Thursday, October 29, 2009

INSIDEN TUMBUK MENUMBUK- DI MESYUARAT PEMUDA UMNO TITIWANGSA MACAM FILEM "BRUCE LEE" ?

EKSKLUSIF @ Wilayahkini
KUALA LUMPUR 29 Okt,
Aduhh, selepas berita lontaran "sms" yang melibatkan pemimpin utama UMNO di WP mengamatkan suasana politik di Wilayah Persekutuan baru - baru, kini Wilayahkini dapat satu lagi berita yang panas, tapi kali ini insiden tumbuk - menumbuk macam filem "Bruce Lee". Wilayahkini dengar berlaku pergaduhan di mesyuarat khas Pemuda UMNO Tiitiwangsa pada 23 Oktober lepas yangmelibatkan Ketua Pemudanya Idham Yasser Suleiman dan Naib Ketua Pemudanya Nazir Hussin. Di fahamkan Idham Yasser yang juga anak kepada Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad dan Nazir Hussin yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat laporan polis berikutan insiden tersebut.
Wilayahkini dengar Nazir Hussin dikatakan telah ditumbuk oleh Idham Yasser Suleiman ketika mesyuarat khas sedang berjalan dan di saksikan oleh barisan AJK Pemuda UMNO Titiwangsa. Namun, Wilayahkini tidak dapat pastikan apa yang sebenarnya telah berlaku kerana macam - macam yang kami dengar ?
Wilayahkini juga difahamkan Nazir Hussin telah dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin UMNO semalam.Apa yang sebenarnya berlaku ? Kenapa sampai nak bertumbuk pulak ? Sementara itu, Datuk Seri Suleiman yang di ibaratkan sebagai Ironman UMNO Wilayah Persekutuan pula pening dengan insiden tersebut ?
Apa nak jadi ? Wilayahkini akan cuba mendapatkan cerita yang sebenar disebalik insiden tersebut kerana kita tidak mahu faktanya dimanipulasikan oleh pihak - pihak yang tertentu. Mungkin, ahli - ahli Pemuda dari Titiwangsa dapat hantar komen mereka. Wilayahkini akan menyiarkan komen anda termasuk dari Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda.

37 comments:

Anonymous said...

salam semua, biar la mereka selesaikan masalah mereka berdua, jgn kita2 org luar nak jadi batu api (ronson), saya percaya mereka boleh berdamai dgn baik.. peluk arab selesai la tu.. ini la salah satu cabaran n dugaan sebagai pemimpin pemuda metropolitan.. salam

Anonymous said...

Keputusan mesyuarat bersetuju menyatakan "no komen" ...

Anonymous said...

BANGANG!NAK JADI PEMIMPIN PI BERTUMBUK SAMA SENDIRI....BUAT MALU...DUA2 PI CAMPAK KE LAUT LAGI BAGUI,KERJA MENYUSAHKAN UMNO JERR...nampak sgt gaduh nk dpt projekkk...wei umno x perlu kan pemimpin pemuda mcm hangpa! Kalu perangai huduh sila letak jwtn menatang

*aku pencinta umno

Anonymous said...

apa nak jadi ? harap masalah peribadi mereka berdua diselesaikan diluar rangka pemuda umno. jgn babitkan instituisi pemuda!

Anonymous said...

Yang Si Nazir tu, bantai bukan2 kat Idham dalam facebook nya apasal. Tak melambangkan dia tu EXCO Pusat. Sampaikan Tg Azman KP Bkt Bintang yang nasihat dia pun, dia tala semacam. Ni mcm si nazir nampak gayanya tak layak jadi pemimpin !!!! Nampak aje alim, tapi hati kotor !!!!!!

agypt said...

apa kat kalau respon yg guna anonymous kita takyah siar.. biar telus.

Anonymous said...

Tidak melambangkan Exco Pemuda Umno Malaysia lain yg disuruh lain yg dibuat malu malu malu

Anonymous said...

macam ni ke kualiti yg ada kat Titiwangsa, sungguh memalukan. satu dok bantai peribadi org kat FB satu hallah yg lagi sorang lagak sebagai ganster tak boleh kawal perasaan mcmni ke yg di banggakan oleh pemuda UMNO titiwangsa buat malu je dgn UMNO.

Anonymous said...

Pemuda UMNO Titiwangsa sanggup buat mesuarat khas utk menghukum exco pemuda Msia tapi takde pulak mesyuarat macamana nak membantu pemuda2 di titiwangsa. lepas ni pilihanraya Titiwangsa pasti akan menang bertumbuk awas parti pembangkang bersiap sedialah utk di belasah....

Singh Is Kinng said...

Itulah masalah kalau korang berketuakan si Khairy, menantu si Dollah Badawi. Huru hara sana sini, dari cawangan sampailah ke bahagian.

Baik korang ikut serta kempen aku:

KJ JATUH UMNO KUKUH,
KJ BELAH UMNO GAGAH.

Anonymous said...

mungkin itu budaya di titiwangsa kerana budaya samseng dan gangster dilakukan juga oleh ketuanya

wilayahpress.blogspot.com said...

silaya layari www.wilayahpress.blogspot.com untuk berkongsi idea.
salam ikhlas.

Anonymous said...

Lepas ni pemilihan jawatan eloklah di adakan di gelanggang gusti..tak payah lagi nak melobi kesana dan kesini.jimat belanja.!!
Masing masing nak jadi jaguh..saya pasti tentu ramai penonton yg nak betting siapa menang. Nak kata bebudak dah jadi bapak budak..maka fikirlah dalam dalam.UMNO tak perlukan orang macam ini untuk maju dan kuat tetapi perlukan orang orang yang tajam pemikirannya serta waras dalam setiap tindakan.

Anonymous said...

Menjadi pemimpin kena banyak bersabar,Pertikaman lidah ,tidak sependapat ,buah fikiran ditolak mentah2 ,bercakap sorang-sorang tak tahu hujung pangkal, cakap panjang berjela orang tak faham, didalam mesyuarat adalah perkara biasa.

Tafsiran bila membaca tajuk Wilayahkini ini insiden tumbuk menumbuk bermaana masing-masing sudah bersedia untuk bertumbuk.

Tafsiran kedua bapa borek anak rintik.

tafsiran ketiga Ketua Pemuda tak layak dipanggil Ketua pemuda mewakili parti UMNO TETAPI boleh dipanggil Ketua kepada pemuda-pemuda kaki samseng.

Cawangan Bunian said...

Salam...

Jangan kecoh2 bro, diorang mesti kuat, biasa la orang BUNIAN mmg banyak kat sini...

Anonymous said...

Singh is king,ko cakap jer lebih.Klau anak jantan tunjuk identity sebenar. Next term lawan YB KJ. Ko ckp blakang boleh la.

Anonymous said...

salam... apo koni e jang.... kuek sgt ko sampai nk bertumbuk bagai, ekau tumbuk sesamo sendiri buek apo.. ko pi la tumbuk pembangkang yg dok ada kek titiwangsa tu baru la pemudo berani berubah... sapo nama eh KP titiwangso tu boboi ko namonyo, camno ko nk settle masaelah ni.ese denga program pun takdo asyik tumpang program org yo apo crito.Nazir plak hang dh duk exco malaysia tu udah le... yg ko p bantau lai buek apo,lu buat yo kojo sampai maso sok lawan je lah ado brani

Anonymous said...

terus terang cakap la kan, gua dari dulu lagi duk peratikan pemuda kat ttitiwangsa ni, KP titiwangsa yg duk ada skang ni tk mesra alam langsung,nk tgk die senyum pun susah,apa bagus sangat ke dia ? brapa hari dlam UMNO ni,aku tgk dah setahun dia memimpin 1 program pun takde, yg ada pun asyik numpang program org jeh...malu la woiii...ada duit cakap takde duit,simpan bawak mati ke ke... untuk NKP plak jangan la gelojoh sangat, sabar itu separuh dari iman.samapai masa giliran sdra akan sampai gak. apa2 pun HIDUOP IDOLAKU datuk seri suleiman Mohamed.

Anonymous said...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Anonymous said...

kalau gini lah gamaknyer perlakuan KP yang diaktakan sebagai role model kepada semua pemuda TTwangsa.. elok ler di ubah segera kepimpinan pemuda sebelum terlambat..nnt PRU 13, jika tiada persefahaman.. mka sekali lagi TTwangsa ke tangan pembangkng.. apor larrrr... wat malu kaum jerr... huhuhu

Anonymous said...

mamat cikanoz ni memang den x berapo berkonan langsung kek dio.. perangai ca gangster jek den peratikan dio.. mentang2 bapok dia tuh.. 'org kebal' ttwangsa.. ingat dia pun kobal sekali ko?? hampehhhhh...

Anonymous said...

Apaaperpun yang berlaku diharap pemuda ttwangsa dapat menyelasaikan permasalahan tersebut...sebelum nasi menjadi bubur... elok ler diamkan begitu sajerrr... hehehe

Anonymous said...

Tak setuju diam begitu saje,apa yang perlu diorng ni kena buat ialah EGM,baru tahu siapa yg boleh memimpin parti...

Anonymous said...

pelik tapi benar ...takde seorg exco atau org2 kuat pemuda yg mencari jalan untuk mendamaikan mereka berdua ni. nampaknya pemuda umno kat titiwangsa ni suka bila umno bergolak...

Anonymous said...

hidup boy...

aku sokong boy

Anonymous said...

Sonang nak bagi settle tu. Big boss (ketua bhg) panggil dua dua kasi penampar diam lah dia orang. Kalau melawan agak pegi kubur cina.

Anonymous said...

sAlAm.....
pd pndApAt sy, k!tA sEbAgA! Org lUAr x pyAh nk mEny!bUk pAsAl "KP" n "NKP" 2. d!AOrg leb!h b!jAk mEngEndAl!kn smUA 2.... sEdAngkn
l!dAh lAg! tErg!g!t,!n!kn pUlA mAnUs!A. sO k!tA sbAgA! Org lUAr x pyAh lEr bErsUsAh pyAh nk jAd! bAtU Ap! Ok !!!!!
d!Aorg smUA b!jAk pndA!, pndA!lAh d!AOrg sEttlEkn mAsAlAh d!AOrg... x pyAhlAh k!tA dk brUkkn nAmA pEmUdA UMNO t!t!wAngsA 2, kErAnA
n!lA sEt!t!k....hb!s sAtU
bAhAg!An d!pErsAlAhkAn. pEmUdA UMNO t!t!wAngsA "thE bEst". bObOy sEttlEkn mslh n!E sEbA!k mgk!n. bUkt!kn yg "KP" pEmUdA UMNO
t!t!wAngsA n! prOfEs!OnAl n
bErkAl!bEr....:')

Anonymous said...

bodoh..... bodoh... bodoh.... dua-dua memang bodoh ada ke tumbuk sesama sendiri. nilah perangai budak yangt tak habis belajar tentang IMAN. masing-masing gila kuasa yang si boy tu nasib baik bapaknya ketua bahagia kalau tak dah lama jalan.... si mamak sorang ni pun nasib baik duit banyak kalau tak pun jalan juga..... buat malu pemuda ajer......

Anonymous said...

rugi aku undi dia,,,,ni last...aku x kan undi lagi...haram undi dia

Anonymous said...

Pemuda tak de program ke .... bergaduh je ... cuba la buat program untuk memenangkan BN utk masa akan dtg ... kalau macam nie ... confirm Parlimen Titiwangsa ... milik PEMBANGKANG.

Anonymous said...

kerja tak macam mana eksyen je lebih,jalan mengepak dada membekak hidung dongak...porah gaduh-gaduh-gaduh haprak.

Anonymous said...

mana ada adegan tumbuk menumbuk.......ditumbuk ada la bro....kp tumbuk nkp... xpi nkp x balas....lu org suka2 ckp tumbuk menumbuk.....

Anonymous said...

apa kes terbaru dengar nazir dpt surat layang...ni keje kp ker keje bhg..........xabis nak jatuh kan org....program habuk pun tarak.....

Anonymous said...

itu mesti keje org bhgn. cara purba tu bantuan dari ayahanda. patutlah UMNO Titiwangsa ni sengal sibuk dgn agenda2 murahan...

Anonymous said...

jgn tuduh sebarang tuduh sedara2.....

Anonymous said...

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai....

Anonymous said...

Idham & Nazir ni mencemarkan nama baik Pemuda UMNO Titiwangsa khususnya & Pemuda UMNO Wilayah secara amnya.Susahlah macam ni nak buat apa2 program.Sejak selepas bulan puasa Ogos 2009 sampai sekarang tak ada apa2 program yg berfaedah untuk Pemuda UMNO Titiwangsa.Cubalah berbaik-baik demi perjuangan UMNO.Perangai & sikap korang berdua ini cukup memalukan.Dah hilang rasa hormat. Aku nak korang berdua minta maaf secara terbuka bukan sahaja kepada semua AJK Pemuda Bahagian malah kepada semua ahli Pemuda UMNO Titiwangsa.Jangan buat tak kisah je seolah2 tak berlaku apa2.