Wednesday, June 17, 2009

DULU PEMUDA UMNO MASUK KAMPUNG.... ; SEKARANG PEMUDA UMNO NAK MASUK BANDAR ; APA PULA "KPI" PEMUDA UMNO WP ?

KUALA LUMPUR, Jun 17
Banyak cakap - cakap mengenai Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dilapangan politik UMNO dimana kini Pemuda Wilayah Persekutuan membariskan banyak pemimpin muda yang berkaliber di peringkat nasional mahupun negeri. Di Wilayah Persekutuan pula, kepimpinan Rizalman Mokthar Samad menjadi perhatian.
Wilayahkini dapat tahu, Rizalman telah mengerakkan jenteranya seratus peratus untuk menawan hati pengundi muda di Kuala Lumpur.
Dulu kita masak sangat dengan pendekatan Pemuda Masuk Kampung. Kini Pemuda nak masuk Masuk Bandar pula.
" jika sebelum ini Pemuda lebih banyak turun padang dan menumpukan pada golongan muda luar bandar , kini tibanya masanya untuk kita melebarkan sayap perkhidmatan kepada penduduk muda di kawasan bandar", kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin. Pengundi muda jadi tumpuan ? - klik disini , Utusan Malaysia Online - Politik , untuk baca berita selanjutnya.
Nampaknya program pertama Pemuda Masuk Bandar di PPR Kampung Kerinchi baru - baru ini yang disempurnakan oleh Khairy Jamaluddin memang mendapat sambutan yang baik walaupun ada cakap - cakap politik dikalangan ahli - ahli Pemuda di Wilayah Persekutuan.
" Biasalah politik. Nak cakap tu, biarkan mereka cakap.Macam - macam ada. Kini tanggungjawab di tangan KJ.Walaupun tak ada jawatan kabinet, kami akan turun padang bersama KJ untuk memperjuangkan nasib orang melayu di Kuala Lumpur", kata seorang pemimpin Pemuda kepada Wilayahkini.
Banyak harapan yang disandarkan kepada Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan untuk menawan semula Kuala Lumpur yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat , kecuali Parlimen Setiawangsa yang diwakili oleh mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Apakah strategi seterusnya untuk menawan pengundi muda di Kuala Lumpur ? Apakah UMNO dapat kuasai semula kawasan Titiwangsa dan Lembah Pantai ? Apakah KPI Pemuda UMNO WP ?
( Gambar Rizalman yang diambil dari Facebooknya dan juga gambar perasmian Pemuda Masuk Bandar yang disempurnakan oleh KJ di PPR Kampung Kerinchi baru - baru ini )

19 comments:

Anonymous said...

ape lagi nak dikecohkan?
seorang ketua pemuda bhgn yg tlh diisytiharkan muflis pun masih boleh diangkat dan diambil untuk memegang jawatan ke-2 tertinggi pemuda negeri ape citer beb?
manusia2 eh salah makhluk2 yg bertopengkan dan bermuka2 perlu kita hapuskan agar integriti dan maruah umno dapat dinaiktaraf semula dan disanjung oleh masyarakat.....
kiranya dah muflis tu, sedar2 la diri 2 cikit....
jgn la nak berlagak cam bagus plak!!!!!!
ape, ketua bhgn awak dah jd s/usaha perhubungan negeri dah cukup melayakkan ke org2 bghn awak besar kepala?????
dah lah ketua pu3 negeri susah dan payah sgt nak angkat tepon!!!!

Pemuda Lembah Pantai said...

Program ini sungguh berjaya kami ucapkan tahniah kepada Tengku Azman Pengerusi Sekretariat Hal ehwal Bandar (SHEB) Hebat EXCO ni 3 hari notis bolih buat program besar macam ni bersama Pemuda Lembah Pantai. Pemuda WILAYAH patut berbangga dengan beliau kerana mempunyai Ketua Pemuda Bahagian(bukit bintang) yang cukup prihatin memperjuangkan nasib orang bandar. Syabas Pemuda UMNO syabas SHEB www.pemudasheb.com

Nona said...

aku pun xtau apa nak cakap dah tengok kan ketua pu3 wp nih.... kita pu3 pu3 WP ni kenal ke sapa dia? Rosnah byk buat silap dan dia telah sedikit sebyk dah melemahkan semangat kami...

mail saaya said...

Apa ke bodohnyee pemuda umno ni... sampai ketua pemuda umno malaysia tak di lantik sebagai menteri... udah bisu ke exco2 pemuda malaysia ni..... takkan sampai kena selsema babi baru nak sedor... Perjuangkan ketua pemuda umno malaysia supaya di lantik menjadi menteri penuh untuk membantu golongan muda sebelum abis tahun 2009.... baru la melambangkan pemuda itu sayap kanan parti apabila ketua pemuda di lantik sebagai menteri penuh..... desak presiden parti bahawa pemuda golongan pendesak memerlukan pemimpin tertinggi dalam pemuda umno sebagai menteri kebinet!

Anonymous said...

Maaf tuan-tuan dan puan-puan Dato Najib tarak ikut buku,dia main sedap,orang apa peduli,siapa bolih halang dg keputusannya...Dia lantik Menteri ke siapa ke,itu kuasa dia ,rakyat punya keputusan taruh belakang.

anti mail saaya said...

minta maaf nak tanya,

apa perlunya KP Malaysia sbg Menteri. tak perlu pun. perlu untuk orang macam mail saaya agaknya, yang tendang pintu menteri sebab tak dapat projek.

nasib baik perwakilan tak pilih en mail saaya...kalau idak, UMNO ini memang dah gila.

spesis ahli politik mcm mail saaya ini yg rosakkan UMNO.

cabar pemuda/exco buktikan kerja dan usaha terlebih dahulu. bukannya projek dan kekayaan.

program pemuda masuk kampung (PMK Manek Urai) - khabarnya hanya 4 orang EXCO yang datang. yang lain mana? ton faisal, tg azman, yeop, nazir, khairun che aseh - semua EXCO dr wilayah TIDAK HADIR!!! sebab apa? boikot?

harap WILAYAHKINI berani tanya sebab exco tak turun ke manek urai. kalau tak suka KJ...letak jawatan! senang. ini jawatan hendak...kerja malas!!!

Anonymous said...

kalau gitulah laporannya baru jadi exco pemuda dah mula nak tunjuk belang perpecahan,alamatnya akan hancurlah UMNO.

Di Putrajaya kalau bagi Pemuda yg BUTA pun boleh jadi ketua pemuda yg baik,kerana apa..semua kemudahan dah ada,Perbadanan Putrajaya cukup beri kerjasama,Tan Sri Samsuddin cukup best orangnya keutamaan akbiti masyarakat dia tak akan tolak.

Inilah dia spesis politik yg berebut pegang jawatan di Putyrajaya.Masa merebut nak jawatan dan bertanding sanggup berguni pakai duit, Bila menang kenapa kedekut?

Kita kena adu perkara ini kpd Dato Tangku Nan,Pantang Tok nenek Tengku kalau Ketua pemuda Putrajaya atau exco dari putrajaya hanya kaki mengilat.

anti mail saaya said...

ini bukan laporan palsu. inilah masalah dalam pemuda umno sebenarnya. boleh tanya dengan pimpinan pemuda umno malaysia.

asal mula, 29 orang exco dan ketua pemuda negeri janji nak hadir di manik urai. akhirnya, hanya 4 yang hadir. semua kata ada masalah; 'hantar anak, bini nak beranak (dah berbulan tak beranak2 lagi), kereta rosak, ada elaun tak?).

tak payah fokus kat pemuda putrajaya sahaja...exco lain mana pergi. zaki zahid, ton faisal, khairun aseh, yob...pergi mana? sibuk sgt dengan program di p/jaya?

kesimpulan: barisan exco pemuda umno malaysia...memang hampeh. tidak ada wibawa. malas bekerja.

wilayahkini...tolongla buat interview, tanya mana dia org pergi?????

muda belia said...

Exco pemuda sapa diaorg ni??? OOOooo yg janji bintang n bulan seblm pertandingan tempohari...

dari pengerusi tetap ke SU kerja adalah 33 org dlm barisan kepimpinan pemuda yg turun cuma 4 orang... semua yg x hadir punya komitmen lain...

kah kah kah...malangnya perwakilan dikhianati... KPI pemuda hancus untuk tahun 2009/10 tapi 2011 pasti KPI pemuda akan meningkat 101%... mereka semua akan bermatian bersahabat, bermesra n berkejaran mengenali hati budi akar umbi buat seketika...

2011 bakal menjadi tahun yg paling kritikal buat UMNO... PR13 adalah penentu hidup mati UMNO dlm politik msia...

UMNO menjadi gedik galak menonjol buat perhimpunan n bila buat report polis yg akan dihadiri media... sanak saudara,sahabat handai dan rakan taulan akan dimaklumkan akan kemungkinan wajah2 mereka akan terpamer di media cetak atau elektronik...

menunjuk kemewahan dah menjadi amalan UMNO (elit)... pakai jam harga kancil, pakai keta harga ratusan ribu masuk kaw seperti manik urai dah bole buat Moto Show ...

turun padang mesti ada media...paling cekai mesti kuar SINAR...bermesra bersama rakyat alasan biasa tapi bila makan duduk meja VIP cerita merapu sesaja...

muda2 mentah hijau dah bergelar siap demand rakyat memanggilnya... tah apa jasa kepada negara telah dilakukannya...hahaha cuma yg dr kecik... TUN dipangkal nama paling beruntung orgnya...kerana x tergila mengejar kurnia dato' diseluruh negara... kerana TUN gelaran tertinggi negara...KP UMNO cuma gelaran saudara...

dalam dunia berpolitik paling penting adalah persepsi pengundi kepada pemimpinnya...banyak sudah cerita telah berlegar ditelinga rakyat menjadi barah pemikiran buruk kepada UMNO ada benarnya banyak juga dusta...

apa guna berkokok lantang dalam perhimpunan UMNO saja...bila diperlukan membisu seribu bahasa...kelu lidah beku x berkata2...

teguran,nasihat, pandangan n segala jenis komen serta aduan sudah terpacul dari mulut rakyat...namun sikap pimpinan UMNO cuma lunak dimata/hati semasa pemilihan sahaja...

sikap yg dipamerkan (berton lagi ada) jelas menjadi sebab kenapa UMNO makin dbenci golongan pengundi muda semua kaum dmsia...

benar2 menjadi barisan pembangkang msia kiranya pemuda UMNO xambil pusing sikap mereka...ditangan pengundi nasib kita...

p/s
AARrrrhhh persetankan kita masih boleh menawan hati mereka dalam masa 2-3 bulan sebelum pilihanraya negara...dengan segala janji yg biasa kita guna...dan selalunya mereka menyokong kita...mengapa perlu derita sebelum tiba masanya.

Tengku Azman said...

SALAM SEMUA TERUTAMA ANTI MAIL SAAYA!

Ketika program tersebut diadakan saya dari awal sudah beritahu bahawa saya tidak dapat hadir kerana saya ada program untuk menjayakan pertanian dalam bandar dan lawatan kerja yang telah diatur 2 bulan lebih awal dari program tersebut. Program Pemuda masuk bandar telah dilaksanakan hanya dengan memebri 1 minggu notis dan saya bersama rakan rakan lakukan juga dengan tabah dan pantas.Ketia itu juga kami ada lawatan kerja ke HDB dan CDC singapura tapi kami mampu lakukan. Soal boikot tak wujud puncanya adalah kerna notis yang diberi agak singkat dan kami telah ada program yang telah dirancang. Kalau hendak tahu tentang jadual kerja rasmi saya sila log ke www.facebook.com/tengkuazman . Kalau kami nak boikot program pemuda masuk bandar pun kami tak buat. - Tengku Azman - PENGERUSI SEKRETARIAT HALEHWAL BANDAR (SHEB)

anti mail saaya said...

terima kasih dengan jawapan tg azman. ok, saya terima 'alasan' yang diberikan dengan hati yang terbuka. sdr bertuah, sebab satu-satunya exco yang diberikan bajet hampir RM15,000 untuk menjayakan program sdr. tak begitu. tahniah, konon2nya dah bergerak untuk menawan hati pemuda/belia bandar. impak...wallahu'alam. cubaan yang baik.

baik, kalau sdr tidak boikot - saya akan perhati program2 yang selepas ini. jangan kerana hanya ada RM15,000 - baru jalan kerja. jangan sibuk dengan HDC singapura - mind you bro, they have different problem over there.

sekadar cadangan, itupun kalau SHEB berani buat - kajian menyeluruh projek 'gajah putih' di wilayah...minta DBKL senaraikan kontraktor terlibat...yang GAGAL mesti diblacklistedkan. ada berani? ke takut sebab kalian pun sudah minta projek DBKL!

tg azman, jangan bongkak dengan program yang belum tentu ada impak dan kesan. jangan cepat perasan dan menganggap diri serba pandai.

tapi tahniah di atas usaha. kurang2 ada usaha. exco pemuda yang lain buat apa?

apa komen biro ekonomi pemuda dengan dasar liberalisasi? syok sendiri sebab dapat pangkat dato'? suhaimi shahdan buat apa? tunggu bajet juga?

terima kasih di atas penjelasan:-

Tengku AZMAN said...

ANTI MAIL SAAYA

Itulah masaalahnya dgn kita. jangan beranggapan negatif selalu! Bila saya explain you kata bongkak dan tunjuk pandai!Saudara hadir tak ke programm tersebut dan adakah saudara rasa dengan RM15k cukup? Program dari pagi hingga malam melibatkan 3,000 orang? Ini program yang diminta dibuat olih PEMUDA UMNO dan Saya dah cakap cuba lihat program kami yang lain yang tak diberi bajet? Takkan saya nak cerita apa yang kami dah buat kut! CDC adalah contoh yang kita harus belajar bagaimana menguruskan komuniti! ( Kan saya juga sedang belajar). Salahkah saya cuba nak belajar! Berkenaan dengan nak siasat projek gajah putih biarlah pihak bertanggungjawab siasat. Banyak perkara lain yang harus dilihat terutama kekurangan kemudahan untuk anak muda serta isu pengangguran. Isu kemiskinan di bandar juga harus diperjuangkan! Sekali lagi tuduh kami ambik projek dbkl. SIASAT! Saya percaya kamu juga orang UMNO jikalau tidak kamu tidak akan tahu pemuda beri budget 15k.Kita buat program saudara cakap belum tentu ada impak pulak! SAYA harap kita dapat henti perkara ini dan kalau benar benar nak tegur(bertujuan untuk mebina) sila hubungi saya di tengkuazman@yahoo.com dan saya akan menjawab dengan lebih terperinci. Bantu kami dengan memberi idea dan berilah teguran membina pada kami semua. Maaf kalau ada yang terkasar bahasa tetapi saya cuba menerangkan KENAPA SAYA TAK HADIR ! p/s nama siapa? maaf yer

anti mail saaya said...

terima kasih sekali lagi sdr tg azman,

tidak juga kritikan saya untuk menjatuhkan mana-mana pihak. cuma menyampaikan apa yang kawan2 di bawah rasa.

baik. teruskanlah apa yg sdr rasakan baik untuk parti. gajah putih? serah kepada pihak berwajib? hmmm...sekadar cadangan agar SHEB boleh bersikap proaktif dan bermain dengan lingo yang masyarakat mahu. masyarakat nakkan gerakan yang proaktif. yang add value kepada keseluruhan kesejahteraan penduduk bandar. bukan gotong royong sahaja. ini pandangan, bukan kritikan.

soal projek. bukti? takpelah...jika itulah niatnya, insya'Allah satu hari nanti akan terbukti. mungkin bukan anggota SHEB...tapi orang lain.

p/s: nama saya bukan 'tengku'...

kau orang ni apa nak jadi ,sama-sama orang dalam pun berdengki...

adik boring said...

apa2 je lah...!! gaduh je bukan nya ada orang peduli pun.. pemuda pun dipimpin oleh pembangkang. apa nak heran? orang yang disabit dengan rasuah boleh menang besar??? hmm.. pelik la korang nieh.. material semua skali. jadi kalau betul tak turun manik urai pun apa korang kisah? sanggup ke duduk kat kg macam tu? bukannya ada hotel pun..

Anonymous said...

YANG PASTI GENERASI MUDA TETAP BENCI PADA KJ DAN ORANG SEKELINGNYA..

UNDUR KJ UNDUR KJ..PEROSAK PEMUDA UMNO