Tuesday, April 6, 2010

PENGERUSI BN : SHAFIE DI WANGSA MAJU DAN JAYANTHI DI SEGAMBUT !

KUALA LUMPUR April 5,
Ketua UMNO Wangsa Maju , Datuk Shafie Abdullah (gambar)yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju. Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look yang juga merupakan Mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan. Pada PRU yang ke 12, Yew Teong Look tewas kepada Wee Choo Keong dari PKR. Perlantikan Shafie dikatakan telah memberi satu tamparan yang kuat kepada Yew Teong Look di Wangsa Kerana beliau memang mengidamkan kawasan tersebut untuk penggal yang ketiga.Dengan perlantikan tersebut sudah ada ura - ura kerusi Wangsa Maju akan dikembalikan semula kepada UMNO ?
JAYANTHI DI SEGAMBUT
Manakala di Segambut pula, Jayanthi Devi Balaguru(gambar) dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Segambut. Perlantikanya mengejutkan pelbagai pihak di Kuala Lumpur kerana julung kalinya seorang wanita dilantik ke jawatan tersebut. Jayanthi juga merupakan Setiauasaha Wanita Parti Gerakan Malaysia.
Jayanthi yang juga Pengerusi Wanita Gerakan Wilayah Persekutuan dikatakan bakal diturunkan sebagai calon BN di Segambut pada PRU yang ke 13 nanti ?
ZULHASNAN KEKAL DI SETIAWANGSA
SEMENTARA itu, Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique telah dilantik semula sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Setiawangsa.

9 comments:

Anonymous said...

Tahniah Dato Shafie... teruskan perjuangan

Anonymous said...

Tahniah Dato Piee,teruskan perjuangan menjadi juara rakyat,30 tapak bazar malam Danau Kota disewa RM 1.500.00 setiap satu ,cukup murah,Rakyat diDahulukan Penjaja dipekenakan.1 Malaysia sudah tahu.

Anonymous said...

Hormatlah sikit Dato Shafie pemimpin yang kami sayangi itu ada Dr, janganlah tinggal Huruf tersebut.....

x ajk UMNO Seg. Bahagia said...

Jayanthi.. lu mau jadi calon PRU 13? boleh, takde hal.. Segambut Bahagia pagi ni banjir lagi..
gua mau tengok apa lu boleh buat dulu..

Anonymous said...

Kau orang ni asyik komplain pasal UMNO WP tak bergerak,bila UMNO buat aktibiti hampa tak join,kerja hampa tak dak lain.makan minum hampa tiap hari dengan Umpat Keji,Hoby hampa tiap hari bagi orang malu,Amalan hampa tiap hari Balas dendam.

Tan Sri jadi Pengerusi perhubungan hampa kata tak bergerak, bagi hampa orang lain semua tak bagus,Tak apa lah, kalau macam tu Pengerusi Perhubungan kasi lah sama dato raja, dia pun orang tempatan Wilayah, biar dato raja yang mentadbir WP.Tan Sri bagi dia lebih masa utk tadbir negara,tak payah duk layan org2 UMNO WP yang tak beridentiti.

Tak beridentiti lagi tak bermaruah.........

Anonymous said...

Sy tetap menyokong kepimpinan Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah...


Anak Jati Wangsa Maju

Anonymous said...

kenapa la ada org mcm hazrisham kat segambut? bodoh piang..tau nak main pompuan je. bini ke mana..

Anonymous said...

harap-harap lepas ni janganlah Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah... malas nak g turun kenduri atau menziarah orang mati yer... jangan sombong dengan penduduk... bantulah mereka dengan sumber yang ada... Malaysia untuk semua kaum... so kena bantu semua kaum....

Anonymous said...

dato shafie lu nasihatkan lu punya kroni jangan nak berlagak mentang mentang lu setiausaha najib..satu wangsa maju tau lu punya kroni sama lu makan duit peruntukkan pada rakyat sebanyak rm 450,000....duit lima juta tpm bagi pun lu sama lu punya kroni pun dah buat kira-kira...mati makan duit haram ok lagi tapi jangan mati tinggalkan duit haram pada keturunan dan anak bini jadi selama-lamanya darah daging hasil duit haram