Saturday, July 11, 2009

PAK LAH HADIR MAJLIS UMNO CHERAS : DULU KENA PULUN ; SEKARANG DI PUJI DAN DI ANGKAT ; SAYA BUKAN AHLI UMNO YANG BEKU KATA SYED ALI !

KUALA LUMPUR Julai 11
" Petang tadi ( beberapa jam sebelum majlis bermula ), saya ada menerima pesanan sms , bunyinya begini : "Kenapa Pak Lah sudi hadir pada majlis anjuran UMNO Cheras, sedangkan Syed Ali adalah antara pemimpin UMNO yang lantang menegur dan mengkritik kepimpinan Pak Lah".
Pada malam ini, biarlah saya jelaskan, bahawa hubungan saya dengan Pak Lah sudah lama terjalin, terlalu akrab, seperti seorang ayah dan anak. Malah Pak Lah juga sudah sinonim dengan UMNO Bahagian Cheras. Terimakasih Pak Lah kerana sudir hadir bersama kita pada malam ini.
Memang saya pernah menegur dan mengkritik kepimpinan Pak Lah, tetapi kritikan saya itu dibuat dengan niat yang bersih , telus dan ikhlas. Saya kasihkan Pak Lah dan sayangkan UMNO. Saya tegur Pak Lah pada suatu ketika kerana Pak Lah adalah Presiden parti saya, Perdana Menteri kita . Begitulah intipati ucapan Ketua UMNO Cheras , Datuk Syed Ali Alhabshee di Majlis " Sejunjung Kasih Setulus Ingatan " anjuran UMNO Cheras di Hotel Nikko Malam tadi. Nak baca ucapan penuh Syed Ali , sila klik -umno bahagian cheras: Saya bukan ahli UMNO yang beku dan ikut telunjuk ' - Syed Ali
Ramai juga tertanya - tanya dengan kehadiran Pak Lah ke majlis tersebut malam tadi kerana Syed Ali memang lantang mengkritik kepimpinan Pak Lah selepas PRU yang ke 12. Malah beliau turut menyuarakan proses Peralihan Kuasa diadakan pada bulan Disember lepas dan banyak komen - komen lagi. Salah satu dari komen beliau, klik DISINI. Namun Syed Ali kini sudah menjelaskan segala - galanya. Itu adalah hak beliau dan pandanganya.
Tahnniah juga kepada UMNO Cheras yang berjaya menganjurkan dua buah majlis di Hotel betaraf lima bintang walaupun keadaan ekonomi tak berapa baik dalam masa yang terdekat ini.Baru - baru ini sambutan 15 thn UMNO Cheras yang dihadiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sudah 15 tahun Cheras sudah berada di bawah kuasa pembangkang, Kita harap, suatu hari nanti Cheras boleh dimiliki oleh BN.
(NOTA : Gambar kenangan Pak Lah bersama Syed Ali , di suatu majlis dulu )

26 comments:

Anonymous said...

sifat malu tak ada pada syed ali, cakapnya selalu berubah2,maki hamun spt tasbih baginya,apa yg dia buat adalah betul sokmo.

diakui rajin buat aktibiti,dimegahi org2 kenamaan turun ketempatnya,dalam masa yg sama memperbodohi diri sendiri berucap dikhlayak ramai bagai hilintar, hakikat Parlimen Cheras tetap milik pembangkang.

UMNO sekarang memerlukan pemimpin yg bercakap serupa bikin,jika hasrat besar mahu kembalikan cheras ketangan BN,Syed Ali dan AJK Bahagian kena keluar mengundi,PRU12 syed ali tidak keluar mengundi,harap2 PRU13 keluarlah mengundi buktikan sebagai pemimpin yg ada daya kepimpinan nasional bukan pemimpin tempatan yg bersifat kekampungan.

Anonymous said...

Salam, Siratulrahim antara anak dan bapak. Inilah yang dikata seorang pemimpin Agama ,Bangsa dan Negara.

Teguran2 nya yang dibuat tempoh hari bukan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin, bukan untuk mengampu yang lain jauh sekali mendapat political milage sendiri.. Tapi Kerana Apa ??????

KERANA Kejujuran hati seorang insan yang bernama Syed Ali Al-Habshee. Subhanallah. Hebatnya KebesaranMu Ya ALLAH S.W.T.

Anonymous said...

Seorang yang Jujur Ikhlas...itu lah Syed Ali, tiada pemimpin sepertinya,tiada kepentingan peribadi,banyak wang dan harta telah dikorbankan untuk UMNO.

Hidup Syed Ali..peimpin terbaik UMNO Wilayah Persektuan.

Anonymous said...

Poorah kalau nak tegur Presiden UMNO perlukah melalui surat khabar? Syed Ali ikhlaskah itu?

Anonymous said...

Saya harap Wilayahkini dapat siarkan kenyataan saya ini dan jangan nak cantas pula.
Saya harap pemimpin seperti Syed Ali ini tak boleh di maafkan sekali. Janganlah nak berdrama selepas selesai tayangakan drama anda. Pak Lah pula satu lagi. Tak maluker ? Bukan sahaja Syed Ali bantai Pak Lah di media asing tapi juga di media tempatatan dan blog syok sendirinya. Syed Ali lah orang pertama yang mintak Pak Lah letak jawatan.
Syed Ali ini tak da pendirian langsung. Dulu dia bantai pasal isu PPSMI dan desak Kerajaan jangan tunduk kepada saranan Samad Said dan lepas tu bantai MCA kerana bangkitkan isu liberasasi. Kini apabila Kerajaan tarik balik dasar PPSMI dia do diam aja. Apabila Najib umum dasar liberasasi 30 peratus tak ada lagi. Dia duduk diam aja. Dulu bukan main lantang. Kenapa sekarang beliau diam ? Kenapa tak bersuara ? Kata bukan beku.
Banyak lagi isu lain.
Harap Syed Ali berubah lah sebelum rebah. Jadilah pemimpin yang baik dan iklhas. Satu hari nanti kena pada diri dia sendiri. Kalau dah jadi Setiausaha, buat cara cam Setiuasaha dan bekas Senator ajalah. Jangan lah nak berlakuan seperti seorang Menteri.Dahulukan Menteri dulu.
Salam
Ahli UMNO Lembah Pantai.

Anonymous said...

pandangan Lembah Pantai itu ada sangat kebenaranya,Syed Ali adalah pemimpin yg menang atas UPAH,pergilah kepada cawangan Di Cheras,hampir semua caw akan memuji melangit Syed Ali kerana telah menyertai konsep upah.

Tengku nan harus disanjung tinggi,pemimpin yg sangat merendah diri walaupun pernah menjadi menteri...tanyalah Orang2 Seputih hinggs kini terasa kehilangan yang tiada pengganti.

Kepada Syed Ali tok sah lah buat kerja syok sendiri,Bila dah jadi Setiausaha Wilayah angkatlah Wilayah,kurangkan kerja peribadi....

Sepatutnya kelayakkan Setiausaha sudah tak ada pada Syed Ali kerana TELAH MELETAK JAWATAN setiusaha pada ketika dulu, KELAYAKKAN sepatutnya kepada mereka yg benar2 ikhlas.

Tan Sri Mahyuddin hormatlah Pak Lah, Tan Sri Kan Pengerusi Perhubungan WP,apa cara pun sambutlah Pak Lah,Wilayah Persekutuan adalah negeri Tan Sri,Bila kita pandai hormat orang,org akan hormat kita.

Tan Sri jangan ikut perangai Syed Ali,dosanya di Wilayah Persekutuan sudah terlalu banyak,Dengan itulah LEMBAH PANTAI MENGATAKAN ORANG SEPERTI SYED ALI TIDAK BOLIH DIMAAFKAN.

Anonymous said...

Nak mengkritik senang,tambah lagi tuduhan yang tak ada bukit dan hanya berfakta kata orang.Apa kredibilitynya..walllahhuallam.

Kalau orang suka maka baik yang dikatakan,kalau tak suka maka kata-kata berunsur tuduhan yang akan keluar.Inilah pentas politik UMNO yang tak boleh diubah.Kata-kata Datuk Seri Najib - "Berubah atau Rebah" hanya dijadikan sandiwara sahaja kerana masih ada hasad dengki dikalangan orang UMNO sendiri yang mahu melihat orang-orang tertentu jatuh.

Biar prestasi dan perubahan yang akan dibawa oleh Badan Perhubungan UMNO menjadi ukuran sejauh mana AJK UMNO Wilayah Persekutuan menjalankan tanggungjawab mereka. Biar RAKYAT yang menentukan sejauh mana prestasi setiap AJK UMNO Wilayah.Sekarang bukan masa dan waktu untuk bertelagah sesama sendiri,saat ini adalah waktu untuk AJK UMNO Wilayah bersatu dan berkerjasama dalam memastikan negara ini tidak jatuh ke tangan Pakatan.Jangan gadaikan negara kerana cemburukan seseorang itu. Inikah sifat Melayu yang beragam Islam?

Nauzubillah

Anonymous said...

Saya terpanggil utk mencabar komen sdr berhubung tuduhan terhadap sikap org UMNO yg dilihat dari kacamata sdr,ini tidak lain dari sikap sdr yg begitu TERKEDU dan TAKSUB dg Syed Ali.( Mungkin sdr baru dapat jawatan yg diwujudkan olih Syed Ali? )

Pertama saudara kaitkan ayat Nak mengkritik senang,tambah lagi tuduhan yang tak ada bukti dan hanya berfakta kata orang.

Saudara sendiri boleh membaca Wilayah Kini dengan tajuk yg cukup bertanggungjawab berbunyi PAK LAH HADIR UMNO CHERAS, DULU KENA PULUN SEKARANG DIPUJI DAN DIANGKAT. tIDAKKAH ITU SATU FAKTA?

Saudara juga boleh membaca komen Lembah Pantai berbunyi Syed Ali ini tak da pendirian langsung. Dulu dia bantai pasal isu PPSMI dan desak Kerajaan jangan tunduk kepada saranan Samad Said dan lepas tu bantai MCA kerana bangkitkan isu liberasasi. Kini apabila Kerajaan tarik balik dasar PPSMI dia do diam aja.Tidakkah itu satu FAKTA.

Komen Sdr Lagi Kalau orang suka maka baik yang dikatakan,kalau tak suka maka kata-kata berunsur tuduhan yang akan keluar.Inilah pentas politik UMNO yang tak boleh

Saudara perlu sungguh kena ingat dan berfikir,Komen yg diberi kepada Syd Ali kerana kenyataannya.Beliau yang mengakui dirinya SAYA BUKAN AHLI UMNO YG BEKU DAN MENGIKUT TELUNJUK, itu menunjukkan Syed Ali seorang yang bermulut jahat dan tak mendengar nasihat orang,Mintalah nasihat dg T.Nan atau DRNC ( Sorry DRNC mulut pun sama juga) amati bagaiman T.Nan cukup berhati2 utk membuat sesuatu kenyataan.

Untuk itu ingin nasihatkan bagi menjaga Wilayah Persekutuan samada hubungan,perpaduan,aktibiti menjadi solid, Syed Ali keluarkan kenyataan dalam surat khabar seperti amalan tonjol diri dan megah2nya UMUMKAN PERLETAKKAN JAWATAN SETIAUSAHA PERHUBUNGAN UMNO WP gantikan dg mereka yg bersih dan yg tidak berpuak.

Atas sifat kemanusian Syed Ali tetap dihargai sebagai Syed Ali.Tetapi terlalu banyak sangat Syed Ali memperbodohkan kami sebagai penggerak UMNO dan ahlinya yg lebih lama dari Syed Ali Di Wilayah Persekutuan, berundurlah Syed Ali berundurlah...kerana antara kata hikmat Syed Ali dalam setiapkali ucapan dasarnya JAWATAN TIDAK PENTING,TIDAK ADA JAWATAN PUN SUMBANGAN BOLEH DIBUAT DARI BERBAGAI CABANG...YG PENTING UMNO ITU TETAP KUAT DAN HIDUP SELAMANYA.( suara Syed Ali yg terngiang-ngiang itu sudah berada ditahap GEAR lima).

Terimalah Hakikat.UMNO perlu berubah kami tidak mahu rebah.

Anonymous said...

kalau kita jadi ketua mesti berani bersuara.. kalau sebagai ketua bahagian tak berani nak menyuarakan pendapat rakyat nak buat apa...

Anonymous said...

cuba lah berfikiran terbuka.
apa gunanya media...?
di media lah tempat untuk bercakap dan bersuara.

Anonymous said...

ahli UMNO lembah pantai jangan berfikiran sempit.

sekurang kurangnya Syed Ali jujur dan berani menegur PM. tak kira la melalui media cetak atau media eletronik. kalau sampai tak boleh nak bersuara itu yang dinamakan BEKU.

siapa sahaja boleh bersuara. tak kira la menteri ke bekas senator ke setiausaha ke mahu pun ahli diperingkat cawangan.

sekarang bukan masa nya untuk menteri di kerajaan tahu mengatur dan memerintah negara. sudah tiba masanya rakyat memberi tahu kepada kerajaan apa yang perlu dilakukan. jika tidak PRU13 kerajaan yang ada mungkin tumbang. oleh sebab itu Dato Najib dalam ucapan dasar nya menyatakan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Janganlah nak munuding jari. lihat sahaja lah lembah pantai apa sudah jadi semasa PRU12, jatuh ketangan PKR walau pun lebih ramai org pengundi melayu. di cheras hanya ada lebih kurang 20% sahaja pengundi melayu.

jadi li pikir la sendiri.

Mansor Saad said...

Masa ni lah baru kau suruh bersatu padu... ialah masa kau pegang jawatan.. masa kepimpinan Zulhasnan di WP dulu ko porak perandakan keadaan... hai itulah Syed Ali pelakun di pentas politik tanah air..

Mas Bukit Bintang said...

Letih dah orang nak layan Syed Ali ni. Masuk saja ke blog Cheras.. sendiri tulis sendiri komen.. kelihatannya rakyat semakin tahu menilai siapa Syed Ali sebenarnya indah khabar dari rupa.

Rakyat sudah bosan dengan pemimpin sebegini yang mempunyai agenda kepentingan peribadi dan suku sakat angguk di sekeliling beliau.

Lihat sajalah komen-komen di sana adalah 1-2 penyertaan sahaja kerana rakyat sudah tahu menilai sifat-sifat ritorik disebalik pernulisan berdekah-dekah itu.

Datuk... orang dah bosan..nawaitu kena betul Datuk .. INSAFLAH..

Pemuda Cheras said...

Pemuda PKR, PAS dan DAP berkumpul hantar memorandum kepada PM supaya menubuhkan suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kematian Teoh hari ini.

Tidak sedarkah isu perkauman sedang rancak ditiupkan di Negara kita kini yang akan membawa kepada satu letupan kebencian perkauman.

Manakala di Cheras.. Ketua Pemuda UMNO bahagian mencadangkan kerajaan sediakan rumah sementara untuk Pengantin Baru??? HIDUP PEMUDA CHERAS!! Saranan Ketua Pemuda disokong kuat oleh Ketua Bahagian Syed Ali :)) Inilah contoh kepimpinan yang layu menanti rebah.

*&$%@# Wallahualam!

Anonymous said...

Pembangkang boleh perakui Kebolehan Zulhasnan ,Syed Ali kerjanya memporakprande....dari semua aktibiti mesyuarat perhubungan WP Semasa Zulhasnan jadi pengerusi Sekalipun Syed Ali tak pernah hadir msyuarat...sekarang dia baru tau betapa hebatnya tekanan diatas kejahatannya ....Naizubillah....

Anonymous said...

Syed Ali jawablah sekali melalui Wilayah Kini,apakah benar tuduhan semua itu...Berani kerana benar...

Anonymous said...

Apalah kau orang ni tak kanlah syed ali tak ada buat kebaikan diwilayah persekutuan...INI BUKTI KEBAIKAN STRATEGI PAKAR MEREKA.....

dia nak buat kebaikan,dia pohon tanah untuk yayasan pendidikan cheras,Kerajaan tak lulus.

Yayasan Pendidikan Cheras adalah yayasan terbaik di Wilayah Persekutuan malah mungkin di Malaysia .Bukti YPC ini terbaik semua pembesar negara telah turun meraikan majlis anjuran YPC,YAB Dato Seri Najib dah banyak kali turun ke Yayasan ini.Bila PM turun pegawai kerajaan kena buka mata..Strategi kebaikan .

YPC diwar-warkan adalah kepunyaan UMNO.walaupun semua pemegang amanah adalah keluarga syed ali,Pemegang -PEMEGANG itu siapa ?tidak penting, yang penting mesti disebut kepunyaan ahli-ahli-ahli UMNO .....ahli-ahli UMNO pun sanggup bertegang urat demi YPC..Strategi hebat....

85% ahli UMNO adalah tidak berniaga.95% daripada Ketua Bahagian adalah mereka yg berniaga,Syed Ali adalah Ketua Bahagian strateginya cukup bagus....

Di Wangsa Maju ada terdapat satu Yayasan yang dinamakan Yayasan Wangsa Maju, semasa nak menubuhkan diistiharkan Kepunyaan DAN HAK Ahli-ahli UMNO,BergerakNYA Yayasan ini didalam pejabat UMNO Wangsa maju,Yayasan ini ada Bas Internet yg cukup canggih harga yang melebihi 1 juta..Harga 10 tahun yang lalu ,di Ketuai oleh Datuk Dr Mohd Kamal Salleh Bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju dan Bekas Ahli Parlimen, orang kuat DSA.berasal dari UMNO Lembah Pantai...pakar strategi....

YPC strateginya lebih kepada pendidikan, yayasan Wangsa Maju strateginya lebih kepada amal..dan amalan....

Yayasan wangsa maju mungkin sekarang ini sedang di warisi oleh Dato Shafiee Abdullah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.Dato Shafie cukup beruntung kerana jadi sahaja ketua bahagian dapat mewarisi beratus biji shop lot kepunyaan Yayasan Wangsa maju.Didoakan Dato Shafiee dapat mentadbir dengan baik kerana ini adalah Amanah,penat perjuangan orang-orang UMNO Wangsa Maju ,kerana perjuangan UMNO untuk memertabatkan MELAYU.baik dibandar apatah lagi di kg-kg,beruntung jadi ahli UMNO Wangsa maju,mempunyai pakar strategi dan pemidato yang hebat.

Tapak UMNO Wangsa maju sudah tiada, tapak tersebut sekarang tersergam indah shop lot bertingkat berharga ratusan ribu ringgit setiap satu,shop lot yang didirikan sepanjang jalan ushawan begitu ceria dan mempersonakan.ITULAH MERCU TANDA PERJUANGAN UMNO WANGSA MAJU,berkat bersatunya ahli-ahli UMNO . terbinalah satu impian untuk Agama,Bangsa dan Negara.

Diharap dato Shafiee namakan taman shop lot itu dengan nama * Shop Lot Sorak-sorak * ATAU # Shop Lot Pok Amai-amai #

Serangkap Pantun yg tidak kena mengena dalam perkongsian pendapat ini:

pok amai amai,belalang kupu-kupu,tepuk ramai-ramai,nama UMNO wajib disebut HARTA ORANG LAIN SAPU.


Berbalik kepada YPC, Kerajaan belum lulus tanah itu mungkin ada hikmahnya. Ketua Bahagian Cheras yang Banyak strtegi harus banyak bersabar...yang penting jangan lupa sebut ,YPC itu UMNO..UMNO itu YPC. terubat juga ahli-ahli UMNO mendengarnya, Strategi yg bagus..

Kesian kepada UMNO,Nama yang sering disebut oleh PAKAR STRATEGI...KAWAN-KAWAN SAYA DALAM PEMBANGKANG PUN SIMPATI KEPADA UMNO tetapi MEREKA TIDAK AKAN BERSIMPATI DENGAN PAKAR STRATEGI yang bercelaru.

Anonymous said...

sdra anon Wednesday, July 29, 2009,

tapak tanah ditapak asal rumah tol lama cheras ke kajang (berhampiran dgn kubor kristian/cina/india di kg. cheras baru) dgn skrg terbinanya sebuah setesen minyak shell diluluskan kpd sapa? tolong pi check laaa.... sapa yang dapat komisen transaksinya!!!!?

ahli2 cheras yg bertegang urat demi ypc tu sebenarnya kurang faham hal yg sebenarnya. harapkan imbuhan ihsan ypc anak2 nak masuk belajar ipta/ipts. itu sajaa....

kali ni mungkin dia kerja keras utk dapatkan tanah dibelakang setesen caltex (dulu) dijalan cheras, x jauh dari store dbkl di jalan cheras kununnya utk membesarkan kolej ypc-it web. selidik pula sapa yang run kolej tu....?

ypc tu dulu kununnya program sekolah anak angkat umno cheras. pastu ahli2 koperat terutamanya dari keturunan syed dan geng nak kurangkan corporate tax disamping kununnya utk kepentingan politik syed ali, maka diperbadankan jadi ypc sebuah syarikat limited by shares tapi sahamnya tidak dibuka kpd ahli2 umno cheras selain dari keluarganya dan rakan2 rapatnya sahaja seperti yahaya powerboat, saleh glomac, omar tanjong offshore. itu business yg bertopengkan kpd kebajikan pelajaran kununnya.

apa hangpa ingat hebat sangat ka syed ali tu???? piiraaaaaahhhhhh...

Anonymous said...

Saya tidak terperanjat membaca segala ulasan di atas. Tiada apa-apa yang baru dan luar biasa.

Nak hidup. Gunalah nama UMNO dan buatlah atas kepentingan UMNO, kononnyalah. Itulah jawapan.

Pemimpin terus mara dan kaya demi kepentingan rakyat.

Maidin Tanjong

Anonymous said...

Nampaknya Pak Maidin Tanjong pun bersetuju dan tidak terperanjat dg perkongsian maklumat tentang cerita kong koli kong ini.

Di Penang pun kita dengar suku sakat ini pakai nama Persatuan...bagi menghalalkan cara.

Betui ka.....Nauzubillah..MasyaAllah

Anonymous said...

Salam....sebenarnya dulu Syed Ali ni lah idola aku...tapi bila dah makin merapu dari hari ke hari...naik meluat pulak tengok kerenah dia ni....suka cari pasal...fakta tak tau sangat tapi heboh jer yang lebih.
Baru-baru ni masa persidangan bahagian dia buat gegaq lagi.Guna SUB untuk maki orang.setiap tahun ada je ahli UBC yang kena maki.Mungkin kalau tak ada maki hamun,persidangan x boleh disahkan kot.
Suruh ahli bersuara dan bertanya kan apa sahaja yang perlu ditanyakan tetapi bila di tanya kena maki lepas tu siap suruh tukar bahagian.Perlembagaan mana yang hangpa pakai ni.Yang bercakap SUB...yang tepuk tangan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO wp.Sepatutnya korang lebih arif dan lebih profesional menghadapi perkara ini.bukan melatah macam orang kurang waras,kami di bawah melihat dan menonton drama kalian yang dok kat atas tu.Tiap2 tahun suka bikin gempak..itu lah Cheras...Cerah...Ceria Cemerlang

Hj Hamzah Juani said...

Salam..

Syed Ali dalam ucapan berdekaq-dekaq suh pupuk perpaduan .. dalam blog pun berdentum-dentum bakar api perpaduan .. TAPI... malangnya Persidangan UMNO Bahagian Cheras setiap tahun memaki hamun ahli..
satu persatu ahli kena maki hamun..

Yang nyata dia lah master plan/perencana dalam perpecahan di UMNO bahagian Cheras nun.. kaki bodek kaki kipas keliling pun taram la..

Presiden dan Timbalan Presiden UMNO kena peka dengan pemimpin sebegini.. inilah punca ramai ahli di peringkat akar umbi hilang semangat untuk meneruskan perjuangan .. dek kerana pemimpin yang seperti Syed Ali suka memecahbelahkan ahli..

Dalam persidangan UMNO bahagian Cheras yang lepas... SUB Baharuddin Mustafa yang penah kena londeh samping satu ketika dulu (aku baca dalam Agenda Daily la) tanpa segan silu... dalam ucapan nya.... menggunakan perkataan lucah dgn kurang ajar nya... KEPALA HOTAK... ditujukan kepada ahli...

Tu dia... SUB yang dilantik oleh Ketua Bahagian .. tu lah tahap keperibadian dan tingkah laku yang melambangkan taraf kepimpinan Syed Ali.

Ngeri .. kiranya inilah drama di sepanjang tahun Persidangan UMNO Bahagian Cheras, alamat hancurlah parti keramat ini. Kami semua masih sayangkan UMNO tapi jika beginilah gayanya barisan kepimpinan UMNO Bahagian Cheras.. Wallahualam ..

Bawa lah muhasabah diri.. ahli dah menyampah dah wei... baling kasut je belum!

Ustaz baru said...

Pertuturan melambangkan siapa diri kita sebenarnya. Kalau dalam persidangan, depan orang ramai boleh guna perkataan yang menjatuhkan air muka seseorang begitulah akal tuan punya diri.

Ingatlah satu jari tuding kat org, lagi empat tersusun menudung diri sendiri.

Bosan dah said...

Aku pun dah bosan dgn UBC. Setiap kali bila ada ahli yang bersuara/tanya sesuatu yang tidak disukai, pasti org yg bertanyakan soalan kena balun dengan kata2 caci yg kesat. Malu aku sebagai ahli.

Pensyarah kat tempat aku pun dah gelar pemimpin cheras tin kosong.

Anonymous said...

syed Ali,awat hang jadi lagu tu..aku pun dengaq ceqeta kain songket yang hang bagi dekat orang hang minta balik,pasai depa berpaling tadah.

terbaru aku dengaq,hang tutup pintu pagaq dewan umno cheras,hang tak bagi orang lalu,pasai depa kurang mahu dengaq cakap hang.depa nak buat tempat memasak, bukan depa nak buat dewan baru, awat hang jadi lagu tu...

satu...satu...hang buat hai...awat hang lagu tu...eh..eh..eh...awat hang lagu tu...hang tu bukan otak beku...buat apa hang bekukan otak orghang..

Anonymous said...

SYED ALI SANGAT HAPRAK

Itulah aku dengar semalam, bila seorang kawan ceritakan cadangan dari syed ali melalui surat khabar seringgit,bahawa cadangan Ketua bahagian tidak perlu jadi Calun Parlimen.

Sesiapa yang membaca tolong ulas sikit betul ke...munasabah ke..