Wednesday, July 1, 2009

ISU KAMPUNG PADANG BALANG : RAJA NONG CHIK ARAH DATUK BANDAR TURUN PADANG DAN BUAT SESSI PERTEMUAN !

KUALA LUMPUR Julai 1
"HANYA SALAH FAHAM" , kata Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin berhubung isu Kampung Padang Balang .
Menurut Raja Nong Chik , pihaknya telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur agar mengadakan sessi pertemuan dengan penduduk dan badan bukan kerajaan ( NGO) bagi menjelaskan isu ini.
" Sebagai sebuah kampung tradisi diatas tanah rezab Melayu, kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib penduduk. Apa juga pandangan dan permintaan mereka akan diambil kira.
Kami tidak mahu ada kampung - kampung Melayu tercicir dalam usaha - usaha pembangunan yang dilakukan, sama seperti Kampung Baru", ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, kenyataan Datuk Bandar sebenarnya bukanlah merujuk kepada penduduk kampung berkenaan tetapi kampung - kampung lain yang berdekatan seperti Kampung Puah dan Kampung Chubadak. Sila klik -Utusan Malaysia Online - Kota , untuk baca berita selanjutnya. Kita tunggu reaksi Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Ahmad Fuad yang dikatakan seorang yang - berwawasan.

7 comments:

bungaraya said...

Orang KL ni, sangat fagham benar dengan pendirian Taxi Drivernya. Dalam 10 orang taxi driver yang saya tumpang, terdapat 7 yang mengundi parti pembangkang semasa pru ke 12. Apa tujuan mereka? Selalunya beralasan emosi, marah dengan kerajaan kerana tidak meluluskan permit yang mereka pohon. Atau permohonan mendapatkan rumah DBKL ditolak setelah mencuba berkali-kali. Ertinya mereka sanggup membakar kelambu demi memuaskan hati dan periok nasi. Okey juga tapi kenapa UMNO yang menjadi mangsa. Bukankah UMNO juga yang dicari apabila berada dalam keadaan tersepit? Faham-fahamlah dan fikirlah dalam suasana otak tidak berserabut.

Anonymous said...

dbkl bermain wayang dengan penduduk kampung padang balang. sebenarnya betul lah apa yang dikatakan oleh datuk bandar itu. sebab sebenarnya datuk bandar sudah terlepas cakap perkara sebenar akan tindakan yang akan diambil oleh dbkl. tetapi Raja Nong Chik cuba untuk membersihkan keadaan.

saya percaya apa dikatakan datuk bandar adalah tangapan benar dbkl terhadap penduduk kampung padang balang. bila rakyat sudah bangkit menyatakan kebenaran berkaitan status tanah itu barulah RNC tampil sebagai pembela. kenapa tidak datuk bandar sahaja jawab kerana perkara itu keluar dari mulut datuk bandar sendiri.

disini dapat dilihat bagaimana dbkl menjalankan tindakan mereka secara pelahan2. apabila penduduk kampung padang balang lupa akan peristiwa itu mereka akan datang dan memberika kenyataan yang sama. berkaitan dengan isu status tanah tersebut. kita harus teliti dab faham maksud yang ada disebaliknya.

sebenarnya penduduk kampung balang berhadapan dengan kerajaan yang pentingkan wang semata-mata. isu berkaitan status tanah mereka boleh menukar status tersebut dengan pejabat tanah. hanya dengan satu arahan sahaja segala maklumat boleh ditukar termasuklah status tanah tersebut.

sebenarnya kita tidak berdaya untuk berlawan dengan kerajaan yang korup. penduduk tetap akan menjadi mangsa ahirya

anak jati kampung baru said...

ehhh.. betul ke datuk bandar nak bela Kampung Baru. heheheheh kelakar juga aku baca. bukan ke DBKL nak bangunkan Kampung Baru!!. Nampak macam "Isi Bakul Angkat Sendiri" jeeee.

Kampung Baru Bukan tanah rezab juga ke.. betullah apa yang dikatakan oleh komen diatas. dbkl nak main wajang. sekarang kata macam ni nanti kata lain pulak....

Anonymous said...

Bagi tanah kat kaum lain kita marah... TAPI TANAH MELAYU KITA RAMPAS......


ELOKKAH BEGITU?????

mama bosan said...

geli hati ngan dbkl nie. nak main wayang ke nak apa. aku pun tak faham. tak silap aku keseluruhan pimpinan dbkl ramai yang penyokong pembangkang? bukan aku tuduh tapi masa PRU yang lepas diorang mengaku diorang bukan menyokong kerajaan. yang bercakap pulak orang kuat DBKL sendiri. tak percaya pergi lah buat survey. sebab tu dbkl dengan kerajaan tak selari heheheheh macamana nak selari kalau ada gunting dalam lipatan!!

Anonymous said...

Kampung Baru lain, dia bukan rizab Melayu, dia Tanah Penenmpatan Pertanian Melayu (Malay Agriculture Settlement). Lain dari yang lain. Tapi depa ni semua yang kat atas tak nak baca enakmen ni. Kalau baca , dah banyak kesalahan dah buat, bangunan komersil, apartment RAH yang tinggi melaut tu, ntah ada CF ke tak, main kromo aje kat Kg Baru . Berdosa lah mereka yang menipu orang kampung!

Anonymous said...

PAS sudah menguasai Titiwangsa,buatlah satu bentuk pembangunan yang rakyat boleh tumpang bangga....Jangan Ahli Parlimen main nak ikut punggung orang aje,,,Menteri Wilayah nak pegi membuang pu nak ikut...ini dah melampau