Tuesday, July 14, 2009

100 HARI PERTAMA RAJA NONG CHIK SEBAGAI MENTERI WP ; MAMPUKAH WP BANGKIT SEMULA ?

KUALA LUMPUR Julai 14
Analisis Berita Wilayahkini
Apabila Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, ramai tertanya - tanya siapakah beliau. Ia kerana dalam dunia politik walaupun memegang jawatan Ketua Bahagian Lembah Pantai, namun Raja Nong Chik tidaklah begitu menonjol. Bagaimanapun semua itu hanya menjadi catatan, apa yang lebih penting ialah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau sebagai Menteri. Ini adalah mukadimah yang tersiar dalam Mingguan Malaysa baru - baru ini. Klik DISINI
Semalam akhbar Star pula dalam ruangan Star Metro pula menyiarkan wawancara Raja Nong Chik menjelang seratus harinya dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Dalam wawancara tersebut Raja Nong Chik menjawab pelbagai isu termasuk mengenai insiden " Menghina Kaum Wanita yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo ' Lo Ghazali baru - baru ini, insiden kebakaran di Kampung Kerinchi, Insiden Setinggan di Jinjang, mengenai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur dan banyak lagi.
Dalam soalan pertama yang diajukan mengenai "What di you like and dislike most about being FT Minister" , Raja Nong Chik jawab "I like dealing with the rakyat but not the politcs". katanya. Sila klik disini -100 days at the helm untuk membaca wawancara penuh Raja Nong Chik.
Mungkin seratus hari pertama ini dapat menguji tahap kepimpinan seseorang pemimpin. Sifat dan juga caranya. Raja Nong Chik dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan bagi menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Raja Nong Chik seorang Ketua Bahagian biasa. Beliau diangkat sebagai seorang Senator, Menteri, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dengan sekelip mata atas tiket politik juga melalui parti UMNO. Suka tak suka, segalanya bermula dari politik dan tamat juga digelanggang politik. Baru - baru ini, semasa berucap di majlis perjumpaan dengan NGO - NGO India , Raja Nong Chik berkata KPI nya ialah menang semula Wilayah Persekutuan dari pihak pembangkang. Ini juga melibatkan politik.
Riwayat politik BN di Kuala Lumpur kini berada ditanganya. Mungkin TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi UMNO dan BNWP atas dasar membantu melancarkan pergerakan politik di Wilayah Persekutuan yang terlalu kuat "politicking dan Warlordnya". Kerana sebab itulah ,orang Wilayah sendiri tak dapat peluang jadi Pengerusi Perhubungan. Akhirnya orang Johor pula terpaksa "duduk dan jaga " WP.
Hanya Zulhasnan Rafique ( Setiawangsa ) menjadi wakil tunggal BN dan UMNO di KL manakala Tengku Adnan di Putrajaya manakala Yusuf Mahal di Labuan. Wilayah Persekutuan meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 Parlimen), WP Putrajaya (1Parlimen) dan WP Labuan(1Parlimen).
Zulhasnan Rafique yang juga menang sebagai Ahli MT UMNO pada pemilihan UMNO lepas telah digugurkan dari jawatan Kabinet. Tengku Adnan yang disebut - sebut akan ambil alih tempat Zulhasnan Rafique di kabinet kerana kepimpinanya yang tajam dan berani juga tak kesampaian mencapai hasrat tersebut walaupun bergelar "YB Putrajaya". Akhirnya Tengku Adnan dapat juga jadi Setiausaha Agung UMNO dan BN. Itupun kami dengar ramai tak suka dan tak puas hati.
Kenapa begini ? Kita kena sokong orang WP masih dapat mempertahankan jawatan Setiausaha Agung UMNO dan BN, kata seorang pemimpin UMNO dari WP kepada Wilayahkini.
Sekiranya dulu semasa menjadi Menteri WP dan Pengerusi BN dan UMNO, Zulhasnan Rafique dikritik kerana kegagalan BN mempertahankan kerusi di Kuala Lumpur oleh beberapa pemimpin UMNO sendiri, kini bola berada di kaki Raja Nong Chik, Syed Ali Alhabshee - Setiausaha UMNO WP, Dr. Shafie Abdullah - Ketua Penerangan UMNO WP dan juga beberapa pemimpin UMNO lagi untuk memperkukuhkan lagi UMNO dan BN WP. Mereka sedang diawasi dan juga diperhatikan. Masing - masing ada KPI mereka sendiri . Jangan kita nak buang masa untuk buat bising dan buat " media statement " untuk isu - isu lain. Jagalah isu - isu di Lembah Pantai , Cheras, Bandar Tun Razak dan kawasan - kawasan lain yang kuatnya pengaruh pembangkang. Gunakan jawatan yang diberikan untuk " suarakan nasib warga kota di Kuala Lumpur". Banyak sangat isu di Kuala Lumpur. Barulah kita dapat bangkit. Kalau kita sibuk dengan isu nasional aja, tak perlu lah jadi pemimpin di KL, kata pemerhati politik di Kuala Lumpur.
Walaupun dalam tempoh seratus hari ini, Raja Nong Chik telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan termasuk keretanya disepak ketika membuat lawatan kebakaran di Kampung Kerinchi baru - baru ini, tetapi beliau memang seorang pemimpin yang rajin turun padang selaras dengan konsep Rakyat Di Dahulukan , Pencapaian Di Utamakan. Beliau lebih menumpukan isu - isu mengenai kebajikan rakyat di Wilayah Persekutuan. Walaupun bergelar sebagai Ahli MT, beliau tetap mendahulukan rakyat dan isu - isu di KL dan bukan seperti segelintir pemimpin yang bersikap "retorik" - banyak bercakap.
Sekiranya dulu Zulhasnan Rafique berani berdepan dengan Pakatan Rakyat di Parlimen mahupun digelanggang politik tapi Raja Nong Chik pula cuba elakkan elemen "Konfrantasi dan politik " dengan wakil Pakatan Rakyat di KL.
Sebagai Wakil Kerajaan , Raja Nong Chik mempunyai tugas dan tanggugjawabnya. Manakala sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh Rakyat Zulhasnan, Tengku Adnan dan Yusuf Mahal pula boleh memainkan peranan masing - masing sepertimana dulu Zulhasnan dan Tengku Adnan mengegarkan Parlimen dengan hujah - hujah mereka.

31 comments:

Anonymous said...

100 hari TSMY, DWSA sbg Pengerusi Umno WP & S/U WP?....
kakitangan yang dah lama bekerja di umno wp pun dibuang ape citer?
adakah itu termasuk dalam perancangan langkah2 utk memantapkan umno wp?

tepuk dada tanya selera....

selera syed ali utk hanya memegang jawatan utk kepentingan peribadi shj!!!!!!!

Anonymous said...

100 hari TSMY, DWSA sbg Pengerusi Umno WP & S/U WP?....
kakitangan yang dah lama bekerja di umno wp pun dibuang ape citer?
adakah itu termasuk dalam perancangan langkah2 utk memantapkan umno wp?

tepuk dada tanya selera....

selera syed ali utk hanya memegang jawatan utk kepentingan peribadi shj!!!!!!!

Hj Abdul Rahman Sarji said...

Assalamualaikum,

Saya sudah banyak mendengar cerita kurang elok tentang pemimpin nama syed ali ini. dari bahagian dia sendiri hinggalah ke wilayah persekutuan.

kenapa mesti buang pekerja di pejabat UMNO tu? apa salah mereka? adakah lengkap dengan pemecatan pekerja itu semua maka WP akan kembali menakluki beberapa parlimen yang sekarang ini diduduki oleh pembangkang? Astaga begitu sempit pemikiran syed ali ini.. maka itu lah sedikit demi sedikit kepincangan beliau di tunjuk oleh Allah SWT.

dulu kedengaran suka memaki hamun sana sini, caci mencaci, hina menghina seolah tiket beliau sebagai ketua sudah cukup besar untuk mengaibkan orang lain, nauzubillah.

sedarlah wahai pemimpin UMNO yang begini SEDAR LAH bangun lah usah dibuai mimpi indah lagi .. UMNO perlu diperkasakan bukan memperkasakan jawatan untk kepentingan diri sendiri.

Sekian seadanya.

Anonymous said...

Seperti ramai bercakap2 ada kebenaran jawatan2 penting di UMNO Wilayah diisi dari mereka sama keturunan dan suku sakat Syed Ali...

Bertambah parah UMNO Wilayah...

Anonymous said...

syed ali ni kaki bodek kuat. suka mengampu lebih lantnag bercakap tapi hampeh..... tak leh harap.

Anonymous said...

Untuk Wilayahkini..Bukan DSA shja yang kumpul anak beranak di UMNO WP. RNC lagi hebat..saya nak maklumkan kepada Wilayahkini...kontrak pembersihan sungai yang keluar baru-baru ini, RNC dah salahgunakuasa dan kedudukan. Dia bagi kepada lima tender setiap satu seorang kepada lima orang kuatnya. Timbalan Ketua Bahagian Lembah Pantai dapat 1, Kamel, satu pegawai khas berbangsa Cina dapt 1, Ishak Pegawai Khas dapat 1, Ramlan pegawai khasnya dapat 1 dan Ibrahim bekas SUK UMNO WP pun dapat 1.

Jadi sama sajalah. Pemimpin UMNO ni macam RNC pun pentingkan kawan-kawan dia je..lagi teruk dia jadi menteri daripada orang lain. kalau tak percaya cubalah siasat dan laporan ni pun ada juga dalam blog budakkualumpur2.

Anonymous said...

Waduh.... baru 100 hari jadi menteri Wilayah Persekutuan...suku sakat dan bermaharajalela...sila rujuk BLOG BUDAK KUALA LUMPUR.

SAPA YG DIDULUKAN

Anonymous said...

Nauzbillah Himinzalik kepada pembuat tuduhan dan fitnah yang saya percaya dari orang Melayu beragama Islam.

Siapa yang lama kerja kena buang?

Dah selidik dan dapatkan kebenaran dengan petugas2 di UMNO Wilayah?

Atau hanya dengar cerita sebelah pihak dan terus buat tuduhan??

Anonymous said...

Masih pemikiran 'old school', patutnya rapatkan barisan, buat malu TPM je................

Anonymous said...

BERITA NI BETUL KE? RNC 100 hari

Bagi Koi Raja Nong Chik dah menyeleweng. Dah tak amanah. Amik kesempatan untuk mengkayakan kawan-kawan rapat. Bacul untuk masuk parlimen bagi jawab soalan lisan. Terbaru RNC anugerahkan projek kepada kawan-kawan dia di UMNO Bahagian Lembah Pantai yang mana dia jadi jadi Ketua Bahagian. Ehsan, Timbalan Ketua Bahagian dapat 2 projek, Ibrahim Setaiuasaha Bahagian dapat 1 projek, Ramlan Askolani( Pegawai Khas yang muflis) dapat dua projek, Ishak ( Pegawai Khas Menteri) dapat 1 projek dan Kamel juga dapat satu projek dan ini adalah semua projek DBKL.

Master Jebat said...

Saya bercakap bukan sebagai orang UMNO atau parti lain tetapi sebagai warga KL. Raja Nong Chik yang saya kenali adalah sama seperti mana orang yang mengenalinya dahulu. Rendah diri, tidak malu meminta maaf, menolong orang walau orang yang ditolongnya mengkhianatinya, tidak suka membalas dendam dan pelbagai perkara lagi yang sekiranya disebut akan dibalas dengan nista oleh mereka yang suka menikam bangsanya sendiri.
Raja Nong Chik yang saya kenali sentiasa membantu warga Lembah Pantai terutamanya walaupun beliau bukannya wakil kepada Lembah Pantai. Menteri yang lain hanya mengambil nama atas jasa beliau untuk mendapatkan kediaman bagi masyarakat setinggan misalnya. Jika diikutkan undang-undang, warga setinggan tidak akan mendapat sebarang imbuhan sama ada rumah ataupun wang gantirugi kerana kehilangan rumah, sebaliknya mereka mungkin terpaksa membayar denda kerana tinggal secara haram di tanah milik orang lain. Raja Nong Chik yang sentiasa berusaha mendapatkan yang terbaik untuk mereka terutamanya bangsa Melayu. Malangnya, tindakan beliau telah dianggap serong oleh sebilangan warga KL, malah makin kejam lagi, kebanyakan daripada mereka telah dibantu oleh Raja Nong Chik dalam hal mendapatkan pekerjaan, persekolahan anak-anak, sara hidup keluarga dan pelbagai lagi. Tidak ada berita mengenainya?. Memang, beliau adalah orang yang tidak suka membanggakan dengan hasil pemberiannya, tidak seperti wakil lembah pantai yang lama ataupun baru, hanya tahu mengambil nama dan memporak perandakan warga KL.
Tentang pemberian tender, sekiranya benar ada pemberian tender, buktikan di mahkamah, periksa samada mengikut prosedur ataupun tidak. Buat perjanjian bertulis, sekiranya tuduhan itu tidak benar, mereka sedia keluar dari Kuala Lumpur dan tidak lagi menjadi warga KL. Kita sebagai warga KL sudah jelak dengan pelbagai masalah, seperti tempat letak kereta, jalan berlubang, cukai pintu, elektrik, kesesakan jalanraya dan sebagainya. Jika ada orang seperti Raja Nong Chik cuba menyelesaikan masalah tersebut, bantu beliau untuk bersama menyelesaikan masalah, bukan dibebani dengan tohmahan dan fitnah. Jika tidak mahu membantu, duduk diam dan cuba jangan membuat dosa. Bangsa Melayu banyak memuji kelebihan bangsa lain dalam banyak bidang, tapi amat jarang bangsa Melayu yang cuba meniru kebaikan dan kelebihan bangsa lain. Cuba fikirkan dengan otak yang waras, hati yang tenang. Lupakan hal politik, ingati nikmat perpaduan. Politik hanya untuk pilihanraya, kerana yang akan kaya hanyalah pemimpin yang mengadu domba. Ramai yang tahu siapa yang bertanggungjawab dalam hal memfitnah Raja Nong Chik. Tapi biarlah Allah yang membalasnya. Jika tidak di dunia, sudah pasti balasannya di akhirat kelak.
Wassalam

Anonymous said...

tahniah RNC...100 hari yang penuh keberkatan kepada diri dan kawan2 sendiri.

kalau beginilah gayanya, makin ghuyublah nampaknya umno wilayah ni.

dalam masa yang sama, sekalung penghargaan dan tahniah kepada pemuda wilayah yang banyak mengadakan program mendekati pengundi muda. punyalah banyak program, sampai tak tahu nak cerita yang mana satu.

tahniah kerana kerap turun ke rumah-rumah pangsa, setinggan, gerai-gerai anak muda seluruh wilayah. kalianlah lambang 'kebangkitan' UMNO di padang mahsyar sokongan rakyat nanti.

TAHNIAH pemuda wilayah...teruskan dengkur dan tidurmu...

Anonymous said...

Kalau betul report pd APRM

Anonymous said...

Kalau betul report pd APRM

Anonymous said...

RNC Oh RNC, tak heranlah kereta pun kena sepak...ini bermakna orang cukup tak hormat....kalau gitulah perangai 100 hari...takut nanti telor busuk pula hinggap ke dahi...

Anonymous said...

bertungkus lumus kita nak naikkan nama UMNO,sekelip mata kerja kumpulan ini runtuhkan UMNO, Orang PAS pun dah mula beri keyakinan di Manik Urai,Orang RNC diLembah Pantai tak habis-habis nak melingkup UMNO di Wilayah Persekutuan.

waribangsarbaru said...

Sdr KOI,

Minat saya dgn perkembangan ini tapi perinci butiran jgn sampai ada yg teraniaya.

Jangan sampai Sdr KOI jatuh kepada kategori fitnah, seksa akhirat dan padah dunia nanti.

Dinasihatkan jumpa Dato Raja Nong Chik dan beritahu beliau apa yang tak kena. Kedua, secara ikhlas nyatakan pada beliau apakah yang sepatutnya karekter yg perlu ada sebagaimana pandangan Sdr KOI?

Saya percaya dengan satu panggilan h/p sudah membenarkan Sdr KOI utk berhubung dgn Dato'. Secara tidak sedar tingkah-laku kita sdg ditonton ramai.

Jangan jadi politik Melayu Wilayah politik kartun. Kalau terlalu byk pelawak, menghiburkan rakyat ok lah!! menang PRU13, I'm sorry!!!!!

Anonymous said...

kepada mereka-2 yang komen tak tentu hala.

sudah pasti korang semua yang mintak projek tak dapat. nak spin cerita takurkan menteri.

UMNO dah lama rosak pasal komen macam korang ni semua, tak dapat projek, g jaja cerita bukan2.

Korang ni semua lah yang pengkhianat bangsa, Rakyat bila baca benda ni, confirm dapat agak, yang penulis ni KECEWA sebab JADI BROKER tak dilayan.

Jadi, nasihat saya, DRNC dah elok, Teruskan DRNC, Insyallah yang betul akan elok, yang gurka tetap gurka.

Pembela Melayu

waribangsarbaru said...

Seronok juga melayan Budak Kuala Lumpur yang bernama Koi.

Bagi dia Raja Nong Chik semua tak betul. Jadi siapa yang elok baginya, wallahuallam? Bukan dia tak faham,untuk hubungi DRNC hanya dihujung jari saja sekarang ini...

Kalau bagi orang-orang Raja yang dapat projek secara tidak betul, KOI perincikan saja. Jangan aniaya dia orang. Kalau dah marah sangat dan mempunyai bukti kukuh bawa saja keperingkat keadilan.

Jangan pula KOI yang terkena akibat tohmahan. Susah juga melayan kerenah budak-budak KL..... kena banyak bersabar.

Puteri LP said...

Saya gak blm dapat...tunggu aje giliran.

Anonymous said...

Tengku Nan tolong pantau sikit budak RNC, kami yakin Tengku dapat selesaikan...Zaharin yang serba tak cukup tu pun Tengku dapat selesaikan......Di Wilayah Persekutuan Tengku yang boleh satukan..yang lain OUT

GPMS Cawangan Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju amat teruja dengan info2 dan isu2 yang diketengahkan pihak Wilayahkini.

Kami berharap agar kita dapat berkongsi info dan idea dalam pengendalian blog kerana kami baru sahaja membuka blog ini.

Kami juga berharap agar pihak Wilayahkini dapat mempromosi blog kami buat tatapan masyarakat terutamanya di peringkat remaja dan belia.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat crew Wilayahkini..

Sekian, Salam Ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABDUL RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS CAWANGAN WANGSA MAJU, WP.

ps : Kami telah senaraikan blog Wilayahkini dalam senarai akhbar pilihan di blog kami.

Anonymous said...

seronok juga melayan tulisan Budak Kuala Lumpur bernama KOI.

Dapat juga membaca berita-berita bangkai gajah yang ditutup dengan sekeping surat khabar.

seronok juga ada WILAYAH KINI perasaan yg terbuku dapat dilepaskan.

seronok juga ada pengampu,sekurang-kurang kembangkan sikit benda yg tak kembang.

seronok juga ada pembangkang yang kuat dan beretika. Orang dari dalam kalau tegur sikit diorang buat tak heran,silap-silap kena pulau atau terus digantung.

seronok tetap seronok.adA ke tak de ke berita baru,yang paling saya seronok nombor satu buka WILAYAH KINI.

Anonymous said...

Apalah kau orang ni tak kanlah syed ali tak ada buat kebaikan diwilayah persekutuan...INI BUKTI KEBAIKAN STRATEGI PAKAR MEREKA.....

dia nak buat kebaikan,dia pohon tanah untuk yayasan pendidikan cheras,Kerajaan tak lulus.

Yayasan Pendidikan Cheras adalah yayasan terbaik di Wilayah Persekutuan malah mungkin di Malaysia .Bukti YPC ini terbaik semua pembesar negara telah turun meraikan majlis anjuran YPC,YAB Dato Seri Najib dah banyak kali turun ke Yayasan ini.Bila PM turun pegawai kerajaan kena buka mata..Strategi kebaikan .

YPC diwar-warkan adalah kepunyaan UMNO.walaupun semua pemegang amanah adalah keluarga syed ali,Pemegang -PEMEGANG itu siapa ?tidak penting, yang penting mesti disebut kepunyaan ahli-ahli-ahli UMNO .....ahli-ahli UMNO pun sanggup bertegang urat demi YPC..Strategi hebat....

85% ahli UMNO adalah tidak berniaga.95% daripada Ketua Bahagian adalah mereka yg berniaga,Syed Ali adalah Ketua Bahagian strateginya cukup bagus....

Di Wangsa Maju ada terdapat satu Yayasan yang dinamakan Yayasan Wangsa Maju, semasa nak menubuhkan diistiharkan Kepunyaan DAN HAK Ahli-ahli UMNO,BergerakNYA Yayasan ini didalam pejabat UMNO Wangsa maju,Yayasan ini ada Bas Internet yg cukup canggih harga yang melebihi 1 juta..Harga 10 tahun yang lalu ,di Ketuai oleh Datuk Dr Mohd Kamal Salleh Bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju dan Bekas Ahli Parlimen, orang kuat DSA.berasal dari UMNO Lembah Pantai...pakar strategi....

YPC strateginya lebih kepada pendidikan, yayasan Wangsa Maju strateginya lebih kepada amal..dan amalan....

Yayasan wangsa maju mungkin sekarang ini sedang di warisi oleh Dato Shafiee Abdullah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.Dato Shafie cukup beruntung kerana jadi sahaja ketua bahagian dapat mewarisi beratus biji shop lot kepunyaan Yayasan Wangsa maju.Didoakan Dato Shafiee dapat mentadbir dengan baik kerana ini adalah Amanah,penat perjuangan orang-orang UMNO Wangsa Maju ,kerana perjuangan UMNO untuk memertabatkan MELAYU.baik dibandar apatah lagi di kg-kg,beruntung jadi ahli UMNO Wangsa maju,mempunyai pakar strategi dan pemidato yang hebat.

Tapak UMNO Wangsa maju sudah tiada, tapak tersebut sekarang tersergam indah shop lot bertingkat berharga ratusan ribu ringgit setiap satu,shop lot yang didirikan sepanjang jalan ushawan begitu ceria dan mempersonakan.ITULAH MERCU TANDA PERJUANGAN UMNO WANGSA MAJU,berkat bersatunya ahli-ahli UMNO . terbinalah satu impian untuk Agama,Bangsa dan Negara.

Diharap dato Shafiee namakan taman shop lot itu dengan nama * Shop Lot Sorak-sorak * ATAU # Shop Lot Pok Amai-amai #

Serangkap Pantun yg tidak kena mengena dalam perkongsian pendapat ini:

pok amai amai,belalang kupu-kupu,tepuk ramai-ramai,nama UMNO wajib disebut HARTA ORANG LAIN SAPU.


Berbalik kepada YPC, Kerajaan belum lulus tanah itu mungkin ada hikmahnya. Ketua Bahagian Cheras yang Banyak strtegi harus banyak bersabar...yang penting jangan lupa sebut ,YPC itu UMNO..UMNO itu YPC. terubat juga ahli-ahli UMNO mendengarnya, Strategi yg bagus..

Kesian kepada UMNO,Nama yang sering disebut oleh PAKAR STRATEGI...KAWAN-KAWAN SAYA DALAM PEMBANGKANG PUN SIMPATI KEPADA UMNO tetapi MEREKA TIDAK AKAN BERSIMPATI DENGAN PAKAR STRATEGI yang bercelaru

Anonymous said...

anon Thursday, July 30, 2009

pasai strategy syed ali?

piiiirrraaaaaahhhhhhhh....tin kosong saja!!!!!

Anonymous said...

Dato Raja tu dah tiap tiap hari turun padang...menyelesaikan masalah rakyat. apa lagi nak?

Orang melayu macam budak kl ni la merosakkan bangsa dengan fitnah. Aku harapa ALLAH SWT membalas budimu nanti, insyaAllah

AnakKL said...

Manusia bila dah tutup 2-2 mata, mana nak nampak org lain buat baik. Cuba kita bukak mata kita, tengok betul2. Apa yang tak elok, tegur. Apa yang baik, war2kan supaya jadi teladan. Supaya tak de lah kata org kita buat baik tapi org lain tak amik tau.
Orang sekarang dah makin bijak. Semua mintak bukti.

Pd DRNC, teruskan usaha anda! Inilah suka duka dalam perjuangan kita. Orang-orang yang macam ni lah yang menjadikan kemenangan kita manis, betul tak.

Anonymous said...

DRNC pemimpin terbaik yang dilahirkan Datuk najib. Jangan nak bantah.

ada 2-2 mata lihatlah sendiri Lembah Pantai sekarang dengan dulu apa bezanya.

Anonymous said...

Tak Malu duk melalak DRNC turun padang tiap2 hari.

Apa hang ingat Menteri lain tak buat khoje ke...

Jangan banyak sangat berkokok.....

Anonymous said...

DRNC, teruskan perjuangan dan selalu perhatikan tangan kanan dan kiri agar mereka tidak meninggalkan bau najis. Dato' memang seorang yang rajin dan berjiwa rakyat.
Hidup RNC

Anonymous said...

DRNC, teruskan perjuangan dan selalu perhatikan tangan kanan dan kiri agar mereka tidak meninggalkan bau najis. Dato' memang seorang yang rajin dan berjiwa rakyat.
Hidup RNC