Badan Perhubungangan UMNO Wilayah Persekutuan menyokong penuh cadangan terhadap pindaaan perlembagaan UMNO yang akan dibawa kepada perhimpunan khas parti pada Oktober depan kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee .
Syed Ali yang juga merupakan Ketua UMNO Cheras dan dilihat sebagai pemimpin yang paling lantang dan berani di Wilayah Perseketuan ketika ini berkata, UMNO Wilayah Persekutuan telah mengambil ketetapan sebulat suara menyokong pindaan tersebut dan berharap akan menjadi kenyataan. Sila klik DISINI, untuk baca kenyataan penuh beliau.
KONVENSYEN UMNO WP?
Sementara itu, Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pula dikatakan bercadang menganjurkan semula Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan. Wilayahkini difahamkan tugas tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Shafie Abdullah . Beliau yang juga Ketua UMNO Wangsa Maju dan Setiuasaha Politik kepada Perdana Menteri kini sedang berkerja keras untuk mengadakan sessi penerangan dengan bahagian - bahagian di Wilayah Persekutuan mengenai Konsep Satu Malaysia. Kali terakhir UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan pada Nov , 2006 ketika era Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Tema konvensyen ketika itu ialah "UMNO Wadah Perjuangan Memartabatkan Melayu Bandar". Antara resolusi yang diluluskan pada konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan pada tahun 2006 ialah - mendesak Majlis Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan diletakkan dibawah pentadbiran Kementerian Wilayah Persekutuan dan mendesak supaya DBKL mewujudkan satu hub baru ala Bintang Walk di persekitaran kawasan Sogo, Kompleks Pertama , Maju Junction dan Medan Mara. Sebanyak 24 resolusi diluluskan ketika itu.
Sejauh mana UMNO dan BN Wilayah Persekutuan telah "bangkit semula " selepas menerima pukulan yang cukup hebat pada PRU yang ke 12 dimana BN hanya menang satu kerusi di KL, satu di Putrajaya dan Labuan ?
Sementara itu, Wilayahkini juga dengar cakap - cakap politik diluar yang mengatakan 7 Ketua Bahagian dari WP tidak hadir pada majlis buka puasa bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Pengerusi UMNO WP di Masjid WP baru - baru ini. Sejauh mana kebenaranya tidak dapat dipastikan lagi.
(gambar atas Datuk Shafie bersama Tan Sri Muyhiddin dan Datuk Raja Nong Chik dan gambar bawah pula gambar kenangan Konvensyen UMNO pada tahun 2006 )
12 comments:
Hasrat UMNO Wilayah Persekutuan untuk mengadakan Konvensyen sesuatu yang patut diberi sokongan. dengan kovensyen banyak cetusan idea dapat dikutip.
Pada Konvensyen yang akan diadakan nanti,dicadangkan dibuat pengumuman apakah 24 cadangan yang diutarakan dalam kovensyen UMNO sebelumnya telahpun dilaksanakan semuanya atau hanya sebagai resolusi yang tak bermaya?
jika benar ia tidak bermaya maksudnya hingga terpaksa dibuat kovensyen baru yang akan datang ini bahawa Datuk Najib harus diberi pikul untuk bertanggungjawab menyemak semula resolusi lama kerana beliaulah telah diberi AMANAH MENERIMA RESOLUSI TERSEBUT untuk merealisasikanNYA.
Tema yang di utarakan sebelumnya cukup menarik " UMNO Kearah Memertabatkan Melayu Bandar " dengan demikian harapan kita setiap kovensyen,seminar dan apa sahaja program yang dianjurkan oleh UMNO hendaklah Perkataaan " UMNO "mesti disebutkan kerana usaha UMNOlah telah membawa kesejahteraan kita diWilayah Persekutuan.
Salam,
Saya rasa banyak perkara yg masih tidak menyenangkan segelintir ketua bahagian. Agak bahaya sekiranya Pengerusi Perhubungan negeri tidak diantara kalangan KB itu sendiri. Sapa mau dengar cakap2 Hishamuddin, Muhyiddin, Safie Afdal. Strategi ini hanya sesuai utk 'short term solutions'. Lepas cepat bagi balik kpd yang layak.
Kadangkala pemimpin atas lupa benda2 ni. Mereka ini kurang grip sbb info line kurang tepat. KB semua berlakun depan Pengerusi Negeri.
Ramai yg tidak hormat. Apa nak jadi!
Contohnya di WP, bagi aje kat tawke Dato Suleiman, dah lama tak merasa jd bos negeri. Dulu beliau champion, sekarang tak tahu le ...
Kita tengok rakyat dan ahli mula benci kpd pemimpin yg tak sedar diri nak duduk kerusi KB selama mana mungkin. Nak berniaga di atas kerusi KB. Lihat saja di WP, Dato Suleiman MOhd contohnya, dah tidak berkesan lagi lagi. Tidak terlintas ke nak bagi tugasan KB kepada timbalannya. Mungkin Dato Suleiman terasa malu nak menunjuk muka di perjumpaan atau Mesy Negeri sbb hampir kesemua KB di wilayah adalah org2 muda, bersemangat dan mampu memberi nafas baru kpd UMNO.
Mcmana nak tunjuk muka dlm meeting dia seorg saje org lama.Cukup2 lah Dato. Dah lama sangat pun. Anak pun dah jadi Ketua Pemuda, apa lagi nak. Takkan nak bagi anak jd calon kot. (hilang akal jadinya)
Kesimpulannya, Presiden parti tidak perlu menanti utk ambil risiko selepas pemilihan bhg utk memperbetulkan parti sebaliknya sudah boleh utk memberi tanda/signal sapa yg layak mengemudi parti di peringkat bhg. Byk perkara yang sudah di buat, apalah salah kiranya menentukan kepala bhg. Andaikata hari ini kita tukar 60% kepimpinan bhg nescaya UMNO Pulau Pinang, WP, Perak, dan bbrapa negeri lagi akan perlahan2 di sayangi.
Fiki-fikirkan lah.
Sebahagian ahli UMNO sampai naik jemu, Anak bini senyum sinis, member2 dok perli, bangsa lain memprovok kita, semua KB senyap fasal 1 Malaysia, tak tahu ke, malas ke atau tidak bersetuju. Hanya PM aje melalak, KB bhg tidak pernah nak bagi ahli faham pun. Mcmana rakyat dan jiran nak faham!
Kunyup dan basah baru dan cari teduh!
SUARA
Hari ini KB tiada suara, semua sepi, takut hilang jawatan, tidak popular dan lembab.
Bangsa lain tiup semangat rasis kita tidak berani komen. Hero Melayu yg kita namapak Dato Ibrahim Ali.
Salam dan akan bersambung ...
drp, Anak Melayu Cool

Kenapa dinegara kita,tukar saja pemimpin akan terdapat gagasan baru, sedangkan yang lama masih ditakuk lama.Sekarang 1 Malaysia,lagi menambahkan pening.Rakyat dah jadi Seperti Tok Batin yang disumbat dengan berbagai jenis tembakau.
Yang jadi mangsa adalah rakyat,pening dan keliru, Rakyat sedang derita terutama Rakyat Kuala Lumpur,Memandu dalam KL pun kena Tol, keluar KL apatah lagi, Rumah Tol bagaikan belukah.
Agaknya pemimpin2 ini mencipta gagasan nak bagi rakyat pening supaya tidak sempat memikirkan masalah sendiri?
Jangan banyak sangat Pemimpin berlakon jadi pejuang kepada rakyat,Tangan Kanan Hulur tangan kiri Cekau.Rakyat sekarang tidak lagi buta huruf.
DiWilayah Persekutuan banyak perkara yang memalukan bila melibatkan Ketua bahagian. Ada Ketua Bahagian yang belum pun bergelar DATUK, telah memakai gelaran DATUK,sebab itulah rakyat menyampah dengan UMNO,pemimpinnya buat sesuatu pakai sedap sendiri,Ini perkara bukan boleh main-main ini adalah urusan yang melibatkan Istana.
Ingin dicadangkan Konvensyen UMNO akan datang dengan Tema KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN WILAYAH LEBIH PERKASA.
ORANG LUAR JADI PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI, IBARAT SEPERTI TELOR SUDAH TIADA DIHUJUNG TANDUK.
TELOR DAH TIADA, TANDUK JUGA TIADA YANG ADA HANYA PENGLIPUR LARA DARI LUAR .
ITULAH HAKIKATNYA.
Ketua bahagian tak datang meluat dengan Syed Ali.
Sekarang bukan masa buat program untuk syok sendiri,sekarang sudah berubah.
salam..
Harap dapat layari blog www.puterilembahpantai.com untuk aktiviti terkini pu3 kami..
8 Ketua Bahagian tak hadir.Jangan jadi macam negeri Terengganu sedah lah. Tulah, tak guna popular di bahagian aja, kena popular di Kuala Lumpur.
Apa nasib UMNO WP selepas ini ?
Saya harap Datuk Shafie,Ku Nan, Datul Zulhasnan dan Tan Sri Muhyiddin kena duduk dan bincang.
Merekalah boleh kembalikan kekuatan UMNO WP selepas ini.
Fikirkanlah para pembesar negara.
Polemik UMNO Wilayah Persekutuan ini macam tak ada kesudahan.KENAPA? Dulu masa Datuk Seri Zulhasnan Rafique adalah jugak nampak sikit taringnya.Tapi ada yang boikot dia. Tapi sekarang lagi teruk.
Masing - masing nak jadi hero. Zulhasnan Rafique MT dari WP. Ku Nan Setiausaha Agung UMNO , Raja Nong Chik pula MT yang juga walaupun dilantik serta Menteri Wilayah. Tapi kenapa WP lembab lagi ?
Konvensyen Wilayah Persekutuan cadangan terbaik.Lantik Zulhasnan Rafique untuk jadi Pengerusinya.Najib kena pandai atur strategi.
Dato Shafiee tiada pengalaman yang luas dalam mengendalikan konvensyen di Wilayah Persekutuan.
Sepatutnya Datuk Raja Nong Chik lebih sesuai menjadi pengerusi,kerana beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Nerangkap Menteri Wilayah Persekutuan.
Memberi kepada Datuk Shafiee jadi pengerusi Konvensyen yang akan datang seperti ada sesuatu...?
Isu tarian Pendet dan semakin sejuk mari kita lihat Datuk Shafiee cipta tarian baru...yang lebeh panas dan hangat.
Jika seperti laporan mengatakan 7 Ketua Bahagian tidak hadir bersama Tan Sri Mahyuddin nampaknya telah ada satu petunjuk sesuatu yang tidak kena.
Adakah Semangat kenegerian atau mungkin MENGANGGAP Tan Sri sebagai orang luar Wilayah , kerana itu rasa hormat terhadap Tan Sri mungkin sikit kurang ? sebelum ini semasa Yang Teramat Mulia Tengku Adnan menjadi Pengerusi Perhubungan Wilayah telah pun ada Konvensyen, konvensyen itu juga telah membuat keputusan Wilayah Persekutuan hendaklah diurus tadbir oleh orang Wilayah Persekutuan sendiri.Menolak sebarang campur tangan orang luar.Pada konvensyen itu juga meminta Kementerian Wilayah DiWjudkan dan Menteri Wilayah adalah orang Wilayah Sendiri.
Persoalannya pada majlis berbuka puasa itu,Dato Raja Nong Chik pun ada bersama!,Apakah kehadiran DRNC tidak cukup meningkatkan rasa hormat Ketua-ketua Bahagian? DRNC orang Wilayah yang mungkin telah dilihat oleh pucuk pimpinan,Mempunyai ciri kepimpinan yang disegani,boleh bercampur,rajin turun padang dengan harapan adalah jalan yag terbaik dapat menyatukan pemimpin UMNO.
Jika kedua-dua tokoh hebat itu, hadir berada di majlis tersebut tidak dapat menghimpunkan Ketua Bahagian seperti yang dilapor, nampaknya seperti akan atau semakin parah Konvensyen yang akan diadakan hanya yang akan menjadi peserta nanti mereka yang didatangkan khas untuk menghabiskan MENU tengahari dan MENU petangnya terpaksa dibungkus untuk edaran Ahli Jawatankuasa.
Post a Comment