Thursday, October 22, 2009

AHLI PARLIMEN BATU TIAN CHUA DI DAPATI BERSALAH ; PILIHANRAYA KECIL DI BATU ?

KUALA LUMPUR 22 Okt,
SELEPAS DI KEMASKINIKAN - Tian Chua di jatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3000. Bagaimanapun Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.
ZAID CALON PKR KALAU ADA PRK ?
Sementara itu, sudah ada spekulasi yang kuat yang mengatakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim akan dipilih sebagai calon PKR sekiranya berlaku Pilihanraya Kecil pada suatu masa nanti.
BERITA SEBELUM INI.......
Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang juga merupakan Ketua Penerangan Parti PKR di dapati bersalah oleh mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan mengigit seorang anggota polis dan menghalangnya menjalankan tugas. Sementara itu, hukuman akan dijatuhkan selepas Majistret mendengar rayuan selepas rehat nanti. Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau denda yang dikenakan melebihi RM 2000 maka Tian Chua akan hilang hak kelayakanya sebagai Ahli Parlimen Batu. Apakah akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil ? Kita sama - sama tunggu. Sila klik DISINI, untuk laporan dari Malaysiakini. Untuk rekod, pada PRU yang ke 12, Tian Chua menewaskan calon BN, Lim Si Pin dari Gerakan.

2 comments:

hatiminda said...

setengah tiang chua, dasar ahli PKR bersifat anjing!!!

Anonymous said...

Bila membaca blog budak kuala lumpur mengenai satu sms perihal Dato Shafie Abdullah Ketua UMNO Bhg Wangsa Maju rasa terkilan dan nampak cukup tak senonoh pemimpin ini.

Rupanya barulah tahu niatnya cukup besar rupanya nak jadi menteri wilayah persekutuan.Tetapi Dalam 1 Malaysia pimpinan Dato Najib semua boleh jadi.

Tetapi dia hantuk kepala ketua-ketua bahagian yg lebih senior dari dia dan bagi malu depan ketua bahagian seluruh malaysia yg dikatakan dijanda baik tu utk apa?

Tan Sri Mahyuddin kena buat sesuatu,keadaan nampaknya dah bertambah parah,Sepatutnya Dato shafie kena bijaklah sikit...

Kepada Dato Shafiee nak jawatan pun jangan bijak kepala kawan,sabarlah sikit,DRNC pun baru terkapai-kapai masih banyak tak faham kerja,Janganlah susun kerja nak perjatuhkan orang,orang pun ada kebolehan juga.

Belajar hormatlah pemimpin lama,biarlah yg baru dan lama seiringan.