Friday, January 1, 2010

SALAM TAHUN BARU 2010

SALAM TAHUN BARU 2010 kepada semua pembaca setia Wilayahkini.
Kita berharap 2010 akan memberi satu harapan baru kepada kita semua dalam semua bidang yang kita ceburi. Seperti dijanjikan , Wilayahkini akan tampil dengan imej baru pada tahun ini dalam sedikit masa lagi bagi memberi liputan yang lebih menarik dan terbaik . Apakah harapan anda pada tahun ini ?

2 comments:

Anonymous said...

NAMA ALLAH DAN TAHUN BARU 2010,anda bagaimana?

Sepatutnya tahun baru 2010 disambut dg perasaan lega ,aman,dan sentosa.Slogan 1 Malaysia adalah gagasan yg menjadi modal untuk menimbulkan rasa hormat serta menghormati kearah perpaduan yg melibatkan perpaduan antara kaum dan agama.

Keputusan hakim Mahkamah tinggi Lau Bee Lan yg mengistiharkan membenarkan penggunaan nama 'Allah' oleh The Herald satu daripada cabang gerakkan Kristian Khatolik telah menyentak perasaan umat Islam dinegara ini.

Mungkin dari pandangan biasa baguslah orang Kristian pun sudah sanggup menggunakan nama Allah dalam sebutan harian mereka !mungkin juga dari perhatian tidak langsung, penganut kristian sudah teringin begitu lama untuk memakai nama Allah.

Ini cukup memberi keyakinan kpd penganut Islam bahawa ISLAM adalah agama yg cukup benar dan konsisten dari dulu kini dan selamanya TETAP menggunakan nama Allah dalam semua soal hidup didunia dan Akhirat.

Orang Islam tidak mencari-cari lagi kebenaran,kerana Nabi Muhammad Rasulullah telah membawa kebenaran yang hakiki dg meninggalkan AlQuran Dan Alhadith.Nabi Muhammad cukup bijaksana 99 nama Allah ditinggalkan kepada kita Umatnya.Ini bermaana Islam yg dibawa cukup lengkap tak perlu dicari-cari lagi Baik nama dan Amalan hanya amalkan sahaja apa yg Rasulullah ajarkan.

Sebagai penganut Islam kita sdg menunggu apakah penganut kristian akan meminta lagi pengistiharan bahawa Nabi Muhammad adalah rasul yang ke 25,Allah tidak beranak dan diperanakkan,atau akan meminta 98 nama lagi dipakai pada agamanya?

Sesiapa sahaja didunia ini boleh menggunakan nama Allah dengan syarat wajib berIktikad bahawa Allah itu Esa,tidak beranak dan diperanakkan.

Penganut Kristian juga perlu berani untuk menyebut kalimah ini TIADA TUHAN YANG KAMI SEMBAH MELAINKAN ALLAH( nama Zat ),DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH DAN RASUL YANG TERAKHIR.

Jika kalimatuthoiyibah ini tidak sanggup digunapakai DENGAN ITU Kalimah Allah spt yang diminta itu adalah DIBANTAH.

Anonymous said...

BERTENANG JANGAN SENANG-SENANG

Sebagai penganut Islam siapa tidak terasa pabila Kalimah Allah cuba direbut untuk dikongsi.

Masyarakat Islam di Malaysia boleh dikira antara yg terlembut santunnya jika hendak dibandingkan dengan masyarakat Islam dinegara lain.Contoh shj diIndonesia mereka sanggup berbunuh sesama mereka krn bertelagah dan tidak sejalan.

Masyarakat Islam Malaysia cukup bertolak ansur dalam semua keadaan,Bila agama lain menghina Islam dengan melukis wajah nabi Muhammad dalam bentuk kartun pun mereka boleh bersabar,mungkin perkara tersebut berlaku diluar negara ?

Hari ini satu lagi catatan sejarah hitam, Keadaan aman sentosa dan ceria tlh brtukar menjadi panik dikalangan msyarakt akibat segelintir manusia yg mungkin diketegorikan mereka yg kurang sabar ataupun mereka ini sdh merasakan jika dibiarkan spt berpatah DARI BETIS DAH NAIK KEPAHA sdh hilang pertimbangan agaknya.

Sebagai manusia yg mempunyai akal fikiran yg waras, baik dari penganut Kristian,Hindu,Budish,Mao,atau Islam hendaklah berfikir panjang,Ini soal kepercayaan yg menjadi anutan yg meresap hingga kedalam kalbu,Kepercayaan agama bukan seperti make up,yg hanya ditempel semasa suka dibuang jika jemu.

Kepada kumpulan Kristian yg membawa kes ini ke Mahkamah harus Insaf,akibat tidak kesabaran mereka telah mencetuskan kemarahan org Islam yg kuat membara ketika ini.

Masih bernasib baik Hilang akal mereka itu dicarinya gereja,bagaimana jika berlaku pembunuhan kpd anak2 kecil yg tidak berdosa?

Mari sama-sama kita bersatu dan berdamai,amalkan saja ajaran baik menurut tuntutan agama masing-masing.Penganut Islam telah diajar bahawa jangan ganggu amalam agama lain dg berbunyi "Engkau amalkanlah ajaran agama engkau,Kami amalkan ajaran dan tuntutan agama kami.

Terima kasih polis terima kasih semua.