" Dalam masa satu jam pertemuan bersama Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan masalah pusat hiburan itu (Jalan P.Ramlee) boleh diselesaikan sedangkan banyak lagi masalah rakyat di Wilayah Persekutuan tergantung bertahun - tahun tidak dapat diselesaikan ", kata Ketua Pemuda UMNO Kepong Norizan Ali.
Norizan berkata demikian kepada Akhbar Sinar Harian bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat terlalu mementingkan pusat hiburan daripada menyele

Pergerakan Pemuda UMNO Kepong tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat kerana ianya membuktikan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ( PBT ) terlalu mementingkan keuntungan dari memikirkan masalah sosial melibatkan belia.
Sementara itu seorang pembaca yang bernama Mahmud Nor dalam emelnya kepada Wilayahkini berkata " sebelum ini Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan main berikan amaran mengenai tahap kebisingan di kelima - lima pusat hiburan tetapi tak sampai dua hari jer DBKL dah tolak ansur dan bersetuju untuk membenarkan mereka beroperasi kembali. Kalau macam ini , Datuk Bandar tak payahlah cakap besar. Kalau nak masuk politik , letak jawatan dan masuk politiklah. Kalau nak buat , buatlah betul - betul. Tak payah ambil tindakan dari awal - awal kerana mereka pun dah lama beroperasi kat sana.Jangan pulak nak tunjuk kuasa dan berlagak macam hero dalam TV . Jangan jadi cakap tak serupa bikin lah.."