Thursday, June 4, 2009

KAWASAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI ; RAJA NONG CHIK NAK RAMPAS BALIK ; BAGAIMANA PULA SHAHRIZAT ? APA PULA SUARA AKAR UMBI ?

KUALA LUMPUR Jun 4 --
Parlimen Lembah Pantai akan menjadi kawasan tumpuan utama bagi Barisan Nasional ( BN ) di Wilayah Persekutuan dalam usaha merampas semula kerusi tersebut daripada pembangkang.Begitulah yang telah disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.
Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Lembah Pantai berkata demikian ketika Majlis Ramah Mesra bersama Media baru - baru ini.
" Saya sendiri akan turun padang sekerap boleh tanpa sebarang protokol", katanya sepertimana yang dilaporkan akhbar Utusan baru - baru ini.
Beliau juga berkata, gerak kerja akar umbi juga melibatkan kawasan lain seperti Wangsa Maju, Titiwangsa, Batu, Segambut dan Bandar Tun Razak yang kini dikuasai oleh pembangkang.
Hanya Datuk Seri Zulhasnan Rafique menjadi wakil tunggal BN yang menang di Kuala Lumpur pada PRU ke 12. Manakala Datuk Seri Tengku Adnan menang di Putrajaya manakala Datuk Yusuf Mahal menang di Labuan.
Sementara itu, ketika merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan - cawangan di Lembah Pantai baru - baru ini, Raja Nong Chik pula mahukan tumpuan diberikan kepada pengundi muda untuk rampas semula kerusi Lembah Pantai.(gambar Raja Nong Chik Rasmi Mesyuarat Berkelompok Cawangan - Cawangan Lembah Pantai yang diambil dari blog Pemuda Lembah Pantai)
Sejak di lantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan , atas tiket Senator , Raja Nong Chik dilihat sudah mula mengatur langkahnya untuk menjadi calon di Parlimen Lembah Pantai para PRU yang ke 13. Malah beliau kini sudah digelar dan diberi jolokan sebagai Ahli Parlimen BN Lembah Pantai secara tak rasmi.
Kalau macam tu bagaimana pula peluang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Lembah Pantai pada PRU yang ke 13 nanti ? Dengar cerita Shahrizat yang juga kini bergelar sebagai Menteri atas tiket Senator dan juga kapasitinya sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia dikatakan sudah mula risau dengan perkembangan tersebut. Memang tidak dapat dinafikan , Shahrizat merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang kuat berkerja ketika menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan banyak pengorbananya. Apakah Kak Ijat , terpaksa cari kawasan baru ?

9 comments:

zizOu21 said...

xapa sapa2 pun..
asal rajin bekerja dan disukai rakyat..
kalo dah lembah pantai sememangnya sinonim dgn shahrizat, apa salahnya bg dia bertanding di c2.. bukan apa, raja nong chik kan menteri wilayah persekutuan.. mana2 kerusi dlm wp sepatutnya dia boleh bertanding..

emmm.. tp pemimpin kena igt 'signal' rakyat kat lembah pantai dlm pru12 thn lps.. even org tau sharizat kuat bekerja, tkena jgk tsunami politik.. adakah rakyat inginkan pemimpin br di c2?? huhu

Anonymous said...

salam, bagi saya wajar kita beri peluang pada YB Dato'Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin kerana beliau membuktikan bukan mempamerkan kehebatan. Juga tiada niat tersembunyi sebagai warga Lembah Pantai.... Bukan nak kata yang dulu tak bagus... cuma pembaharuan menjadi perpekstif penting anak2 muda masa kini seperti budak2 Kuala Lumpur yang sering menjerit tetapi tidak melihat perkembangan secara dekat... ini lah bangsa kita... suruh amik PHD malas... Suruh PHD lain dia yang layak dapat Diploma... Ingat2 lah ye

Pantai gal said...

kami nak jati lembah pantai
kalau boleh biarla anak jati or orng tempatan yg menjadi wakil rakyat dilembah pantai sendiri...

Kak Ijat pun leh jaga di kawasan cawangan dia....

walau bagaimana pun..
saya tetap suke ngan kak Ijat sbb sumbangan yg diberikan kepada kami selama ini.
Terima kasih sekali lagi

Buat RNC,
selamat maju jaya dan berusaha la dengan saksama dan dedikasi.

Hidup Lembah Pantai

Anonymous said...

Shahrizat menteri kat lembah pantai selama lebih 10 tahun pun boleh lingkup...

raja nong chik jadi menteri setahun dua boleh tarik hati rakyat ke??

Kat lembah pantai umno masih kelam kabut.. orang shahrizat ada, orang mantan kb lama yusri ahmad pun kuat.. orang raja nong chik kena kerja kuat la.... dalam politik mana boleh percaya???

menang glamour je raja nong chik..
menang undi tak tau la...

kami orang pkr lu ingat tak kuat ke?? kita sokong nurul izzah

Anonymous said...

Shahrizat menteri kat lembah pantai selama lebih 10 tahun pun boleh lingkup...

raja nong chik jadi menteri setahun dua boleh tarik hati rakyat ke??

Kat lembah pantai umno masih kelam kabut.. orang shahrizat ada, orang mantan kb lama yusri ahmad pun kuat.. orang raja nong chik kena kerja kuat la.... dalam politik mana boleh percaya???

menang glamour je raja nong chik..
menang undi tak tau la...

kami orang pkr lu ingat tak kuat ke?? kita sokong nurul izzah

Anonymous said...

Ramlan,jangan heran dg umpat keji mereka yg dengki,yg penting jaga DRNC,Pastikan projek menteri yg sdg saudara jaga ...jaga baik2

muda belia said...

UMNO xberubah 1habuk pun...belum apa2 pun dah mula berebut kerusi parlimen...

apa jenis lawak pemimpin skrg ni...mgp kena jaga LP saja... menteri kena jaga semua dlm WP bkn jaga LP ja...

terangan pilih kasih n salahguna kuasa... jawatan menteri bkn utk luaskan pengaruh diulang jutaan kali ianya jawatan AMANAH oleh rakyat utk rakyat bkn utk segolongan pengikut...

UMNO/BN kena berkhidmat utk rakyat semua ini tidak jd menteri melebih2 menjaga kaw sendiri...apa jenis AMANAH yg menteri pikul diatas kepala memasing...

sesapa yg rasa xmampu pikul ltk jawatan bg pd yg blh berkhidmat...pemimpin sebnrnya KHADAM kpd rakyat bkn TUAN yg nak dpuji n dpuja sepnjg dlm jawatan...

ada jawatan jg kaw sendiri sedangkan bila pilihanraya RAKYAT menilai keseluruhan prestasi kerja UMNO/BN...buat kerja xkira fahaman baru yg atas pagar bukak mata n menyokong dlm PRU 13...

kekal jumud alamatnya UMNO/BN pasti jd pembangkang selps PRU 13. KOMPOM punya...x sedar lagi...

bagusla gitu biar kami2 yg pemuda2 UMNO (yg masih suci)jd pimpinan sejati UMNO/BN selps majoriti pimpinan lama melarikan diri keluar negara dek krn skandal yg bkl terbongkar selps PRU 13 nanti.

KHAIRUL said...

Pada aku PRU 13 nnt bgi la peluang pada kepimpinan Umno Bahagian Lembah Pantai pula bertanding d kawasan sendiri..Dan RNC adalah org yg layak untuk d ketengahkan.walau kak ijat 10 tahun d lembah pantai tp RNC dah 20 tahun bergelumang dgn Umno Bahagian.Dari zaman pemuda lagi.Beliau lebih memahami kehendak akar umbi d lembah pantai.Kak Ijat cari la kawasan lain.Balik kampung ka.lagi pun beliau ketua wanita kepong.cukup2 lah nak menumpang bertanding tempat orang lain.biar anak tempatan pula yg jaga kawasan sendiri.

Anonymous said...

jangan marah dengan kak ijat aku, dia bertanding kat c2 Pak Lah pilih..ada faham.