Tuesday, June 30, 2009

NASIB PENDUDUK KAMPUNG PADANG BALANG DI TANGAN SIAPA ?

KUALA LUMPUR Jun 30
Wilayahkini menerima satu permintaan untuk diketengahkan.Kali ini mengenai isu perjuangan Penduduk Kampung Padang Balang yang terletak di bawah Parlimen Batu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Perjuangan mengenai sebuah kampung yang penuh dengan Tradisi Melayu yang kini terpaksa berhempas pulas untuk memperjuangkan nasib mereka.
Pada 6hb Jun , semasa Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin turun padang untuk merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Masjid Saidina Ali Kampung Padang Balang Sentul beliau meminta semua penduduk agar bersabar menunggu keputusan terperinci Deraf Pelan Kuala Lumpur ( KLCP 2020 ) untuk pembangunan Kampung tradisi tersebut pada bulan Ogos ini.
Namun laporan berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 Jun dilaporkan berkata , Pendududuk Padang Balang memberi tempoh tujuh hari kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail untuk menarik balik kenyataanya yang menafikan hak penduduk Kampung Padang Balang sebagai pemilik tanah asal di kawasan itu.
Pengerusi Masjid Saidina Ali Kampung Padang Balang, Zainal Abidin Maas berkata, sekiranya beliau gagal berbuat demikian , penduduk kampung telah sebulat suara akan menghantar memorandum terhadap beliau.
" Setiap penduduk di Kampung Padang Balang ini memiliki geran tanah yang sah yang dikeluarkan sejak 1916 dengan status tanah adalah hak milik seumur hidup" katanya.
Beliau mengulas tentang kenyataan Ahmad Fuad baru - baru ini terhadap hak milik tanah di kampung tersebut dan mendakwa tiada istilah peneroka bandar yang diberikan kerajaan kepada penduduk kampung berkenaan.
Ahmad Fuad dilaporkan berkata, istilah tersebut tidak pernah diberikan oleh kerajaan kepada mana - mana pihak untuk membina rumah diatas tanah kerajaan tanpa kebenaran.Namun, segala keputusan mengenai pembangunan yang bakal dijalankan di kawasan tersebut akan diputuskan pada bulan Ogos ini , katanya.
Zainal yang juga Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Kampung Padang Balang berkata, penduduk kampung bukan menolak pembangunan namun tidak mahu pembangunan berunsurkan penindasan.
Jelasnya, maksud pembangunan berunsurkan penindasan ialah penduduk terpaksa mengorbankan tanah mereka untuk kepentingan pihak lain dan bukanya pembangunan untuk penduduk setempat.
Untuk rekod penduduk terbabit telah menyerahkan memorandum bantahan setebal 800 muka surat kepada Raja Nong Chik sebagai tanda bantahan terhadap KLCP 2020 yang mengkategorikan kampung tersebut sebagai penempatan setinggan.
Zainal juga berkata , kampung tersebut telah berusia lebih 100 tahun dan telah diterokai oleh nenek moyang mereka bermula pada 1940 -an.
PERSOALANYA : Nasib penduduk Kampung Padang Balang ditangan siapa ? DBKL ? Kementerian Wilayah Persekutuan ? UMNO ataupun Ahli Parlimen Batu - Tian Chua ? Rakyat mahu mereka di dahulukan.
(FAKTA GAMBAR - Raja Nong Chik menerima memorandum daripada Pengerusi Masjid Saidina Ali Zainal Abidin Maas yang juga Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Kampung Padang Balang semasa merasmikan Sambutan Jubli Perak Masjid Saidina Ali Kampung Padang Balang baru - baru ini. Gambar kedua - Raja Ning Chik bersama Zainal dan Ketua UMNO Bahagian Batu Yahya Mat Ghani tengah berbincang sesuatu di majlis yang sama).

Tuesday, June 23, 2009

CHOW KIT ROAD OHH CHOW KIT ROAD.........; KETUA POLIS TEGUR DBKL ; SALAH SIAPA ? APA LEPAS NI .......???

KUALA LUMPUR, Jun 23
"Kita mahu DBKL bersikap tegas terhadap dan membersihkan kawasan Lorong Haji Taib itu daripada terus menjadi sarang maksiat. Kenal pasti operator yang terlibat serta tutup terus premis berkenaan. Premis - Premis sebegitu sepatutnya sudah tiada, kemudian barulah kita dapat bersihkan nama kawasan itu.
Bukan Polis yang memberi lesen kepada mereka untuk beropersai tetapi DBKL, justeru saya meminta agar pihak perbandaran memeriksa dahulu sebelum sebelum memberi lesen kerana mereka sebenarnya mungkin menjalankan perniagaan yang berunsur maksiat" , begitulah pandangan keras dan tajam yang dilontarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kepada DBKL dalam usaha pihak Polis memastikan Kawasan Lorong Haji Taib bebas dari daripada kegiatan pelacuran dan juga jenayah lain. Baca kenyataan penuh Musa Hassan di sini - BERNAMA - Polis Minta DBKL Bertegas Cegah Pelacuran Di Lorong Haji Taib
Chow Kit ohh Chow Kit.....
Memang isu ini sudah lama berleluasa dan bermaharajalela. Banyak kali telah disuarakan oleh pelbagai pihak. Kini, Ketua Polis Negara juga nampaknya sudah "fed up" dengan perangai DBKL. Salah siapa ?
Semalam Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah "turun padang" ke Lorong Haji Taib . Beliau berkata " Jalan Haji Taib merupakan kawasan panas pertama yang saya lawati. Saya akan turun padang untuk melihat kawasan panas lain untuk menyaksikan sendiri suasana dan keadaan di situ".
Apakah selepas ini Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang gemar sungguh untuk turun padang akan "turun " ke Lorong Haji Taib pulak bersama perisai DBKLnya ? Apa pula ulasan dari DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan selepas ini ?
Wilayahkini berkata " Kami memang suka amalan turun padang dengan pendekatan terbuka , tapi jangan jadikan episod turun padang sekadar siaran berita sahaja. Bertindak segera. Jangan tunggu lama sangat laporan dari Datuk Bandar. Kerana mereka juga nak tunjung belang mereka. Menteri WP perlu diberi kuasa untuk bertindak dan ambil tindakan segera. Barulah Rakyat Di Dahulukan.Kita tidak mahu DBKL didahulukan. kalau tak jalan, akhirnya Menteri yang jadi mangsa. DBKL perlu DIREFORMASIKAN SEGERA. Isu Chow Kit pun satu contoh terbaik".

Wednesday, June 17, 2009

DULU PEMUDA UMNO MASUK KAMPUNG.... ; SEKARANG PEMUDA UMNO NAK MASUK BANDAR ; APA PULA "KPI" PEMUDA UMNO WP ?

KUALA LUMPUR, Jun 17
Banyak cakap - cakap mengenai Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dilapangan politik UMNO dimana kini Pemuda Wilayah Persekutuan membariskan banyak pemimpin muda yang berkaliber di peringkat nasional mahupun negeri. Di Wilayah Persekutuan pula, kepimpinan Rizalman Mokthar Samad menjadi perhatian.
Wilayahkini dapat tahu, Rizalman telah mengerakkan jenteranya seratus peratus untuk menawan hati pengundi muda di Kuala Lumpur.
Dulu kita masak sangat dengan pendekatan Pemuda Masuk Kampung. Kini Pemuda nak masuk Masuk Bandar pula.
" jika sebelum ini Pemuda lebih banyak turun padang dan menumpukan pada golongan muda luar bandar , kini tibanya masanya untuk kita melebarkan sayap perkhidmatan kepada penduduk muda di kawasan bandar", kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin. Pengundi muda jadi tumpuan ? - klik disini , Utusan Malaysia Online - Politik , untuk baca berita selanjutnya.
Nampaknya program pertama Pemuda Masuk Bandar di PPR Kampung Kerinchi baru - baru ini yang disempurnakan oleh Khairy Jamaluddin memang mendapat sambutan yang baik walaupun ada cakap - cakap politik dikalangan ahli - ahli Pemuda di Wilayah Persekutuan.
" Biasalah politik. Nak cakap tu, biarkan mereka cakap.Macam - macam ada. Kini tanggungjawab di tangan KJ.Walaupun tak ada jawatan kabinet, kami akan turun padang bersama KJ untuk memperjuangkan nasib orang melayu di Kuala Lumpur", kata seorang pemimpin Pemuda kepada Wilayahkini.
Banyak harapan yang disandarkan kepada Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan untuk menawan semula Kuala Lumpur yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat , kecuali Parlimen Setiawangsa yang diwakili oleh mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Apakah strategi seterusnya untuk menawan pengundi muda di Kuala Lumpur ? Apakah UMNO dapat kuasai semula kawasan Titiwangsa dan Lembah Pantai ? Apakah KPI Pemuda UMNO WP ?
( Gambar Rizalman yang diambil dari Facebooknya dan juga gambar perasmian Pemuda Masuk Bandar yang disempurnakan oleh KJ di PPR Kampung Kerinchi baru - baru ini )

Tuesday, June 16, 2009

INSIDEN DI KAMPUNG JINJANG SELATAN TAMBAHAN ; RAKYAT DI DAHULUKAN ? PENCAPAIAN DI UTAMAKAN ?

KUALA LUMPUR Jun 16 --
Berikut adalah gambar - gambar yang telah dirakamkan pada insiden meroboh 15 buah rumah di KAMPUNG JINJANG SELATAN TAMBAHAN, Kuala Lumpur. Inisiden semalam cukup panas dan menyedihkan. Apakah ini yang kita laungkan RAKYAT DI DAHULUKAN ? PENCAPAIAN DIUTAMAKAN? Kenapa DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan membiarkan insiden roboh rumah menjadi begini ?
" Kami telah memberi masa yang sekukupnya kepada penduduk untuk berpindah melalui beberapa notis yang telah dikeluarkan oleh DBKL. Malah kita telah mengadakan dialog sebanyak lapan kali dengan penduduk terbabit dan mereka berjanji untuk pindah tetapi sekarang mereka cuba ambil masa.
"Kawasan ini merupakan kawasan tanah TOL. Tetapi taraf TOL telah tamat pada tahun 1997 dan kini kawasan tersebut sudah jadi kawasan setinggan. Kita hanya mahu membangunkan kawasan jalan di sana" kata Timbalan Pengarah Operasi DBKL Abdul Salim Mansor.
Tindakan merobohkan rumah - rumah berkenaan dilakukan bagi memberi laluan kepada projek membina lebuhraya yang akan memendekkan jarak dan masa perjalanan antara Jalan Kuching dan Kepong , yang tergendala beberapa lama akibat keenganan 17 penduduk di kawasan setinggan itu berpindah.
Sementara itu, penduduk terbabit pula memberikan alasan pegawai DBKL bertindak kasar, dan rumah yang di sediakan di PPR Batu Muda pula tidak sesuai dan ada rumah yang ditawarkan kepada mereka telah diambil oleh orang lain. Penduduk - Penduduk terbabit juga telah menghantar surat rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika DBKL juga mempunyai alasan yang kukuh, penduduk terbabit pula juga mempunyai alasan mereka.
Memang tidak dapat dinafikan masing - masing ada tanggungjawab tetapi yang penting kita mestilah cuba elakkan insiden seperti ini berlaku. Kita tidak mahu insiden pindah rumah, roboh rumah bertukar menjadi medan perang , jerit - menjerit dan macam - macam lagi. Cukup sedih. Diharap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang sering melaungkan slogan Rakyat Di Dahulukan akan cuba memperbetulkan keadaan seperti ini. Lakukanlah dengan cara yang lebih holistik lagi. Tak guna turun padang ke hulu ke hilir dan laungkan slogan Satu Malaysia sekiranya rakyat terpaksa berperang untuk rumah mereka. Kita harap, takkan ada insiden seperti ini di Kuala Lumpur pada masa - masa akan datang.

PUTERI UMNO BUKIT DAMANSARA BUAT "OPPS ULAR "

KUALA LUMPUR Jun 16 --
Memang sesuatu yang cukup berlainan. Pergerakan Puteri UMNO Bukit Damansara hari ini menjemput Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan untuk membuat tinjauan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara untuk membuat tinjauan dan pemerhatian sendiri bagi program "opps Ular " yang dikendalikan oleh Nashua Fauzun , AJK Puteri UMNO Segambut. Wilayahkini difahamkan operasi tersebut dibuat kerana dikatakan banyak sangat ular disana.
(Gambar , Nashua bersama Datuk M.Saravanan yang diambil dari Facebook Nashua. Mungkin Nashua dapat update sikit mengenai operasi tersebut...)

Friday, June 5, 2009

KU NAN NAK DENGAR SUARA DARI AKAR UMBI.........

KUALA LUMPUR Jun 5 -- Politik UMNO bagaikan senyap seketika selepas pemilihan parti pada bulan Mac lepas.Kini masing- masing sibuk menguruskan perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian dan juga perasmian mesyuarat cawangan secara berkelompok di bahagian masing - masing. UMNO akan mengadakan perhimpunan agungnya pada 13 hingga 16 Oktober nanti. Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyuarankan semua Ketua - Ketua Cawangan berikan cadangan - cadangan berkaitan pindaan perlembagaan UMNO. Wahai , Ketua - Ketua Cawangan, inilah peluang terbaik bagi anda untuk meyuarakan suara akar umbi anda. Sila klik disini - SUA Saran Ketua Cawangan Beri Cadangan Untuk Pinda Perlembagaan - UMNO Online , untuk baca kenyataan penuh Ku Nan.

Thursday, June 4, 2009

KAWASAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI ; RAJA NONG CHIK NAK RAMPAS BALIK ; BAGAIMANA PULA SHAHRIZAT ? APA PULA SUARA AKAR UMBI ?

KUALA LUMPUR Jun 4 --
Parlimen Lembah Pantai akan menjadi kawasan tumpuan utama bagi Barisan Nasional ( BN ) di Wilayah Persekutuan dalam usaha merampas semula kerusi tersebut daripada pembangkang.Begitulah yang telah disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.
Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Lembah Pantai berkata demikian ketika Majlis Ramah Mesra bersama Media baru - baru ini.
" Saya sendiri akan turun padang sekerap boleh tanpa sebarang protokol", katanya sepertimana yang dilaporkan akhbar Utusan baru - baru ini.
Beliau juga berkata, gerak kerja akar umbi juga melibatkan kawasan lain seperti Wangsa Maju, Titiwangsa, Batu, Segambut dan Bandar Tun Razak yang kini dikuasai oleh pembangkang.
Hanya Datuk Seri Zulhasnan Rafique menjadi wakil tunggal BN yang menang di Kuala Lumpur pada PRU ke 12. Manakala Datuk Seri Tengku Adnan menang di Putrajaya manakala Datuk Yusuf Mahal menang di Labuan.
Sementara itu, ketika merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan - cawangan di Lembah Pantai baru - baru ini, Raja Nong Chik pula mahukan tumpuan diberikan kepada pengundi muda untuk rampas semula kerusi Lembah Pantai.(gambar Raja Nong Chik Rasmi Mesyuarat Berkelompok Cawangan - Cawangan Lembah Pantai yang diambil dari blog Pemuda Lembah Pantai)
Sejak di lantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan , atas tiket Senator , Raja Nong Chik dilihat sudah mula mengatur langkahnya untuk menjadi calon di Parlimen Lembah Pantai para PRU yang ke 13. Malah beliau kini sudah digelar dan diberi jolokan sebagai Ahli Parlimen BN Lembah Pantai secara tak rasmi.
Kalau macam tu bagaimana pula peluang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Lembah Pantai pada PRU yang ke 13 nanti ? Dengar cerita Shahrizat yang juga kini bergelar sebagai Menteri atas tiket Senator dan juga kapasitinya sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia dikatakan sudah mula risau dengan perkembangan tersebut. Memang tidak dapat dinafikan , Shahrizat merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang kuat berkerja ketika menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan banyak pengorbananya. Apakah Kak Ijat , terpaksa cari kawasan baru ?

WILAYAHKINI IMEJ BARU ; AKAN DILANCARKAN SECEPAT MUNGKIN ; HARAP BERSABAR !

Pihak pengurusan Wilayahkini ingin memohon maaf kerana tidak dapat "update" blog untuk beberapa hari ini kerana, kami dalam proses untuk menjenamakan semula blog ini .Kami akan melancarkan versi baru Wilayahkini dalam tempoh beberapa hari lagi.Kami harap, semua pembaca setia kami, harap bersabar.Kami amat menghargai segala kerjasama dan sokongan daripada anda semua. Marilah kita sama - sama menjadikan Wilayahkini sebagai sebuah laman "info - untuk kita semua" -Wilayahkini for all. Untuk sementara waktu ini, kami akan cuba memuatkan berita - berita semasa sambil menantikan kemunculan versi baru Wilayahkini.Untuk makluman anda , Wilayahkini , sudah mencecah 1.5 million hits sejak dilancarkan.
SALAM dari Wilayahkini.