Thursday, December 10, 2009

"PEMUDA PAS WP DAN GERAK" DESAK SPRM SIASAT SET POL PM !

KUALA LUMPUR 10 Dec,
Isu yang melibatkan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafei Abdullah nampaknya kini semakin hangat dan yang terkini menyaksikan Pemuda Pas WP dan Gerak Malaysia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) untuk menyiasat segala tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong.
Gerak Malaysia turut menggesa SPRM dengan kadar segera menyiasat dakwaan salah guna kuasa Shafie seperti yang telah diungkitkan oleh Wee Choo Keong.
" Jika tidak ada tindakan daripada pihak SPRM, maka dakwaan yang disebut di Parlimen itu telah dianggap remeh", kata Pengerusi Gerak Mohd Nazree Mohd Yunus kepada Malaysiakini.
Sila klik DISINI, untuk baca berita penuh mengenai laporan tersebut.
Sementara itu, sekiranya Wee Choo Keong melabel Shafei sebagai Mr .Political Toll , UMNO Cawangan Gombak Selatan pula melancarkan kempen besar - besaran terhadap Wee Choo Keong dengan melabelnya Mr.Political Badut . (sepertimana tertera di poster)
Sila klik DISINI , untuk baca Choo Keong aka Mr.Political Badut daripada UMNO Gombak Selatan.
Wilayahkini juga dengar ada pihak mahu anjurkan perjumpaan menyokong kepimpinan Shafei Abdullah selaku Ketua UMNO Wangsa Maju dan Ketua Penerangan BN dan UMNO WP pada hujung minggu ini , tetapi Wilayahkini tidak dapat pastikan kebenaran berita tersebut.Kita sama - sama nantikan.

35 comments:

Anonymous said...

Tahnniah Gombak Selatan, jom kita pulun dia. Lancarkan kempenya dengan segera dan kami di Setiawangsa akan turun bantu Pie. Kami orang UMNO sayangkan orang UMNO bukan pembangkang.

Anonymous said...

Poster UMNO Gombak Selatan memang menarik. Inilah semangat kita pertahankan pemimpin kita. Harap Wilayahkini dapat siarkan wawancara khas dengan Datuk Pie.

zoo negara said...

Mr.Political Toll Vs Mr.Political Badut.

Anonymous said...

Tahniah kpd Umno Gombak Selatan, kita lancar serangan bertubi-tubi terhadap MP yg tidak bertanggungjawab dan tidak gentleman ini. Atas kelemahan diri sendiri, orang lain yg hendak dipersalahkan. Game Plan yg paling bacul setakat dlm sejarah politik di WM. Ayuh kita.

Kepada Dato' Pie, kami akan tetap bersama membantu Dato' dlm menghadapi dugaan ini, insyaallah. Kemenangan pasti berpihak kpd Dato'.

Putrajaya.

Anonymous said...

Nampak sangat Dato Shafie spt dalam kepanasan, Tak perlu Dato Shafie menaja terlalu banyak kaki ampu yg semuanya hanya utk sedap saja.

Dalam suasana sebegini jgn kita mengelabah, tak kiralah UMNO Gombak Selatan atau sesiapa shj yg memuja Dato Shafie diminta ambil lah bertenang, jangan mengambil pendekatan Ganster.Jangan tunjuk salah sdgkan Dato Shafie tidak bersalah.

Jalan keluar yg terbaik masih banyak dan luas dihadapan,pendekatan berhemah juga belum lagi digunakan dalam mencari jalan terbaik kpd isu ini,
nasihat saya belajarlah spt Tun Mahadzir jangan panik jika tidak bersalah.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Astagfirullah... Janganlah disalah anggap dengan memfitnah kami ditaja oleh Dato' Shafei Abdullah hanya untuk membela beliau.

Kami hanya ingin mengajak kesemua warga UMNO Wangsa Maju bangkit bersatu untuk menentang Pakatan Pembangkang Wangsa Maju.

Ini bukan soal Dato' Shafei sahaja. Ini soal maruah parti kita yang sudah sekian lama bertapak di W.Maju.

Kita sebelum ini tidak pernah mengkritik mana2 pemimpin pembangkang di Wangsa Maju. Kita menjalankan tugas seperti biasa, tanpa sebarang masalah.

Namun, sikap Wee Choo Keong aka Mr. Political Badut yang bersikap bacul memfitnah Dato' di Parlimen telah menaikkan semangat kami untuk menyedarkan ahli2 kita untuk bangkit.

Kita diam, tak pernah usik, tak pernah bersuara dalam soal Pengendalian dan Penyelewengan AP Wangsa Maju, Mr Political Badut ni. Kita tahu kelemahan dia. Tapi kita tidak pernah bongkar secara terbuka. Kerana apa yang lebih penting bela nasib Warga Wangsa Maju.

Tapi nampaknya diam kami tidak membuahkan hasil positif. Kami ditempelak.

Apa guna jadi ahli UMNO jika tidak menjadi Wira Rakyat. Apa guna jadi ahli UMNO jika kita biarkan pemimpin kita dipijak Pembangkang. Jika bukan kita ahli UMNO yang bertindak, siapa lagi?

Inilah niat murni kami. Tidak timbul soal tajaan dari mana2 pihak seperti yang berlaku di 'beberapa' laman blog di 'luar' sana.

Kami akan terus mempertahankan maruah parti UMNO...

Anonymous said...

SPRM APA LAGI...!!! SIASAT JER...!!! PARLIMEN SUDAH LULUSKAN UNTUK DISIASAT...!!! JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA...!!! MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA...!!!

pergerakan wanita wangsa maju said...

Salam Satu Malaysia,

Kami warga WM bukannya kaki ampu tetapi demi memperjuangkan maruah untuk orang Melayu.PKR hanya menanti maut.

Tengoklah sendiri apa jasanya PKR kepada orang Melayu atau memang buta.

Kami tetap memberi sokongan padu kepada pemimpin yang memperjuangkan
hak orang melayu.

Hidup Dato Pie, Hidup Melayu.

Anonymous said...

bila terdesak...mula cerita pasal melayu; bila dah terkena...mula cakap pasal perjuangan; bila dah kantoi....baru cakap pasal persahabatan; bila dah nak tergolek...baru cakap psl rakyat.

umno gombak selatan - boleh menyokong, tetapi janganlah sampai mengangkat pemimpin rasuah...itu sahaja. jangan ingat jadi pemimpin di dunia...di mahsyar tidak ditanya. x lalu nak jawab nanti...

piee kata nak sokong org berniaga secara halal...baru satu kes. apa cerita john tee? apa cerita bkt kiara development? jawablah sekali...ini tidak. yg boleh jawab...jawab; yang tidak...diam.

wanita w maju - amacam rombongan ke jakarta/bandung tajaan piee? ada bagus? banyak shopping ya?

tahniah lah...umno w maju yg bakal rebah di pintu .... sendiri mahu ingat....

Anonymous said...

Inilah yg dipanggil BAPAK KETAM Nak Mengajar Anak Ketam berjalan tapi dia sendiri jalan tak betul. Jika sekiranya WCK si badut ini menuduh Dato' Pie menyalahgunakan kuasa sebgi Setpol PM ( jika sekiranya berasas ), begitu juga dgn si badut.

Sudah terang lagi bersuluh, WCK menyalahgunakan kuasanya sebagai MP WM utk menuduh mangsa yg tidak mempunyai hak dan autoriti utk menjawab di Parlimen. Cara pengecut dan tidak bertanggungjawab.

Ramai masih tidak sedar ianya hanyalah agenda peribadi WCK yg semakin hari semakin terdesak.

Kepada Anon yg menuduh kami ditaja dsbnya, rasional le sikit. Cakap besar idak le, tapi pendapatan/gaji aku sebulan boleh le nak cover Anon di atas pegi buat haji laki bini. Jgn ingat kami ni lekeh sangat.

Jurutera Profesional.

Anonymous said...

SETUJU DGN UMNO GOMBAK SELATAN...

KAMI BUKAN KAKI AMPU MAHUPUN DIBAYAR UNTUK PERTAHAN DATO' PIE...

APA YG KAMI LAKUKAN INI HANYA UTK PARTI, DEMI PARTI & DEMI RAKYAT WANGSA MAJU....

"TERUSKAN PERJUANGAN"

ANAK JATI WANGSA MAJU

Anonymous said...

DALAM HAL MACAM BUKAN AMPU MENGAMPU YANG DIPERSOALKAN TETAPI KITA PERLU PANDANG JAUH JAUH KENAPA HAL INI BERLAKU.POKOK SEKARANG TAK PERLU ANGIN UTK BERGOYANG TETAPI MEREKA MEREKA YANG DI TAJA INI YANG JADI MONYET.
SPRM HARUS SIASAT DENGAN TELUS UTK BUKTIKAN KEMAMPUAN SIASATAN.
SIASAT AJALAH...

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Sokongan Blog UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN ke atas Dato' Shafei berdasarkan keperibadian Dato' sebagai seorang pemimpin.

Kami amat rapat dan mengenali beliau. Dan setakat hari ini, Dato' menjalankan tugas dengan baik di samping sering turun padang menyelesaikan masalah penduduk di sekitar Gombak Selatan.

Malah, Dato' Shafei antara yang berjuang untuk menyelamatkan Tanah Rizab Melayu (Tanah Tradisi Melayu) di kawasan kami ini. Itu perasuah ke?

Nak harapkan Mr. Political Badut? Restoren2 Cina sahaja dibangunkan... Kami di kampung2 Melayu di kawasan W.Maju dibiarkan. DBKL nak ambil tanah kami, ada Mr. Political Badut turun ke tempat kami? Tmpat Cina adalah...

Siapa yang racist? Kami?

Ini yang menyebabkan kami tampil membela Dato'. Sebab ketrampilan dan Identiti Dato' amat menitikberatkan semangat Membela Warga Wangsa Maju.

Dato' tidak mengugut DBKL seperti Mr. Political Badut ni. Salah sikit, Menyalak kat Parlimen.

Dato' amalkan Diplomasi, yang menyebabkan : -

Sehingga hari ini,
Tanah Kami masih kekal,
Sehingga hari ini,
Peniaga2 Melayu dapat mencari rezeki halal,
Sehingga hari ini,
Mayarakat Kurang Upaya di tmpat kami dibela.

Dato' tidak pernah mengganggu aktiviti ekonomi bangsa lain.
Masing2 diberi ruang untuk menikmati kehidupan masing2. Ada masalah, kita bincang. Kita amalkan smeangat perpaduan kaum. 1Malaysia..

Tak de macam Si Badut ni, masalah sikit, Menyalak....

Itu yang Si Badut ni tak puas hati. Tgk Dato' Shafei baik dgn Melayu. Baik dgn Cina. Baik dengan India.

Tak puas hati dengan peniaga2 di Uptown.. Melayu pulak tu.. Dia ingat Peniaga Uptown tu kaya raya.. Mereka semua hidup sederhana, ada yang susah.. Janganlah disekat dan diherdik orang macam ni untuk mencari rezeki halal.

Yang Cina, diangkat, dijulang... Restoren Cina bersepah2.. Kerusi Meja kalau blh smpai ke tgh jalan lah.. Smpai kereta nak lalu pun xblh.. Xpulak Si Badut ni Menyalak kat Parlimen...

Melayu, celah2 longkang dicampak.. Siapa yang berjiwa rakyat sekarang? Siapa yang racist?

Inilah sebab kami menyokong kepimpinan Dato' Shafei. Tak ada bagi duit2 upah ke, komisyen ke, apa ka... Buat apa...

Jumpalah Dato' Shafei kalau ada masalah ke, tak puas hati ke.. Dato' Shafei xde masalah. Kami jumpa kt kedai makan je.. Tak payahlah bersikap pondan macam Si Badut ni.. Menyalak kat Parlimen.. Taulah kamu tu Ahli Parlimen, Dato' tu, orang biasa je.. Xduduk kt Parlimen..

Nape? Takut Dato' lawan kamu next election ke?

Fikir2lah.... Inilah sbb kami menyokong DATO' SHAFEI ABDULLAH.. KERANA SEMANGAT KEPIMPINAN DIA, MENEKANKAN SEMANGAT 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..

Sekian...

Anonymous said...

sdr jurutera profesional,

x payah taja orang pergi haji la...sendiri pergi haji. kalau pg haji dengan duit rasuah buat apa? buat dosa? silap haribulan balik nanti gila isim...merayap kat uptown tak tentu hala...

rasanya di w maju, orang umno khususnya tak ada jurutera....kalau setakat driver teksi...jangan lah mengaku jurutera. buat malu kampung sahaja...

ya lah...semua yg pakai mercedez di wmaju tu semua 'ulat piee' di MOF kan...dulu aktif di MINDEF; sekarang MOF...

orang tahu lah kawan...jangan rahsia. jurutera profesional konon...merayap cari projek kelas F untuk dijual...jurutera konon...

pi rahhhh mabuk. melayu rasuah!

Anonymous said...

SAPA KATA DALAM UMNO WANGSA MAJU XDE JURUTERA..... ADA KO SEMAK PROFESSION PEMUDA BAHAGIAN?

KALAU X TAHU APA2 JGN SEMAKKAN RUANGAN KOMEN NIE....

"AKU TETAP AKAN BERJUANG MEMPERTAHANKAN DATO" SHAFEI ABDULLAH"...

ANAK JATI WANGSA MAJU

ustad kg wardieburn said...

Khas buat penyokong kuat perasuah di wangsa maju.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188 Maksudnya:

“Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Manakala sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tabrani, Mafhumnya:

“Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”.

Sekadar ingatan. Janganlah masuk ke lembah yang hina. Khusus buat 'jurutera' (juruteran) profesional dan umno gombak selatan.

Anonymous said...

Bro Anon, kalau lu berani kita boleh jumpa. Itulah melayu, suka memperlekehkan bangsa melayu yg berjaya. Aku cakap aku boleh taja Bro. Anon pegi haji pakai duit gaji aku, bodoh. Takkan le duit gaji aku sendiri kau cakap duit rasuah, sukahati kau je. Aku yg penat lelah keje, kau cakap duit rasuah. Kau tanggungle dosa tuduh aku makan duit rasuah hasil dr keje aku sendiri. Mintak kau bertanggungjawab, aku keje dari tahun 1997 sampai sekarang tahun 2009, so kau tanggungle dosa makan gaji aku selama 12 tahun hasil dr rasuah. Moga Allah buka petunjuk utk Bro Anon yg sawan.

Kalau nak aku boleh buktikan, kita berjumpa le secara
gentleman. Itulah fikiran kau singkat sangat, di (WM ramai yg sudah berjaya. Bukan aku sorang saje, ramai yg berkelayakan profesional, kita cakap ikut fakta, Bro Anon cakap ikut Awtar. Nak bangga diri tu idakle, tp aku Degree in Mech. Eng with Honours in 1997, registered Profesional Engineer, Ir 2002. Jgn pandang rendah kat bangsa melayu bro, yg penting melayu hasil dr DEB.

Anti melayu yg pandang rendah & hina bangsanya sendiri.

Anonymous said...

Kpd Ustad Wardieburn, kalau anda nak perli dan pandang rendah org lain, ustaz betulkan lah dulu diri dan selalu pandang cermin. Inilah yg dipanggil Ustaz Con, atau Ustaz palsu, pengetahuan & ilmunya tak seberapa ttp mengaku dirinya Ustaz.

Setahu kalau Ustaz ni, tak ada nak perli2 org tak tentu pasal, juruteran konon. Aku boleh buktikan di dlm WM ramai yg dah berjaya menjadi golongan profesional spt Dr, Peguam, Jurutera, Pilot dsbnya. Jgnle nak perli2 pulak.

Lagipun mana ada Ustaz nak menuduh org rasuah tak tentu pasal, kita bukannya berada dikedudukan yg betul utk tuduh org buat perkara yg tak baik, itu semua kerja Allah S.W.T. Biar Allah yg tentukan. Kalau seseorang itu boleh lepas dr duniawi insyaallah Tuhan akan balas balik di Padang Masyar nanti. Begitu juga kpd org yg menuduh tak tentu pasal.

Anonymous said...

Bro Anon yg duduk dlm gua WM, keluarlah kau dari gua & bercampur dgn masyarakat. Dah berlambak dah melayu di WM yg sudah berjaya. Kau & anak2 kau je yg belum beroleh kejayaan sebab hati kau sendiri sgt busuk. Aku bukannya nak cakap besar, memang aku Jurutera.

Kau je yg keje bawaj teksi, bila takde duit nak minta belas kasihan Dato' Pie. Bila Dato' Pie tak layan, itu yg dia jadi musuh dalam selimut tu. Antara org yg terkilan le katakan.

Aku buat komen dlm blog ini tanpa ditaja walau satu sen pun, dgn nama Allah. Tapi sebagai human nature, aku mempertahankan Dato' Pie kerana beliau belum pun dibuktikan bersalah, beliau hanya dituduh oleh MP yg mempunyai kepentingan peribadi.

Kepada Ustaz, tak payah le nak sibuk urusan org lain kalau pembawakan Ustaz pun tak betul. Setahu aku, agama Islam melarang umatnya menyakiti hati org lain tetapi kalau sebagai Ustaz pun dah pandai nak perli-perli org, bawak2 lah bertaubat. Jgn-jgn Ustaz ni bawak ilmu sesat.

Aku berani bersumpah, aku memang Jurutera. Tanggunglah dosa fitnah dan nak memperkecilkan bangsa dan saudara seagama sendiri.

Bukannya niat nak berlagak atau sebagainya, tetapi apabila ada Bro Anon yg memperkecilkan dan mempermainkan profesion anak bangsanya sendiri, aku rasa terpanggil utk menegakkan kebenaran.

Aku memang Jurutera Profesional.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Laila Haillallah,

Ustaz Kg. Waddieburn memberi penjelasan kepada kami seolah-olah Dato' Shafei telahpun bersalah.

Ustaz Kg. Waddieburn, mmg benar apa yang kamu kata.. Tapi, jika Dato' Shafei benar2 melakukan rasuah. Jika tidak? Kan telah jatuh fitnah. Ustaz tahu tak apa hukum memfitnah orang lain?

Janganlah menggunakan firman Allah untuk menghina dan memalukan orang. Kelak memakan diri kamu Ustaz.

Allah Maha Mengetahui. Kita tengoklah nanti sejauh mana kebenaran ini semua

Anonymous said...

Umno gombak jangan banyak sangat nak pertahankan piee,apa yg piee buat kau org tahu semua ke.Depan kau org dia lah hero bijak semut pun tak mampus.

Kalau kau org berhajat sangat nak bela piee khususnya UMNO Gombk Selatan,aku bagi satu cadangan mudah,suruh lah ahli parlimen BN yg paling rapat dg piee atau yg paling berani didewan Parlimen sanggah WCK.

Sehingga ini seorang pun AP tak mahu masuk campur,YB Dato Nazri pun sdh beri kenyataan tidak boleh amalan genster dilobby parlimen.

Ini brmaana AP semuanya sangat tahu siapa piee,atau pun dg kata lain AP tidak mengundang Ganster ke Lobby Parlimen.

Saya setuju dg satu pandangan bahawa Piee dlm kepanasan,jika piee sdh tunjuk kepanasan maka akan datang lagi banyak perkara songsang yg UMNO gombak Selatan tidak tahu.

Anonymous said...

Ustaz kg wardieburn konon, eja perkataan ustaz pun salah (dia eja "ustad")... nampak sangat pendusta. Aku akan tetap pertahankan Dato' Pie...


ANAK JATI WANGSA MAJU

Anonymous said...

Salam seperjuangan untuk Dato Shafiee,

Mungkin saya ini org tak pandai apatah lagi cerdik pun tidak seberapa,namun pun begitu hati kecil ini tak sanggup melihat kes yang Dato lalui ini dilibatkan mereka yg tidak tahu hujung pangkal perjalanan sebenarnya.

Saya telah meneliti kes Dato ini semakin hari semakin membesar sehingga keluar dari tajuk asalnya,sebab terjadi begini nampaknya seperti ada pakatan supaya sesiapa sahaja yg bersimpati atau kenalan kpd Dato agar mengambil bahagian, Untuk menghalang memeraka berbuat demikian bukan lah mudah krn memereka juga ada tujuan dan sebagainya.

Kenyataan Dato tlh buat,itu sudah cukup utk menyatakan pendirian dan menyanggah tuduhan,Mintalah kepada sesiapa sahja yg menyokong Dato supaya mereka jangan melayan lagi kes ini.

Budak nakal lagi diapikan barannya dia akan mahu sahaja bergaduh,untuk elakkan bertambah panjang bertambah parah atau dengan kalimat lain nya sokong membawa rebah elok lah Dato minta kekawan dimana saja mereka berada cukuplah sampai disini.

Anonymous said...

Penyokong Dato piee,

Yang kuat membela kg Chubadak ialah Dato Kamarudin Ambok bukan Piee la...Susu punya lembu sapi punya nama....tarak malu...

Bila mau cakap semua tempat mesti mahu tengok,depan belakang kiri kanan. jangan lupa atas atas mahu tengok bawah pun tengok juga...ada paham..

Anonymous said...

Dato Piee adalah Hero yg tlh menyatukan Ketua-ketua Bahagian Dalam WP di janda Baik.

Tak kan lah sorang pun tak ke depan membela dato Piee, Nampaknya ketua2 bhg tak mengenang budi jasa Dato Piee yg begitu besar diWP langsung tidak dihargai.Bukan senang nak panggil naik pentas org yg keras kepala lagi cerdik macam dato azim naik pentas,Dengan Dato Piee semuanya menikus.

Inilah yg dikatakan org UMNO,seperti kacang lupakan kulit.

Anonymous said...

mana Tengku Adnan langsung senyap sunyi, kenapa biarkan Dato Dr Shafiee keseorangan ,jangan biarkan pembangkang merosakkan nama seorang dari pelapis UMNO yang ada potensi menjadi pentadbir negara tanpa apa pembelaan.

Anonymous said...

Kepada Bro Anon diatas, sebelum nak tanya kpd org lain, tanya kpd diri sendiri dulu. Kau pun tahu ke apa yg Dato' Pie buat dlm masa 24 jam sehari. Kau pun tidak berada dikedudukan yg sesuai utk memperkatakan dan menfitnah Dato' Pie. Kau hanya mendengar org lain kata atau Hear Say.

Paku Dulang Paku Serpih,
Mengata Org Lain, Bro Anon yg lebih.

Bro Anon, kau jagalah diri sendiri dan keluarga kau elok2, tak payah nak sibukkan hal org lain kalau diri sendiri pun tunggang langgang.

Anti Penyibuk, buat semak je.

Anonymous said...

juruteran yang perasan,

umno gombak selatan - tanya razak kalau betul dato' piee al-rasuah tidak main duit. cakap dengan jujur. buat sumpah dalam masjid.

sudahlah, busuk dato' piee dan umno w maju satu negara dah tahu. kalau setakat gombak selatan dan juruteran yang perasan mahu mempertahankan...buang masa.

tahniahlah gombak selatan; kerana terus menggembirakan hati kaum keluarga dengan wang rasuah. terimalah akibatnya nanti.

piee x main rasuah - korang buat aku gelak lah.

juruteran...teruskan meneran ya. moga2 terbuanglah najis rasuah di badan tu...jangan jadi darah daging.

MAT SIRAT said...

Salam Semua,

Pertambahan kaki f.... maaf ini bukannya sesi mencarut, sebenarnya kaki fitnah...

Belum2 lagi ada yang mendahului pengawai penyiasat, takut nanti malu sendirian ...

Benda yang tiada kes, usahkan AP, ADUN pun susah nak layan... Kalau sdra mengukur tahap kebersalahan seseorang dengan gerakan pembelaan, bla, bla dan sebagainya, nampaknya tuan/puan sendiri dah tersasar jauh dan terlanjur...

Jangan persoalkan Tengku Adnan, baliau punyai tanggungjawab yang lebih GABAN dari melayan kerenah ???

Fitnah timbul atas 'keistimewaan' ataupun kecacatan diri sendiri tidak mampu bersaing dalam suasana yang adil dan saksama... Jangankan dek kerana polimik 'terdesak' ataupun 'tertekan', tidak perlulah dihuraikan tentang keburukan orang lain...

Janganlah dek 'kegelabahan' orang lain, tuan/puan menjejaskan diri sendiri sehingga sanggup memfitnah dan menganiyai orang lain...

Jangan sampai fikiran negatif melewati kebaikan platform alternatif milik WILAYAHKINI...

Jangan perkecilkan orang lain, jangan persoalkan taraf 'kejuruteraan' orang lain...

Selidiki dan bertatihlah dengan FAKTA; jangan sekali-kali ghairah menunggangi DUSTA...

teman dr Segambut said...

salam, teman nak khabor pd kaki tuduh dan kaki fitnah kat luar sana, x payah lah rosakkan title ustaz utk memfitnah dan jatuh hukum kat org lain sewenang-wenangnya.. insafla..
skrg org nak jatuhkan bgsa melayu ni mudah sgtla pulak teman tgk,Si WCK ni tunjuk kononnya di perihatin kat melayu pd masa sama nak tanam MELAYU tp segelintir yg gila babi kat luar sana tak sedar!!!!
Isu yg dia bwk ni pssl restoran melayu,apa!! korang x biasa tgk ke brp byk restoran cina yg x ikut peraturan,blok jalan suka2,ada dia kecoh ke?? isu up town Danau kota,siapa yg berniaga kat situ??org kaya ke??suma peniaga melayu yg nak cari makan kecil-kecilan,,itu pun dia nak tanam,,cina berniaga sampai kaya raya ada melayu kacau ke??? bila ada pemimpin melayu nak support org melayu sikit,d tuduh macam2,dah tu byk lak yg melayu gila babi kat luar menyokong atas sentimen politik...

teman tau bukan suma melayu sokong umno, tp jgn la sampai bgsa lain amik kesempatan nak hancurkan bgsa kita atas dasar politik sempit korang tu...
Bukan suma yg berniaga kat up town tu sokong umno,byk yg sokong pembangkang,tp isu remeh ni x penah timbul pun...yg penting kita nak tolong melayu maju d bumi sendiri tanpa mengganggu bangsa lain.....jgn lah setiap kali pemimpin melayu di tuduh orang melayu turut sama memijak atas dasar sifat PHD BGSA KITA YG TINGGI tu.... teman rasa x ada negara dlm dunia ni yg bangsa majoritinya di tekan oleh bangsa minoritinya yg x sedar diri mcm d Malaysia ni...
Isu perkauman pun x penah timbul sebelum ni, tp skrg isu tu depa yg mainkan,,,pas tu tuduh umno bukan2..pikirkanlah saudara suma...

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Inilah sikap kita yang suka menuduh sesama kita tanpa usul periksa..

Tidak mengapalah... Kami di Blog UMNO Gombak Selatan bersyukur dengan 'pahala' yang diberikan atas tuduhan dan kutukan maki hamun sekalian.

Cukuplah keterangan yang kami berikan sebelum2 ini. Tidak perlu kami terangkan berulang kali.

Kami tetap berpendirian akan memastikan Pemimpin kami dan UMNO Wangsa Maju tidak akan diherdik, dipijak dan dihancurkan oleh Pembangkang dan mana2 kumpulan atau individu yang suka UMNO Wangsa Maju hancur.

Kerana ini tanggungjawab kami. Bagi memastikan UMNO Cawangan dan Bahagian kami kuat dan utuh. Kerana parti kami, UMNO, berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Anonymous said...

Buka mengecilkan sesiapa tetapi ini soal maruah Dato Shafiee adalah bakal pemimpin muda negara yang namanya sedang menjulang, Dato Shafie sudah mula menunjuk jasa.

Pemimpin spt Dato Shafie bukan calang keberanianya sanggup mengajak perwakilan pada persidangan Agong UMNO malaysia agar menjadikan masjid dan surau tempat sebenarnya orang2 umno kembali kepada jalanNya.

Dato Shafie sanggup kena boo...dari seluruh perwakilan yang hadir,tetapi ini adalah hak beliau menegur supaya orang UMNO perlu berubah.

Pemimpin UMNO lain hanya berdiam saja.Dato Shafie mesti dibela.kerana ada keberanian.

Anonymous said...

Soal apa yang dikatakan oleh WCK tentang Dato Shafei tu benar atau tidak, dan samaada WCK tu wakil rakyat yang baik atau tidak sebenarnya bukan punca polemik sekarang. Puncanya ialah Shafei mempersoalkan ucapan dalam Dewan oleh WCK. Budaya apa tuuuhh? Orang yang bijak, dia tahu bahwa apa yang diucap didalam Dewan ada immuniti. Karpal cakap pasal Sultan Perak pun ada immuniti, inikan pulak pasal Shafei. Jadi bodoh lah pemimpin UMNO yang serang ahli Dewan diatas ucapan dia, walau pun dia kata serang dengan 'manja'. Manja atau lemah lembut itu persepsi seseorang. yang penting nya memang benar Shafei ada mempersoalkan isu ucapan tersebut. Jadi apa yang nak dibela sangat..dia nak jadi hero atau samseng, biar lah dia sendiri yang tanggung, jangan lah terbawa-bawa konon nya dia baik, hebat, hati mulia dan lain lain..dia telah bertindak bodoh jadi biarkan Jawatankuasa Dewan yang memutuskan nya.

Anonymous said...

Dato Shafiee balik Pekan tak laku betul ke?

Org ramai suka jumpa Dato Sheikh, pegawai Dato Najib yang cukup berjiwa rakyat,berbudi bahasa,tidak sombong,Tahniah Dato Sheikh jika semua peg Dato Najib begini 1 Malaysia aman...

Anonymous said...

Salam
Jangan silap tafsir...Dato Sheikh tu luaran saja rendah diri...rumah dia harga berjuta...jam puluh ribu...baju batik dia je beratus ratus harga nya..sebulan gaji rakyat biasa..semua pegawai kanan menteri sama je...dah kaya belaka..itu yang membuat masyarakat muda yang terpelajar ni naik muak ngan UMNO. Yang muda macam Shafei dan geng sahabat nya semua nak naik jadi pemimpin di Bahagian dan Negeri sebab habuan nya lumayan. Jadi buat lah kerja amal skit skit mengabui mata orang macam Gombak Selatan dan Wanita Wangsa Maju. Bila orang bawah macam tu memuja muja dan meng 'hero-worship' maka senang lah mereka mengadap 'bos bos' dan minta habuan untuk diri sendiri. Kuah yang meleleh ditepi pinggan tu dapat lah kepada macai macai yang suka keliling dia orang saban hari tanpa ada usaha meningkatkan kemahiran diri.