Tuesday, June 16, 2009

INSIDEN DI KAMPUNG JINJANG SELATAN TAMBAHAN ; RAKYAT DI DAHULUKAN ? PENCAPAIAN DI UTAMAKAN ?

KUALA LUMPUR Jun 16 --
Berikut adalah gambar - gambar yang telah dirakamkan pada insiden meroboh 15 buah rumah di KAMPUNG JINJANG SELATAN TAMBAHAN, Kuala Lumpur. Inisiden semalam cukup panas dan menyedihkan. Apakah ini yang kita laungkan RAKYAT DI DAHULUKAN ? PENCAPAIAN DIUTAMAKAN? Kenapa DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan membiarkan insiden roboh rumah menjadi begini ?
" Kami telah memberi masa yang sekukupnya kepada penduduk untuk berpindah melalui beberapa notis yang telah dikeluarkan oleh DBKL. Malah kita telah mengadakan dialog sebanyak lapan kali dengan penduduk terbabit dan mereka berjanji untuk pindah tetapi sekarang mereka cuba ambil masa.
"Kawasan ini merupakan kawasan tanah TOL. Tetapi taraf TOL telah tamat pada tahun 1997 dan kini kawasan tersebut sudah jadi kawasan setinggan. Kita hanya mahu membangunkan kawasan jalan di sana" kata Timbalan Pengarah Operasi DBKL Abdul Salim Mansor.
Tindakan merobohkan rumah - rumah berkenaan dilakukan bagi memberi laluan kepada projek membina lebuhraya yang akan memendekkan jarak dan masa perjalanan antara Jalan Kuching dan Kepong , yang tergendala beberapa lama akibat keenganan 17 penduduk di kawasan setinggan itu berpindah.
Sementara itu, penduduk terbabit pula memberikan alasan pegawai DBKL bertindak kasar, dan rumah yang di sediakan di PPR Batu Muda pula tidak sesuai dan ada rumah yang ditawarkan kepada mereka telah diambil oleh orang lain. Penduduk - Penduduk terbabit juga telah menghantar surat rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika DBKL juga mempunyai alasan yang kukuh, penduduk terbabit pula juga mempunyai alasan mereka.
Memang tidak dapat dinafikan masing - masing ada tanggungjawab tetapi yang penting kita mestilah cuba elakkan insiden seperti ini berlaku. Kita tidak mahu insiden pindah rumah, roboh rumah bertukar menjadi medan perang , jerit - menjerit dan macam - macam lagi. Cukup sedih. Diharap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang sering melaungkan slogan Rakyat Di Dahulukan akan cuba memperbetulkan keadaan seperti ini. Lakukanlah dengan cara yang lebih holistik lagi. Tak guna turun padang ke hulu ke hilir dan laungkan slogan Satu Malaysia sekiranya rakyat terpaksa berperang untuk rumah mereka. Kita harap, takkan ada insiden seperti ini di Kuala Lumpur pada masa - masa akan datang.

24 comments:

muda belia said...

insiden meroboh 15 buah rumah di KAMPUNG JINJANG SELATAN TAMBAHAN, Kuala Lumpur cukup menyedihkan.

Lebih sedih org melayu ditipu melayu yg diamanahkan utk membela nasib melayu di KL.

Tersebutla kisah pada zaman dahuluUUUUU...

dlembah bawah rumah2 yg dirobohkan itu, letaknya 2 buah perkampungan melayu bernama KAMPUNG BENTENG (kampung angkat DBKL) n KAMPUNG SG UDANG selama 40thn seblm pupus dr lanskap KL.

Perancangan khianat bangsa oleh ejen 20% pemaju seperti '*Datu Kamar Ambik', 'Mel Kelabu', 'Asan Gorila','Mat Rap' n kuncu2 ejen ala yahudi ini mencanangkan kpd penduduk kpg projek mulanya, saliran sungai berubah kpd kubur bertingkat kpd PPR segambut kpd jalan pintas dr jln kuching ke jln kepong dan (hasil siasatan)akan bermula perumahan mewah(projek rahsia) dbekas tapak kedua2 kpg itu.

perpindahan majoriti penduduk 2kpg ini dipermudahkan urusannya dgn tipu helah muslihat teliti ketua dalang ejen '*Datu Kamar Ambik'.
Kpg. Benteng (PPR Batu Muda)n Kpg Sg. Udang (PPR Baiduri).

perpindahan kpg Benteng mencacat sejarah tersendiri DBKL bila tiada satupun arahan berpindah Datuk Bandar KL tapi atas kelicikkan helah '*Datu Kamar Ambik', 'Mel Kelabu', 'Asan Gorila','Mat Rap' n kuncu2 ejen ala yahudi berbondong2 rakyat marhean mula berpindah ke PPR Batu Muda. pindah dgn tergesa2 tnp ada bantuan DBKL ke PPR batu muda.

menurut sumber JKR projek jalan pintas itu akan dikaji semula sekiranya melibatkan penempatan rakyat tempatan namun JKR mengunapakai laporan '*Datu Kamar Ambik', 'Mel Kelabu', 'Asan Gorila','Mat Rap' n kuncu2 ejen ala yahudi bahawa KAMPUNG BENTENG (kampung angkat DBKL) n KAMPUNG SG UDANG dihuni majoritinya oleh pendatang asing tanpa izin(PATI) maka projek ini disegerakan perlaksanannya.

hikayat 2kpg ini merubah pegangan politik pengundi muda dlm parlimen segambut hingga mempengaruhi parlimen batu dlm PR12. hasilnya segambut DAP n batu PKR.

TAHNIAH buat '*Datu Kamar Ambik', 'Mel Kelabu', 'Asan Gorila','Mat Rap' n kuncu2 ejen ala yahudi dlm meng'REFORMASI'kan politik pengundi muda di Segambut n Batu.

insiden ini membuktikan UMNO itu suci tapi yg najis ('*Datu Kamar Ambik', 'Mel Kelabu', 'Asan Gorila','Mat Rap' n kuncu2 ejen ala yahudi)adalah pimpinan khianat bangsa sendiri dlm UMNO yg perlu di'sula' sebelum PR akan dtg.

Laporan perlu siasatan kepada tindakan oleh Pucuk Kepimpinan UMNO Malaysia.

* Gelaran dr kesultanan Mindanao
TAMMAT...

orangKL said...

salam sejahtera.
Memang tidak dinafikan berita yang tersiar agak kurang menyenangkan bagi kita. Sedih kita tengok keadaan ini terjadi kepada 'adik beradik' kita. Tapi sedar tak sedar, kita telah melihat perkara ini dari satu pihak. Berbagai usaha yang termampu telah pihak DBKL dan KWP lakukan supaya kebajikan setiap keluarga terbela.

Saya bukan mahu menyebelah mana-mana pihak tapi jika sesiapa ada cadangan langkah yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah ini, apa kata bincang bersama. DBKL dan KWP mahu melaksanakan tugas mereka, dan ia juga untuk kesenangan orang awam. Dalam hal ini, saya sedikit menyokong DBKL kerana tujuan rancangan ini adalah untuk kesenangan bersama. Ataupun adakah 15 buah banglo cukup untuk meneruskan rancangan yang tergendala itu?

Anonymous said...

Kita harus faham bahwa tanah tersebut diduduki secara haram sekian lamanya. Kena belajar pindah bila tuan tanah suruh pindah. Jangan kita jadikan tabiat melayan lebih2 dengan orang yang duduk tanah haram.

Anonymous said...

pelik juga ya yg membabitkan Melayu,semuanya jadi susah,Bila Melayu berpaling arah,Melayu yang salah,Kenapa jadi kecoh...kenapa beri TOL....memang betul TOL bukanlah geran tetap,tetapi sudah berpuluh tahun menetap tidakkah rasa kasih kpd penghuni yg begitu taat tinggal dikawasan tersebut, sesuatu perancangan yg seadil perlu dirancang,orang kampung yg tiada kuasa hanya mengharapkan sokongan dari orang atasan,spt pak menteri,Betullah pabila taraf TOL sudah tamat penghuni itu akan menjadi Setinggan,Tidakkah penduduk yg tinggal begitu lama boleh diberi sambung TOL berdasarkan tahun ke tahun..dalam masa tahun-tahun yg singkat itu proses memindahkan dibuat...atau perancangan membangunkan kawasan itu dibuat...

persoalan yg mengganggu benak saya disini,dimana saja yg melibatkan projek yg dipunyai org ternama rakyat menjadi mangsa,Pak Menteri Wilayah tak akan turun kerana KITA SERUPA.

kEPADA dATOK nAJIB TAHNIAH melantik Menteri Wilayah yg bukan dipilih rakyat,kalau pilih Tengku Adnan pun dia ada perasaan rakyat,sepuluh kali difikir dahulu sebelum tindakan dibuat..kerana slogan rakyat didahulukan adalah logik..kerana dia dipilih rakyat.

Cepatlah datang PRU13 ,kedatangan PRU13 sangat dinantikan ,org Melayu seluruh negara sdg mencari buku dan belajar membaca talkin UMNO,sekarang org Melayu,sanak saudara,sahabat handai sdg membaca TAHLIL kerana pemergian AlMarhum Kementerian Pembangunan Usahawan. AlFatihah.

waribangsarbaru said...

kalau dah jadi begini janganlah kita berpandangan terlalu serong terhadap dbkl dan kwp. masing-masing ada tugas dan tanggungjawab yang perlu untuk dilaksanakan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

cuma pendekatan yang berkemungkinan besar sudah tidak sesuai. dicadangkan satu usaha dan pendekatan baru yang seharusnya diambil oleh pihak yang berkuasa terutama betapa perlunya untuk memahami kesan kependudukan terhadap saikologi kerakusan pembangunan kosmopolitan yang tidak dapat dielakkan.

sudah tiba masanya untuk pihak-pihak berkuasa yang terbabit seharusnya menganjakan pendekatan pengurusan baru di dalam usaha untuk menangani fenomena sebegini.

utamakan pendekatan yang bijak di dalam mengutamakan rakyat. prestasi adalah sesuatu yang berterusan. jadi pertembungan yang ini seharuslah diilihat pada sudut yang lebih positif. jadilah kita sebagai rakyat yang bertimbang rasa dan lebih bertanggungjawab.

Anonymous said...

Kalau di suruh pindah tu pindahlah..tanah TOL pulak tu..kalau ada geran sendiri takpe lah..boleh runding harga..sudah di sediakan rumah..memilih lagi tu..teruk betul lah tabiat korang..tak kan lah nak duduk rumah terrace double storey...surat dah di bagi berkali-kali...ini bukan pasal melayu ker atau bangsa lain..tapi siapa yang empunya tanah?TOL tu sementara aja..jgnlah nak duduk situ sehingga bercucu cicit...alamak oii 17 org aja tu..klu buat lebuhraya berjuta rakyat yang boleh gunakan...fikirkan lah sikit..


Pemilik Rumah Rakyat

anakMelayu said...

Bila DBKL tak buat kerja, kita marah. Bila DBKL buat kerja, kita marah juga.
Bila DBKL buat kerja, ramai yang complain kata tak betul la. Kata kesian kat orang yang teraniaya la. Cuba la cari silap kementerian yang tak buat kerja.
Contohnya kawan saya (seorang cikgu mengajar kat sabah) yang tengah sarat mengandung, dapat surat cuti dari doktor lagi. Tapi 'orang atasan' tak bagi cuti.
Bukan tak boleh ulas atau bincang mengenai isu begini. Tapi seperti yang kita sedia maklum, setiap ayat yang kita tulis, kita yang tanggung dosa atau pahala.

Sang Algojo said...

Bila orang-org Melayu kena pindah, termasuk bekas tentera, bekas penjawat awam, orang susah, tak ada pun kecoh-kecoh. Walaupun ini tanah Orang Melayu dari nenek-moyang, kita faham bahawa pemilikan tanah bergantung pada kertas yang bernama geran, bukannya ikut suka mak bapak. Maka org Melayu dengan berat hati berpindah ke PPR-PPR sana-sini dari tanah masing-masing yang malangnya bertaraf setinggan di seluruh Wilayah - beribu-ribu jumlahnya. Tanpa gaduh-gaduh.

Tapi bila bekas komunis dan penyokong komunis - ya, Jinjang Selatan ni new village lah, tempat relocation penyokong dan penolong komunis - dimintak berpindah supaya beeratus ribu orang boleh manfaat nak buat jalan, depa boleh gaduh. Suratkhabar macam Star (milik Cina MCA) dan NSt pun (milik melayu? Why?) sibuk meniup emosi memburukkan DBKL dan semua penjawat awam yg hanya buat kerja mereka sahaja. Lahanat betul puak-puak ni. Nasihat saya pada DBKL, roboh cepat. Ini tanah ada undang-undang!

BELIA PASAR MINGGU said...

salam.... satu artikel yang sangat menarik. saya tertarik dengan artikel ini. seperti kita sedia maklum DBKL adalah pentadbir Kuala Lumpur serta menjaga kepentingan dan keselesaan RAKYAT.

TETAPI...... ada tapinya bila DBKL buat kerja. mereka harus telus tanpa ada agenda tersembunyi dalam Perkara ini APAKAH YANG DIDAKWA OLEH MUDA BELIA BENAR. masih menjadi persoalan?????

saya sokong seratus peratus dalam Soal pembangunan. Tapi harus diperhatikan pembangunan ini akan memberi keuntungan terhadap kedua-dua pihak sama ada pemaju dan penduduk. bukan hanya kepada pemaju sahaja yang akan mengaut keuntungan.

SITUASI ini juga hampir berlaku kepada PENIAGA PASAR MINGGU apabila NOTIS MENGHALAU PENIAGA DI PASAR MINGGU DIKELUARKAN OLEH DBKL TANPA MEMBERI SEBARANG PAMPASAN. adakah ini satu tindakan yang bijak yang telah diambil oleh DBKL.

DBKL juga telah memainkan isu SETINGAN kepada PENIAGA PASAR MINGGU apabila mengelar PASAR MINGGU SETINGAN OLEH DBKL. adakah setinggan ini dianggap hina.

jika BENAR PASAR MINGGU SETINGAN. PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG PERTAMA adalah YANG PERTAMA MERASMIKAN SETINGAN di KAMPUNG BARU (kelakar betul tindakan dbkl ni) yang terletak di tengah-tengah bandaraya kuala lumpur. Kenapa ada setinggan di kampung baru. bukankah tanah kampung baru hak milik bumiputera.

PASAR MINGGU akan dibangunkan tetapi bagai mana mereka yang telah lama menjalankan perniagaan disana. sehingga sekarang telah masuk ke generasi ketiga dan hampir 50 tahun mereka tinggal di pasar minggu. tetapi bila ada pembangunan hak mereka telah dinafikan oleh dbkl dengan menghalau mereka keluar. cuma mementingkan hak pemaju sahaja. dalam hal ini tiada istilah "win-win situation" antara pemaju-DBKL dan peniaga.

untuk keterangan lanjut dan tindakan dbkl terhadap PASAR MINGGU anda boleh melayari laman blog kami www.beliapasarminggu.blogspot.com

Rasional... said...

komen muda belia sebenarnya adalah tentang 2 kampung yang telah 'pupus' dari peta KL, bukan pada kpg jinjang selatan tambahan.

beliau cuba menarik perhatian dengan beberapa perkara utama:

1. 2 kpg tradisi melayu lenyap dari peta kl

2. pembelaan yang sepatutnya tidak diberikan

3. khianat pemimpin

4. karenah birokrasi

5. kesan kepada UMNO/BN

banyak intipati yang boleh dikupas dari komen muda belia.

Anonymous said...

saya sangat setuju bila melibatkan melayu semuanya jadi bermasalah,Ada dua kategori melayu setinggan satu kumpulan cukup santun,satu kumpulan cukup keras, bila Kerajaan kata pindah kumpulan yg sokong kerajaan pun pindah...jangan sakitkan hati kerajaan( Menteri,A.Parlimen,dsb)kerana pantang nenek moyang derhaka kpd kerajaan yg berjasa.itulah ungkapan sering didengar.

satu kumpulan lagi keras tindakannya,Sanggup mereka ambil lawyer,bertahan dan bertahan.masuk mahkamah kalah..akhirnya pindahlah mereka semuanya yang Santun dan yang keras ke Rumah PPR.

DBKL Lega,urusannya memindahkan setinggan selesai.Semua yg berpindah Santun dan Keras kena tandatangan surat perjanjian. Setiap 2 tahun mesti ada perjanjian baru.

Penghuni setinggan yg 35 tahun menetap sebagai setinggan dah ada tiga (3) kereta,rumah 1,bini satu anak sebelas. DBKL beri kelonggaran syarat masuk rumah PPR dari setinggan ada 5 kereta pun tiada masalah semuanya bolih masuk...

Cukup 2 tahun perjanjian baru DBKL dg penghuni,syarat gaji mencecah catit RM 3k kena keluar..sebab payslip tunjuk bukti pendapatan campur2 suami isteri lebih 3K tidak bolih duduk rumah PPR.

Semuanya yg terlibat pakai bukti payslip adalah dari keturunan melayu dan sedikit India,yg tak ada payslip kawan2 dari tionghua..sebab diaorang berniaga..yang berniaga pendapatan sampai RM 10 ribu dan lebih ,mereka tersenyum tengok Melayu gaji A+B+C kena notis keluar sebab Melayu banyak kaya payslip tunjuk Rm 3K wow manyak musak lapat gaji...,kenapa luluk rumah PPR.

Disini dilihat...yang Santun kerana mengutamakan berjuta orang nak gunakan kemudahan sanggup pindah.Yg Kasar nak membela penghuni berpuluh tahun agar tidak diiniaya...CADANGNYA yang SANTUN dan Yg KASAR kenalah bersatu kerna PRU13 adalah nombor ajaib yang disukai PAK LAH akan menjawap segalanya..

Anonymous said...

Jangan cakap pasal tanah haram tanah halallah....Banyak tanah betul2 haram jadi halal kenapa?

KHAIRUL said...

Pada aku masing2 kena bekerjasama.Mereka yg terlibat pun sebenarnya perlu akur.Jangan lah kite meletak undang2 d tangan kita sendiri.dah suruh pindah tu pindah je.Aku dlu duduk setinggan juga.bile dah d arah pindah aku dagn penduduk sekitar x buat kecoh pun.pindah je dulu lepas tu baru bincang hal selanjutnya..jangan nak duduk free di tanah haram selamanya..memang rakyat di dahulukan.tapi menteliti rakyat harus juga berubah.duduk ppr bayar sewa rm124 dah kira untung tu.mne nak dapat sewa rumah dengan harga mcm tu dekat kl nie.

Anonymous said...

tak sampai 2 hari aku menulis pasal perasaan seorang pemimpin bernama Tengku Adnan,kalau nak buat sesuatu dia fikirkan perihal rakyat,krana sifatnya, jiwanya, adalah utk rakyat,Wakil rakyat yg menang atas kehendak rakyat.

DiParlimen yg mulia,Isu Jinjang disentuhnya dg rasa sayang kpd rakyat,Tersengeh Menteri Wilayah yg tiada rakyat.

Kepada Menteri Wilayah Persekutuan Dato Raja Nong belajarlah,perasaan rakyat daripada dua mantan Tgku Adnan dan Datuk Zulhasnan,jangan malu-malu mereka berdua ada rakyat.kerna juga mereka berdua ada jasa kpd rakyat Wilayah Persekutua.

Dato Raja tak perlu bermegah ingin tunjuk yg turun padang kerana berjiwa rakyat,Pudu Raya kenapa diturunnya...jawapannya berjuta-juta wang rakyat akan dikebas kerana ATAS NAMA PROJEK UTK RAKYAT

Anonymous said...

Perkara yg diperkatakan DBKL buat salah tak buat salah,itu tidak boleh diungkit.krn DBKL adalah agen kpd rakyat dan tanggungjawabnya diletak dibawah sebuah kementerian wilayah yg DBKL itu sendiri cukup berkuasa di Kuala lumpur.

Rakyat hanya pertikai tindakan yg dibuat,jika betul dan baik serta sempurna PAHALA akan dapat kepada seluruh warga DBKL .Begitu sebaliknya jika dilihat cara tindakan keatas rakyat jika boleh dibuat cara berlembut kenapa harus dikeraskannya.

Didalam agensi DBKL ada perkara yg dilakukan oleh segelintir pegawai dan kakitangan DBKL yg menyalahkan kedudukan jawatannya dg meluluskan sesuatu yg tak boleh lulus menjadi lulus.Sesuatu yg cukup hina sdg dilihat dan bermaharajalela.

Kalau nak dicatitkan contoh kesalahan adalah terlalu banyak dan cukup menjijikkan.Contoh yg mudah urusan kerja TENDER,org dalam boleh susun semahunya.

Saya nak cadangkan SPRM minta siasat semua peringkat yg bertugas dg DBKL buat pengistiharan harta.diminta tapisan dibuat secara betul-betul dan sehalusnya.

Pegawai-pegawai yg lama bertugas disatu-satu bahagian atau unit ditukar kepenempatan baru.Pegawai yg benar berwibawa patut dan layak dijadikan Pengarah.

Ahli Lembaga Penasihat DBKL lantik dari bekas KSU yg cemerlang atau TKSU yg tegas menduduki jawatan tersebut, jangan lantik terlalu ramai wakil-wakil politik atau profesional yg asyik ambil kesempatan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur baik juga dilantik secara bergilir-gilir dari berbagai Profesioanal seperti Peguam.IR.Dr atau profesional yg terbukti jujur spr Tan Sri Hassan Merican jangan hanya PTD sahaja.

Adalah menjadi harapan DBKL jangan hanya indah pada slogan.Harapan juga Datuk Bandar Fuad akan susun balik kedudukan kearah DBKL yg lebih telus dan wibawa kerana pengalaman dan rekodnya di Subang Jaya PASTI DBKL akan lebih berjaya dan mulia.

Anonymous said...

macam2 berlaku lepas PRU 12 ni.. apa nak jadi UMNO kita?

Anonymous said...

UMNO akan bertambah kuat kerana Sang Gedembai,Makhluk yang boleh sumpah kapal jadi bukit,sumpah orang jadi batu telah menyertai UMNO SEMULA..kepada pelakon ini diucapkan selamat berlakon,berlakonlah bersungguh hingga terlondeh seluar,kerana pelakon ini pandai melondehkan seluar orang...pandai menipu dg kata-kata yg berputar-putar...diakhir zaman jenis manusia beginilah akan diterima pakai..seolah-olah keramat.Pelakon inilah menuduh Pak Lah Perdana Menteri Kerjaan Dua Beranak,Perdana Menteri Berzina dsbnya.
Bukan mahu mengungkit tapi ingatlah perbuatan cukup Malu bila ludah jilat balik.

muda belia said...

TANAH HARAM...kelakar bila kita org UMNO sebut tanah haram dipenempatan org melayu sedangkan semua yg berjiwa UMNO mati-matian mempertahankan ketuanan MELAYU d TANAH MELAYU (MALAYSIA).

Orang melayu bukan tolak pembangunan cuma HAK orang melayu telah terjamin dalam perlembagaan.

bila pemimpin rasuah,xbermaruah,hamba RM dan khianat menyebabkan kita tertindas di bumi bertuah ini.

sila baca dgn teliti... jgn ikut sedap mulut...bila membicarakan isu melayu di TANAH MELAYU...

Undang-Undang Tanah Rezab

Undang-undang Tanah Rizab Melayu (ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

EMR 1913 telah dimansuhkan mulai daripada 15 Disember 1933 dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935, ERM 1933 telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke hari ini.

Negeri- negeri lain selain daripada NMB kemudiannya juga telah mewujudkan ERM mereka masing-masing iaitu;

1. ERM Kelantan 1930

2. ERM Kedah 1931

3. ERM Perlis 1935

4. ERM Johor 1936

5. ERM Terengganu 1941

Pihak British tidak mewujudkan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.


Objektif Tanah Rizab Melayu

1. Menyekat atau melarang tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Melayu.

2. Menyekat Tanah Pegangan Melayu atau Tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) diantara orang Melayu dengan orang Bukan Melayu.


Matlamat

Adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan kekal dikuasai oleh orang Melayu.


Tanah Yang Boleh Diisytiharkan Sebagai Rizab Melayu:

1. Tanah Kerajaan (di Wilayah Persekutuan sebagai Tanah Persekutuan)

2. Tanah Hutan Simpan

3. Tanah Rizab Awam

4. Tanah Milik

Tanah Rizab Orang Asli tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Seksyen 6(2) dan 7(2) Akta Orang Asli 1954]

Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh Menteri Besar di bawah Seksyen 4(1)b, ERM (NMB Bab 142)

Objektif rizab melayu sudah jelas akan HAK2 org melayu... sapa yang duduk tanah haram...

yang berbicara tanah haram ni jenis xsekolah, khianat, kembung poket,ejen20%,makan daging sedara sendiri,rasuah, pengkhianat dan segala macam tafsiran jijik dan hina.

ingat pembalasan rakyat adalah kepada UMNO/BN dalam PR13 kelak...masih ada kesempatan (harapnya)memperbaiki diri jangan disebabkan segelintir pemimpin khianat seluruh UMNO bakal kecundang...

Anonymous said...

Baru-baru ini saya kesempatan minum di starbucks di KL,disitu terdapat ramai pembicara yg cakap cukup pandai-pandai belaka ,berkumpul setiap hari bercakap dari hal negara hingga ke dalam kain yg serba tahunya.

Dah dengar macam-macam cerita,saya pun masuk daun dan bertanya,Menonton TV semalam Dato Hasyamuddin nak perang dengan Ah Long habis-habisan, apa pandangan anda? seorang dari mereka menjawab berperang dengan Ah Long kena berperang dengan POLIS dulu lah....

Saya sangat tidak faham.....

orang kota said...

dbkl memang perihatin berkaitan masalah penduduk. telah terbukti dbkl majalankan tugas sebagai pbt dengan berjaya kerana telah menyediakan pelbagai kemudahan2 untuk rakyat seperti keselesaan beriadah, hiasan di bandar yang menarik, infrastuktur yang baik dan prasarana yang cukup-cukup selesa dan memuaskan. tapi itu semua adalah dana yang dibayar oleh warga kota melalui cukai2 yang dikenakan.

tetapi apabila melibatkan setinggan taring dbkl terkeluar juga. ini memperlihatkan betapa ganasnya dbkl menangani rakyat yang hidup di setinggan dan merempat ditanah yang bukan milik mereka @ tanah haram. apakah rakyat yang miskin ini harus terus dipandang hina oleh dbkl...... dan sesetengah rakyat yang hidup selesa. sesetengah tempat memindahkan mereka ke PPR amat mudah kerana mereka sememangnya menduduki tanah secara haram, tapi bagaimana pula sebaliknya sekiranya tanah itu mempunyai status.

disini dilihat dbkl boleh melaksanakan pelbagai agenda untuk menghalau rakyat yang tidak berpuah hati setelah menduduki tanah itu berpuluh-puluh tahun, di halau begitu sahaja. inilah dbkl...

DBKL = Duduk Borak Kelentong Lebih

Anonymous said...

DBKL mana ada kasih sayang,slogan saja lebih,Kakitangan DBKL sendiri yg bekerja secara KONTRAK dah ada yg 10 tahun tidak diserapkan lagi...

Anonymous said...

dbkl adalah yang terbaik tetapi kakitangan yang melaksanakan tugas dengan tidak berhemat. kakitangan ini juga yang mengarahkan kakitangan yang lain membuat kerja dengan satu arahan tanpa turun padang dan melihat rakyat yang ditindas. inilah kakitangan yang sepatutnya pupus dimuka bumi malaysia kerana tidak menjaga hak dan kepentingan sesama manusia yang lebih teruk lagi adalah kakitangan melayu yang sanggup menghalau. apakah melayu ini yang patut di sanjung dengan sikap bongkak dan sombong kakitangan dbkl yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. aku merasa jijik bila berjumpa dengan kakitangan dbkl ini.

inilah yang dikatakan harap pagar pagar makan padi

Anonymous said...

inilah resam dunia kehidupan. orang yang hidup mewah, selesa, senang, kerjaya yang baik akan menindas mereka-mereka yang hidup susah, miskin dan pelbagai lagi dengan cara menindas mereka yang susah kengan kuasa yang ada.

adakah ini cara yang terbaik untuk menangani isu-isu setingan yang semakin berkurangan sekarang. dbkl masih lagi melaksana tindakan kasar dalam menengani setinggan. yang oeliknya kebanyakkan mereka ni berketurunan melayu yang menindas melayu lain. inilah realiti kehidupan melayu sekarang sudah tidak hoermat lagi kepada orang melayu sendiri..........................................................................................................................................................................

Anonymous said...

Mari kita ukur KPI DBKL.markah ( 1- 10 )

saya beri 6