Tuesday, December 8, 2009

" NORZA LANGSUNG TIDAK DI BANTU " - MAHADHIR SULAIMAN

PENJELASAN MAHADHIR SULAIMAN
DIKEMASKINIKAN PADA 8hb Dec 2009
" Saya menyeru agar pihak berkenaan menghentikan tohmahan yang dibuat kerana mereka baru sahaja di dakwa, jika tidak kita ahli UMNO yang bantu siapa lagi hendak bantu.
Tiada agenda tersembunyi ,cuma kita mahu membela pemimpin UMNO itu sahaja jadi tidak ada apa - apa kepentingan disebalik pelancaran tabung ini dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berharap rakan Pemuda di seluruh negeri menyokong usaha untuk mengerakkan tabung ini", kata Mahadhir Sulaiman bagi mengulas mengenai tindakan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan pelancaran tabung bantuan guaman Datuk Norza Zakaria. Sila klik DISINI , untuk baca kenyataan penuh Mahadhir yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO WP dan juga reaksi dari Info Pemuda UMNO Segambut.
Berita sebelum ini di Wilayahkini......
KUALA LUMPUR 26 Nov,
Tabung Bantuan kutipan pembiayaan kos guaman perbicaraan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dilancarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Segambut Mahadhir Sulaiman baru - baru ini.Mahadhir yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan menggesa kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia supaya jangan menghukum pemimpin jika sekiranya kesalahan yang dilakukan belum terbukti.
" Saya harap UMNO dapat mengkaji perkara ini kerana jika ia terus berkeadaan sedemikian, UMNO akan dilabel sebagai lupa diri kerana tidak berusaha untuk membela nasib pemimpin - pemimpin yang selama ini bertungkus - lumus berjuang bersamanya", katanya.Mahadhir menegaskan pengantungan keahlian Norza Zakaria tidak wajar dibuat kerana tiada sebarang keputusan membutktikan beliau terlibat dengan rasuah.
" Baru dakwa tetapi UMNO sudah hukum , gantung atau pecat keahlian seperti seolah - olah sesiapa yang di dakwa kerana terbabit dalam salah laku disiplin memang sudah sah buat. Dalam hal ini Norza langsung tidak dibantu, malah UMNO juga tidak sediakan sebarang khidmat guaman menunjukkan seolah - olah UMNO mengetepikan terus pemimpin yang baru di dakwa".
Kata beliau, kepimpinan tertinggi perlu peka kerana jika UMNO tidak bantu siapa lagi yang akan bantu, dan keadaan ini sebenarnya hanya akan memperlihatkan kelemahan UMNO yang ketara di mata pembangkang.
" UMNO perlu berubah jika hendak dapat sokongan penuh rakyat dan pemimpin - pemimpin muda yang bersemangat untuk berjuang denganya, jika hal sekecil ini tidak dapat diberi perhatian keyakinan orang akan luntur malah orang akan gerun hendak masuk UMNO kerana apa - apa berlaku kena tanggung sendiri", katanya lagi. - Sumber Sinar Harian
APA PANDANGAN ANDA ?

57 comments:

Anonymous said...

mahadzir sebenarnya tak faham fakta.. jangan nak jadi kaki ampu kalau tak mampu..Norza tu miskin ke orangnya..? Soal hukuman bukan engkau yang tentukan.UMNO ada caranya sendiri untuk selesaikan masalah. so duduk diam-diam dan makan donat.

bosan dgn mahadhir... said...

ya Allah, ada lagi jenis Ketua Pemuda yang bangang macam ni. Untuk apa dibantu? Apakah UMNO kena bantu semua yang terlibat dengan rasuah? Kaki ampu mcam Mahadhir ni patut beritahu siapa yang menganiaya siapa? UMNO menganiaya Norza; atau si mangkuk tu yang menganiaya UMNO?

bantuan kewangan? norza perlu bantuan kewangan? gila ke apa? mahadhir di dah gila? jual la segala macam kereta mewah yang dia ada...touareg, x6, (mahadhir takkan tak tahu).

atau mahadhir ni dah dimarah norza sebab tak buat apa nak defend dia? susah cari makan dengan pemimpin rasuah ni...

sampai makan rasuah pun kena pertahankan...

majulah pemuda segambut dengan rasuah...

Anonymous said...

Hai ..kepada ahli umno yang terkena atau dikena rasuah/menyalahi kuasa atau tatatertib UMNO ,so tangunglah sendiri,itu nama UMNO nak perubahan,dari atas kepada akar umbi.saya cadangkan kot ada lagi tu tolonglah sampai kepaa yang berwajib.jangan ada masuk bawah carpet sudahlah.
dari pemuda atas pagar.

Anonymous said...

Mahadzir,kes Mahkamah jangan masuk campur,kau ingat mahkamah macam lantik kau jadi Ketua penerangan, main suka-suka....
sudahlah buat malu...jangan nak tunjuk pandai..urus diri sendiri dulu...

T Alizan said...

UMNO tidak patut membantu mana-mana pemimpin UMNO yang di dakwa atas tuduhan jenayah termasuk tuduhan rasuah.

Isu samada pemimpin itu mampu atau tidak bukan persoalannya. Sesuatu kesalahan ataupun tuduhan jenayah patut ditanggung sendiri - knape plak nak mohon UMNO tolong? Rakyat lain yang kene tuduh pun kene bayar sendiri - knape pemimpin UMNO perlu di layan secara spesial?

Anonymous said...

salah seorang yang kna tangkap bersama2 norja adalah orang yg cuba backing dia....
sebb tu dia menyalak lebih supy norja dibantu.... ~atukranggi~

Anonymous said...

kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang...... mahadhir dah banyak kena suap dengan norza ker.... tak tak rasuah buat apa sprm nak susah-susah nak dakwa norza.....

inilah petunjuk yang rasuah berleluasa... dalam keadan macam nipun mahadhir nak main wayang lagi. takkanlah norza tak mampu kot?????? mahadhir ni dah buta hati, buta fikiran, buta akal agaknya.

nak raih simpati konon..... mahadhir orang sekarang dah celik dan berfikir yang mana baik dab tak baik macam norza tu......


** nak tanya banyak ke dapat derma untuk norza

x larat tgk pemuda wilayah said...

membayangkan betapa 'level' pemikiran KP di Wilayah ini tahap yang teramat mundur. kalau mangkuk ni KP luar bandar tak apa la jugak...ini dalam town. ingat orang muda nak beli ke isu macam ni tuan...aduh, buang karan sungguh...

kp segambut ni tak layak pakai nama yang hebat macam tuh...buat malu.

derma untuk norza....aku masih lagi terguling-guling ketawa. bini dia seluk poket pun dah ada berjuta...nak derma kepala *&%^$ apa...

Anonymous said...

Saudara Mahadzir,apalah engkau nie buat statment macam budak hilang akal macam mana engkau boleh jadi ketua pemuda segambut? engkau dapat duit dari norza ke masa pemilihan yang lepas? Apakah dalam kes macam nie UMNO nak campur tangan dalam hal mahkamah? Hilang kepercayaan rakyat pada mahkamah jika kes ini tidak dibicarakan dengan seadil-adilnya. Buat saudara Mahadzir, didiklah pemuda umno disegambut jangan amalkan rasuah nanti buruk akibatnya.dah cukup jangan buat kenyataan apa2 engkau tu budak baru belajar politik,jangan nak mengampu tak kena tempat. Kalau engkau nak bantu sangat engkau pergi kelantan dengan terengganu jaga ayam .itik dia orang dari lemas

Anonymous said...

Hai mahadzir,politik sekarang pemuda dah matang sapa yang dia nak pilih,kita tidak main lagi system rakit,chai yang di buat WP putrajaya,AJK semua pakai Chai, sb tu ikut aja telunjuk ketua.buat malu aja. Perasuah pastikena hukum ...baru ada perubahan.

muda belia said...

panas n kontroversi kenyataan KP segambut...

banyak persolan boleh dikupas dr bicara beliau cthnya:

dibicara tapi belum jatuh hukum dah kena 'hukum'

semangat setiakawan dlm UMNO cuma semasa ada berkuasa n berjawatan

bersedia berkorban, dikorban n terkorban demi kelangsungan politik UMNO

xsependapat bkn bermakna xsehaluan melahirkan buah fikiran adalah atas individu yg menilai sesuatu perkara

sebenarnya masih banyak persoalan yg boleh disingkap dr kenyataan kontroversi ini... adalah penting kita berfikir secara kritis akan titik permasalah jgn komen yg melalut...

mata masyarakat semua tertumpu kpd kita...UMNO sedang melalui saat2 yg getir jika kita masih xboleh berfikiran terbuka utk mendengar pendapat2... bagaimana perubahan yg diwar2kan oleh Presiden UMNO.

p/s mengocak air dalam cawan jgn sampai melimpah!

Anonymous said...

DERMA PADA NORZA HAHAHAHAHAHAHAAHH! MASA DIA JADI SETPOL SAPA YANG DIA TOLONG! MAHADHIR JANGAN CARI PUBLISITI MURAH KAU PERGI MAHKAMAH BUKAN MEMPEJUANGKAN AGAMA BANGSA ATAU NEGARA!!!!! APAHAL LAK KITA NAK KENA BANTU KAU YANG MERASUAH!!!! APA NORZA PERJUANGKAN UNTUK PEMUDA! MASA PILIHANRAYA UMUM PUN LARI PERGI TASIK GELUGOR ...APA DIA JAGA WILAYAH?????? Semua program bahagian jadi program dia NORZA PEMBOHONG DAN PENIPU!!!!!!

Penerangan Bahagian said...

Assalamualaikum

Hebat sungguh hukuman dan penentuan yang dilemparkan pada insan bernama Mahadir yang cuma nak menolong rakan seperjuangan. Bukan kah itu hak dia ? Hanya sebab beliau KP Pemuda Wilayah maka dia tak boleh menyuarakan pandangan dan usaha beliau ? Wahai sahabat seperjuangan, buka lah minda jangan jadi 'katak dibawah tempurung'. Sekurang kurang nya Mahadir bukan jenis yang 'masa senang bersama bila susah tanggunglah sendiri'. Insaf lah dan tanya lah diri tuan seikhlas ikhlas nya..berapa ramai pemimpin yang lepas dalam pemilihan tidak guna politik wang walau pun hanya RM 100 untuk duit petrol datang dari jauh konon nya ??? Apa jadi kepada pemimpin yang benar benar kerja kuat tapi tak main politik wang. Lihat Shahrir Samad, apa jadi ?? Kalau Norza tidak tertangkap saya percaya mereka yang mengutuk Mahadir ini juga lah yang akan berkeliling dia mengharap sesuatu...jangan kita jadi hipokrit..kalau pun nak menunjukkan Mahadir silap pertimbangan tak boleh kah kita gunakan perkataan yang lembut dan lebih teratur dari mengutuk beliau dengan kata kata kesat ? Ini kah yang dikatakan ketuanan Melayu ??

Anonymous said...

tabung bantuan?

kau ni buta kayu punye pumuda bahagian la....

wangsa maju pun tolak dia,

norza boikot pru 12 di wangsa maju

tidak mengundi pada pru 12

tidak hadir mesyuarat pada pemilihan cawangan

tidak jadi perwakilan ke bahagian

ditolak pencalonan mkt di bahagian

rasuah

kene tangkap rasuah dgn sprm

kereta banyak

rumah banglo harga 3 juta


sekarang ni minta pembelaan dari ahli dan pemimpin atasan umno pulak?

Anonymous said...

Izinkan saya tumpang sekaki ,lain kali nak lantik ketua penerangan pemuda peringkat negeri kena pilih betul-betul atau betul-betul pilih.

Norza belum dituduh salah,SPRM pun tidak menjatuhkan hukum bahawa Norza bersalah,SPRM telah menggunakan saluran dengan membawa pertuduhan kemahkamah,kerja Norza senang saja hanya buktikan yang beliau tidak bersalah..itu saja.

Mengapa UMNO diheret dalam perkara ini? Mengapa Ketua penerangan Pemuda Wilayah membuat satu statement yang bercelaru..seolah-olah UMNO tidak mengambil berat? Atas tiket KPenerangan yg dipegang digunakan untuk menyalahkan UMNO pula,Kalaulah benar apa yg dikata tulis shj surat kpd Pengerusi Perhubungan Negeri atau Presiden Parti rungkaikan segala apa saja teguran yg terbuku dihati, elakkan publisiti murah yg memalukan.

Norza mencari UMNO, Norza dapat UMNO,bila Norza dapat UMNO,Norza mencari MKT .Norza dapat MKT,lepas itu Norza dapat jadi SETPOL.

Wahai KP Wilayah.UMNO sudah membantu Norza terlalu banyak hingga menjadi kaya raya ,Norza telah memperkudakan UMNO kesana kesini demi mencapai impian dan cita-cita peribadinya.Ditunggang UMNO menjelajah seluruh MELAKA krn nak jadi MP dan berbagai lagi, itulah Risiko jika sesaorang terlalu mabuk mahukan semuanya dalam satu masa untuk sesingkat jua.

Begitu juga KPenerangn WP yg mencipta mabuk untuk mendapatkan nama dalam masa yg tersingkat tanpa kerja kuat,pendekatan yg diambil dg cara yg mudah membuat statement tuduhan UMNO tidak membela,membuat tafsiran pemimpin UMNO Tertinggi tidak peka,Mengajar pula supaya UMNO perlu berubah jika mahu mndapat sokongan penuh rakyat jelata, apakah Ketua Penerangan Pemuda ini benar-benar berada dibumi nyata?

Jika tidak dibumi nyata maananya Ketua Penerangan Pemuda ini lebih dari mabuk mungkin sudah ada 5 persen ciri-ciri gila !

Anonymous said...

Mahadir, Kau ni bikin malu le,Norza satu malam pun boleh habis 6k dekat BP selambe je...kau nak cari derma pulak.

Tapi boleh juge,kau pegi cari toke BP minta derma bantu balik ahlinya dalam masaalah..

Along Pejuang Segambut said...

Nak komen sikit psal komen Alang ( Ketua Penerangan UMNO Segambut dan Setiausaha Biro Penerangan UMNO WP )
bagus betul pembelaanya pada Mahadhir Ketua Pemuda Segambut / Ketua Penerangan UMNO WP. Masa nilah nak tunjukkan Alang membela Mahadhir sampai sms pada kawan2 Mahadhir di Segambut..katanya " KP Segambut dihentam dan di perlekehkan hebat dalam blog Wilayah Kini. Komen saya pertahankan beliau dah disiarkan. Mana lagi suara pejuang Segambut? Ini lah masa nak tunjuk semangat setiakawan. Jangan kita fokus nak menjatuhkan sesama kita saja sedangkan bila pemimpin kita diserang...semua diam???"
Hipokrit dan Retorik sungguh Alang ni... Hebat mainan politik Alang dgn kata2 manisnya.." hanya Alang saja yang kenal Maniam di Segambut"
Negara ni ada undang2 dan demokrasi...jika kita dah tahu langgar lampu merah salah, yg kita pi langgar jugak buat apa. Jawablah di Mahkamah, biar mahkamah putuskan. Begitu jugak UMNO...UMNO pun ada peraturannya sendiri terhadap ahli2nya...Jika nak membela orang pun tengoklah apa kesnya, jangan nak membela sesuka hati atau pun kerana nak glamour menonjolkan diri..kenape pulak nak salahkan UMNO atau orang lain. Kenape tak tanya diri sendiri - apakah yang aku buat ini betul atau salah? UMNO itu tidak salah...yg salah ialah ahli UMNO itu sendiri yg lebih mementingkan kuasa utk diri sendiri. Itu sebabnya orang dah mula menjauhkan diri dari UMNO kerana terdapatnya manusia yg rakus dan hilang pedoman didalam UMNO itu sendiri... sudah geharu cendana pulak..kura-kura dalam perahu..." bukalah minda jgn jadi katak bawah tempurung" hanya Alang saja yg ada jawapannya...jangan jadi Lalang sudahlah.

Anonymous said...

kepada saudara alang,

saya tidak menghentam saudara mahadzir tapi cara beliau membuat kenyataan tidak kena.norza masa ada kuasa dia hanya menolong kenalan rapat dia sahaja bukannya semua ahli UMNO.Memang kita bersahabat tetapi apa nak kita kecoh-kecoh mahkamah belum jatuh hukuman lagi.Setahu saya Mahadzir buat press statment itu mrnunjukkan betapa dia mengambil berat tentang nasib norza atau lainnya membodek norza . apa kau orang semua ingat norza tak ada duit lagi ke?Dapatlah Mahadzir minta duit beli rokok,isi minyak keretaMahadzir banyakisu lain yang perlu pemuda wilayah ketengahkan .Sepatutnya mahadzir gunakan perkataan sahabat2 atau kawan2 seperjuangan untuk sama2 membantu norza itu yang betul.PERLU DITEGASKAN disini jika terdapat pemimpin UMNO yang didakwa rasuah politik atau apapun yang melibatkan mahkamah perlu disselesaikan sendiri.Jangan jadikan nama keramat UMNO itu digunakan sewenang-wenangnya.Saudar Mahadzir sebagai Ketua Penerangan pemuda wilayah perlulah berhati-hati sebelum membuat kenyataan jangan mencari publisiti nanti lain dapatnya.Saya menghargai sumbangan norza tetapi kita terpaksa menerima hakikat keadaanya skrg.Kalau semua hendak dibantu selepas ini makin ramailah yang berani berpolitikkan wang sebab semua kan dibantu jika didakwa.Buat Mahadzir jangan cepat melatah.

benci rasuah said...

Aku cadangkan Lembaga Disiplin tu bukak balik fail lama, walaupun bersalah tapi tidak dikena tindakan.................pun kena siasat balik, baru adil untuk membetulkan UMNO. Ini sampai bila2 orang berbunyi.................

rizal said...

Ini lah yang dikatakan ahli2 UMNO...
Bila bertelagah... kata2 kesat dikeluarkan... caci-mencaci di hamburkan... hina-menghina dilemparkan.
Ini lah juga bangsa Melayu !!!...
Melayu yang telah lupa asas2 perjuangan Bangsa... Agama & Negara.
Sedar lah wahai saudara-saudaraku... satu dunia akan membaca tulisan2 yang dipaparkan ini.
Walau apa pun yang dilakukan oleh saudara-saudara kita... mereka akan menjawab kepada Nya kelak. Mengapa harus kita menambahkan kekusutan & kekalutan Agama, BAngsa & Negara yang kita cintai ini...
Yang berada di 'sebelah' sana akan hanya mentertawakan kita jika membaca coretan-coretan saudara sekalian. Jika di waktu kesusahan, ada seseorang yang dinamakan 'kawan / sahabat' ingin membantu..... apakah itu salah ?
'It's the thought that counts'.....
Mengapa perlu di hina dan dicaci org yang mahu menghulurkan bantuan ? Jika saudara sekalian fikir ingin membantu, maka hulurkan aje bantuan itu. Jika tidak, maka apa salahnya hanya berdiam diri ?
Mengapa harus dipersoalkan keikhlasan seseorang ? Perkara sedemikian, hanya 'Yang Maha Esa' yang tahu.... bukan tugas kita utk menilai keikhlasan seseorang itu.
Adakah saudara ikhlas dengan membuat cacian & makian di sebalik nama 'Anonymous'.... ???
Mengapa tidak mempamirkan nama betul saudara agar dapat dikenali oleh semua ? Mungkin juga saudara pernah terlibat dengan orang2 yang saudara maki & cacikan ini ??? Maka .... keikhlasan saudara juga boleh dipertikaikan...

Hentikan shj kerja caci-mencaci ini utk kebaikan kita bersama....

Penerangan Bahagian said...

Salam untuk semua

Terima kasih atas komen Anonymous dan Along Pejuang Segambut kepada saya. Takpe lah tepuk dada tanya lah selera..jika saya retorik atau hipokrit sekurang kurang nya saya tidak menyorok dibelakang selimut dengan menggunakan nama samaran. Jika saya jawatan saya diperkenalkan sepenuhnya oleh Along (tak tau lah apa niat nya)kenapa beliau begitu 'berani'menyorok dibelakang nama samaran ? Ini kah kematangan dan kehebatan pemimpin melayu yang ada? Takde sepatah perkataan atau sebaris ayat pun saya kata apa yang Mahadir buat itu betul..sebalik nya apa yang saya katakan ialah pertama itu hak beliau, kedua itu semangat setiakawan beliau dan ketiga nya kalau nak menegur atau memperbetulkan beliau gunakan lah bahasa dan pertuturan yang bersopan sebagai orang melayu dan anggota parti. Kalau itu retorik dan hipokrit..Alhamdulillah..majulah melayu dan majulah UMNO.

Anonymous said...

Kepada semua yang coment diatas jangan la
jadi buta tuli, terima bulat2 je apa
yang telah ditulis dalam surat khabar...
Yang saudara Mahadir lancarkan tabung 2
untuk saudara KP Wangsa Maju saudara Taupik
yang tak semena2 jadi mangsa keadaan,beliau
telah dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM
kerana dituduh memberi keterangan palsu...
Tolongla siasat dulu sebelum mengutuk,
memaki hamun, mencerca orang, yang bodoh dan
bamgamg adalah kamu org sendiri...

din said...

rudy
cuba kita renungkan apa yang cuba di lakukan oleh saudara mahadir.semangat yang di tunjukan,siap kita hendak menilai ape norza ada berapa banyak dia boleh belanja besar mana rumahnya.semangat yang ditunjukan oleh saudara mahadir harus dipuji.berjuang bermacam cara. ini cara pemimpi yang betul. let the court decide if norza is guilty.he is inocent until proven guilty.mahadir tidak paksa kita menderma kalau tuan tuan rasa nak kasi kasi la
its a token untuk tunjuk kita memberi samangat kepada rakan seangkatan dengan kita. kepada mahadir dan juga pemuda segambut dan wilayah kita akan menjadi rakan biar ape datang kita tetap bersatu kerana kalau kita runtuh habislah melayu

Anonymous said...

Ini Zaman berterus terang,tidak berbangkit malu ditertawakan orang sebelah atau orang dalam,yang perlu dibuat oleh sesaorang menjawat sebagai pemimpin yg ada nama spt KP mesti berhati-hati dalam apa jua tindakan lebih-lebih lagi memberi pandangan cadangan atau ulasan.

Kerana Ahli UMNO tidak dapat bersuara utk memberi pendapat banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpinnya telah memberi kesan yang sangat buruk kepada UMNO.

O-Tai Sgbt said...

Salam...
Saya ni org lama di Segambut...
Saya kenal sgt org2 politik di Segambut & saya rasa majoriti yang dok hemtam-menghentam di sini adalah org2 segambut sendiri...
(menangguk di air keroh)...
Syabas saya ucapkan.... Tunjukkan nilai sebenar org2 UMNO...
Hakikatnya... bila kawan kita di 'atas'... kita sanjung dan puja...
Bila dah terjatuh... bukan kita hulurkan tangan utk bantu ...malah kita pijak agar terus tersungkur..
Cuba fikirkan... mmg ini hakikat politik di dalam UMNO terutamanya..
Memang ye, mungkin Norza sdg di adili sekarang... yang salah akan tetap salah... Tapi cuba sesiapa nyatakan di sini.... siapa pemimpin kita yang BETUL-BETUL 'bersih' ?
Cuba nyatakan 3 org... Tapi hakikatnya kita sendiri yang tahu.
Jadi.... kepada org2 segambut... biar lah ada keikhlasan sikit... jangan asyik menangguk di air yang keruh... Cari ler isu lain kalu nak menghemtam org pn.
Biar 'gentle'.... Buat lah komen anda di Mesyuarat Bahagian ker... Baru ler dinamakn 'Pejuang'...
"Berani kerana benar... Takut kerana kaki ampu !"

Anonymous said...

Wahai Alang,

Kenapa kau ni cetek sangat akal fikiran, kau ulas panjang-panjang apa maksudnya.

Mahadzir membuka gelanggang, bila berani buka gelanggang beranilah kena komen? yang kau Alang ,tak tahu hujung pangkal komen dan cerita pasai Rm100 duit minyak dan bercakap pasal kebajikan ahli-ahli dan sebagainya..apa benda ni?kau punya diri pu tak terurus kena undi tak percaya dan dipecat dari jadi Pengerusi Persatuan Pengusaha Minyak..tak sedar lagi?!

Yang kau komen Mahadzir berniat baik, kawan setia masa susah, itu tidak pun dipertikai diforum ini.Yang menjadi masalah dia (Mahadzir)kutuk kepimpinan UMNO,mengecilkan kebaikkan UMNO,memberi alasan Pimpinan muda akan bersemangat luntur jika hal sekecil sebegini tidak mendapat perhatian.Apakah Mahadzir melihat NORZA itu setaraf Dato Seri NAJIB atau TUN MAhadir atau Abdullah Badawi?

Yang menjadi topik disini Mahadzir Nak Tubuh Tabung Bantuan membela NORZA.Tubuh sajelah..yang kau heretkan UMNO seperti UMNO ini KULI MAK KAU kenape? ini persoalannya!

Jalankan kerja dulu secara senyap-senyap, bila tabung tu dah penuh barulah letupkan,Ini tidak ,kerja belum pun berjalan dah salahkan UMNO,letakkan UMNO macam duit Tembaga, keluarkan dekat surat khabar nak tonjokan diri bahawa dialah seorang yang prihatin,setiakawan, Orang-orang seperti Mahadzir dan Hj Alang inilah membuatkan orang menjadi meluat.SMS sana SMS sini untuk apa? Komen macam cap Ayam asyik-asyik menyalahkan UMNO .

Sedarlah diri kau berdua banyak kerja perlu dibuat disegambut yang masih tidak terurus.Nasihat ikhlas dari saya Pergilah kekedai cermin banyak cermin disana.

Anonymous said...

Guilty until proven otherwise.


Saya sokong 100% usaha murni saudara Mahadhir untuk membantu Norza. Tabung untuk menolong Norza adalah simbolik persahabatab mereka. Ini yang dinamakan semangat setiakawan. Ya, persepsi ramai orang kita memandang Norza sebagai perasuah. Apa buktinya? Kalau ada bukti ayuh ke mahkamah buktikan. Jangan kita menuduh wahai umat melayu sekalian.


KP caw dalam Segambut

azri said...

Sejenak jika difikirkan tertanya kita pada diri sendiri.. adakah kita yang terbaik dari kalangan pemimpin UMNO mahupun diperingkat akar umbi ataupun diperingkat majlis tertinggi.Sumbangan masa, tenaga & wang ringgit yang kita hulurkan selama ini adakah terlalu tinggi nilainya.Jika kita ditakdirkan menjadi seorang pemimpin suatu masa nanti ..bolehkah kita berjanji & bersumpah kepada diri kita sendiri bahawa menjadi seorg pemimpin yang berkualiti tinggi, dihormati & disegani sepanjang hayat..Kita sebagai ahli UMNO telah cukup utk berdebat sesama sendiri..bukan menutup pekung didada, tepuk dada tanya selera.Pilihlah jalan dan waktu yang sesuai.Bukan RM nilai yang dicari dengan derma yang diadakan tp nilai semangat perjuangan sesama ahli pemuda UMNO keseluruhan itu dicari & yang paling tinggi nilainya.salah kata-kata harap dimaafkan...Tahniah buat abg mahadhir.teruskan usaha.

Anonymous said...

helo kengkawan sesama umno.

minta maaf la... ketua pemuda di luar bandar semuanya graduate dan usahawan muda... berjaya

takdak la bodoh macam ketua pemuda Segambut yang bernama mahadhir ni..

Bodoh Maximum...

Biasa kat Kl kan Banyak setinggan.... gitu la kot standard ketua pemuda kat kl tu....

Mentaliti kp setinggan

Anonymous said...

Sabar Sabar Sabar.....kepada ahli ahli pemuda era dato Norza kita semua tahu apa Dato dah buat untuk Pemuda Wilayah ada kelebihan dan kekurangan itu kita tak boleh elak kerana kita insan yang lemah di Dunia nie.Diwangsa pun maju pun kita tahu apa berlaku itu biasa sebagai ahli politik memang tak boleh elak dengan sepak teranjang.Politik wang pun kita tahu macam mana ia berlaku.Bohong kalau ahli ahli tak tahu.ketua Penerangan kalau nak bantu cuba cari jalan dengan bijaksana.sejarah pun telah mengajar berapa org yang kena politik wang tetapi boleh boleh hidup juga kerana paling penting SABAR.Perjuang perlu diteruskan ,buat lah yang terbaik untuk masa depan anak bangsa.siapa bijak saja yang boleh hidup dah kena nak buat macamana.Tabung bantuan tak payahlah.

syarul said...

Sekurang kurangnya sdr Mahadhir ada usaha untuk membantu seorang insan yg sama agama dan bangsa ketika dalam kesusahan. Ini membuktikan saudara Mahadhir seorang sahabat yg tidak hanya mementingkan diri sendiri dan mempunyai sifat setiakawan yg tinggi. Tak seperti setengah pihak yg hanya berpura menjadi sahabat ketika seseorang itu tgh senang Atau ketika mempunyai kepentingan diri sendiri..
Seperti kata sdr Rizal, klu sudi dan mampu bantu silakan la, klu tak, diam je la. Bukan nye Mahadir tu paksa sesiapa pun. Tak perlu la kita nak memaki Atau mengutuk dia. Ni usaha dia. Alhamdulillah masih ada orang yg nak membantu seperti sdr Mahadhir ni.
Saya dan seluruh Pemuda Umno Segambut Bahagia Akan Sentiasa Menyokong Usaha sdr Mahadhir dan Akan Sentiasa Berada Di Belakang Sdr Mahadhir.

PSU Pemuda Segambut said...

Assalamualaikum Wbrt, salam hormat pada pengunjung blog wilayahkini.

Saya terpanggil untuk tampil memberi respon berhubung polemik kenyataan Mahadhir selaku Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan juga Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut.

Saya yakin para pengunjung membuat komen berdasarkan artikel yang disiarkan oleh Wilayahkini yang dipetik dari akhbar Sinar Harian.

Pada hemat saya, ada dua subjek yang dirungkai oleh Sdr Mahadhir. Pertama, berkenaan kes Dato Norza dan yang kedua cadangan mewujudkan tabung.

Natijahnya, tasawwur yang dilontarkan Mahadhir cukup berhemah dan sangat dogmatik. Beliau tidak mengkritik kepimpinan dengan keterlaluan bahkan menegur sikap sesetengah ahli dan mungkin merujuk kepada rakan-rakan yang cepat benar menghukum.

Dalam perkara membabitkan Dato Norza dan Sdr Taupik, bukankah istilah undang-undang boleh dirujuk sebagai "everyone has the right to be presumed innocent until proved guilty".

Namun, persekitaran politik hari ini termasuklah komentar-komentar antagonis di sini yang boleh saya tafsirkan sebagai 'remain guilty until proven innocent'

Bukankah ada bedanya dua istilah di atas? maka saudara renungkan.

Membaca telahan mahadhir, beliau mengajak rakan-rakan khususnya Pemuda Wilayah saling membantu dan peka. Semangat persaudaraan sahaja yang mampu memelihara maslahah ukhwah silaturrahim.

Sehingga hari ini, tabung yang disarankan oleh Mahadhir adalah untuk membantu kos guaman Sdr Taupik yang merupakan Penolong Setiausaha Pemuda Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Pemuda UMNO Wangsamaju.

Saya mencadangkan agar moderator/admin blog Wilayahkini menyiarkan artikel lanjutan Mahadhir di akhbar Sinar bertarikh 24 November 2009 bagi menutup segala salah-faham berhubung polemik Dato Norza dan tabung untuk Sdr Taupik.

Berikut adalah kenyataan yang saya terima dari wartawan akhbar tersebut:

NOTE : SIARAN SINAR HARIAN 24 November 2009

JANGAN PANDANG SERONG USAHA GERAKKAN TABUNG

SEGAMBUT- Niat dan usaha untuk mengerakkan tabung untuk membantu bekas Ahli Tertinggi UMNO Datuk Mohamad Norza Zakaria telah disalahertikan sesetengah pihak.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mahadhir Sulaiman berkata tabung bantuan itu juga akan digunakan untuk membiayai kos guaman Ketua Pemuda Wangsa Maju yang juga Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Taupik Husin yang kini didakwa memberi keterangan bercanggah di mahkamah berhubung dakwaan rasuah.

“ Tiada agenda tersembunyi cuma kita mahu membela pemimpin UMNO itu sahaja jadi tidak ada apa-apa kepentingan disebalik pelancaran tabung ini dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berharap rakan pemuda di seluruh negeri turut sama menyokong usaha untuk mengerakkan tabung ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan pelancaran tabung itu.

“ Saya menyeru agar pihak berkenaan menghentikan tomahan yang dibuat kerana kerana mereka baru sahaja didakwa, jika tidak kita ahli UMNO yang bantu siapa lagi yang hendak bantu.

Mahadhir dalam kenyataannya sebelum ini mahu menggesa kepimpinan Tertinggi UMNO supaya jangan menghukum terlalu awal pemimpin yang baru didakwa atas kesalahannya selain turut mengkritik UMNO kerana tidak memberi khidmat bantuan guaman kepada kedua-dua pemimpin itu.

Keadaan itu katanya akan melunturkan keyakinan ahli UMNO malah orang akan gerun hendak masuk UMNO.
-TAMAT-

Sungguhpun begitu, berbahas kerana emosi dengan mengusik keperibadian seseorang tanpa berani menjelmakan identiti adalah sifat-sifat mazmumah yang harus dibersihkan untuk menjadi pejuang UMNO

Terima kasih.
PSU Pemuda Segambut

Anonymous said...

terpanggil dengan pembelaan alang.
nampaknya kita dah jumpa kaki kaki bodek norza. alang...alang bukan kepalang setianya dia tapi bertuankan penyangak maka penyangaklah jadinya. kenapa alang..poket dah kempis ke , beria benar backingnya. tak palah alang sekurang kurangnya orang dah tahu kau siapa. siapa yang isi periuk kau. Pesanan untuk alang...KALAU MELANGKAH JANGAN ALANG ALANG NANTI TERHALANG OLEH ALANG PINTU,MALANG BENARLAH ALANG ... MALANG ...MALANG

Anonymous said...

terpanggil dengan pembelaan alang.
nampaknya kita dah jumpa kaki kaki bodek norza. alang...alang bukan kepalang setianya dia tapi bertuankan penyangak maka penyangaklah jadinya. kenapa alang..poket dah kempis ke , beria benar backingnya. tak palah alang sekurang kurangnya orang dah tahu kau siapa. siapa yang isi periuk kau. Pesanan untuk alang...KALAU MELANGKAH JANGAN ALANG ALANG NANTI TERHALANG OLEH ALANG PINTU,MALANG BENARLAH ALANG ... MALANG ...MALANG

Anonymous said...

Saya ingin komen sedikit berkenaan ulasan dari Syarul dan PSU Pemuda Segambut. Sebenarnya orang bukan suka suka nak hentam Norza & Mahadzir tetapi hakikatnya orang dah muak dengan perangai mereka ini. Tak salah kalau nak sokong siapa pun tapi janganlah lebih sangat ampunya. Kita semua bukan budak budak lagi,janganlah nak tegakkan benang yang basah sebab semua orang dah tahu siapa mereka dan apa cerita sebenarnya.

Bersalah atau tidak biar mahkamah yg tentukan.

Kepada saudara berdua kita perlu ingat bukalah minda luas luas dan Beristifarlah agar diberi petunjuk dan jangan terlalu taksub terhadap seseorang. Kalau tebukti Norza bersalah,kat mana saudara nak letak muka....???!!!

wasallam..

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Terpanggil bersama rakan lain utk memperkatakan isu semasa ini, yang diperjuangkan adalah semangat utk membantu rakan kita yg dalam kesusahan, hentikan tohmahan/sikap prasangka terhadap sesama kita, pandang kehadapan demi kebaikan bangsa kita sendiri, yg kita cari pemimpin yg bersemangat perjuangan bukan kelemahan pemimpin. Apakah sumbangan kita, apa yg kita perjuangkan, tepuk dada tanya selera.
PEMUDA SPPK

segambut champion said...

Alaaa.,

yang kutuk2 mahadhir dan alang ni mesti org segambut jugak. sudahlah tu... sudah, bglah peluang pada anak muda ni nak memimpin.

politik ni ikut persepsi masing2. kalau dah tak suka, buat apa pun tak suka.

apa yang alang sebut tu adalah petanda pada silaturrahim. dia simpati.

tapi yang duk hentam tp tak berani taruk nama sendiri ni apa cerita beb? lu sapa? apa kau punya peranan pada parti? dan apa keperihatinan kau pd kawan2?

yang salah tu biarlah mahkamah putuskan. janganlah kondem lebih2 sangat.

sudah la wei.. sudah la wei.. SUDAHLAHH.. PAHAM KE TAK?

Anonymous said...

ada juga org2 wangsa maju lari ke pekan

tak mengundi masa PRU 12

ada nampak sipieee & golfer friends kat wangsa maju masa hari undi PRU12.

aku jaga pondok panas ,tahu lah

yg atas tu nak cover jjgn lah bodoh senget-bodo punya cybertrooper

Anonymous said...

Aku tak nak komen banyak2,Aku nak tengok Mahdzir dg Tabungnya,Betul ke Mahadzir ini boleh buat kerja ..Betul ke Tabung ini akan merubah persepsi buruk UMNO yg dilihat dari kacamata Mahadzir selama ini..kita tunggu dan lihat...kalau tak kau siap...?

PSU segambut aku pun nak tengok kau punya gelagat...setakat mana boleh buat kerja dan ubahkan minda PEMUDA...kalau tak siap.....?

Hj Alang aku nak tengok hebat sangatkah kau ni,Segambut akan duk takuk mana dg kombinasi bersama Mahadzir...aku nak tengok cita-cita itu boleh tercapai atau tidak ..kalau tidak siap...?

Segambut dah bosan dengan Lakonan dari pelakon yang tak sudah....Jangan main-main !

Anonymous said...

Musim Pilihanraya Dato Norza dan Dato Shafiee lari keluar kawasan, Pemimpin tidak bertanggungjawab cakap berdekah, nak tawan Wilayah Persekutuan,Wilayah sekarang makin tidak bermaya, apa nak jadi ni

Ashraff Lokman said...

bila ruangan ilmu dikurangkan, keluarlah bicara kurang ajar. bila membaca sekadar 'MANGGA' mulut bertih kalah tuturnya. bila sejarah dilupakan, banyak langkah jadi songsang. yang berfikir dibelenggu, untung jadi sang dungu. mengharap ubah pelaku malang nasib bangsaku.

Ashraff Lokman said...

bila ruangan ilmu dikurangkan, keluarlah bicara kurang ajar. bila membaca sekadar 'MANGGA' mulut bertih kalah tuturnya. bila sejarah dilupakan, banyak langkah jadi songsang. yang berfikir dibelenggu, untung jadi sang dungu. mengharap ubah pelaku malang nasib bangsaku.

Anonymous said...

Kepada pemimpin luar bandar yg mencaci
pemimpin bandar, jgnla terlalu bongkak
bila berkata-kata...pemimpin di bandar
ini juga boleh dikatakan semuanya
berkelulusan universiti dan semuanya
berjaya dalam bidang masing2...

Kami pemimpin bandar menjadi pemimpin
kepada masyarakat yg kebnyakannya berpendidikan,
yang tidak mudah ditipu...bukan macam pemimpin
luar bandar menjadi pemimpin kepada masyarakat
yg kebanyakannya mudah ditipu, pemimpin macam ni
adalah pemimpin yang kurang standard...lihat
saja dari kata-kata juga sudah mencerminkan
perangai dan kemuduran fikiran mereka...

Renung-renunglah pepatah inggeris ini:
BE THE BEST AMONG THE BEST
DONT BE THE BEST AMONG THE LOSER

-Biro Ekonomi PPUBS-

Anonymous said...

Saya kesian dengan SEGAMBUT CHAMPION rasanya orang orang ni memang sengaja nak cari pasal, soal taruk nama atau tidak itu bukan persoalannya.Kalau sdr benar jujur kenapa tak letak nama sdr sendiri kenapa nak letak nama Segambut Champion...?/?CERMIN DIRI SENDIRI DULU BARU CERINKAN ORANG LAIN. berbalik pada kisah Norza, Mahadzir Dan kroninya...Insaflah sementara hayat di kandung badan.. dan kepada Sgambut Champion..Semoga Champion jangan TENSION...

Anonymous said...

KEPADA KAKI KAKI AMPU JANGANLAH MENIPU DIRI JANGAN HANYA SEJUMLAH RM KAMU LUPA JALAN YANG SEPATUTNYA DI TUJU. KITA ORANG MELAYU SEPATUTNYA BERSATU PADU...
UMNO ITU SEBENARNYA SATU PERTUBUHAN YANG AMAT MULIA DAN BEBAS TETAPI YANG MENJADIKAN UMNO ITU KOTOR ADALAH KERANA SEGELINTIR PEMIMPIN PEMIMPINNYA YANG MENGAMALKAN RASUAH, TIKAM MENIKAM DARI BELAKANG,MEMPERGUNAKAN AHLI DAN MEMPERGUNAKAN PARTI SEBAGAI BATU LONCATAN UNTUK MENGEJAR KEKAYAAN..KEKAYAAN SENDIRI.
UMNO DULU..KINI..DAN SELAMANYA...HAYATILAH,SEMUGA DIBUKAKAN MINDA KITA SEMUA DAN BERSYUKURLAN DENGAN APA YANG KITA ADA SEKARANG.PERJUANGAN HARUS DI TERUSKAN WALAUPUN DI HUJUNG NYAWA.

Anonymous said...

Pesanan kepada pemimpin Muda,jangan nak perlekeh jasa UMNO,Buktikan dulu kerja buat yang hendak dilakukan,jika kau orang boleh buat yg terbaik atau pecah rekod ,baru boleh perlekeh rekod UMNO.

Mahadzir perlu dipanggil Jawatankuasa Disiplin UMNO pusat krn telah mempertikaikan Pimpinan atasan umno dan menuduh UMNO tidak mahu terlibat membantu BAKAL PEMIMPIN NO 1 NEGARA YANG SDG BERDEPAN DG sprm.

ana benci rasuah said...

tak payahlah nak perjelaskan. yg nyata dan terang...kp bhg segambut adalah penyokong rasuah. sebab apa? sebab dia pun buat benda sama.

inilah mentaliti kp bhg yang berjiran dengan hartamas. agaknya dah banyak sangat tunggang air kencing syaitan - sebab tu bebal.

Sahabat semua said...

salam suma..minx bertenang sikit ek..sedihla tgk moral bangsa aku yg lemah ni..(sorry la kalo bahasa kasar sikit..)kalo macam nie la peel korang, bukan umno jer tau,,apa juga yg berteraskan org melayu pasti jahanam punya la..aku nak ingatkan kat korang (yg suka sgt kondem org nie),kita ni hidup pnuh budi bahasa,penuh peribahasa,, kalo orang tua kita dulu cakap jgn duduk atas bantal nanti kena bisul ada ke korang buang bantal tu???ikut logik dah tentu kepala kita penuh bisul kalo buat tidurkan...tapi kita suma tau itu cara nak mengajar kita jd beradap,benda guna kat kepala jgn guna kat punggung....

dlm kes KP bernama Mahathir nie secara moralnya,yg aku faham la..dia minta ahli/kepimpinan UMNO supaya jgn cepat menghukum,menyalahkan bila ahli nya ditimpa satu2 hal.,bukannya semata-mata nak backing si Norza ni..kita kena buka mata sikitla...dah jadi budaya dlm umno bila kawan jatuh yg dtg memijak lebih ramai dari yg nak membantu..bila Ahmad Ismail lantang bersuara utk org Melayu dan di tuduh perkauman, tindakan gantung di ambil oleh pimpinan UMNO semata-mata nak jaga hati pihak luar yg memang nak tgk kejatuhan UMNO,kononnya nak selamatkan UMNO dari org2 yg rasis,,bila Pakatan pertikai sistem BTN, kelam kalibut si Nazri g tau sistem tu akan di rombak..x bodoh ke tu..ini moral yg cuba di sentuh si Mahathir ni, nak ingatkan si bodoh yg hanya tau membodohkan orag lain,nak ingatkan pemimpin bodoh macam Nazri tu yg kononnya perihatin,x suka perkauman, konon nanti suma org termasuk yg anti UMNO dan melayu ni cakap dia bagusla,,.blah la oii..
Dlm kes ni aku rasa PSU Pemuda segambut pun dah jelaskan tujuan kutipan tu di buat, tp ye la.. yg kaki kondem(yg sebenarnya x berapa kerat pun) dlm ni pun bukan nak tau sgt psl tu kan.kan..dah hobi kondem org..cubala korang ni cuba musabahah diri korang tu...sekali je pun cukup la..ty kat diri sendiri apa sumbangan korang kat bangsa sendiri,kat mana korang sekarang,kalo ada menambah ke,kalo xda ada kurang ke pd org lain..cuba tgk diri sendiri,jgn tgk org lain dulu...jgn asyik nak mengondem bangsa sendiri jer, xleh dpt duit oii,x leh majukan bangsa,jgn syok sendiri je..

korang buka mata sikit,yg bukan melayu sibuk kondem melayu,pertikai ketuanan melayu... sbb apa!!!! dia tau melayu x leh buat apa pun..paling kuat pun buat repot polis,demontrasi kecil-kecilan..ada 'Effect' ke kat dorang?? NOTHING beb,,kalo ada pendekar macam Ahmad Ismail nanti kena gantung lak..kena jaga beb ,kalo ada tuduh rasuah mcm norza tu,kena pijak ramai2,baru org luar nampak umno bersih!!! bila ada pemimpin muda mcm Mahathir ni cuba nak menegur pakat bantai ramai2....yg kat luar tu ( Anwar n gang) x yah susah2 sgt, cucuk sikit yg dlm (UMNO)kelamkelibut SESAMA SENDIRI...

Weii!!! aku malas nak cakap la...bukan saja umno tetapi umat melayu boleh hancur bila semakin ramai org melayu macam korang yg hanya tau nak menjatuh,mencaci mengondem setiap tindakan jujur yg cuba dilakukan rakan lain..sedangkan pd masa yg sama pihak yg anti melayu/islam semakin lantang mempertikai Ketuanan Melayu dan pembinaan masjid di bumi Melayu ini..korang pikir sendirila...

Anonymous said...

udah ler tu, tutp jer kes ni, mari kita fokus kat dato piee-

kes terbaru dia ni,

macmamana nak selamatkan dia ni,atas dasar nak jaga nama UMNO

org pekan pun tak suka kat dia.

Anonymous said...

sahabat semua....jangan poyo sangat. tanya sumbangan orang...ko buat apa? poyo? mcm lah bagus sangat...

kalau malas cakap...jangan cakap. nama pun...keterbukaan kan. yg pi sokong perasuah buat apa?

jgn cakap psl persahabatan lah...ini soal parti. kalau sahabat kita rosakkan parti...nak juga bantu sahabat? untuk apa?

tidak ada moralnya dalam membantu perasuah. ingat kp segambut dan psu segambut boleh yakinkan budak muda melayu di segambut yg profesional mcm aku...utk sokong dia. pirah mabuk. psu kena sokong kp...itu standard la.

tapi kalau dah benda salah pun sokong....itu buta hati namanya....

Anonymous said...

Mahdzir kau ni kena banyak belajar,jangan ikut cara sifu kau tu,Sifu kau tu akan jawab segalanya di Mahklamah,Tak apa tabung yang akau kutip kita pegi raikan sama-sama Di BP..Ok?

sahabat semua said...

aku bukan ty sumbangan korang la bodoh!!!aku suruh korang ty sendiri apa yg korang boleh buat selain asyik nak blame apa jer yg orng lain buat ngok..kita perlukan pemimpin muda yg sekurang-kurang nya ada usaha nak sedarkan orang melayu ni,bukannya orang bodoh macam korang yg hanya tggu orang lain buat sesuatu dan lepas tu cari salah untuk tonjolkan "pandai" yg boleh pakai tu...

org mcm korang ni patut masuk DAP jer,,dorang pun tgh offer org2 melayu yg bodoh macam korang unk sama2 jahanam kan melayu sekarang ni...
SORRY LA ANONYMOUS DEC 09,,jgan marah la komen aku ni..sbb aku rasa org macam ngko ni tau tarok org jer,,tp ape pun xda

sahabat dari Penang said...

aku sokong 'sahabat semua'...
memang la kita kena terbuka,,tp byk dlm sebenarnya tertutup minda dan hati mereka..komen x membina lgsung...

X serupa lu.. said...

HAHAHA,tahniah la anonymous Dec 09,x ramai org perasan yg nak mengaku perasan mcm lu,gua rasa lu memang professional,bukan utk kerja tp bab cari salah dan hentam org la..wa x rasa ada org yg boleh yakinkan lu kalaupun org tu bukan KP dan PSU skrg..tp bak kata sahabat dr penang mgkin DAP sesuai kot, sbbnya,- depa parti semua kaum(kononnya),umno tak - depa pandai baca Quran masa ceramah(sampai melopong audien melayu yg dgr),depa ni pandai putar belit(sbb byk lowyer burok) dan depanya professional bab cari salah umno macam lu dan org2 yg sewaktu mcm lu kat dlm blog nie,, hrp jgn amik hati komen wa nie,,kita terbuka ma...

TEAM 36 said...

alamak kp segambut
lu nie ada otak ker tak de otak
lu nie baca sejarah ke tak baca
norza bini 3 harta menimbun2 nak tabung apa lagi... setiausaha kerja dia dulu pun dia tak boleh nak bayar elaun kerja macam sundal... sudah2lah kp segambut bela lah perjuangan pemuda yang dilihat makin mundur.. berpijak dibumi yang nyatalah bro.. ramai lagi pemuda2 di bawah perlukan bantuan apa lah gua kekadang rasa nak gelak gak dengan peel kp kp yang ada tak boleh pakai langsung...

Pemerhati Batu said...

Salam,

Saya merupakan seorang ahli UMNO, yang secara peribadi tidak menyokong dengan pelancaran tabung ini...

Persoalannya adakah Datuk Norza tidak mampu untuk membayar khidmat guamnya?

Agak hairan kenapa kita perlu membelanya..Kita perlu ingat pepatah melayu "hidup ini macam roda".. Saya masih ingat sewaktu Datuk Norza menjadi Ketua Pemuda Negeri Wilayah, tidak ada langsung kebajikan setiap pemuda di jaga, malah untuk menbantu generasi muda didalam apa hal jua jauh sekali..tahun 2008 bila berlaku pilihanraya umum, mana Datuk Norza selaku Ketua Pemuda Negeri ketika itu,tidak turun padang untuk membantu pemuda dalam kempen ...
seingat saya juga sewaktu beliau di kementerian kewangan berlagak dan hanya orang tertentu saja yang boleh berjumpa.Malah apabila saya bersalam dengan beliau langsung tidak dipandangnya..

Nak kata beliau berjuang demi agama bangsa dan negara takdela apatah lagi nak bela UMNO!!!!

Datuk Norza tidak seperti Arwah Datuk Haida( Ketua Pemuda Wilayah sebelum Norza ..mempunyai sikap pemimpin berjiwa rakyat..

Kepada Datuk Norza mungkin apa yang berlaku pada Datuk adalah hukum alam dimana mungkin sewaktu Datuk berada di tempat yang senang mungkin Datuk leka dan alpa..Dan sekarang Datuk perlu muhasabah diri dan menginsafi apa jua yang pernah Datuk lakukan..

Kepada Sdr Ku Mahadhir, secara peribadi tidak perlula di wujudkan tabung ini..malu kita sesama UMNO.minta sumbangan untuk membantu orang yang didakwa atas kes rasuah ( walaupun belum diputuskan )..apa pandangan masyarakat diluar, parti pebangkang tentang tabung ini..sepatutnya sdr prihatin masalah serta menubuhkan tabung untuk membantu rakyat susuh di wilayah ini, mangsa gempa bumi di hitti atau membantu golongan OKU yang susah.

Saya mohon agar tabung ini kalau nak juga dibuat, minta la secara tertutup maknanya minta la melalui kawan-kawan pemuda yang ingin membantu..

itu saja yang saya ingin luahkan dan satu kepujian perlu diberi kepada sdr mahadir usaha yang dilakukanya, tetapi tidak kena dengan "Tabung Bantuan Guaman Norza" ini...

Salam 1Malaysia

Anonymous said...

pemerhati batu,

setuju dengan pandangan kau ni..
aku rasa kau ni mcm dah lama dalam pemuda..

dan ape yg ko ckp ni aku tabib la bro