Perkembangan politik Wilayah dikatakan semakin panas ketika ini. Ini semua dikatakan gara - gara letupan sebuah " sms " yang cukup panas melibatkan pemimpin - pemimpin utama di Wilayah Persekutuan. Wilayahkini dengar ramai yang sudah mula bercerita dan berbalas"forward" sms tersebut. Malah cakap - cakap politik juga semakin hangat dikalangan ahli - ahli UMNO di Wilayah Persekutuan. Kami dengar sms tu sampai dah melayang ke seluruh negara ? Betulker ? Nak Baca kandungan sms tersebut ? Sila klik DISINI.
Wilayahkini juga ada menerima kandungan emel tersebut semasa hari perhimpunan agung UMNO minggu lepas. Sejauh mana kebenaranya dan kandunganya - sukar di pastikan namun, beberapa kronologi kandungan sms tersebut boleh membuatkan kita " berfikir " banyak kali .Sebelum sms ini berterbangan , insiden di Janda Baik semasa retreat UMNO pula menjadi topik panas. Di mana pada majlis tersebut, dikatakan Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi dipanggil untuk bersalam dengan Naib Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Rauf. Manakala , Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik pula mencium tangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Manakala Datuk Seri Zulhasnan Rafique pula dipanggil untuk bersalaman dengan Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee. Sila klik disini - Hurt festers despite Umno hug fest , laporan Malaysian Insider.
Kenapa mereka dipanggil ? Dikatakan untuk menyelesaikan kemelut politik di Wilayah Persekutuan. Dahlah, ramai sangat " warlords " di Wilayah Persekutuan samapi jawatan Pengerusi Perhubungan pun terlepas tangan kat orang Johor.
Siapa mencetuskan masalah di Wilayah Persekutuan ? Dulu dan kini ?
Wilayahkini juga dengar ada pemimpin yang dipanggil untuk berbuat demikian tak berapa puas hati dengan insiden tersebut. Ada pula berpandangan " ini bukan caranya". Ada pula yang kata "kenapa baru nak buat ?" Siapa yang buat hal dulu ? " Macam - macam yang kami dengar.Terpulanglah kepada ahli - ahli untuk menentukanya.
Apakah kemelut politik di Wilayah Persekutuan dapat didamaikan kembali selepas ini selepas insiatif di Janda Baik ?
UMNO WP MAHU WANGSA MAJU DAN BANDAR TUN RAZAK ?
Difahamkan pada retreat tersebut ,UMNO Wilayah Persekutuan telah mengemukakan cadangan supaya Parlimen Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak yang kini diperuntukkan kepada MCA diberikan kepada UMNO kerana majoritinya pengundi melayu.
PERSOALAN yang timbul dan apa komen Wilayahkini ?
Selepas dikemaskinikan pada 30hb Okt 2008......
" Apakah kandungan sms tersebut betul ? Apakah memang betul berlaku sebarang usaha untuk menjatuhkan pemimpin - pemimpin UMNO tertentu di WP ? Apakah ini merupakan satu perbuatan cantas mencantas ? tikam dari belakang ataupun konspirasi ? UMNO pusat perlu siasat SEGERA kandungan sms tersebut dengan serius. Ini kerana berdasarkan banyak komen yang kami terima, isu ini semakin sensasi bukan sahaja di KL tapi di seluruh Malaysia. Kita tunggu dan lihat apakah tindakan dari UMNO pusat selepas ini ?
51 comments:
Perangai suka bagi org malu memang kerja Dato Shafie,Dulu dia malukan dato kamal Salleh buat undi tak percaya.
Kepada Dato Norza dia gunakan balaci-balaci pemuda buat memorundum undi tak percaya.
Kepada Dato Zainal Nazeri dia gunakan pengaruh Dato Najib sehinggakan malam terakhir terpaksa tarik diri dari bertanding Ketua bahagian.
Tahniah Dato Shafie kerana berjaya menghancurkan UMNO.Dan tahniah sehingga Astaman pun terpaksa belayar malam.
apa bukti hujah sedara nie.... kenapa x tonjolkan diri... jgn menuduh jika tiada bukti & jika bukan dtg dr wangsa maju jgn nak berbicara melebih2...
Ingat skang masa utk besatu bkn nak bekelahi... skang Masa utk buat keja dan bkn utk cari jawatan;..
Jawatan ini satu amanah yang kita pikul & akan di hisab di padang masyar nanti...Ingatlah...
Anak Jati Wangsa Maju
SI PIE INI BUKAN SEORG PEJUAN BANGSA.DIA INI PEJUANG POKET,KALAU BUKAN NAJIB PM HANCUR HIDUP DIA.ZULHASNAN PUN DIA TRY BANYAK.MANUSIA YG TAK BERSYUKUR TAK LAMA DIA NI.
bagi yg dah kalah di bah makna tak tera lah politik dia, bg yg dah habis jawatan menteri, itu past tense. realiti kena terima.
politik yg kita celoteh ni, mengenai 'kuasa'. apa yg nak membebel dan membuat kalut, mai la join dgn kami yg kuat. buat lah yg patut-patut... nanti menangis tak sudah bila tertinggal kapal terbang......
Koi
.... Menimbulkan kesukaran kepada orang adalah berdosa. Satu perbuatan yang dibenci Allah. - Abdullah Hussain
Jangan nak cabar minta bukti,saya ahli persatuan anak-anak pahang,Jangan sampai kami ramai-ramai panggil surat khabar.
Kes politik wang melibatkan Dato Shafie aduan dibuat oleh seorang penerima semasa pemilihan ketua bahagian wangsa maju kepada SPRM kemana kes ini?
This is the colourful parts of Wilayah politic. Always alive, nerve wrecking with full of actions.
We, the political enthusiatics love to wait what's the next bombshell. Personality like Syed Ali, Shafie etc, etc.. Are they that bad....
Who's the hero now? Is it Raja Nong Chik or somebody else. Please answer me, KOI!!! The heroine, of course Sharizat. The old timers definitely be the supporting actors but sill, who's the best?
Give me some clues about what's the next episode shall be?
APAKAH PANDANGAN INI MUNASABAH
Koi tertarik dgn satu ayat `apa agenda Shafie’?Agenda Shafie mudah.Tak berbeiit.Dia nak jadi Menteri Wilayah Persekutuan dan dia nak jadi Pengerusi Perhubungan UMNO WP..!Jadi dia mengepalai satu gerakan merancang konspirasi untuk menjatuhkan semua pemimpin lama dlm WP dan langkah awal Koi nampak Shafie kena memalukan mereka ini dan tunjukkan dia kononnya ada wibawa, ada pengaruh dgn disokong oleh balaci ataupun barua2 dia dalam UMNO WP seperti Mustafa,Abas.Itupun selepas dia jatuh serta perbodohkan Astaman,Zainal Nazeri dan juga Norza.
SIPIE NI SEMASA ORG LAIN JADI KETUA DIA BUAT KERJA BOIKOT,BILA DIA JADI KETUA DIA SURUH ORG IKUT,MANA ADIL NIEE..
Kau ni KOI, macam-macam cerita sensasi. Terjah ikut suka saja. Kebenaran tu ada tapi bidaah politik tu banyak sangat. Tak kan lah sampai Raja Nong Chik sanggup cium tangan Sharizat, geli aku dengarnya tapi agaknya ni boleh jadi cerita box-office Hindustan.
Aku ingat KOI, di Wilayah ni lebih senang kalau dibuat cerita jahat. Pelakonnya terlalu ramai, Syed Ali, Shafie mungkin juga Raja Nong Chik....
Pada pendapat saya KOI lebih baik kau buat cerita purba kerana minat kau kepada pelakon-pelakon lama ni sangat mendalam. Tak payah kut disebut... siapa dia? siapa dia? Kami tak sabar menanti ha. Bila agaknya?
Di dunia ini apa yang kita sangat sukai dan sayangi selalu sahaja tidak mendatangkan akibat yang baik, tetapi sebaliknya apa yang kita pandang rendah dan tidak berharga itulah sebetulnya barang-barang mutiara yang tulen dan tahan diuji. 'Kalung Mutiara/Keris Mas'
Story Koi ana memang suka tapi jangan sampai anta jadi seperti isteri Abu Lahab.
Kalau sudah ada permulaan kesepakan yg baik utk politik UMNO Wilayah, itu starting yg cantik. Biar macam mana cacamarba sekalipun, di situ kena diperbetulkan terlebih dahulu. Tekadkan agenda perjuangan dan ketepikan motif dan kepentingan diri.
Memang kita hendak pembaharuan tapi sanggupkah warloads ini berubah? Jika tidak kita/rakyat akan ajar mereka pada PRU13. Jangan lupa lagi, neraka jahanam yg sdg menanti kelak.
Wallahualam.
APAKAH KOMEN NIK AZIZ INI
CUKUP KETERLALUAN.
"Saya nak beri salam pada dia (Syed Ali) balik, biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini berpunca daripada Nabi Muhammad atau berpunca daripada puak-puak Syed lawan Nabi Muhammad?"
"Semua bapa saudara nabi adalah (keturunan) Syed. Syed ini kepala yang lawan Nabi Muhammad."katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.
SESIAPA YG PERNAH DUDUK MINUM TEH TARIK DENGAN aZIM AKAN TAHU PERANGAINYA,SEPANJANG PENGALAMAN ITU AKU TAK PERNAH DENGAR DIA MENGATA-MENGATA ORANG, APATAH LAGI DIA NAK MEMPERKECILKAN HATI ORANG.AZIM BILA BUAT KERJA SANGAT SERIUS ORANGNYA, TAPI BILA BERCERITA DAN BERGURAU KAWAN-KAWAN CUKUP SENANG DENGAN NYA.
JIKALAH SEPERTI YANG DIHEBAHKAN MELALUI BLOGG BUDAK KUALA LUMPUR YANG MEMBABITKAN NAMA AZIM SAMPAI PERINGKAT DIA TAK SABAR MEMAKI SHAFIE SETIAUSAHA POLITIK PM DENGAN PERKATAAN PU.. MAK INI BERMAANA SHAFIE SUDAH TERLEBIH KURANG AJAR.
KALAULAH SHAFIE DIMALUKAN DIHADAPAN ORG RAMAI NANTI,SHAFIE TIDAK PERLU MELENTING KERANA DIA SUDAH DULU MEMULAKAN EPISOD ITU.
wahai pengomen pengomen sekelian.
janganlah dok percaya sangat akan sms yang tah dari mana puncanya..
janganlah dok percaya pada tulisan blog yang tah sapa penulisnye..
masing masing nak cari makan la, bukan kita ahli umno tak ada otak untuk menilai..
dato' pie kan kerja dgn tok najib. tau la dia nak buat kerja untuk boss..
kalau betul pie jahat lama dah najib buang ini orang kan??
jaga2 fitnah orang pkr ni.
peminat Nongchik
Kepada peminat Raja Nong Chik,
Suadara kalau nak jadi peminat kepada dia bukalah kelab peminat RNC. Eleh, setakat Ketua Bahagian di Lembah Pantai jadi Menteri atas jawatan Senator , apalah besar sangat. Dia tu mana ada personaliti. Kaki pengacau.Janganlah lupa insiden PRU yang ke 12 di Lembah Pantai.Kenapa Shahrizat tewas ? tepuk dada tanya selera lah kau.
Wahai Koi, apa salahnya jika Dato Shafie jadi Menteri Wilayah dan Pengerusi perhubungan Wilayah? lagi pun DRNC hanya Senator bila-bila masa boleh ditamatkan,
Dato Shafie lebih berwibawa dari DRNC dan Tan Sri Mahyuddin, mana ada ketua bahagian boleh arahkan ketua-ketua bahagian yg lebih senior dipaksa naik pentas berpeluk-peluk dihadapan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri?
Beri tahu siapa yang lebih hebat? Syed Ali pun senang diperbodoh begitu saja,sedangkan Syed Ali ini bermacam surat khabar dah keluar gambarnya.Syahrizat bertaraf menteri pun terkedu dan tersipu dibuatnya, Azim apatah lagi,Zulhasnan sampai terlanggar kerusi,Rauf seorang yg kuat berkerja merah mukanya.
Semua yg berlaku kepada watak-watak itu adalah gambaran hebatnya Shafiee,berkebolehan dan pandai serta bijak ambil kesempatan untuk sedarkan mereka, apa salahnya Blogg Koi ceritakan kehebatan Dato Sfafie jangan nak menghentam sahaja.
bg org dato shafie tolong byk bersabar. giliran hang akan sampai kiranya cukup syarat sebelum diamanahkan oleh Allah swt. semua ketua bah yg ada pun memang layak krn tdk seorg pun yg cacat. akai pun ok. kaya-raya pulak.
kalau shafie lebih wibawa dr mahyuddin, lebih baik dia jadi tpm, buat apa nak gelojoh jadi menteri, betui tak. betui... betui..... betui....
apa yg tak kena sgt dgn dato raja yg hang pa balun dia bagai naik rak? terima lah slow-slow krn lepas ni giliran nasib warload masing-masing pulak. macam mana pun kita kena ingat sbb kita ada agenda yg lebih besar dan lebih penting drp kutuk-mengutuk ni.
ni hang punya pasai la.. koi. puas hati hang. koi... ketawa berdekah di dunia pasti nanti menangis di akhirat...
Saya percaya apa pun yg terjadi di Janda Baik adalah dalam semangat kekeluargaan. Jadi tidak timbul siapa malukan siapa. Dan bukan juga kerana kehebatan Dato Shafie dapat memanggil otai-otai wp dan menurut katanya.
yang bercakap soal RNC adakah saudara org n pengundi lembah pantai?Shahrizat kalah pasal pegawai2 dia ramai org meluat dan kesilapan PM kita yang lama x umum penjualan rumah ppr masa die dtg di lembah pantai untuk berkempen masa pru12.ada ke dalam ucapan ckp pastikan bn menang bru la nak usaha untuk bgi jual rumah ppr.jd dorg pun marah la.keputusan ditangan PM.mcm DS Najib skrg nie,dia berani buat keputusan dan boleh je umum jual umah ppr.xde masalah pun.lepas tu menilai secara keseluruhan.shahrizat bukan ahli umno lembah pantai.die ketua wanita kepong.dan pegawai2 die semua org luar.xde sorg pun dri kepimpinan umno bahagian yang di lantik jawatan pegawai khas sekurang2 nya.klu kat kementerian semua kaum kerabat die je.ingatlah sikit,naik dri lembah pantai tapi bile berjaya lupa asal usul.Dan kini masa untuk RNC.itulah rezeki namanya.klu tuhan tu x bukakan hati DS Najib untuk pilih RNC xkan la DS Najib nak pilih.Segalanya dah ditentukan dan kita hanya menjalankannya.yang penting amanah yang diberi harus dipikul sebaiknya.
Apa hal sangat kata mengata dlm umno sebab itu kalah dlm pru,kalau macam nelah juga mentaliti pemimpin yg ada pru akan dtg pasti hancur.Bukan masanya kita kata mengata Pm tahu mana yg dia rasa boleh bekerja,jadi hentikan memfitnah org.ada mata lihat,ada telinga dengar ada mulut diam itu ada lebih baik.
Bg saya apa yg berlaku di Janda Baik adalah bibit-bibit permulaan satu kemesraan yg cukup baik. Kita selalunya kurang memahami cara berseloroh warloads yg begitu kasar sdgkan ia tdk langsung membawa makna apa-apa pun. Inilah kebiasaannya yg membawa kpd kesalahtafsiran politik ttp this is the thrill and beauty of politics.
T/kasih pada Koi yg mengetengahkan cerita-cerita ini. Sekurang-kurang dptlah kita bersembang kosong tapi jgnlah sampai memfitnah krn akibat berat balasannya di akhirat. Di Wilayah ni kalau tidak ada aksi-aksi Dato-Dato Shafie, Syed Ali, Raja Nong Chik...... saya rasa politiknya akan menjadi sunyi-sepi, tak bermaya dan .......
Kalau lah apa yg berlaku di Janda Baik itu episod yg benar, saya rasa tdk mustahil utk ia dimulakan sbg satu road map yg positif ke arah PRU13. Kalau di antara warloads dah boleh melawak dan bergurau-senda bukankah ini satu petanda yg baik bg parti kita?
Sbg ahli parti jgnlah kita berketerlaluan beranggapan tdk baik dgn pemimpin-pemimpin yg ada begitu juga dgn yg memegang kuasa jgn pula terlalu gelojoh pd kuasa sehingga menghentam keromo dan menghalal cara utk berkuasa. Berpada-pada lah. Sesungguhnya kepimpinan itu adalah amanah Allah swt.
Ramai lagi ke yg macam eleh anony yg setakat nak tangkap muat cerita Lembah Pantai dan asyik memperlekehkan RNC sehingga Shahrizat kalah pun RNC punya pasai. Anony ni rasa dia tau semua tapi ......
Tak heran sbb bro Khairul melenting dgn org yg macam ni tapi gua rasa buang masa melayan malaun ni. klau kita cerita yg betui pun mustahil utk dia terima. Dia tentu ada boss yg nak dijuluk ke atas.
Jagalah bah masing-masing dan belajar jadi tera. Bila dah cukup ilmu dan di sintuk limau barulah keluar. Jgn bg malu boss bila kena balun dgn tak tentu pasai. RNC dah jadi Menteri buat masa ni, sama-sama tolong lah, kita nak pulun PRU13, lepas tu kita kira lain le kemudian.....
Org Tanpa Nama kalau anda seorang yang HEBAT bila komen tu tinggalkanlah Nickname.... daripada anda balun Tok Pie baik anda kuatkan UMNO tempat anda... bagi kami di WM kami tiada masalah dengan Tok Pie & kami senang buat kerja bagi pihak UMNO WANGSA MAJU...
Ingat, rakyat sedang menilai... kalau kita asyik bercakaran sampai bila pun rakyat xkan menyokong kita....
p/s: JAWATAN YG KITA PEGANG XKAN DIBAWA KE DALAM KUBUR...
ANAK JATI WANGSA MAJU
UMNO Pusat kenalah siasat sms tu kalau betul - betul kata telus UMNO ni. Jawatankuasa Disipilin UMNO perlu siasat.Tak payah tunggu aduan lag.
Saya sokong saranan Wilayahkini dalam hal ini kerana kita nak tahu betul tak ada konspirasi ataupun sms tu main - main aja.Kalau betul kenapa kita nak mainkan orang - orang kita? Najib kenalah bertindak. Boleh ? Berani ?
saya minta wilayahkini siasat apa yang berlaku sekarang di UMNO Batu dibawah pentadbiran Abas (Macai Shafie). Dengar cerita, walaupun Tian Chua dijatuhkan hukuman sekalipun, dan ditakdirkan Calon PKR akan datang letak seekor kambing untuk bertanding sekalipun, belum tentu BN boleh menang kerusi Parlimen tu. Dah le Pengerusi BN Parlimen Batu dan bekas calon yg kalah hari tu Lim Si Pin (Ketua Pemuda Gerakan & anak kandung Lim Ke Yek - bekas Presiden Gerakan) langsung tak bergerak, UMNO Batu pula berpecah tiga.Satu team "Pembodek" Abas, Satu Team "Bekas Hardcore" Abas yang dah dianak tirikan dan satu lagi Team Datuk Yusof yg dah setahun menghilangkan diri, bukan setakat Datuk Yusof malah boleh dikatakan keseluruhan 20 ketua cawangan yang mengikut beliau tempoh hari (untuk maklumat jumlah UMNO Caw di Batu hanya ada 43 cawangan sahaja).Jumlah Ahli UMNO Batu cuma ada tak sampai 12000 orang (belum dikemas kini) daripada 71000 Pengundi terkini Parlimen Batu. Abas terlalu sibuk nak jaga kepentingan sendiri sampaikan dia tak sedar Timbalan Ketua Bahagian sekarang dah mulakan Jentera Pemilihan akan datang untuk menggulingkan dia. Semua orang tahu, Abas bukan Datuk seperti didakwa (Datuk yg diterima adalah dari Kerajaan Sulu di Sabah, tak tahu macam mana Kerajaan Sulu boleh beri dia anugerah tu sedangkan Abas ni orang Kelantan & tak pernah berjasa pun dengan rakyat Kerajaan Sulu) Apa yang menariknya di Batu sekarang, Timbalannya yg dikenali dengan nama Ramlan Salleh atau Chief (Kempen Manager Datuk Ali Rustam sewaktu bertanding Timb. Presiden UMNO) dah dapat "title" Datuk yg sah daripada Kerajaan Melaka dan sekarang menunaikan ibadah haji. Dengan ketokohan dan "title" yang ada sekarang, Datuk Hj Ramlan Salleh (panggilan baru) telah membina satu empayar baru di Batu & dilihat bakal menang mudah jika bertanding dengan Abas.Inilah akibatnya sebab suka pecah belahkan orang UMNO di tempat lain, akhirnya tempat sendiri pun dah kena ceroboh tak perasan. Itu belum lagi kes dimana, 9 orang Jawatankuasa Cawangan Abas (Caw Taman Koperasi Polis Fasa 2) termasuk Timbalan Ketua, Ketua Penerangan caw, Bendahari Caw dan 6 AJK yg selama ini pengikut kuat, sanggup ke sana ke sini, tinggalkan anak bini, tak tidur sampai kul 4 pagi setiap hari sewaktu beliau berkempen bertanding Ketua bahagian akhirnya meninggalkan beliau dan cawangan atas sebab undi tidak percaya kepada pentadbiran Abas. UMNO Batu dah semakin hancur, Malangnya Datuk Najib telah diberi maklumat yang salah. Pilihanraya Kecil Parlimen Batu bakal berlaku tak lama lagi dan akan menjadi titik tolak kepada "Perubahan UMNO" yg dipukul canang oleh PM semasa Persidangan UMNO tempoh hari, malangnya tiada Sinar kelihatan di UMNO Batu untuk memenanginya.....Wallahu Alam...
Inilah bangsa kita, buat baik salah, buat jahat salah, buat bodoh pun salah.
Tak habis-habis nak menceritakan keburukan orang, keburukan sendiri tak nampak. Keburukan org tu biarlah dihitung oleh Yang Maha Esa, bukannya kita.
Bangsa kita suka sangat kepada Find Fault syndrome. Cari salah org je kerjanya, come on la. Kalau nak beri komen pun berikan komen cara yg membina bukannya find fault. Cari salah org ni memang senang dan best.
Lagipun bukan masanya lagi untuk UMNO berbalah begini. Kita perlu berubah dan jangan hanya nampak perkara yg buruk dan negatif sahaja.
Niat Dato' Pie mungkin baik, tapi orang lain tersalah tafsir. Jauh disudut hati Dato' Pie, beliau ingin melihat pemimpin di UMNO Wilayah ini bersatu dan platform yg digunakan di Janda Baik adalah yg paling sesuai. Apa salahnya, cuba fikir yg positif.
Insyaallah.
AHLI TEGAR UMNO WM
wahai Anonymous said, saturday, october 31, 2009, apa khabar, Terima kasih banyak2 atas teguran yang amat bernas mengenai Abbas Batu..tapi malangnya banyak maklumat angka yang diberi salah..lain kali semak betul2222...sebelum nak tulis. Dengan tulisan anda membuatkan Abbas lebih bersemangat kerana penulis ini sangat perihatin mengenai Abbas, terima kasih atas maklumat anda...lain kali jangan main teka-teka dan jangan berangan dg cita-cita yang merosakan UMNO, belajarlah berbuat baik jangan banyak mengeruhkan keadaan.tq
Nampaknya ada usaha memecahkan perpaduan UMNO Bahagian Batu melalui comment ini menjelang PRK yang terdekat. Untuk pengetahuan umum, UMNO Bahagian Batu berada dalam keadaan yang kuat dah bersedia menghadapi Pilihan raya pada bila2 masa. Perpecahan yang dikatakan antara KB dan TKB Batu adalah omong2 kosong belaka. Ramlan merupakan sahabat dan penyokong kuat Abas dan begitu juga sebaliknya. Saya pernah dengar Abas berkata jika Ramlah nakkan jawatan KB maka beliau sanggup mengundur diri, begitu la kuatnya persahabatan mrk.Saya membesar bersama kedua2 pemimpin ini dan saya tahu hati budi mrk. Abas walaupun bising mulutnya, tapi hatinya mulia dan ikhlas dalam perjuangan. Berkat keikhlasan beliau perpaduan UMNO bahagian Batu telah dapat dipulihkan. Kursus di Ulu Sepri yang berakhir semalam membuktikan segalanya. Pemimpin cawangan yang menentang beliau dahulu telah kembali berganding bahu bersama beliau. Dan beliau semasa kursus telah menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi sanggup susah senang bersama org2 bawahannya tanpa mengira pangkat dan kedudukan sehingga menimbulkan rasa kekaguman dan rasa terharu semua termasuk para fasilitator. Saya kira yang mengata Abas adalah org PKR yang semakin takut dengan kekuatan UMNO batu. Usaha saudara menunjukan PKR telah mulai goyang dengan kekuatan UMNO batu. Usaha saudara untuk memecahkan UMNO Batu tidak akan berjaya kerana UMNO Batu bersama sayap2nya telah berpadu dan KAMI AKAN MENGAYANG SAUDARA DAN PARTI PKR SAUDARA. Kita jumpa di PRK yang akan menjelang tiba....
Pemuda UMNO Bahagian Batu...
Menjawab Anonymous berhubung beberapa isu di UMNO Bhg Batu.
Saya rasa Sdr membuat tuduhan melulu dgn mengatakan UMNO Bahagian Batu berpecah dan terbahagi kpd tiga.
Saya rasa Sdr masih duduk dibawah “tempurung”. Adakah anda tahu hanya segelintir shj Caw yg tidak bekerjasama dan alhamdullilah Caw-Caw yg menentang Abas sebelum ini telah kembali memberi sokongan dan komitmen kpd program dan aktiviti yg dianjurkan oleh pentadbiran baru. Itu bagi saya sudah cukup dan jalan permulaan utk menjalinkan perpaduan dan kerjasama pada masa akan datang. Soal siapa disokong sebelum dan sekarang ini tidak perlu pertikaikan kerana pada masa kini yg lebih adalah parti bukannya individu lagi-lagi disaat Parlimen Batu diambang PRK.
Berhubung dakwaan strategi sulit Ramlan utk menjatuhkan Abas adalah lagi satu tuduhan liar & fitnah keatas seorang hamba Allah yg sedang menunaikan fardhu haji di Tanah Suci Mekah. Moga2 beliau dilindungi dan mendapat haji mabrur dan minta Sdr bertaubat kerana mana lah tahu doa Ramlan ditanah suci akan dimakbulkan sekiranya dia berdoa memohon dari ALLAH SWT agar menimpakan bala kpd mereka2 yg menabur fitnah keatas diri beliau. Seperti yg dketahui ramai ahli UMNO Bhg Batu, Ramlan adalah seorang pemimpin yg setia kepada Ketua, ini boleh dilihat juga semasa pentadbiran Datuk Yusoff sebelum ini tetapi malangnya ada “orang-orang” sekeliling Datuk Yusof telah membuat kesilapan besar di dalam percaturan politik mereka dgn meminggirkan Johari Md Isa & Sdr Ramlan didlm membuat keputusan di dalam pertandingan sebelum ini. Siapa dalangnya? Saya rasa Sdr sendiri tahu siapakahnya dan saya pasti dan yakin Ramlan akan mengamalkan prinsip2 politiknya iaitu setia kepada Ketua selagi ketuanya bekerja kuat menjaga Caw-Caw, AJK dan ahli-ahli UMNO Bahagian Batu dan mengadakan pelbagai program & aktiviti.
Berhubung title “Datuk” kpd Abas, adakah itu menjadi kayu ukuran seseorang itu untuk bekerja dan berkhidmat. Bagi saya, setinggi mana darjat yg diterima tetapi tak boleh membawa sebarang perubahan dan kebaikan. Baik simpan sahaja pingat yg diterima di gobok atau almari hiasan. Alhamdullillah sekarang ini, dibawah Abas, banyak program-program bersifat rakyat telah dianjurkan dan mendapat sambutan yg baik dikalangan ahli UMNO dan masyarakat.
Jika dikatakan pentadbiran Abas dikelilingi kroni, saya rasa zaman pemerintahan lama lagi teruk, Datuk Yusoff hanya bergerak dgn orang-orang yg dia percayai shj (tak perlu dinyatakan nama). Sehinggakan prgm-prgm yg dianjurkan dimonopoli orang2 tertentu sahaja. Ini sebabkan pentadbiran lama tidak percaya dgn keupayaan sesetengah AJK Bahagian dan adanya kecewa dan seterusnya tidak ingin memberikan komitmen langsung. Seperkara lagi, banyak projek kecil & besar “dilombong” di Parlimen Batu dan ada juga disubkan kepada kontraktor Cina. Ini belum dibangkitkan isu duit pilihanraya PRU12 yg menjadikan salah satu faktor BN kalah teruk kerana duit utk pilihanraya “digelapkan” utk kepentingan peribadi. Dimana amanah & ketelusannya? Dan sekiranya duit itu digunakan utk kempen pertandingan UMNO tahun lepas dgn membelanja makan-minum, memberi “$aguhati” dan sebagainya, saya katakan kita sebenarnya berhak keatasnya kerana itu adalah mutlak hak-hak ahli UMNO Bahagian Batu.
Soalan saya kpd anonymous pula?
Sebagai salah seorang ahli UMNO Bhg Batu, saya juga berhak menanyakan soalan kepada pentadbiran lama. Kenapa Pejabat UMNO Batu yg lama tidak kembali kepada UMNO. Kenapa ditukar kpd Yayasan Pendidikan Batu? Jika Sdr tak menjawab disini tidak mengapa kerana yg pasti mereka-mereka yg bertanggungjawab berhubung perkara ini pasti akan menjawabnya kepada setiap seorang seramai 12000 ahli UMNO Bahagian Batu dihadapan Maha Adil di hari kemudian nanti kerana telah menidakkan hak-hak mutlak ahli-ahli UMNO Bhg Batu. Oleh itu, silalah jawab di hari kemudian!!!!
Paku dulang, paku serpih
Kata Orang dia yang lebih.
Sekian terima kasih.
Pemerhati UMNO Bahagian Batu
kau orang janganlah nak perkecilkan Dato Shafie,Dato Shafie lah yang banyak nasihatkan Dato Najib hinggakan Dato Najib terus menjadi bertambah hebat.
Setpol-setpol dato Najib yang lain mereka tidak ada kepakaran berpolitik spt Dato Shafiee yg dapat membaca politik negara beberapa tahun akan datang.
Dato Shafie suka merendah diri,jangan-jangan idea 1 MALAYSIA dia yang cadangkan.
Hidup Dato Shafie kami bersama mu
Kena dekat kawan2 engkau,engkau minta bukti, kau tulis hal perilaku orang apa buktinya?
zaman Pak Lah apa yang kau orang tak kata,bila zaman Dato najib kau orang diam baik belaka,
zaman Pak Lah tak ada yang nak bercakap hal peribadi,tapi zaman najib kau orang duk kisahkan hal peribadi.
Zaman Najib orang dah berani bercakap dalam parlimen mengenai cara yang tak kena,Contoh perlantikan Koh Su Kon dan lain-lain.
Akhirnya tembelang terbongkar sudah, slogan rakyat didahulukan sebenarnya Kuasa didahulukan..." Sebagai Perdana Menteri dan kuasa yang yang ada pada saya " kata Dato najib.
Yang makan hati adalah rakyat,bila rakyat berpaling tadah kata tak kenang budi.
Kita pun tahu PM ada kuasa, tak payah sebutlah..
Kami UMNO Wang maju mahu pemimpin yg boleh bersama rakyat spt Dato Piee yg boleh duduk dengan rakyat dikedai kopi dari jam 9 malam hingga 3 pagi spt selalu di Rest AlMalek.
inilah jenis pemimpin yang kita sdg carikan,Kami pohon kpd Dato Najib Wangsa Maju janganlah beri pada org lain.
Kami ingin pemimpin yang membela Melayu,Dato Piee pun dah kaya,beliau tak akan ambil projek rakyat.
UMNO batu mana ada bangunan sendiri? dah pandai nak jadi Ketua pandai-pandailah cari? apa lak harap ehsan org lain,jadi ketua jangan asyik jadi pemintak sedekah pula, jagalah muka sikit, kalau cakap pandai, kerja kena pandailah..Terima kasih sdr Hadi , sdr sanggup dahulukan duit ringgit demi uMNO, harapkan ABAS cerita lebih
KOI KENAPA LIBATKAN ORG MAIN GOLF PULAK ,KAU IBARATKAN CUCUK AKAL CUCUK HIDUNG
Raja Nong Chik jadi menteri WP, Ikhsan dapat berbagai-bagai projek dari DBKL, jadi proksi Shafie lagi- dua2 dia makan- belah Raja Nong Chik dia makan, belah Shafie pun dia telan..Shafie pula selama ini merasakan Zulhasnan jadi penghalangnya, maka apa l;agi sekarang ini---mendabik dadalah- yang lopong dan jadi bangang, Syed Ali- Duk tanggung segala masalah dlm UMNO WP manakala yang lain sibuk duk kaut projek-projek dlm DBKL dan kementerian WP.
Di bawah ni Koi petik sikit tulisan Koi sebelum ni..baca tulisan dan cari jawapannya dalam mpsoting Koi ni dan ada kaitan dgn posting koi sebelum ni..
Lepas balik dari Terengganu, mereka bincang di hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Yang hadir ialah Shafie, Yahya, Syed Ali, Raja Nong Chik, Ikhsan. Kata putus mereka buat, mereka senaraikan nama-nama yang patut ganti Zulhasnan iaitu Syed Ali, Tengku Adnan, Shafie dan Raja Nong Chik.Peliknya yang lain tak sign.
Hanya 2 orang sign memo singkir Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok
Selepas tu, kumpulan ni ada ruang main golf di Kelab Golf Sungai Long, program ni dianjur oleh UMNO Wangsa Maju, Najib dan Muhyidin join sekali, tikanilah kumpulan ni desak Najib supaya gantikan Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok. Ini ceita yang boleh buat memo tu bergerak dan yang Koi terfikir, adakah Naib juga terlibat, macam Koi tulis sebelum ni..yang ada dalam kumpulan budak-budak nakal dalam WP ni termasuklah Setiausaha Politik dia iaitu Shafie Abdullah, Ketua UMNO Wangsa Maju.
Wah. Nampaknya orang UMNO tak sedar bahawa keadaan mereka masih lagi seperti telur di hujung tanduk, silap-silap boleh kalah PRU13 nanti.
Daripada bercakaran, eloklah mengukuhkan lagi kedudukan BN dan UMNo di hati rakyat. Mungkin keadaan di kalangan org Melayu sekrg nampak macam sudah ada swing balik ke BN, terutama selepas Isa Samad menang Pilihanraya Kecil, tapi itu faktor Isa dan tak semestinya menyeluruh ke seluruh org Melayu. Yang pastinya, India dan Cina bandar masih kuat membenci BN, begitu juga ramai org Melayu.
Ada pulak yg tuduh kekalahan Sharizat sebab Menteri sekarang. Apa kes? Sharizat kalah sebab satu Malaysia menyampah dengan PakLah dan KJ. Ini pun banyak disebabkan orang UMNO juga, yang tolong sama puak-puak PKR dan PAS burukkan PakLah dan KJ. Last2 melingkup. Dan semua faktor yg Khairul cakap tu pun betul, iaitu faktor penamatnya, yang memancung terus Sharizat, ialah kegagalan menunaikan janji jual rumah PPR oleh kerajaan. Takde sangkut paut dgn raja Nong Chik. ini semua polisi pusat.
Jgn main sedap hentam orang parti sendiri. PKR tepuk tangan je sambil garu telur, tgk korang bercakar sesama sendiri.
Jangan tuduh pak lah,KJ shj yg disalahkan.....apa... kes Altantuya tak masuk sekaki ke?
Anonymous said...
UMNO batu mana ada bangunan sendiri? dah pandai nak jadi Ketua pandai-pandailah cari? apa lak harap ehsan org lain,jadi ketua jangan asyik jadi pemintak sedekah pula, jagalah muka sikit, kalau cakap pandai, kerja kena pandailah..Terima kasih sdr Hadi , sdr sanggup dahulukan duit ringgit demi uMNO, harapkan ABAS cerita lebih
Wednesday, November 04, 2009
Nampaknya ada perkara yang tuan tak tahu dan kaji selidik.. UMNO ada mengeluarkan dana semasa hendak menaikkan bangunnan itu hampir 100k diguna utk menaikkan bangunan itu.. Boleh rujuk kepada Dato' Azrat Gull dan perkara itu diminitkan dalam mesyuarat jawatankuasa UMNO bahagian..dan dukacita segala dokumen dan penyata kewangan di masa pentadbiran lama sampai sekarang di serahkan mungkin kerana hendak menutup perkara yang tersembunyi.
Bagi saya mudah sahaja..kerana Perjuangan org UMNO Batu bangunan itu dapat diwujutkan..dan bukan kerana Hak Sdn. Bhd.
alhamdulillah..Setakat ini Pejabat UMNO yang ada boleh bergerak..walaupon serba kekurangan..
Soalan saya : Adakah Dewan itu akan wujud jika ia perjuangan individu.. tanpa mengunakan tiket UMNO...??
Orang UMNO
Koi aku jemput ko datang ke wangsa maju... hanya aku & ko saja... kita berkenalan... sungguh2 benar ko nak jatuhkan Tok Pie... mcm2 ko tuduh die... ko x senang hati ke UMNO kembali diterima di Wangsa Maju nie...?
Anak Jati Wangsa Maju
Orang UMNO,Jika jumpa xdak kira lain ,yang cita pasal kedudukan dan Pangkat,hampu, dengki yang duduk fikir,lekat atau melekat pada najib.Tapi Tengku Adnan sebagai SUA perlu periatin dalam soal Ini.jangan duduk Hampu sama lekat atau tidak jawatannya nanti.
jangan Main lihat dan dengar aja tlg selesai masaalah pemimpin perosak bangsa ini.
Orang lain jadi pemimpin kau usaha jatuhkan,bila kau orang jadi pemimpin minta sokongan padu.
tak payah nak debat,buat saje majlis peringkat wilayah kita suntik perpaduannya.
saya membaca ulasan budak khairul nampaknya bukan kearah menyatukan masyarakat.
kalau pun awak penyokong kuat RNC atau pun baru bekerja dengan nya,jangan gunakan falsafah bodek untuk membelanya dalam masa yang sama merendahkan orang Dato Syarizat secara sembrono.
Sehingga ini secara sungguh2 pandangan sebagai orang Wilayah DRNC dilihat cukup ketinggalan dari barisan kepimpinan dalam barisan menteri-menteri kabinet.Berbanding dg Jamil Khir Menteri bukan Ketua Bhg dlm UMNO , DRNC dilihat sdg bersenam-senam ditepi gelanggang sdgkan Jamil Khir sudah banyak menjaringkan goal.
Tiga(3) kali RNC turun ke Chow Kit apa perubahan? sebab itu jangan nak rendahkan orang lain seperti Dato syarizat dan org2nya,mereka ini cukup berjasa kpd rakyat dan negara apatah lagi di Lembah Pantai.
Jangan buat perangai lupakan budi orang kerana terlalu taksub kpd sesaorg.Jangan terlalu menAgongkan orang yg baru NAK BERBUDI melupakan orang yang banyak berbudi.
Fikir fikirkan.....
Saya bukan bekerja dgn RNC.Cukup saya ckp saya Ahli UMNO Lembah Pantai.Jadi tak salah untuk saya pertahankan Ketua Bahagian saya.Siapa yang mulakan dan siapa yang buka gelanggang?Komen biarlah komen yang membina.Anda bercakap RNC 3 kali turun Chow Kit takde apa perubahan.Baru 3 kali beb.Tak sampai setahun RNC jadi Menteri.Bagilah peluang beliau buktikan.Bukan Chow Kit je beliau kena jaga.Satu Wilayah sehingga ke Labuan.Ini nak sekelip mata mana boleh.Elo,Sharizat pun bukan sekelip mata la bole tunaikan semua permintaan..Dan dia memang wajib untuk berbudi di Lembah Pantai.Kerana pengundi-pengundi di Lembah Pantai la die sampai ke tahap sekarang..Dan untuk pengetahuan RNC pun dah banyak berbudi di Lembah Pantai.Tak perlulah kami gembar-gemburkan.Dia juga mula bertapak di Umno Lembah Pantai.Beliau bermula dari akar umbi sehinggalah ke jawatan yang beliau ada sekarang.Jauh beza kalau nak dibandingkan dengan Sharizat di Kepong yang tak boleh nak kemana jadi terpaksa la cari Parlimen yang bole untuk di tumpang.
Kalau nak cakap ulasan bukan nak menyatukan masyarakat secara automatiknya saudara juga terkena tempiasnya.Kerana saudara pun hanya pertahankan sebelah pihak dan menidakkan apa yang sebelah pihak lain telah buat.Dan boleh saya katakan komen saudara pun sekadar komen2 sampah yang bertaburan di alam siber.Tiada lansung komen yang membina.
JADI FIKIR-FIKIRKANLAH JUGA YE...
T.kasih budak khairul,sudahlah budak beringus lagi.
Awak bersetuju DRNC sudah 3 X turun ke Chow Kit? kalau 3 X turun awak kata tak cukup bermaana DRNC menteri hampeh...Menteri ini cukup tidak ada bisa..turun ke satu-satu tempat nak ambil nama sahaja.Berapa puluh kali nak turun ke satu tempat baru ada nampak pembangunan?
Lembah Pantai apa yang Nong Chik dah buat semuanya bekas tangan Dato Sri Syarizat...tolong jangan lebih-lebih. ada faham
Yang bagi komen tu lagi la hampeh.Aku nak lebih-lebih kenapa?Ada masalah ke?sekurang-kurang aku bercakap dan aku x sorok diri aku siapa.berani la beb.Nie la dia manusia yang baling batu sembunyi tangan.Depan sikit punya baik tapi dibelakang macam sampah.Lu pertahankan sharizat n biar aku pertahankan ketua bahagian aku.abis cerita.
Khairul yg Hampeh,
kalau nak jadi Ahli UMNO yg baik kena jaga semua ketua, bukan masing-masing jaga ketua.
Sebab kenapa kau nak jaga ketua kau shj kerana Masyuuuk.
Koi, x berani ke sahut cabaran anak kecil ini... mengutuk belakang jerlah yg ko pandai.... ajak bersemuka x berani... koi takut ker atau mmg Koi nie BACUL...
Anak Jati Wangsa Maju
UMNO ada mengeluarkan dana semasa hendak menaikkan bangunnan itu hampir 100k diguna utk menaikkan bangunan itu.. Boleh rujuk kepada Dato' Azrat Gull dan perkara itu diminitkan dalam mesyuarat jawatankuasa UMNO bahagian..dan dukacita segala dokumen dan penyata kewangan di masa pentadbiran lama sampai sekarang di serahkan mungkin kerana hendak menutup perkara yang tersembunyi.
komen
100k pun kau nak mengungkit,seolah-olah satu pengorbanan yang maha besar,Buat apa nak bergaduh soal berebut dewan, Kau orang berebut jadi ketua bahagian belanjanya lebih 100k kau orang tak kesah.
Bila kau orang dah jadi Ketua Bahagian, apa yg patut kau orang buat, ialah berebutlah ambil balik Parlimen BATU.
Kalau pun UMNO melalui Dato Azrat bagi 100k tetapi pihak lain dari UMNO bagi 300k tak kanlah yang hanya bagi 100k nak jadi tuan punya pulak...
Di bahagian BATU tak ada rasuah ke?
terima kasih kepada anymous yang menjawap berkenaan dewan umno batu..
dan anda telah memberi jawapan kepada saya dan jelas sekali.bahawa menunjukkan ada kepentingan individu di situ dan mengunakan tiket UMNO.
waima apa yang yang berlaku saya rasa UMNO Batu Sekarang Bersungguh sungguh bekerja utk memenangkan semula kerusi di Parlimen Batu.
UMNO Batu sekarang kerja bersungguh-sunguh macamana? Bersungguh-sungguh pulun projek atau bersungguh-sungguh cantas mencantas !
xpaham deh, knapa org melayu ni suka sgt nk aibkan sesama bangsa jugak..
rasuah @ x, yg bsoal jawab nt kt akhirat..
pelikla, apsal ader je yg dengki ngn bahagian w.maju..nk jd ahli UMNO, tp duk mhentam org..
pu3 w.maju
Post a Comment