Sunday, September 20, 2009

SALAM AIDILFITRI DARI WILAYAHKINI !

Salam Aidilfitri kepada semua pembaca Wilayahkini.
Marilah kita - sama merapatkan hubungan silaturahim antara satu
sama lain.
MAAF , ZAHIR DAN BATIN
SATU MALAYSIA bermula dengan
PERPADUAN.....
Ikhlas ,
Pengarang Wilayahkini

(Nota: kad ucapan raya dari Pergerakan Puteri UMNO Lembah Pantai )

Wednesday, September 16, 2009

ISMALINA ISMAIL : DARI GELANGGANG PUTERI KE GELANGGANG WANITA UMNO !

KUALA LUMPUR Sept 16,
Bekas Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan , yang kini sudah bergelar Datin Seri Ismalina Ismail sudah mula bergiat aktif dalam arena Wanita UMNO Malaysia setelah meninggalkan arena Puteri UMNO Malaysia.
Beliau yang juga bekas Ketua Puteri UMNO Wangsa Maju kini dikatakan menjadi Setiausaha Wanita di sebuah cawangan UMNO di Bahagian Wangsa Maju dan telah menjadi perwakilan pada persidangan Wanita UMNO Wangsa Maju baru - baru ini.
" Walaupun suasana dan warna pakaian berbeza, saya tidak berasa janggal kerana kebanyakkan ahli - ahli Wanita UMNO sudah saya kenali semenjak saya menjadi Ketua Puteri Bahagian lagi. Apapun semangat untuk menyumbang tenaga dan fikiran bagi memantapkan dan memperkukuhkan parti tidak pernah luntur dan pudar. UMNO tetap dihatiku" ,kata Ismalina di blongnya.
Ismalina tewas dalam usahanya dalam perebutan jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia dalam pertandingan 4 penjuru pada pemilihan Puteri bulan Mac lepas.
(Nota: Gambar Ismalina Ismail bersama perwakilan wanita UMNO Wangsa Maju. Di ambil dari blog http://www.ismalina.blogspot.com/ )

Tuesday, September 15, 2009

KES NORZA DI BICARA PADA 10 NOVEMBER !

KUALA LUMPUR Sept 15,
Perbicaraan kes bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria yang melibatkan rasuah akan mula dibicarakan di mahkamah pada 10 November ini. Mahmakah Sesyen telah menetapkan keputusan tersebut hari ini. Sila klik -BERNAMA - Perbicaraan Kes Rasuah Norza Ditetapkan 10 Nov , untuk berita selanjutnya.
Norza yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, hilang kelayakan untuk bertanding pada pemilihan UMNO pada tahun 2008 setelah di dakwa di mahkamah atas kes rasuah.
Norza juga merupaka bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju .
Norza yang dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat di dalam parti merupakan seorang pemimpin muda yang meningkat naik. Ramai yang sedang menunggu keputusan mahkamah.Apakah Norza akan berjaya buat " come back " dalam arena politik? Kita sama - sama tunggu !

Friday, September 11, 2009

UMNO WP SETUJU PINDAAN PERLEMBAGAAN ; KONVENSYEN UMNO WP DI HIDUPKAN SEMULA ?

KUALA LUMPUR Sept 11,
Badan Perhubungangan UMNO Wilayah Persekutuan menyokong penuh cadangan terhadap pindaaan perlembagaan UMNO yang akan dibawa kepada perhimpunan khas parti pada Oktober depan kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee .
Syed Ali yang juga merupakan Ketua UMNO Cheras dan dilihat sebagai pemimpin yang paling lantang dan berani di Wilayah Perseketuan ketika ini berkata, UMNO Wilayah Persekutuan telah mengambil ketetapan sebulat suara menyokong pindaan tersebut dan berharap akan menjadi kenyataan. Sila klik DISINI, untuk baca kenyataan penuh beliau.
KONVENSYEN UMNO WP?
Sementara itu, Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pula dikatakan bercadang menganjurkan semula Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan. Wilayahkini difahamkan tugas tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Shafie Abdullah . Beliau yang juga Ketua UMNO Wangsa Maju dan Setiuasaha Politik kepada Perdana Menteri kini sedang berkerja keras untuk mengadakan sessi penerangan dengan bahagian - bahagian di Wilayah Persekutuan mengenai Konsep Satu Malaysia. Kali terakhir UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan pada Nov , 2006 ketika era Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Tema konvensyen ketika itu ialah "UMNO Wadah Perjuangan Memartabatkan Melayu Bandar". Antara resolusi yang diluluskan pada konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan pada tahun 2006 ialah - mendesak Majlis Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan diletakkan dibawah pentadbiran Kementerian Wilayah Persekutuan dan mendesak supaya DBKL mewujudkan satu hub baru ala Bintang Walk di persekitaran kawasan Sogo, Kompleks Pertama , Maju Junction dan Medan Mara. Sebanyak 24 resolusi diluluskan ketika itu.
Sejauh mana UMNO dan BN Wilayah Persekutuan telah "bangkit semula " selepas menerima pukulan yang cukup hebat pada PRU yang ke 12 dimana BN hanya menang satu kerusi di KL, satu di Putrajaya dan Labuan ?
Sementara itu, Wilayahkini juga dengar cakap - cakap politik diluar yang mengatakan 7 Ketua Bahagian dari WP tidak hadir pada majlis buka puasa bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Pengerusi UMNO WP di Masjid WP baru - baru ini. Sejauh mana kebenaranya tidak dapat dipastikan lagi.
(gambar atas Datuk Shafie bersama Tan Sri Muyhiddin dan Datuk Raja Nong Chik dan gambar bawah pula gambar kenangan Konvensyen UMNO pada tahun 2006 )

Saturday, September 5, 2009

SYED ALI KECEWA DENGAN KENYATAAN HISHAMUDDIN !

KUALA LUMPUR 5 Sept,
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee kecewa dengan sikap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri.
Mengulas perkembangan isu terbaru mengenai isu kepala lembu di Seksyen 23 , Shah Alam, beliau agak kecewa dengan kenyataan Hishamuddin yang dilihat tidak begitu sensitif terhadap perasaan umat Islam.
" Dalam isu ini , kenapa reaksi Hishamuddin berbeza? seolah - olah kerajaan lebih utamakan sensitiviti kaum india, orang Islam yang berarak bawa kepala lembu sebabnya nak dirikan kuil di kawasan 90% Melayu, tak sensitif ke ", tegasnya. Sila klik DISINI, untuk baca komen lengkap.
Sementara itu, rakan blogger Saudara Rahman Hashim pula mengulas mengenai isu yang sama. Beliau berkata " Minta tolong jangan nyalakan api perkauman. Kalau nak berunding mengenai isu Kuil Hindu Seksyen 23 Shah Alam itu, mengapa masih ada dikalangan kita yang menampakkan kebencian terhadap agama lain? Boleh tak jangan aibkan UMNO sehingga parti melayu ini terjebak dengan emosi perkauman ?", katanya. Sila klik DISINI , untuk baca komen Rahman Hashim di Locengwangsa.
Sementara itu, di Danau Kota Wilayahkini difahamkan ada sebuah Kuil Hindu dan sebuah Surau yang jaraknya hanya 500meter sahaja sekian lama sambil di kelilingi oleh kondominium mewah . Saya nampak disana, Kuil dan Surau bagaikan " adik beradik " dan cukup aman penduduk di sana.

Wednesday, September 2, 2009

ISU PENJAJA IKAN BAKAR JALAN BELLAMY : DBKL SETUJU MASUKKAN GERAI - GERAI TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN DAN HANYA ALIH UNTUK SEMENTARA- TENGKU AZMAN !

TERIKINI mengenai isu Penjaja Ikan Bakar di Jalan Bellamy yang diarah pindah oleh DBKL....
Berikut adalah emel yang kami terima daripada Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang merangkap Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia - Sdr Tengku Azman.
" Salam Semua, semasa kita sibuk berdebat disini , pihak Bandaraya telah memaklumkan bersetuju untuk memasukkan gerai - gerai ini di dalam pembangunan dan gerai ini akan dialihkan buat sementara untuk tujuan pembangunan.
Alhamdulilah untuk peniaga - peniaga ini untuk terus mencari rezeki"
Sementara itu, Tengku Azman yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia juga sedang dan telah menangani banyak isu - isu berkaitan masalah - masalah dibandar khususnya melibatkan bangsa melayu. Termasuk program "Pemuda Masuk Bandar ". Banyak lagi masalah - masalah perlu ditangani sekiranya kita mahu betul - betul memperkasakan melayu bandar. Malah UMNO Wilayah Persekutuan juga sering melaung - laungkan mahu memperkasakan melayu bandar. Sejauh mana mereka berjaya ?
Apakah cadangan anda kepada Sekretariat Hal Ehwal Bandar ? Berikan cadangan anda !