan suka sakitkan hati.

Saya tulis ini kerana dlm perjalanan balik semua orang dalam bas marah dan pertikai cara Nong Chih berucap,Saya tanya kenapa kau org marah sangat? dah dapat beli rumah kau orang tak bersyukur ke?

"Bukan soal tak t.kasih atau tak brsyukur,janganlah Menteri Wilayah berucap macam budak sekolah,menjerit nak cerita dekat kami macam dia tu terhebat sangat, hanya dalam beberapa bulan semuanya boleh selesai,ucapan macam org bodoh yg syok sendiri sdgkan kami tahu perjalanan ceritanya,"itu jawapan mereka !

Yang tiba-tiba libatkan nama Dato Zulhasnan kenapa? perli-perli ucap t.kasih kpdnya kenapa? apa kaitan kami dengan Zulhasnan.Pengalaman yg kami diberi peluang utk berkongsi idea dg beliau itu sahaja yag kami sebutkan.

jaga budipekerti jika mahu disanjung dan dihormati.

Anonymous said...

dah buleh pakai gheta syukur la sebab kat pudu lebih ramai yg naik bas... 1 bas 35org... 1 gheta sorg.
takpala yg mustapha peghabih pun kat org melayu. dah tak mampu bejalan ada org tolong bawak bejalan Alhamdulillahla.
kalau dah DRNC tak pandang letak jela jawatan bagi kat org lain yg nak buat gheja tp tak ungkit ganjaran. dah tua dok umah gi surau atau masjidlaaa.

Anonymous said...

dah buleh pakai gheta syukur la sebab kat pudu lebih ramai yg naik bas... 1 bas 35org... 1 gheta sorg.
takpala yg mustapha peghabih pun kat org melayu. dah tak mampu bejalan ada org tolong bawak bejalan Alhamdulillahla.
kalau dah DRNC tak pandang letak jela jawatan bagi kat org lain yg nak buat gheja tp tak ungkit ganjaran. dah tua dok umah gi surau atau masjidlaaa.

KHAIRUL said...

Mana bukti RNC bagi tapak bazar ramadhan kat orang lembah pantai banyak.bole dikira.tu pun yang memang tiap2 tahun dapan n memang meniaga kat c2 dah lama setiap kali ramadhan.Soal perlantikan,berilah RNC peluang untuk lantik siapa yang beliau rasa layak.Dan ia untuk memudahkan beliau berkerja dengan orang yang beliau lantik.Menteri yang dulu pun beliau mesti lantik orang yang bole bekerja dengan beliau.Perkara mudah pun tak bole nak fikir ke.

Anonymous said...

Hinanya orang Seputeh,terutama orang UMNO digambarkan tak mampu berjalan makan angin,hingga nasib baik ada Mustapha.......

TEAM 36 said...

Menteri Wilayah nie ada tali kat hidung ikut jer kemana nak ditarik. keputusan pun bukan dibuat atas persetujuan ramai tapi disebabkan tengkolok sendiri itu jer.. menteri dapur biasalah.. kalau didedahkan sape yang tarik tali kat hidung menteri wilyah semua org tahu sendiri mau ingatlah.. sahabat baik menteri wilayah belum lagi L.A projek keluar dah minta 10% apa ke jadahnya.. menjahanamkan bisnes org melayu.. berdirilah atas kaki sendiri nong chik dan ingat awak tue lantikan jer.. itu baru kena sepak pintu kereta jangan pecah muka pulak lepas nie.