Oleh : Wartawan Wilayahkini
KUALA LUMPUR 4 Jun ,Isu Kampung Baru kembali panas. Kali ini komen Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik y

ang mencadangkan formula 60 : 40 , dimana katanya pemberian 40 % kepada bukan melayu dijamin tidak akan menjejaskan hak pemilikan tanah orang melayu. Komen itulah buatkan " orang naik angin".
Segala - galanya muncul setelah Raja Nong Chik mengadakan perjumpaan dengan lebih 1, 000 pemilik waris tanah di Kampug Baru di PWTC baru - baru ini.
Katanya Walaupun kuota 40 % daripada kawasan 122.9 hektar itu dicadangkan dibuka kepada kaum lain apabila dibangunkan kelak , orang melayu dipastikan tetap menjadi keutamaan.
Dalam tempoh 24 jam kemudian Raja Nong Chik yang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP itu berkata pulak " Pemberian kuota 60 : 40 hartanah di Kampung Baru Belum Muktamad selepas diasak oleh pelbagai pihak. Persoalanya kenapa munculnya konsep 60 : 40 itu dari mulut Raja Nong Chik sebelum ini ? Idea siapa tu ? Itulah pasal orang kata Raja Nong Chik dah jadi macam " Flip - Flop Menteri WP " ketika ini.
APA KOMEN ORANG LAIN TERHADAP FLIP FLOP MENTERI WP ITU ?" Saya harap cakap - cakap hendak memperuntukan atau membenarkan bukan melayu memiliki 40 % hartanah dalam pelan pembangunan Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar". - Kekalkan Kg Baru Milik Eksklusif Melayu, kata Datuk A. Kadir Jasin . Klik
DISNI .
40 % amat tingggi kata Perkasa, sila klik disini -
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri , untuk baca laporan selanjutnya.
" Jadi , berdasarkan maklum balas setakat ini, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu sedar sekarang bahawa tidak semudah berjalan di taman. Pentadbiran sebelum ini pun dah mencubanya", Kata Rocky Bru. Klik
DISINI .Raja Nong Chik Pengkhianat Melayu, kata Anak Kuala Lumpur. Klik
DISINI .Kampung Baru Mesti Kekal Milik Melayu, kata Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo Ghazali. Sila klik
DISINI -
Menteri Hal
ang WP Wakil Rakyat Titiwangsa dari bercakap isu Kg Baru > "Inilah sikap Menteri low class", kata Lo ' Lo. Baca komen tersebut di
SINI .
"Kampung Baru hak milik orang melayu jadi sesekali jangan melibatkan kaum lain jika kerajaan mahu bangunkanya. Raja Nong Chik diminta lebih berhati - hati mengeluarkan kenyataan berhubung pelan cadangan Kampung Baru jika melibatkan penglibatan kaum lain. Kita tidak mahu kenyataan itu dikeluarkan jika untuk kepentingan politik", kata Yang Di Pertua Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ) Perlis - Utusan Malaysia 1hb Jun 2010.
"Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu ( Mas) Kampung Baru menolak cadangan pemberian 40 % kepada bukan melayu. Mas akan merujuk perkara ini kepada Sultan Selangor", kata Setiausaha Kehormat Mas Shamsuri Suradi - Utusan Malaysia 1hb Jun 2010.
Persoalanya : Kenapa pemimpin - pemimpin UMNO dari WP mendiamkan diri dalam isu ini ? Inikah yang dikatakan kononya mahu memperkasakan melayu bandar ?