Friday, June 4, 2010

" KG BARU OH KG BARU ; " RAJA NONG CHIK DAH JADI MACAM FLIP FLOP MENTERI WP KOT ? "

Oleh : Wartawan Wilayahkini
KUALA LUMPUR 4 Jun ,
Isu Kampung Baru kembali panas. Kali ini komen Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang mencadangkan formula 60 : 40 , dimana katanya pemberian 40 % kepada bukan melayu dijamin tidak akan menjejaskan hak pemilikan tanah orang melayu. Komen itulah buatkan " orang naik angin".
Segala - galanya muncul setelah Raja Nong Chik mengadakan perjumpaan dengan lebih 1, 000 pemilik waris tanah di Kampug Baru di PWTC baru - baru ini.
Katanya Walaupun kuota 40 % daripada kawasan 122.9 hektar itu dicadangkan dibuka kepada kaum lain apabila dibangunkan kelak , orang melayu dipastikan tetap menjadi keutamaan.
Dalam tempoh 24 jam kemudian Raja Nong Chik yang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP itu berkata pulak " Pemberian kuota 60 : 40 hartanah di Kampung Baru Belum Muktamad selepas diasak oleh pelbagai pihak. Persoalanya kenapa munculnya konsep 60 : 40 itu dari mulut Raja Nong Chik sebelum ini ? Idea siapa tu ? Itulah pasal orang kata Raja Nong Chik dah jadi macam " Flip - Flop Menteri WP " ketika ini.
APA KOMEN ORANG LAIN TERHADAP FLIP FLOP MENTERI WP ITU ?
" Saya harap cakap - cakap hendak memperuntukan atau membenarkan bukan melayu memiliki 40 % hartanah dalam pelan pembangunan Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar". - Kekalkan Kg Baru Milik Eksklusif Melayu, kata Datuk A. Kadir Jasin . Klik DISNI .
40 % amat tingggi kata Perkasa, sila klik disini -Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri , untuk baca laporan selanjutnya.
" Jadi , berdasarkan maklum balas setakat ini, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu sedar sekarang bahawa tidak semudah berjalan di taman. Pentadbiran sebelum ini pun dah mencubanya", Kata Rocky Bru. Klik DISINI .
Raja Nong Chik Pengkhianat Melayu, kata Anak Kuala Lumpur. Klik DISINI .
Kampung Baru Mesti Kekal Milik Melayu, kata Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo Ghazali. Sila klik DISINI - Menteri Halang WP Wakil Rakyat Titiwangsa dari bercakap isu Kg Baru > "Inilah sikap Menteri low class", kata Lo ' Lo. Baca komen tersebut di SINI .
"Kampung Baru hak milik orang melayu jadi sesekali jangan melibatkan kaum lain jika kerajaan mahu bangunkanya. Raja Nong Chik diminta lebih berhati - hati mengeluarkan kenyataan berhubung pelan cadangan Kampung Baru jika melibatkan penglibatan kaum lain. Kita tidak mahu kenyataan itu dikeluarkan jika untuk kepentingan politik", kata Yang Di Pertua Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ) Perlis - Utusan Malaysia 1hb Jun 2010.
"Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu ( Mas) Kampung Baru menolak cadangan pemberian 40 % kepada bukan melayu. Mas akan merujuk perkara ini kepada Sultan Selangor", kata Setiausaha Kehormat Mas Shamsuri Suradi - Utusan Malaysia 1hb Jun 2010.
Persoalanya : Kenapa pemimpin - pemimpin UMNO dari WP mendiamkan diri dalam isu ini ? Inikah yang dikatakan kononya mahu memperkasakan melayu bandar ?

16 comments:

Anonymous said...

Kenapa Syed Ali mendiamkan diri ? Dia pun ada syer ker ? Atau dia tak peduli isu orang melayu ? Dia suka jasa isu nasional aja ker ?

Anonymous said...

Raja No Nong,

Dulu kata nak bayar pampasan ganti rugi kepada p[eniaga semasa hindraf buat kacau.

yang itu belum selesai,Tanah Hak Melayu senang-senang nak bagi dekat Cina.

Nak tanya macam mana sesenang itu nak bagi dekat bangsa lain..sebabnya mudah BINI DIA CINA.

Anonymous said...

Raja No Nong,

Dulu kata nak bayar pampasan ganti rugi kepada p[eniaga semasa hindraf buat kacau.

yang itu belum selesai,Tanah Hak Melayu senang-senang nak bagi dekat Cina.

Nak tanya macam mana sesenang itu nak bagi dekat bangsa lain..sebabnya mudah BINI DIA CINA.

Anonymous said...

Sila lihat http://semarakwangsa.blogspot.com yg turut buat komen mengenai isu tanah kg. baru ini.

http://locengwangsa.blogspot.com juga turut buat ulasan mengenainya.

Anak Jati Kampong Baharu said...

satu cadangan yang akan memakan diri nong chik.... dia suke-suke jer nak bagi 40%..... nong chik.... nong chik.... apakah kau nie bukan bangsa MELAYU... nama je.. RAJA NONG CHIK tapi sanggup mengadai maruah melayu..... ces... banyak politik.... semasa perjumpaan hari tu tak pula kau terfikir apa yang akan kau kata mengenai 40% untuk bukan orang melayu....
sekarang kau tarik balik bahawa 40% bukan muktamat...... gula2 nong chik nak kenakan orang2 melayu di kampong baharu.... kesian orang kampong baharu...

Anonymous said...

SEMARAKWANGSA & LOCENGWANGSA tak perlu jaga tepi kain orang lain, tolong jaga tepi kain sendiri.

Baru keluar komen oleh LOCENG MANGSA, dah mengelabah dan siap keluar artikel untuk defend orang yang nak lawan Ketua Bahagian Setiawangsa, kalau tak de angin pokok tak bergoyang beb.

Tak habis2 mengelabah......!

aboudiabydoo said...

Bukan benda ni telah diberi penerangan ke? Bahawasanya ini hanya satu cadangan dengan tujuannya untuk mencapai objektif melonjakkan harga tanah Kg Bharu, supaya penduduk dapat lebih pampasan dan nilai jika Kg Bharu akhirnya dibangunkan.

Ini hanya permulaan, banyak lagi perbincangan dan kajian yang akan dibuat. Akhirnya terpulang kepada pemilik dan pewaris tanah sendiri model atau kaedah pembangunan mana patut diikut. Kesemuanya ada kebaikan dan keburukan, pihak Kerajaan sudah tentu akan dengar cakap penduduk. Tak perlulah kita turut terikut-ikut dgn pembangkang mempolitikkan isu-ini. Sabar ahli-ahli UMNO semua.

Anonymous said...

sebenarnya kerajaan nak buat keputusan tak nak bagi kat bangsa asing, tapi nak suruh semua Melayu bersuara pertahankan. Joloklah 60 - 40. Melayu pun bising, semangat Melayu mempertahankan tanah pun mebuak2. Akhirnya keputusan dibuat 100% Melayu. Positive lah sikit! So kriteria pertama dah jelas - 100% untuk orang Melayu. Dan takkan timbul lagi 60-40 ke 70-30 ke. Puas hati semua?
Kalau timbul balik barulah 'flip flop'.
Maka terbukti semangat Melayu masih kental dalam meperjuangkan tanah bangsa. Tapi bagaimana dengan generasi yang muda2? Adakah mereka bersama2 dengan kita yang dah separuh umur ini atau terus hanyut dan hanyut?

Anonymous said...

Kerajaan hari ini mewarisi flip-flop dari Tun Dol kaki tido, PM cakap lesen judi dah lulus bila ramai bantah jawabnya belum muktamad, MEB bila rama NGO Melayu bantah PM pun cakap belum muktamad, Hal Kg Baru bila ramai bantah Raja Hamblau Nong Chik kata belum muktamad, Bangunan Baru Parlimen kat Putrajaya akan dibina Nari cakap nantilah belum muktamad..APA KE JADAH SEMUA INI KALAU BELUM MUKTAMAD JANGANLAH DIHEBOHKAN DAHULU, BAWA BINCANG SECARA TERTUTUP BILA ADA PERSETUJUAN BARULAH DIHEBOHKAN, PM dengan menteri-menmyerinya memang bahalol!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Akhirnya pembangkang yang jadi hero. Mereka kata berkat usaha dan penentangan mereka, UMNO terpaksa membatalkan penjualan tanah kg naru kepada bangsa asing. Saya harap pemimpin UMNO, fikir dulu sebelum nak buat kenyataan yang mengarut dan merugikan parti.

aboudiabydoo said...

Anonymous di atas kata "APA KE JADAH SEMUA INI KALAU BELUM MUKTAMAD JANGANLAH DIHEBOHKAN DAHULU, BAWA BINCANG SECARA TERTUTUP BILA ADA PERSETUJUAN BARULAH DIHEBOHKAN,".

Yang pertama, dalam kes Kg Baru, kalau dibincang secara tertutup pun, media dan pihak-pihak lain akan tahu juga sebab beratus orang yang hadir, termasuk Wakil Rakyat PAS LoLo. Jadi kalau buat tertutup lagi tak elok sebab seolah-olah ada yg nak dirahsiakan. Lagi pula memang perjumpaan itu terbuka untuk semua pewaris dan pemilik yg jumlahnya 4,500 semuanya dengar. Nak tutup apa benda? Cakap biarlah ada ilmu!

Yang keduanya, memanglah benda tu belum muktamad pun! Dari mula dah cakap, ini cadangan, minta persetujuan dan maklumbalas lanjut. Berkali-kali cakap. Kalau sedara tak ada kat situ, apa yang sibuk melenting pulak? Tak faham betul lah. Ini DBKL dan kementerian dah susah-payah nak buat cadangan, bagilah cadangan yg membina.

Tahu tak kat situ sekarang ada 4,500 pemilik dan pewaris, dan ada satu tanah tu sehingga 130 pewaris! Tak lama lagi menurut OTG ada satu tanah tu akan sampai 250 pewaris disebabkan kematian dan sebagainya. Jika org Kg Baru nak bangunkan kampung mereka, kena bangunkan sekarang. Lagi lama, lagi ramai yang mati, lagi ramai pewaris. Lagi susah nak dapatkan konsensus!

Anonymous said...

To aboudiabydoo (payah tu nak sebut nama ko nie)

bro cam nie lah ...... ini adalah cuma cadangan sahaja .. jadi pak menteri sepatutnya tak perlu buat kenyatan bahawa pembangunan hartanah untuk 60-40%. jika tuan nie bijak pandai dan sebagai orang melayu sejati dan juga tinggal di kampong baharu (itupun kalau anak kampong baharu ) adakah cadangan itu adalah baik dan realistik untuk orang2 MELAYU..... sekarang ni atas dasar pembangunan tak perlu ada perbezaan dari pandangan politik?..... tak kira lah umno ker pas ker bn ker pakatan ker... yang penting ialah kepentingan orang2 MELAYU terbela.... Memang UMNO kuat di kampong baharu... jika pak menteri pun yang memang orang umno nak bagi kat orang asing 40% apa kejadah nye.. tak dia tak pikir kepentingan orang melayu atau demi kepenting.......

Anonymous said...

yang penting kerajaan kena selesaikan hukum FARAID di Kg Baru dulu, selesaikan yang wajib. Baru pikir nak beli ke, nak bangun ke.

Anonymous said...

APA JANGAN PANDANG ORANG MELAYU SENGKEK TAK BOLEH BELI HARTANAH DI KG BARU MINTA SEMUA KORPERAT DAN PENIAGA MELAYU 1 MALAYSIA BELI HARTANAH TERSEBUT KENAPA NAK DI FARAID KAN 60-40 TANYA SEMUA DULU PENIAGA DAN USAHAWAN MELAYU 1 MALAYSIA DULU JANGAN BUAT KEPUTUSAN TERBURU BURU PAK MENTERI OOI

Anonymous said...

APA LA KORANG NI..! KACAU RAJA NONG ITU BUAT APA..! BIARKAN LA DIA NAK BUAT APA PUN KORANG SIBUK APA HAL..! DIA KAN MENTERI YG NAJIB SUKA.. KITA KENA INGAT TANAH KG BHARU ITU TANAH KERAMAT ADA DAULATNYA.. SIKIT SEBANYAK SEKARANG INI RAJA NONG DAH KENA KETULAHNYA.. KALAU TAK PERCAYA CUBA TENGOK DEKAT2 DI LEHER, DAHI & SELAK RAMBUT DIA MESTI ADA SOPAK..!! ITU BARU SIKIT.. APA AKAN JADI KALAU SETAHUN DUA INI.. JAWAB DIA JADI ORANG PUTIH YG TAKUT MATAHARI (ALBINO)... KENA PAKAI CERMIN MATA GELAP LA... TAK GITU MAT SOPAK

Anonymous said...

Nak cerita apa 60 + 40 pasai kg baru, yang menderita pasai penjualan rumah ppr yang Raja Nong Chik kata boleh selesai dalam masa 5 bulan sejak dia jadi menteri belum nampak apa-apa jawapan lagi....Tolong bagi tau macamana kami nal buat tuntutan krugian bekas-bekas air pecah,balang minuman kami yang pecah semasa HINDRAF LAKNAT buat hal dulu?