"Kita mahu DBKL bersikap tegas terhadap dan membersihkan kawasan Lorong Haji Taib itu daripada terus menjadi sarang maksiat. Kenal pasti operator yang terlibat serta tutup terus premis berkenaan. Premis - Premis sebegitu sepatutnya sudah tiada, kemudian barulah kita dapat bersihkan nama kawasan itu.
Bukan Polis yang memberi lesen kepada mereka untuk beropersai tetapi DBKL, justeru saya meminta agar pihak perbandaran memeriksa dahulu sebelum sebelum memberi lesen kerana mereka sebenarnya mungkin menjalankan perniagaan yang berunsur maksiat" , begitulah pandangan keras dan tajam yang dilontarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kepada DBKL dalam usaha pihak Polis memastikan Kawasan Lorong Haji Taib bebas dari daripada kegiatan pelacuran dan juga jenayah lain. Baca kenyataan penuh Musa Hassan di sini - BERNAMA - Polis Minta DBKL Bertegas Cegah Pelacuran Di Lorong Haji Taib
Bukan Polis yang memberi lesen kepada mereka untuk beropersai tetapi DBKL, justeru saya meminta agar pihak perbandaran memeriksa dahulu sebelum sebelum memberi lesen kerana mereka sebenarnya mungkin menjalankan perniagaan yang berunsur maksiat" , begitulah pandangan keras dan tajam yang dilontarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kepada DBKL dalam usaha pihak Polis memastikan Kawasan Lorong Haji Taib bebas dari daripada kegiatan pelacuran dan juga jenayah lain. Baca kenyataan penuh Musa Hassan di sini - BERNAMA - Polis Minta DBKL Bertegas Cegah Pelacuran Di Lorong Haji Taib
Chow Kit ohh Chow Kit.....
Memang isu ini sudah lama berleluasa dan bermaharajalela. Banyak kali telah disuarakan oleh pelbagai pihak. Kini, Ketua Polis Negara juga nampaknya sudah "fed up" dengan perangai DBKL. Salah siapa ?
Semalam Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah "turun padang" ke Lorong Haji Taib . Beliau berkata " Jalan Haji Taib merupakan kawasan panas pertama yang saya lawati. Saya akan turun padang untuk melihat kawasan panas lain untuk menyaksikan sendiri suasana dan keadaan di situ".
Apakah selepas ini Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang gemar sungguh untuk turun padang akan "turun " ke Lorong Haji Taib pulak bersama perisai DBKLnya ? Apa pula ulasan dari DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan selepas ini ?
Wilayahkini berkata " Kami memang suka amalan turun padang dengan pendekatan terbuka , tapi jangan jadikan episod turun padang sekadar siaran berita sahaja. Bertindak segera. Jangan tunggu lama sangat laporan dari Datuk Bandar. Kerana mereka juga nak tunjung belang mereka. Menteri WP perlu diberi kuasa untuk bertindak dan ambil tindakan segera. Barulah Rakyat Di Dahulukan.Kita tidak mahu DBKL didahulukan. kalau tak jalan, akhirnya Menteri yang jadi mangsa. DBKL perlu DIREFORMASIKAN SEGERA. Isu Chow Kit pun satu contoh terbaik".
17 comments:
T.kasih Tan Sri Musa atas teguran kepada DBKL.Tan Sri ,macamana Chow Kit,Lorong Hj Taib dan seluruh Kuala Lumpur nak bebas dari gejala dan nak beri nampak wajah KL Bersih, kerana DBKL itu ibarat HATI, oleh kerana HATI itu didalamnya banayk yg kotor maka Wajah luarnya macamana nak nampak bersih?
Bersihkanlah HATI,barulah Wajahnya akan menjadi bersih.
Tan Sri Musa, bila kita sedang dalam ada kuasa inilah kalau nak tegur kearah penambahbaikkan orang akan pandang dan dengar,Bila Tan Sri pencen esok orng akan buat tak heran pun sampai berbuih mulut diaorang akan buat tak heran.
Demi kebaikan UMMAH Tan Sri bukalah mulut,tegurlah agar HATI jadi bersih dan sebaik-baik bersih.Sekarang terbukti sudah apa yang masyarakat kata Tan Sri sudah memperakukannya.Hakikatnya itulah DBKL....
Tak pantau lesen dikeluarkan, gitulah jadinya. Katalah keluar lesen 10, tapi yang meniaga 30. Penuhlah tempat tu. Yang 20 ni 'under kaunter'ke? Check jangan tak check.
chow kit...... isunya sudah lapuk dan lekang. sebelum ini telah banyak yang mempersoalkan mengapa chow kit dibiarkan begitu sahaja. chow kit suatu masa dahulu era 70-80an dikenali sebagai pusat membeli belah bagi warga kota untuk mendapatkan pelbagai keperluan. tetapi kini hanya dipandang sepi oleh rakyat tempatan yang seolah-olah jijik melihat perkembangan chow kit sekarang. hanya menjadi tumpun bagi warga asing sebagai pusat membeli belah tetapi tidak bagi warga tempatan yang lebih cenderung kepada hyper market.
chow kit juga terkenal sebagai pusat pelacuran, najis dadah serta pelbagai lagi gejala tidak sihat dan menjadi tumpuan "lelaki yang menukar jantina" mencari makan dengan menajaja di lorong-lorang haji taib. bukan setakat pelacuran sahaja yang ada di chow kit, banyak lagi gejala-gejala yang menjatuhkan maruah negara.
walaupun sekarang "kurang" kelihatan mayat-mayat hidup di lorang haji taib atau lebih dikenali sebagai "belakang mati" bagi segelintir masyarat di sekeliling chow kit, mereka masih berkeliaran disana. suatu ketika dahulu pernah diadakan operasi membersihkan mayat-mayat hidup ini, tetapi tiada tindakan susulan yang kerap menyebabkan mereka kembali bertapak semula di belakang mati.
tetapi adakah chow kit yang selama ini dipandang sepi oleh pelbagai pihak telah dijadikan medan untuk meraih populariti sesetengah individu. walaupun isu nya kecil (seperti kata sesetengah orang buat apa pergi lorong haji taib, apa ada kat sana) tetapi impak dari isu chow kit ini amat besar bagi warga kota.
mengapa..... mengapa..... mengapa baru sekarang chow kit menjadi perhatian. atau mungkin selepas ini chow kit akan kembali seperti sediakala apabila isu chow kit ini sudah sejuk. seperti HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.
MembenterAS pelacuran kenapa Lorong Hj Taib sahaja yg menjadi sasaran dan hangat diberi perhatian dan diperkatakan,Apa kurangnya Bukit Bintang dan tempat-tempat lain?.
Mungkin lorong Hj Taib mempunyai Kelasnya yg tersendiri,dan Bukit Bintang ADA kelasnya yg tersendiri?
Terbaca melalui akhbar satu ketika dulu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ada mengambil pendekatan mendekati Lorong Hj Taib beri hadiah bunga ,bertukar fikiran ,membantu mereka untuk berusaha keluar dari terus bergelumang dg aktibiti NYAH dan LACUR sama ada mereka yg BERTAPAK dan yg SINGGAH mengamalkan salahlaku moral di lorong Hj Taib.Usaha murni itu akhirnya telah disalah ertikan,Jabatan Agama Islam WP telah dipertikaikan aktibiti murninya.Tidak seorang pun Menteri,Timbalan Menteri yang beragama ISLAM bersimpati dg usaha itu.Termasuklah Menteri yang menjaga Agama.
Niat turun padang itu apa tujuannya,Mungkin seperti Menteri Wilayah Persekutaun beliau tidak mempunyai PARLIMEN dan rakyat yg hendak dijaga, oleh krn masanya yg terlalu banyak pendekatan turun padang dan pakej memperkenalkan diri adalah mungkin satu drpd agendanya? "Saya terperanjat Perdana Menteri menalipon saya,beri jawatan Menteri Wilayah Persekutuan,saya masih terperanjat,saya tidak bersedia" katanya.
Turun padang Ini kerja Datuk Bandar Kuala Lumpur ( Kerja operasi ),Datuk Bandar turun kepadang bawalah sekali Pengarah-pengarahnya lihat dengan mata kepala sendiri,Jangan Datuk Bandar hanya dengar dan terima laporan dari Pengarah sahaja,Yang Pengarah itu pun hanya menerima laporan dari Pegawainya shaja, yg Pegawai itu pun hanya dengar cakap-cakap dari Tukang Sapu nya shj.
Mana bisa laporan akan menjadi tepat,tindakan menjadi berkesan dan rakyat mendapat manfaat,Turunlah sebanyak mana peruntukkan Kewangan pun,yg untung hanya akan diperolihi individu yang beruntung sahaja.
Berucap Datuk Najib semasa perjumpaan dg Pegawai Kerajaan.(mengikuti melalui TV siaran Berita 8 mlm )Kalau saya mendengar Laporan dari Datuk Bandar apa yg disampaikan kepada saya SEPERTI LANGIT DAN BUMI,Bila saya melihat sendiri, laporan itu jauh dari apa yg sebenarnya saya lihat.
Datuk Bandar kena selalu turun padang,Menteri WP boleh turun padang tak perlulah ambil tempat Datuk Bandar.Chow Kit secara rasminya dah tiga kali Menteri turun.masih begitu juga kedudukkannya.
DiNegara kita kawasan yg ramai Cina,aktibiti pelacuran akan bermaharaja,Beri satu bukti kawasan yg didiami orang MELAYU dimana aktibiti pelacuran ada?
Untuk mengatasinya carilah Kepala-kepala Cina suruh dia jagalah sama-sama nasihatkan bangsanya untuk jaga maruah negara jangan hanya mereka fikirkan soal untung nak cari duit sahaja..kerana bangsa ini tiada yang hARAM dalam laku bicara semua halal belaka .Orang yang berserban ALIM pun bila berkawan dg mereka keliru dibuatnya.
Org Dato' Raja yang unta tu pun suka juga ke Chow Kit. Cuba tanya pendapat dia..........
Bukit Bintang ada YTL,buat pembangunan dan aktibiti semua CINA sokong,Di Chow Kit ada Dato Mat Shah buat aktibiti semua nak POTONG
Teguran Ketua Polis Negara terhadap Chow Kit Road adalah merupakan sesuatu yang cukup bermakna. Seolah dengan tiba-tiba menyentak pelbagai pihak daripada lamunan mimpi yang indah.
Isu ini bagi saya adalah merupakan satu agenda tertunggak yang sepatutnya diambil dengan pendekatan yang lebih serius, bertanggungjawab dan berterusan. Adalah menjadi satu tohmahan kalau dikatakan belum ada sebarang tindakan tetapi berkemungkinan besar terlalu banyak perkara yang telah diterlepas pandang.
Tepat pada masanya perkara yang sebegini ditonjolkan agar menteri baru ini dapat meletakan ianya sebagai salah satu agenda beliau yang mesti diperjuangkan dan pada masa yang sama kita secara langsung dapat mengadili sejauhmanakah slogan rakyat diutamakan sebetul-betulnya boleh digarapkan di dalam tindakan beliau.
Wakil rakyat kawasan ini apa pula komennya...........
Apa salahnya kalau Menteri Wilayah nak turun padang selalu? Eloklah dia turun padang, walau macam mana kita nak pusing pun lihat sendiri walau sejenak lebih elok daripada baca laporan sahaja.
Eloklah begitu. Kekuatan PAS ialah sebab pemimpin-pemimpinnya sentiasa bersama rakyat, sellau dilihat di mana-mana. Apa salahnya kalau pemimpin UMNO juga begitu? Atau Wilayahkini tak suka pendekatan PM DS Najib yang arahkan Menteri-menterinya utk turun padang? Saya tak faham. Wilayahkini mahu UMNO kuat atau terus lesu?
Perkara yg diperkatakan DBKL buat salah tak buat salah,itu tidak boleh diungkit.krn DBKL adalah agen kpd rakyat dan tanggungjawabnya diletak dibawah sebuah kementerian wilayah yg DBKL itu sendiri cukup berkuasa di Kuala lumpur.
Rakyat hanya pertikai tindakan yg dibuat,jika betul dan baik serta sempurna PAHALA akan dapat kepada seluruh warga DBKL .Begitu sebaliknya jika dilihat cara tindakan keatas rakyat jika boleh dibuat cara berlembut kenapa harus dikeraskannya.
Didalam agensi DBKL ada perkara yg dilakukan oleh segelintir pegawai dan kakitangan DBKL yg menyalahkan kedudukan jawatannya dg meluluskan sesuatu yg tak boleh lulus menjadi lulus.Sesuatu yg cukup hina sdg dilihat dan bermaharajalela.
Kalau nak dicatitkan contoh kesalahan adalah terlalu banyak dan cukup menjijikkan.Contoh yg mudah urusan kerja TENDER,org dalam boleh susun semahunya.
Saya nak cadangkan SPRM minta siasat semua peringkat yg bertugas dg DBKL buat pengistiharan harta.diminta tapisan dibuat secara betul-betul dan sehalusnya.
Pegawai-pegawai yg lama bertugas disatu-satu bahagian atau unit ditukar kepenempatan baru.Pegawai yg benar berwibawa patut dan layak dijadikan Pengarah.
Ahli Lembaga Penasihat DBKL lantik dari bekas KSU yg cemerlang atau TKSU yg tegas menduduki jawatan tersebut, jangan lantik terlalu ramai wakil-wakil politik atau profesional yg asyik ambil kesempatan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur baik juga dilantik secara bergilir-gilir dari berbagai Profesioanal seperti Peguam.IR.Dr atau profesional yg terbukti jujur spr Tan Sri Hassan Merican jangan hanya PTD sahaja.
Adalah menjadi harapan DBKL jangan hanya indah pada slogan.Harapan juga Datuk Bandar Fuad akan susun balik kedudukan kearah DBKL yg lebih telus dan wibawa kerana pengalaman dan rekodnya di Subang Jaya PASTI DBKL akan lebih berjaya dan mulia.
Sunday, June 21, 2009
Saya sokong saranan Wilayahkini. Menteri WP perlu diberi kuasa.Banyak sangat pertindihan kuasa antara Menteri dgn Datuk Bandar. Berikan kuasa membuat keputusan kepada Menteri.
Masanya sudah tiba untuk jawatan Datuk Bandar di hapuskan.Menteri WP perlu jadi macam Menteri Besar bukanya Menteri yang buat dasar aja.Esok, semua kesipalapan DBKL, BN yang kena tempiasnya.Siapa nak jawab ?
nampak nya KPN menuding jadi kepada phak lain diatas kesilapan polis sendiri. apakah benar polis ni buat kerja. jika benar mereka membuat kerja dangan baik dan jujur dan ikhlas.
mengapa ketua polis negara harus meletakkan kesalahan kepada dbkl seratus peratus. adakah tanggungjawab dbkl untuk membenteras jenayah????? jika ini tanggungjawab dbkl ..... habis tu polis buat apa ..... melepak...
dbkl hanya bertindak meroboh kedai, rumah perniagaan yang dijalankan perniagaan secara halal tetapi perniagaan yang berunsurkan maksiat, judi, pelacuran dan pelbagai lagi mendapat pujian bagi pegawai dbkl kerana mereka ada masssyuk......
mari kita ukur KPI DBKL.markah 1 - 10.
saya beri 6
Yang Halal diHaramkan, Yang terang2 Haram diHalalkan.....
Renung2kanlah....
inilah di cermin sebenar dbkl dan kenapa chow kit sedemikian rupa. kita lihat sepanjang jalan raja alang. kebanyakkan warga asing yang berniaga.kenapa tiada pemantauan yang rapi dari pihak berwajib bagi memastikan kebanjiran warga asing ini.
dbkl bertindak lah secara adil. orang yang kaya-raya dibiarkan terlepas tetapi orang yang cukup-cukup makan diianiaya secukupnya. rakyat tempatan mencari rezeki terlalu susah dibumi malaysia tetapi rakyat asing menimati kemewahan di bumi malaysia.
"DENGAN PERINTAH DATUK BANDAR KL"
ADA HANG TENGOK PAPAN TANDA TULIS
"DENGAN PERINTAH MENTERI WP"
JADI APA TUGAS KWP DGN MEN WP - HANYA NAK BAGI JAWATAN PADA ORG POLITIK UNTUK BUAT DUIT - TANYA ORG UMNO WP - MEREKA AKAN CKP... MASYUKKK... SKRG UMNO WP TGH POKAI, BETUL TAK S/U WP.
SU Wp dulu banyak cakap sekarang buatlah kerja...sonyap je
Post a Comment