Wilayahkini menerima satu permintaan untuk diketengahkan.Kali ini mengenai isu perjuangan Penduduk Kampung Padang Balang yang terletak di bawah Parlimen Batu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Perjuangan mengenai sebuah kampung yang penuh dengan Tradisi Melayu yang kini terpaksa berhempas pulas untuk memperjuangkan nasib mereka.
Pada 6hb Jun , semasa Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin turun padang untuk merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Masjid Saidina Ali Kampung Padang Balang Sentul beliau meminta semua penduduk agar bersabar menunggu keputusan terperinci Deraf Pelan Kuala Lumpur ( KLCP 2020 ) untuk pembangunan Kampung tradisi tersebut pada bulan Ogos ini.
Namun laporan berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 Jun dilaporkan berkata , Pendududuk Padang Balang memberi tempoh tujuh hari kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail untuk menarik balik kenyataanya yang menafikan hak penduduk Kampung Padang Balang sebagai pemilik tanah asal di kawasan itu.
Pengerusi Masjid Saidina Ali Kampung Padang Balang, Zainal Abidin Maas berkata, sekiranya beliau gagal berbuat demikian , penduduk kampung telah sebulat suara akan menghantar memorandum terhadap beliau.
" Setiap penduduk di Kampung Padang Balang ini memiliki geran tanah yang sah yang dikeluarkan sejak 1916 dengan status tanah adalah hak milik seumur hidup" katanya.
Beliau mengulas tentang kenyataan Ahmad Fuad baru - baru ini terhadap hak milik tanah di kampung tersebut dan mendakwa tiada istilah peneroka bandar yang diberikan kerajaan kepada penduduk kampung berkenaan.
Ahmad Fuad dilaporkan berkata, istilah tersebut tidak pernah diberikan oleh kerajaan kepada mana - mana pihak untuk membina rumah diatas tanah kerajaan tanpa kebenaran.Namun, segala keputusan mengenai pembangunan yang bakal dijalankan di kawasan tersebut akan diputuskan pada bulan Ogos ini , katanya.Zainal yang juga Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Kampung Padang Balang berkata, penduduk kampung bukan menolak pembangunan namun tidak mahu pembangunan berunsurkan penindasan.
Jelasnya, maksud pembangunan berunsurkan penindasan ialah penduduk terpaksa mengorbankan tanah mereka untuk kepentingan pihak lain dan bukanya pembangunan untuk penduduk setempat.
Untuk rekod penduduk terbabit telah menyerahkan memorandum bantahan setebal 800 muka surat kepada Raja Nong Chik sebagai tanda bantahan terhadap KLCP 2020 yang mengkategorikan kampung tersebut sebagai penempatan setinggan.
Zainal juga berkata , kampung tersebut telah berusia lebih 100 tahun dan telah diterokai oleh nenek moyang mereka bermula pada 1940 -an.
PERSOALANYA : Nasib penduduk Kampung Padang Balang ditangan siapa ? DBKL ? Kementerian Wilayah Persekutuan ? UMNO ataupun Ahli Parlimen Batu - Tian Chua ? Rakyat mahu mereka di dahulukan.
(FAKTA GAMBAR - Raja Nong Chik menerima memorandum daripada Pengerusi Masjid Saidina Ali Zainal Abidin Maas yang juga Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Kampung Padang Balang semasa merasmikan Sambutan Jubli Perak Masjid Saidina Ali Kampung Padang Balang baru - baru ini. Gambar kedua - Raja Ning Chik bersama Zainal dan Ketua UMNO Bahagian Batu Yahya Mat Ghani tengah berbincang sesuatu di majlis yang sama).
12 comments:
Dato Yusuf dah lama perjuangkan nasib masyarakat Padang Balang,Selamat berjuang Dato Yusuf
Sekadar Berkongsi.. mungkin lari tajuk sikit...
Isu tanah milik siapa, dan siapakah yang patut mendapatnya...
Berjalan-jalan di sekitar KL.. pingir KL, jarang sekali kita melihat banggunan... rumah kedai milik MELAYU..
Sekarang .. pergilah di pinggir2 KL .. kita akan melihat pembanggunan baru rumah kedai dan sebagainya.. di penghuni oleh bukan MELAYU.
Kadang-kadang kita lihat tanah kosong .. ditanya siapakah miliknya .. DBKL .. kekadang .. SWASTA .. tapi apabila dibanggunkan .. DIMANAKAH MELAYU .. masih merempat dan menyewa .. atau ..langsung tak nampak muka MELAYU .. nampak .. BANGLA .. MYAMAR .. PAKISTAN .. INDIA .. pemilinya .. CINA .. INDIA ... MAMAK .. "mana MELAYU"
jesteru itu .. sekarang ... ni SELESAIKAN LAH CEPAT .. KALAU TERNAMPAK2.. ada KUASA yang BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MELAYU .. kasikanje laa..
jangan nanti rakyat bercakap .. KENAPA PKR boleh kasi masa kat PERAK .. tapi .. KITA DOK .. main TAICI ...
Sekadar pandangan ...
Orang melayu bukan tolak pembangunan cuma HAK orang melayu telah terjamin dalam perlembagaan.
sila baca dgn teliti...
Undang-Undang Tanah Rezab
Undang-undang Tanah Rizab Melayu (ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
EMR 1913 telah dimansuhkan mulai daripada 15 Disember 1933 dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935, ERM 1933 telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke hari ini.
Negeri- negeri lain selain daripada NMB kemudiannya juga telah mewujudkan ERM mereka masing-masing iaitu;
1. ERM Kelantan 1930
2. ERM Kedah 1931
3. ERM Perlis 1935
4. ERM Johor 1936
5. ERM Terengganu 1941
Pihak British tidak mewujudkan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Objektif Tanah Rizab Melayu
1. Menyekat atau melarang tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Melayu.
2. Menyekat Tanah Pegangan Melayu atau Tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) diantara orang Melayu dengan orang Bukan Melayu.
Matlamat
Adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan kekal dikuasai oleh orang Melayu.
Tanah Yang Boleh Diisytiharkan Sebagai Rizab Melayu:
1. Tanah Kerajaan (di Wilayah Persekutuan sebagai Tanah Persekutuan)
2. Tanah Hutan Simpan
3. Tanah Rizab Awam
4. Tanah Milik
Tanah Rizab Orang Asli tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Seksyen 6(2) dan 7(2) Akta Orang Asli 1954]
Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh Menteri Besar di bawah Seksyen 4(1)b, ERM (NMB Bab 142)
Objektif rizab melayu sudah jelas akan HAK2 org melayu...undang2 yg digubal british demi kelangsungan HAK MELAYU.
apa ke jadah dgn dato yusuf ni.pertandingan dh abis la.yahya mat ghani dh pun jd KB Batu.lantak la korg nk same2 dgn dgn dato ke datin ke tan sri ke.yg past melayu umno masih lg sa2.kita kene kuatkan umno melayu, kalau nk perang lg tggu g 2 tahun.jgn nk mengadu domba.aku rs ko ni jenis manusia yg xble menerima kenyataan.aku pun dulu sokong dato yusuf tp skg pentadbiran dh b'tukar.Abas jd KB.respect la kerusi die sbg KB.Aku dh mula meluat dgn geng2 dato yusuf ni.yg kita sokong PARTI UMNO yg kita harus hormat pemimpin kita.name pun politik.aku tgk org2 kuat die pun cm hantu gak.mane2 same jela.pelik ngan korg ni.itu xbgs ini xbgs.korg sume ni syumul sgt ke????perfect sgt ke???skg dh xde ms nk gaduh2 aku mintk tlg sgt.ko xtkt ke PRU 13 jatuh kt pembangkang????!!!!same2 la kita keje xkira la dato yusuf ke dato abas ke ramlan ke hj shaari ke rahim suboh ke hj mokhtar ke sam2 la dalam sa2 barisan..korg gaduh sbb jawatan dan projek...tp aku budak muda yang masih sayang UMNO ni cmner????? aku nk sokong UMNO lg...tlg bantu untuk kuatkan UMNO semula...yg senang siapa cucu anak bangsa kita gak nant...tlg pikir2 la....gune akal yg allah kurniakan..bukan otak yang letak di lutut yg biase korang 2 sume wat....
salam, herm bro...x yah la nak hentam sape2 pown...kau ni x ubah mcm katak bawah tempurung....sape jadi kepala kau sokong...bile jatuh kau tentang...kau ni ibarat org x ada pendirian. dlm beberapa tahun dato yusuf pegang byk yg beliau dah lakukan. mcm2 tapi ada juga org yg x suka. walhal dia pun ketua juga mase tuh....sama la...at least org ramai kenal dia bro. dlm batu ni ramai yg kenal dato yusuf tuh..abas??? sape kenal??? rakyat kenal???aku x kenal pown dia...sbb bile org ada masalah dia x penah turun...mana pergi???
adoi...so bro aku rase kau x yah la nak kondem sape2..baik dato yusuf atau abas...sbb yg berbakti dah terbukti...yg tamak kuasa jatuh x berkaki.... ingat bro....dato yusuf byk berbakti...semua yg terjadi ni masa abas jadi ketua..ketua yg korg pilih..aku x salah kan abas..aku salah kan korg...so korg termenung la kalo ada saudara2 melayu islam yg tertindas...wslm bro..
apa laa nak jadi dgn BATU ni?macam² masalah timbul sejak pentadbiran baru..Sebelum ni , ada je masalah dapat diselesaikan segera..xkan hal padang palang xbole nk selesaikan segera..Mungkin KB baru ni,baru nk blaja..Jangan jadi bodoh sombong..kalo xtau tanya laa mantan tu..Lebih baik 2² berbaik utk memperjuangkan UMNO
assalammualaikum..
kepada penyokong dato yusuf yang diatas sana tuh...
bukan dato yusuf jer yang perjuangkan isu padang balang nih,... dari zaman Sanator dato ibrhim yaakop lagi dah perjuangkan tanah rezab melayu nih..
dato yusuf cuma menyambung kesinambungan nyer..
dan sekarang dato yahaya mat ghani pulakk.. bertanggujawap meneruskan perjuangan nih...
aku rasa ko belom cukup kenal laaahh ngan dato yusuf nih.. pergi tanya otai otai sentul,kampung batu muda
datuk Yahaya baru jer menjalan kan tugas nyer lagii.. kalo dia tak betul tanggungjawap sebagai ahli UMNO reramai kita tukar... ketua bahagian baru..
yahaya
wahai penyokong2 abas!!!
abas belum lagi dato!!!!
jgn nk memperbodohkan rakyat...
dari mana dia dapat dato?????
badan perhubungan wilayah pun panggil dia tuan haji laa....
mcm mana nk menang pru13 kalau terus menipu???
orang lain pun politik jgk...
tapi tak ada la kemaruk nama DATUK
assalammualaikum..
kepada penyokong dato yusuf yang diatas sana tuh...
bukan dato yusuf jer yang perjuangkan isu padang balang nih,... dari zaman Sanator dato ibrhim yaakop lagi dah perjuangkan tanah rezab melayu nih..
dato yusuf cuma menyambung kesinambungan nyer..
dan sekarang dato yahaya mat ghani pulakk.. bertanggujawap meneruskan perjuangan nih...
aku rasa ko belom cukup kenal laaahh ngan dato yusuf nih.. pergi tanya otai otai sentul,kampung batu muda
datuk Yahaya baru jer menjalan kan tugas nyer lagii.. kalo dia tak betul tanggungjawap sebagai ahli UMNO reramai kita tukar... ketua bahagian baru..
datuk yahaya.. baru mejalankan tugas nyer yang sebenar.. dalam masa 3 bulan.. satu dokumen pon tak di serahkan kepada pentadbiran baru nih.. termasuklah status akaun UMNO bahagian Batu kepada pentadbiran baru..
Bagi aku laaahh... dalam masa terdekat jer datuk yahaya dah dapat bawak turun Menteri Wilayah turun ke Bahagian Batu di padang balang..walaupon masih berapa bulan mentadbir..itu satu titik permulaan..
aku teringat kes Kg. medan wira utama.. yang dato yusuf selama hari nih pertahankan.. dan berjanji nak bawak pemimpin berjumpa ngan menteri wilayah... Selepas Datuk yahaya bawak pemimpin kampung jumpa menteri wilayah..selang beberapa hari plak... datuk yusuf pon.. baru nak bawak jumper.. apa yang dia buat selama dia mentadbir nih..??
kalo bukak kitab banyak lai nih..
tapi walau macam mana pon.. datuk yusuf telah berbakti pada UMNO sampai dewan Umno Bahagian Batu.. pon dah tak der..?
pikir2 kan laahh..
aku lg xphm bila ko ni nk kondem-kondem.Mslhnya kan aku ckp yg kita sokong UMNO!!!!!bukan dato yusuf or abas.jatuh xjatuh sume telah ditentukan allah.xnafikan mmg dh byk b'jasa dato yusuf tu tp kene igt la nk politik pn jgn la politik kuno.mgkn ko ni jenis x b'pelajaran kot.yg aku pntgkn skg UMNO kene trus maju aku sokong dato yusuf pun bukan ble jd kaya tp kalu kita kekalkan pemerintahan BN nmpk la kita ada peluang kalu kita usaha.baru 7 bln die memerintah bg peluang.kalu die wat xbtl lps ni kita tukarla KB.mslh ini xkn timbul sekiranya pihak kita (penyokong dato yusuf) yg timbulkan.hanya allah yang tau segala-galanya.biar allah saja yang tentukan.aku pun bejuang abis2tuk dato yusuf siap kuar paper g muke aku ni.sape kate aku xsuke dato???tp aku pentingkan UMNO bukan individu.PARTI UMNO tetap ia tapi nakhkoda je yg b'lainan.kita respect sesiapa yg dipilih m'jadi ketua.kerusi ketua kita kene hormat.jgn jadi politikus yg tiada ilmu.rasional kan diri,muhasabah,jgn terlalu ikutkan perasaan amarah yg nanti memakan diri.buang perasaan hasad dengki,fitnah,prejudis..melayu kita perlu satukan bukan dengan cara begini.yg aku risau PRU13.xkira dato yusuf ke abas ke kita sama2 kerjasama untuk trus meletakkan UMNO sbg parti pemerintah.apa gune nye lg sekira akhirnya kita m'jadi pembangkang.kita xmahu ini terjadi.buang la yg keruh ambil la yg jernih.Manusia ini xperfect.Byk lakukan kesilapan juga.Kritikan dan teguran haruslah dilakukan secara b'tutur dan konstruktif.bukan dengn perasaan marah yg akhirnya m'bawa kpd mudarat kpd kita.bodoh la aku bila aku kata abas tu baik dan bodoh la juga jika aku kata dato yusuf tu jahat.juga sebaliknya.
tetapi sekali lg aku igtkan yg baik dtg dr allah yg tidak baik dtg nye dr kita sendiri.igtlah hanya parti UMNO yg b'juang utk org melayu.sekiranya roboh parti ini tamatlah riwayat org melayu di dalam negara tercinta ini.jd renung2kan lah supaya kita menjadi satu bangsa yg kuat dan berstu padu demi menegakkan aga dan tanah air tercinta....
Abas jangan cakap besar,buat lah kerja tunjukkan yang kau lebih baik dari semua ketua bahagian UMNO di W.Persekutuan .
Nak buka bilik gerakan, semacam pemintak sedekah,sedarlah diri,sekarang baru mu tahu...budu masin..budu manis...
Salam Perjuangan,
Ini pandangan dari anak muda, Saya juga terlibat di dalam pemilihan yang lepad meyaksikan perlawanan Y.Bhg Datuk Mohd Yusuf hamid dengan Y.Bhg Tn Hj Yahya Mat Ghani..
Ya saya akui yang saya penyokong Y.Bhg Datuk Mohd Yusuf Hamid.Tetapi selepas apa yang telah berlaku dan pihak pengurusan pun dah putuskan kita kena akur, Walaupun keputusan itu nampak macam tidak adil..
Apa yang perlu sekarang, di pihak Y.Bhg Tn Hj Yahya Mat Ghani perlu merapatkan semula semua cawangan-cawangan yang ada dalam batu agar ia menjadi kuat.Amanah dan mandat telah di beri buat lah kerja tanpa mengira ideologi politik pun..
ini kerana isu yang paling penting adalah menjaga tanah orang melayu di Kampung Padang Balang,Di Cawangan Sdr Faris,Chubadak Hilir dan kawasan tanah mekayu yang ada di kawasan batu.Pertahankan sebaik mungkin hak melayu ini..Kalau kerajaan nak ambil juga berila imbuhan secukupnya kepada penduduk agar kerajaan tidak di lebel sebagai zalim atau makan hak rakyat..
Saya juga tidak menafikan jasa yang terlu banyak di taburkan oleh Y.Bhg Datuk Mohd Yusuf Hamid..Terima kasih Y.Bhg Datuk kerana menabur banyak jasa kepada orang mekayu di batu ini.Hanya Allah SWT dapat membalas nya..
Kepada yang memberi komen di atas,saya bersependapat dengan anda..tetapi alangkah eloknya kita berdamai demi atas nama ORANG MELAYU dan UMNO ITU SENDIRI..saya tidak rela lagi melihat bangsaku ini DI PANDANG HINA DAN JIJIK OLEH BANGSA LAIN..Ya memang betul mempunyai pandangan masing masing,tetapi demi anak dan cucu kita nanti,jangan mereka salahkan dan maki kita apabila kita telah tiada lagi di dunia ini..
Pesanan ikhlas Kepada Y.Bhg Datuk dan Y.Bhg Tn Hj,Bersatu la,Duduklah lah Semeja,Bincangkan lah Agenda Bangsa Mu,Jangan lah Kita Tidak Menegur Siapa, Yang Rugi ANAK DAN CUCU KITA BUAT SELAMANYA..
Mohon Maaf Sekiranya tulisanya saya ini menyentuh perasaan Y.Bhg Datuk dan Y.Bhg Tn Hj serta penyokong kedua pihak..
HIDUP UMNO HIDUP MELAYU
Ikhlas,
PEMUDA HARAPAN BANGSA
Post a Comment