Thursday, December 10, 2009

" APA KUASA SAYA UNTUK KAWAL DBKL ?" ; SHAFIE NAFI DAKWAAN WEE CHOO KEONG !

ISU SHAFIE vs WEE CHOO KEONG - TERKINI
" Apakah kuasa saya untuk mengawal DBKL malah perkara ini sudah pun dijelaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik di Parlimen yang saya tidak pernah terlibat dalam mencampuri urusan pentadbiranya" , kata Datuk Shafei Abdullah hari ini kepada Sinar Harian di dalam siaran muka depanya bertajuk SETIAUSAHA POLITIK PM NAFI DAKWAAN WEE CHOO KEONG.
Shafie yang juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju berkata " Kerja mereka adalah mencari salah orang lain dan sanggup mengelirukan rakyat negara ini dengan perkara - perkara yang sengaja direka"
Wee Choo Keong menuduh Shafei campur tangan dalam pentadbiran DBKL seperti gerai haram, Restoran Rashastini di Seksyen 2 Wangsa Maju, Bazar Malam Danau Kota (Uptown) dan projek - projek tertentu dibawah kawalan DBKL.
" Jelasnya, tidak kira perkara itu salah atau benar, dakwaan itu sengaja dibuat untuk mengelirukan rakyat", katanya.
Mengenai tuduhan Restoran Rashatini yang di dakwa Wee Choo Keong sebagai gerai haram , Shafei berkata " Restoran tersebut telah pun di pantau oleh DBKL dan di putuskan bahawa ia tidak menghalang lalu lintas.Malah restoran tersebut mempuyai lesen berniaga yang sah".
Berhubung dakwaan Bazar Up Town, Shafei berkata, bazar tersebut sudah lama beroperasi malah telah membantu menjana pendapatan rakyat.
Sementara itu, untuk melayari blog Shafei - Sila klik DISINI.
APA PULA REASI TERKINI DARI WEE CHOO KEONG ;
Wee Choo Keong berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz bahawa usulnya untuk membicarakan Datuk Shafei Abdullah akan dibentangkan di Parlimen pada 14 December (selasa depan). Usul tersebut dijangka akan membahaskan tuduhan yang dilemparkan oleh Wee Choo Keong terhadap Shafei. 14 December hari penentuan untuk Shafei ?
Sila klik DISINI , untuk baca berita selanjutnya.
APA KATA ORANG LAIN ;

9 comments:

Anonymous said...

Rakyat WM lebih mengenali siapa dia WCK. Menyalahkan orang lain atas kelemahan diri sendiri. Apa yg telah dia buat di WM? Tidak ada satu pun yg boleh carry weight. Sehingga kini di Seksyen 1, tak pernah nampak batang hidung pun, dia akan hanya muncul ditempat yg secara lumrahnya, ramai orang. Sebagai cth, dia akan menonjolkan diri di Pasar Ramadhan seolah-olah dia berjiwa rakyat. Poodah.

MP 150

Anonymous said...

Kenapa WCK perlu menyalahkan orang lain atas kelemahan diri sendiri? Sebagai MP WM, prestasi dia sangat mendukacitakan.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Jutaan Terima Kasih kami ucapkan kepada pihak Wilayahkini yang menyiarkan pendirian Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, Dato' Shafei Abdullah mengenai dakwaan dan fitnah yang diketengahkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, WEE CHOO KEONG aka MR. POLITICAL BADUT ini.

Sekurang2nya, Dato' dapat membela diri dari terus difitnah oleh Mr. Political Badut.

Kami sarankan pada kesemua Warga UMNO Wangsa Maju tidak kira di Peringkat Pemuda, Wanita dan juga Puteri agar sama2 kita bersatu menghadapi perang jahat dari PKR pimpinan Mr. Political Badut ini.

Jangan kita sesekali biarkan UMNO terus dipandang rendah oleh golongan sebegini. Kita mesti berani ke depan. Tunjukkan kekuatan kita.

Perang ini tlh pun kami mulakan di BLOG UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN.
War2 kan pada rakan2 kita.

SEKIAN.

Anonymous said...

KAMI TETAP BERSAMA TOK PIE...

ANAK JATI WANGSA MAJU

Anonymous said...

BERITA TERKINI...

WCK TAKUT HENDAK BERDEBAT... SAHABATKU TELAH MENAWARKAN SATU DEBAT TERBUKA ANTARA TOK PIE DGN WCK DI DALAM BLOG WCK & MAHUKAN JAWAPAN SEGERA DR WCK.... NAMUN TAWARAN ITU TELAH "DIPADAMKAN" DIRUANGAN KOMEN WCK...


TERNYATA WCK BACUL, AMAT BACUL, TERSANGAT BACUL... MELAYU YG SOKONG DIA JUGA ADALAH MELAYU YG BACUL...

DATO' PIE (1) vs WCK (0)

ANAK JATI WANGSA MAJU

Anonymous said...

Kerja tak senonoh jangan melibatkan bangsa dalam pertikaian ini.Melayu pun kalau tak senonoh balun, Cina ka India ka siapa saja lah yang tak senonoh balun, Jangan berselindung dengan jawatan.

Pelajaran yg mudah...orang yg ada jawatan yang mampu melondeh perangai orang-org ini, perlu org yg ada jawatan juga.

Pengalaman yg sudah-sudah org2 kampong,org2 kecik tak boleh londeh perangai org ada jawatan, yg selalu terlondeh org kampong dan org kecik jugalah...

PRU13 yg akan datang diharap calon2 yg tertegak hanya mereka yg benar2 bersih lagi suci.

Anonymous said...

Realitinya, inilah game plan yg cuba dimainkan oleh si Badut dr sarkas WM. Dia tahu ramai rakyat di WM yg tidak menyebelahi si badut kerana prestasinya yg tidak mencapai KPI tuan punya sarkas.

Anonymous said...

razak pun badut juga....badut bermisai....

anti NA said...

pembangkang nie memang terang2 suka buat fitnah dan melekehkan org umno..majoriti pembangkang ni bukan anti BN tapi UMNO,KENA PAHAM TU,sbbnya UMNO ni(parti melayu) dominan dlm kerajaan BN ni,biasalah tu,tp yg x biasanya ada 1 mamat dlm umno ni yg seolah-olah sentiasa mengiakan apa jr tuduhan pembangkang ni,,dorang kata btn x betul, beria-ia dia nak rombak btn,Tun komen sikit,dia kt Tun rasis,org komplen psl ada teksi bermasalah,habis dikatanya perkhidmatan teksi lebih teruk dr jamban,,suka hati dia jer bercakap.
dia x penah amik tau masaalah pemandu teksi,yelah..adik beradik dia suma senang lenang kan,,

orang mcm ni lebih bahaya dari komen2 pembangkang tu la..sbb dia umpama racun perosak,sedangkan pembangkang ni kalo x dilayan pun ia ibarat anjing menyalak bukit jer..