Saturday, September 5, 2009

SYED ALI KECEWA DENGAN KENYATAAN HISHAMUDDIN !

KUALA LUMPUR 5 Sept,
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee kecewa dengan sikap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri.
Mengulas perkembangan isu terbaru mengenai isu kepala lembu di Seksyen 23 , Shah Alam, beliau agak kecewa dengan kenyataan Hishamuddin yang dilihat tidak begitu sensitif terhadap perasaan umat Islam.
" Dalam isu ini , kenapa reaksi Hishamuddin berbeza? seolah - olah kerajaan lebih utamakan sensitiviti kaum india, orang Islam yang berarak bawa kepala lembu sebabnya nak dirikan kuil di kawasan 90% Melayu, tak sensitif ke ", tegasnya. Sila klik DISINI, untuk baca komen lengkap.
Sementara itu, rakan blogger Saudara Rahman Hashim pula mengulas mengenai isu yang sama. Beliau berkata " Minta tolong jangan nyalakan api perkauman. Kalau nak berunding mengenai isu Kuil Hindu Seksyen 23 Shah Alam itu, mengapa masih ada dikalangan kita yang menampakkan kebencian terhadap agama lain? Boleh tak jangan aibkan UMNO sehingga parti melayu ini terjebak dengan emosi perkauman ?", katanya. Sila klik DISINI , untuk baca komen Rahman Hashim di Locengwangsa.
Sementara itu, di Danau Kota Wilayahkini difahamkan ada sebuah Kuil Hindu dan sebuah Surau yang jaraknya hanya 500meter sahaja sekian lama sambil di kelilingi oleh kondominium mewah . Saya nampak disana, Kuil dan Surau bagaikan " adik beradik " dan cukup aman penduduk di sana.

13 comments:

Anonymous said...

Betul kata Datuk Syed Ali. Pemimpin kita sekarang ni terlalu sangat bagi muka pada bangsa lain. Jangan sampai bangsa sendiri meluat dengan pemimpin sendiri baru tau. masa tu, menyesal pun tak guna.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Saya sokong kenyataan Datuk Syed Ali. Kenapa agaknya Datuk Hishamudin melatah-latah. Nak tunjukkan bahawa ia seorang yang serius menjalankan kerja atau cuma menjaga kerusi? Jangan pula stail kerja di Kementerian Pendidika terbawa2 ke KDN pulak...

Melayu Mudah Lupa said...

Salam 1 Malaysia,

Pada pandangan saya, kita tak perlu untuk mengeruhkan lagi keadaan yang telah terlalu kusut dengan permasalahan Kaum Melayu kita akhir-akhir ini cuma saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada penduduk Seksyen 23 Shah Alam khasnya dan kepada seluruh penduduk Selangor yang beragama Islam amnya yang telah mengundi Pakatan Rakyat yang mana hasilnya sudah pun mereka rasai sekarang.Belum pun reda dengan isu Penjualan Arak kini timbul isu yang terang-terang tidak mengambil kira sensitiviti AGAMA ISLAM itu sendiri. Kepada PAS yang berada didalam PR Selangor, sanggup anda berdiam diri sedangkan ISU ini melibatkan AGAMA yang menjadi asas perjuangan anda, Janganlah kerana Jawatan Politik, Agama dipandang remeh, Persoalannya apa Isu Terbaru selepas ini ????

Mydin Tanjong said...

Inilah pemimpin kita... nak ambil hati walaupun cakap tak serupa bikin. Mana pi Hisham yang gah pegang keris nak pertahan Melayu dan Islam? Porah!

Pasai tu la orang Melayu dok lari ke parti lain. Jangan salahkan UMNO, salahkan pemimpin UMNO macam Hisham ni.

Tak taulah sampai bila nak sedark!

Anonymous said...

Syed Ali selalu meluahkan rasa kecewa,bila dia nampak terdapat kesempatan untuk meraih perhatian peluang ini tidak dilepaskan.

Melihat kepada reaksi Datuk Hisyam ia lebih bersifat kepada kesejahteraan masyarakat.

Syed Ali harus sedar,Kesalahan pemimpin PKR Selangor yang tidak cermat,gopoh dan berfikiran sempit,yang hanya memikirkan survival politik semata ,telah mengheret orang seperti Syed Ali yang suka menumpang kaki cukup akan mengeruhkan suasana.

Saya melihat Datuk Hisyam,mengambil pendekatan bijak,teruskan pendekatan bijak ,yang bijak sahaja akan dapat menyelamat dunia.

Pemimpin LANGAU seperti Syed Ali sensetif jangan mencampuri urusan kerana pemimpin seperti ini bukan kearah kebaikan,malah menambah beban kepada negara.

Anonymous said...

Islam agama yang Terbaik.Semua bangsa yang normal yang tidak meletakkan prangsangka akan akur dengan kenyataan ini.

Islam tidak akan memulakan kejahatan selagi ianya tidak diganggu gugat.Rasulullah masuk ke Kota Mekah dengan tidak setitik pun darah mengalir, ini adalah kerana Islam telah meletakkan asas yang kuat bahawa sesiapa sahaja yang bernaung di bawah panji Islam, mereka akan merasa aman dan bebas menjalankan urusan harian.

Namun pun begitu Agama lain yang mengajak penganutnya berbuat baik,adalah juga dilarang samasekali menimbulkan keresahan apatah lagi membangkit kemarahan dan kebencian dari penganut Islam.

Di Shah Alam semua ini bukanlah angkara orang beragama,TETAPI meeraka yang bertopeng agama dan bermain dalam kancah politik kesukuan yang sempit.

Anonymous said...

Minta la.. Syed Ali ulas sikit apa yang dia faham mengenai kata-kata yang keluar dari Datuk Hisyamuddin.

Supaya pembaca boleh faham ?

Anonymous said...

mengapakah kini DW Syed Ali cuba bersuara seolah2 menunjukkan sikap mempertahankan Islam dan Melayu?

Suatu ketika tidak lama dahulu, negara juga dikejutkan dengan kes yang hampir serupa di Melaka di mana daging babi dan seumpamanya telah disimbah di hampir serata sebuah perkampungan Melayu di Melaka.

Dimanakah suara mereka yang seolah2mempertahankan Islam dan Melayu tadi berada????

Adakah ketika itu kerana tiada jawatan di peringkat tertinggi maka mengambil sikap acuh tak acuh sahaja??? Saya bukan cuba mempermainkan isu perkauman tetapi BOSAN dengan sikap pemimpin AMNO yang talam dua muka dan berpura2 membuat kebajikan tetapi hati busuk dan hanya mementingkan periuk nasi sindri dan kroni!!!!!

TOLONGLAH!!!!!!

Anonymous said...

Mengapa selalu begini jadinya, terdapat pemimpin mangaku dia yg terlebih Melayu adalah mereka dari berdarah kacukan sperti Syed Ali, malah berlagak hebat dan ego pula membuat sesuatu kenyataan seolah-olah datangnya dari suara Melayu Islam.

Bagi menghalalkan tidakannya,telah menggunakan UMNO sebagai tiket untuk menjadikan dirinya Gah.

Bukan kerana dengki Syed Ali pegang jawatan,Biarlah taraf pemimpin yg nak pegang jawatan diperingkat Wilayah Perekutuan ada High Standard sikit dan ada klas,

Syed Ali selalu memberi sesuatu reaksi yang tidak cermat dan kelakuannya yg diperlihatkan dari klas pemimpin yang cukup haprak kerap sangat ditunjukkan perangai yg cukup memalukan .

Hasrat Datuk Raja yang ingin merampas Wilayah dari tangan pembangkang selalu digendalakan oleh Syed Ali Low Class ini.

Semasa baru sahaja DRNC memegang jawatan Menteri WP ,Syed Ali Low Klas bermacam idea diberikan kepada DRNC,Satu pun DRNC tak ikut, Syed Ali L.K ingat dia mudah mempengaruhi DRNC,Sorry Syed Ali DRNC bukan Low Klas.

Syed Ali ini Jika dia buat sesuatu kerja selalu dia nak tunjuk dan bagi orang kata dialah yang terbaik, kalau orang lain buat sesuatu jika terdapat sikit sahaja kekurangan dia akan gemburkan seolah-olah orang berkenaan cukup tidak berguna, kemudian dia akan tebuklah labu yang dah siap bagi bertambah berlubang.Contohnya cara dia menyerang Datuk Hisyamuddin.

Semasa kerajaan Melaka, spesis ini berpakat dengan spesis mamak Melaka, tumbangkan kerajaan Melayu Melaka, mereka sanggup bantu Portugis. Saya ada bukti sejarahnya. atau pun bacalah banyak tulisan Allahyarham Haroun Prancis mengenai spesis ini.

kepada Syed Ali Memadai pegang sahajalah Ketua Bahagian Cheras,kalau rosak pun nama, Cheras sahaja yang rosak, tidaklah sampai Wilayah Persekutuan yang kena bahananya.

Untuk mu Syed Ali LK.

Anonymous said...

Cekodokmasin.

Siapa yang melatah-latah dan nyayuk!,Datuk Hisyam beliau menjalankan tugas, Syed Ali siapa? Hanya Setiausaha Perhubungan Negeri sahaja,tetapi kenapa lebih banyak bercakap dari Presiden Perhubungan Negeri?

Lebih Bubur dari sudu.

Anonymous said...

BENDERAKU ADALAH NEGARAKU,TUMBANG BENDERA TUMBANG NEGARA.

Apa yang berlaku peristiwa membakar Bendera Malaysia " Jalur Gemilang ", dengan kain rentang "Hapuskan Rakyat Malaysia,Ganyang Malaysia " oleh rakyat Indon primitif lagi bangsat sungguh sakit hati bercampur marah yang meluap bagi diri saya.

Mengapa mereka sanggup berbuat begitu kepada Negara kita dan orang kita,sedangkan kita dapat menerima orang Indon sebagai sedara kita.Kita pun suka pergi bercuti kesana,Malah ramai dari orang kita suka memperisterikan orang indonesia sebab kerana ada satu perasaan dan mengganggap seperti berada dalam suasana dan rumpun keluarga terdekat.

Peristiwa bakar bendera diikuti mereka mencari rakyat Malaysia dg membawa buluh runcing dan senjata parang ke hulu ke hilir satu kerja yang sungguh menguji kesabaran kita.

Sebagai rakyat Malaysia,Peristiwa ini cukup memberi pengajaran, bahawa kita harus sentiasa berwaspada , kemungkinan ada kalangan mereka yang membawa buluh runcing dan parang ,dalam peristiwa membakar bendera Malaysia Di Jakarta, akan menyusup kenegara kita, dan bila-bila masa boleh mencetuskan hura hara.

Adalah dicadangkan kepada pemimpin dan pihak keselamatan negara , supaya semua kemasukkan warga asing kenegara ini KHUSUSNYA oRANG iNDONESIA hendaklah ditapis sehalus-halusnya, dan mereka yang berada di negara ini lebih dari had waktunya ,nyahkan mereka segera sebelum perkara lebih buruk menimpa negara.

Nyahkan mereka bukan ada cacat celanya, ,Jika kita dituduh tidak berperikemanusiaan, kita nyahkan mereka untuk balik kenegara tumpah darahnya,bukan nyahkan kedalam hutan untuk dimakan haiwan, contohilah Singapura.

Anonymous said...

Salam. Kita perlu bertindak secara professional dan janganlah hanya pandai bercakap tapi satu sen pun tak guna.
Saya dulu amatlah tabik ngan Datuk syed Ali ni...tapi sejak2 ni semua pekung dah terbuka. Slalu aje lantang bercakap pasal perpaduanlah..melayulah dan macam2 lagi. Tapi pandai bercakap aje. Dulu masa tak de jawatan dia pun tak beri kerjasama kat pucuk pimpinan dahulu...la ni asyik dok mengampu aje. Pemimpin jenis apa kah nii. Siapalah yang dok pilih dia jadi Setiausaha...mengampu aje lebih

Anonymous said...

Betui tuu..Ketua Bahagian kuat mengampu, ketua puteri pun sama..memang kuatlah teramatnya kuat mengampu. Cakap lebih tapi keja satu habok pun tarak. Kes Macamana ketua puteri dia jd ketua puteri negeri satu hal...kaki pengampum. Apa dah dia buat utk Puteri Wilayah...satu sen tak boleh harap. Dok bodek pas tu memecahbelahkan Ketua2 puteri bahagian di Wilayah. Dia dok cakap Ketua Puteri A mengata ketua puteri B, pas tu dia cucuk ketua puteri C lak...dia kata Ketua puteri A yg kata..sememangnya ketua2 puteri bahagain yg lain tak mengata pun tp dia yg dok tukang cucuk. Mana nak org bagi support coz dia yg dok main api supaya tak bersatu supaya hal dia yg dok mengata ketua2 puteri bhgn. Ntahlah apa nak jd ngan Puteri Wilayah nii. Rasanye dia belajar ngan Syed ali laa nii. Pelik Kak Ros boleh dengar cakap minah nii. Dia tak tahu dulu nii minah nii tak pun sokong dia. Orang lain yg buat keja dia dapat nama...coz dia ni kan kaki ampu...world class nye.