INSIDEN 1
Sejak dua hari lepas Kuala Lumpur panas mengenai insiden kebakaran di Kampung B , Kampung Kerinchi yang terletak dibawah Parlimen Lembah Pantai. Kejadian tersebut melibatkan empat keluarga. Namun disebalik insiden tersebut telah berlaku beberapa insiden - insiden panas. Dikatakan kereta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik diketuk dan di ditendang oleh beberapa orang ketika beliau turun padang melawat mangsa kebakaran.
Berikutan dengan insiden tersebut Raja Nong Chik yang juga Ketua UMNO Lembah Pantai telah membuat laporan polis.
Raja Nong Chik dipetik berkata, pada hari kejadian, beliau turun padang melawat kawasan kejadian dan menawarkan bantuan kepada semua mangsa, tetapi pelawaan itu ditolak secara kasar oleh seorang mangsa yang kemudianya turut menyepak pintu keretanya.
" Saya sudah melaporkan perkara itu kepada polis dan ingin menegaskan bahawa pada masa rakyat menghadapi bencana, kerajaan tidak pernah mengamalkan dasar pilih kasih", katanya. Sila klik - Berita Harian Online , untuk berita selanjutnya.
INSIDEN NO 2
Selepas insiden tersebut, semalam Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pula turun padang bersama Raja Nong Chik, Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk melawat mangsa kebakaran serta untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka.
Namun majlis tersebut juga menjadi kecoh buat seketika, apabila seorang wanita menjerit kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengatakan tindakan penyerahan bantuan pada hari itu tidak adil , ketika Rosmah melawat mangsa kebakaran itu, semalam.
Mengulas mengenai isiden tersebut, Raja Nong Chik berkata sepertimana yang dilaporkan di Akhbar Sinar Harian hari ini "Pada majlis sumbangan barangan keperluan pada malam hari kejadiaan, suaminya tidak mahu menerima sumbangan yang diberikan di Pejabat UMNO Bahagian dan Pegawai saya sudah tawarkan rumah kepada dia tetapi di menolak. Apa boleh kita buat kalau dia tak nak rumah. Dalam masalah ini, soal politik tidak timbul. Saya difahamkan dia orang kuat pihak sana (pembangkang). Sekarang ini kalau dia datang, kita akan bagi.Tapi hari ini mungkin suami tak nak tapi isteri nak", katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Ahmad Fuad Ismail ketika ditanya berhubung dakwaan penduduk bahawa kebakaran itu sengaja dicetuskan DBKL, bagaimanapun beliau menafikan perkara berkenaan.
"Itu dakwaan dosa besar. Kalau ada bukti tidak apa, tapi ini tidak ada bukti".
Selain sumbangan RM 1, 000 daripada BAKTI, keluarga yang terlibat turut menerima sumbangan RM 1, 000 dari Yayasan Wilayah Persekutuan dan dari DBKL sebanyak RM 836 setiap keluarga.
Rosmah juga menasihatkan penduduk yang masih tinggal di kawasan setinggan supaya berpindah ke penempatan baru yang disediakan kerajaan kerana kawasan itu lebih selesa dan selamat.
Kehadiran Rosmah juga tidak dijangka oleh beberapa mangsa kebakaran. Ternyata mereka begitu gembira dengan kehadiran beliau untuk melawat mereka sambil menghulurkan bantuan.
Sementara itu, Wilayahkini turut menerima beberapa emel dari pembaca yang nyata begitu marah dengan kejadian tersebut. Mereka berkata, kerajaan BN sentiasa menghulurkan bantuan tanpa pilih kasih kepada semua orang tetapi ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, kata mereka.
16 comments:
Biorle Yeop, orang dah tak mau, ate kita buleh hulo, nya tak hendok tak ngapele...
mmmm..., cam tu lahh.., tak di bagi kata pilih kasih., nak di beri di tolak plak kononnya kerajaan nak pancing.., padahal malu nak ambil bantuan kerajaan..
dah diberi rumah yang selesa, ambil lah, kenapa masih nak tinggal di setinggan, kat kelantan tu ramai yang nak rumah, tapi tak dapat, bersyukurlah sementara pihak kerajaan masih prihatin.
marah sekalipun, lihat kebajikan ahli keluarga yang lain-lain, bagilah peluang pada anak-anak untuk membesar dalam keadaan yang baik dan selesa.
alahai...ragam manusia ni, macam-macam..
org klate
apa la org KL ni, jgn jadilah mace tu, kerajaan nak bagi ambil ajelah,
yg depa bagi tu bukan duit depa pun, duit sumbangan rakyat juga yg dimasukan dalam tabung2 berkenaan, kalau nak harap duit puak2 umno tu aku rasa, awal lagi deme tu sapu.
ingatlah pesan tok guru, org bagi ambik, bila pilihanraya pangkah kita.
apa susah sgt ke nak paham.
I M Sori
Perlukah mereka ini dibela lagi?Sayu dan sedih pada mangsa dan bimbang terhadap sikap extremism mangsa yang berpolitik keterlaluan.
Saya terpanggil untuk memberi luahan ikhlas kerana saya pun tergolong di dalam kumpulan yang selama ini memperjuangkan kesejahteraan mereka yang tersepit di dalam arus ganas pembangunan kosmopolitan.
Bukan hendak mengunkit tapi sebak dengan layanan kasar satu dua mangsa terhadap Dato' Raja yang selama ini ikhlas dan bersusah-payah memperjuangkan mereka tanpa politik sempadan .
Kita cukup memahami suasana sebenar yang mereka alami. Mungkin kerana kerenah bersama membuatkan permasalahan ini tidak dapat diatasi segera.
Wahai warga setinggan, keluarlah dari sikap ketaasuban berpolitik, sesuailah dengan pemikiran yang terbuka agar kita sama-sama dapat membina negara yang aman dan sejahtera.
Ingatan kepada org kelate tanpa nama diatas... gitu hidup org kelate rupanya.. bagi sapu tak salahkan kerajaan.. kalau org kelate parti PAS BEGITU LAH SIKAP DIA.. org punya dia punya.. hak dia, dia punya.. makan lah duit macam tu bagi anak2 & keturunan makan duit haram.. kalau PAS pula kutip duit sini sana bila ada perhimpunan ceramah & mangsa malapetaka.. PAS pun ambil kesempatan kutip sumbangan konon tapi mana gi duit tu pun tak tahu.. dia bagi2 sesama sendiri jer... di kg kerinchi abg mangsa kebakaran nak mengamuk pasal apa..? tak suka jangan ambik.. minta lah dengan PKR anak Wan Azizah tu. apa sumbangan anak wan azizah tu kepada rakyat, langsung takde prihatin.. buat2 lah amal jariah.. duit yahudi kan banyak lagi.. pakai lah dulu
Datin Rosmah jangan terlebih,biarlah Dato Najib selesaikan dulu urusan negara,Biarlah orang harapan buat kerja,
Kalau di Kerinchi boleh turun,tempat lain kena turun juga lah......
wow buka main banyak sumbagan yang mereka dapat. tapi adakah itu memadai dengan apa yang telah hangus terbakar... tapi tak apalah orang dah bagi tu ambikjelah banyak songeh pulak. inilah manusia yang terlalu fanatik terhadap politik. nak kata bodoh sombong memang bodoh pun kalau tak terima pemberian ALLAH. jangan jadi orang yang tidak terima takdir ALLAH. bersyukur dengan apa yang dikurniakan.
wahai NRC.... jika kata-kata hamba ALLAH itu benar cuma hanya dia sorang saja yang nampak ada orang bakar bagaimana.
"Itu dakwaan dosa besar. Kalau ada bukti tidak apa, tapi ini tidak ada bukti".
kata-kata datuk bandar ini bukanlah sebagai alasan yang terbaik sebagai seorang pemimpin. kenapa cuba berdolak dalih untuk menyatakan kejadian kebakaran ini dirancang. kenapa tidak siasat sahaja dakwaan hamba ALLAH tersebut.
saya percaya sekiranya hamba ALLAH itu berkata benar..... memanglah ini satu kejadian yang dirancang oleh pihak tertentu untuk melaksanakan projek dikawasan tersebut. tetapi jika hamba ALLAH itu munafik tuhan saja yang tahu.
diakhirnya nanti siapa yang dapat habuan nanti,,,, rakyat keseluruhan atau sesetengah individu yang korup.
renungkanlah bersama
Jangan layan orang mcm ni. Biar aje PAS atau PKR yg tolong ganti rumah dia
Jangan layan orang mcm ni. Biar aje PAS atau PKR yg tolong ganti rumah dia
Jangan layan orang mcm ni. Biar aje PAS atau PKR yg tolong ganti rumah dia
mereka semua x sedar diri.pada hal penempatan yang diberi dah cukup selesa.jauh lebih selesa dari tempat yang mereka tinggal sekarang.mereka nak buat mcm tanah yang mereka duduk tu tanah mereka sendiri.sedarlah diri tu sikit.kerajaan dah cukup prihatin.tidak kira penyokong kerajaan atau pembangkang semua mendapat layanan sama rata.
Dinegara kita,kebakaran sangat sering terjadi,apatah lagi kebakaran yg melibatkan rumah setinggan, ini seperti atau seolahnya merupakan satu kebiasaan, kejadian kebakaran rumah setinggan hanya kerapnya akan berlaku kepada mereka yg tinggal dalam kelompok yg degil.
Di negara kita jugalah Hero-hero dari Kelas atas selalu ambil kesempatan bila berlaku kebakaran ,Bila ada sahaja kebakaran mereka akan sampai menunjul muka,menyerah berbagai sumbangan,seolah-olah Hero-hero ini sangat bersimpati dg rakyat.
sedangkan yg bertungkus lumus spt Bomba.JPA3.kebajikan msyarakat,Kemas,Baitulmal,Rela,Polis dan org tempatan terus kebelakang.Pemimpin di Depankan Rakyat Di Belakangkan.
Semasa rakyat ajak berdialog mereka akan hantar wakil sahaja,mereka yg benar bertanggungjawab tidak hadir, bagaimana hasrat Negara bercita-cita utk meletakkan PENCAPAIAN DIUTAMAKA akan menjadi kenyataan.
Di Negara kita selain dari Perdana Menteri dan Barisan Jemaahnya yang berkuasa mentadbir,terdapat juga Wakil Khas peribadi Perdana Menteri yg boleh membantu kekalutan dan membantu sesaorang untuk menjadi hero.
Sebagai rakyat yg sangat gembira istilah SATU MALAYSIA ada baiknya dicadangkan DATIN ROSMAH turun kePadang berdialog dg masyarakat setinggan,penjaja kecil,penjaja pasar malam,persatuan teksi sehingga ke persatuan besi buruk.
Di Negara kita di akhir ini,itulah yg dikehendaki oleh rakyat,Sentuhan Hero Atasan adalah jalan penyelesaian yg terbaik.
Di Negara kita apabila Hero-hero bawahan menyuara pendapat,beri pandangan, ingin membantu masyarakat ,Menteri Wilayah Persekutuan mengeluarkan kata-kata CELUPAR ,perli pemimpin masyarakat JANGAN NAK JADI HERO-HERO,sepatutnya ambillah pendekatan berhemah dg rakyat,kerana Rakyat didahulukan.
( belum ada sehingga ini seorang menteri pun yg bercakap celupar melainkan Dato RAJA nong chik )
-rujuk utusan malaysia
Di negara ini,kita tidak boleh hidup lagi seperti zaman retorik,ini zaman kenyataan.
dulu masa kawasan setinggan aku kena banjir ada org PKR tempat aku sanggup tak terima bantuan ahli parlimen masa tu. sanggup biar anak tido atas tilam basah dari terima bantuan. pelik betul la org2 mcm ni. padahal bantuan tu dari bulan sabit merah dan jabatan kebajikan masyarakat tapi nak jaga ego pnye pasal sanggup biar anak bini sejuk.
pastu boleh pulak sombong tak nak terima rumah PPR.. last2 duduk jugak umah PPR. tapi ada gak masa tu orang PAS sanggup datang ambik bantuan walaupn umah dia tak kena banjir. huh.. padahal bl bln puasa sanggup tak sembahyang kat surau kampung kami sebab tak surau tu gelap tak de bulan!!! bodoh betul..
entah lah... buat bodo je
Saudara Khairul, jangan jadi Pekak,
( maksud pekak disini buat tak ambil ingatan atau tak faham sejarah )
kau senang tuduh org tak sedar diri duduk tanah haram,kau lihatlah mereka yg duduk tanah setinggan kebanyakan lebih 25 tahun diKuala Lumpur.30 tahun dulu mana ada rumah Flat,Nak tengok rumah Flat kena pergi Singapore,
Orng Melayu berhijrah ke Kuala Lumpur selepas 13 Mei,mahu tidak mahu org Melayu buka penempatan baru iaitu tanah setinggan,atau ditanah lombong.
Saya tak nak sebut HERO-HERO pejuang setinggan yg hebat menjadikan Melayu cukup berani membela haknya dibumi sendiri, takut nanti Dato Raja Nong Chik orang bangsawan perli-perli dg bahasa CELUPARnya yg melihat pejuang setinggan seperti celah gigi.
Jika tidak kerana Melayu yang kau kata tak sedar diri itulah,jangan harap orang Melayu akan ada pemepatan seperti sekarang,sebelum org Melayu meneroka banyak tempat dah menjadi kandang babi, kebun sayur, kilang-kilang haram dsb.
Kepada mereka yg meneroka Setinggan kita ucapkan tahniah kerana sanggup tidak Berair dan berapi kerana memastikan Melayu tidak berkurangan Di Kuala Lumpur.
Kepada Khairul sila komen...jika tidak mahu hormat orang-orang tua tidak apa, tetapi jangan kurang ajar.
udah kalau ndak dibagi , ate tak payah ler kat pejabat UMNO, tegezut brader tu. Tunjukkan ketelusan kita. Lgpun kita pemerintah semua rakyat n x pilih kasih. Tp pemilihan venue secara legal practice nyer betul tp amat tdk sesuai sbb yg disalurkan wang negara , wang rakyat dan bukan totally wang UMNO. So kita kena buat betoi2 . Idak gitu. Kalau x , sampai sudah puak2 tu dok bg cam2 alasan n isu.
buat baik salah, buat jahat lagi la salah, dok depan salah, dok blakang salah.. ape yg btol?.. ish3x..
Post a Comment