Tuesday, January 12, 2010

ISU PUSAT HIBURAN DI JALAN P.RAMLEE - DBKL CAKAP TAK SERUPA BIKIN .......

KUALA LUMPUR 12 Jan ,
" Dalam masa satu jam pertemuan bersama Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan masalah pusat hiburan itu (Jalan P.Ramlee) boleh diselesaikan sedangkan banyak lagi masalah rakyat di Wilayah Persekutuan tergantung bertahun - tahun tidak dapat diselesaikan ", kata Ketua Pemuda UMNO Kepong Norizan Ali.
Norizan berkata demikian kepada Akhbar Sinar Harian bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat terlalu mementingkan pusat hiburan daripada menyelesaikan masalah rakyat. Tindakan terburu - buru DBKL membenarkan lima pusat hiburan di Jalan P.Ramlee memperbaharui lesen dan beroperasi semula adalah tindakan yang tidak boleh di terima oleh rakyat. Sila klik di sini Clubs can renew licences if they keep to permitted sound level untuk baca komen Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Ning Chik.
Pergerakan Pemuda UMNO Kepong tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat kerana ianya membuktikan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ( PBT ) terlalu mementingkan keuntungan dari memikirkan masalah sosial melibatkan belia.
Sementara itu seorang pembaca yang bernama Mahmud Nor dalam emelnya kepada Wilayahkini berkata " sebelum ini Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan main berikan amaran mengenai tahap kebisingan di kelima - lima pusat hiburan tetapi tak sampai dua hari jer DBKL dah tolak ansur dan bersetuju untuk membenarkan mereka beroperasi kembali. Kalau macam ini , Datuk Bandar tak payahlah cakap besar. Kalau nak masuk politik , letak jawatan dan masuk politiklah. Kalau nak buat , buatlah betul - betul. Tak payah ambil tindakan dari awal - awal kerana mereka pun dah lama beroperasi kat sana.Jangan pulak nak tunjuk kuasa dan berlagak macam hero dalam TV . Jangan jadi cakap tak serupa bikin lah.."

Wednesday, January 6, 2010

APA CABARAN PU3 UMNO WP UNTUK TAHUN INI ?

KUALA LUMPUR Jan 6 2010 ,
Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan memulakan tahun baru 2010 dengan mengadakan program bantuan persekolahan kepada pelajar istimewa dan susah sekitar Wilayah Persekutuan baru - baru ini.
Sila klik -Utusan Malaysia Online - Kota , untuk baca berita selanjutnya. Walaupun ada yang tuduhan yang mengatakan " Pu3 WP kurang menyengat" sepanjang tahun 2009, kita berharap akan ada lebih banyak program untuk memperkasakan lagi Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan untuk tahun ini nanti.
ANDA ADA CADANGAN NAK DI KONGSIKAN ? sila emel kepada wilayahkini@gmail.com !
Sementara itu, Wakil dari Pu3 Lembah Pantai Hasryza Jabar(gambar) memaklumkan kepada Wilayahkini "Semua Puteri dijemput hadir ke program UMNO Juara Rakyat yang akan diadakan pada 9hb Januari (Sabtu) di Hulu Selangor pada jam 8.30 pagi. Bas disediakan di Stesen LRT Bangsar bermula jam 8 pagi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Kak Uda @ 012-4202066"

Friday, January 1, 2010

SALAM TAHUN BARU 2010

SALAM TAHUN BARU 2010 kepada semua pembaca setia Wilayahkini.
Kita berharap 2010 akan memberi satu harapan baru kepada kita semua dalam semua bidang yang kita ceburi. Seperti dijanjikan , Wilayahkini akan tampil dengan imej baru pada tahun ini dalam sedikit masa lagi bagi memberi liputan yang lebih menarik dan terbaik . Apakah harapan anda pada tahun ini ?